Monday, November 15, 2010

KALAU LA AWAK TAHU...


Awak, awak ingat lagi tak malam sebelum befday awak? Saya ajak awak keluar. Sebenarnya saya dah rancang kejutan untuk awak. Saya dah beli kek, saya dah beli hadiah untuk awak.

Saya call awak, tapi awak tak angkat pun. Saya SMS awak tanya jadi tak kita keluar, awak tak balas pon. Lama lepas tu baru awak call saya, awak cakap awak malas nak keluar, awak demam. Saya cakap saya nak jumpa awak kejap jer, awak tanya kenapa nak jumpa, bila saya cakap saya nak kasi hadiah kat awak terus awak letak telefon.

Tak pe la, mungkin awak betul-betul tak sihat. Tapi saya dah beli kan kek untuk befday awak, saya dah rancang nak buat kejutan untuk awak. Saya tetap berdegil nak pergi jumpa awak. Saya capai kunci kereta terus drive untuk jumpa awak.

Dalam perjalanan, saya berhenti singgah di 7-11 untuk beli panadol dan air 100plus. Awak kan demam. Saya nak awak cepat-cepat sembuh. Saya tak nak awak sakit.

Bila sampai dekat Taman rumah awak, saya call awak, tapi awak tak angkat. Banyak kali saya call. Dalam hati saya mungkin awak tertidur sebab tu awak tak angkat telefon. Saya pon SMS awak cakap saya ada kat taman rumah awak, saya cakap nak jumpa awak kejap jer. Tapi awak tak reply pon.

Saya call banyak kali, call dan terus call. Pastu saya buat keputusan tunggu lagi setengah jam, mana tau kot-kot awak akan angkat telefon. Saya ingat nak terus ke rumah awak jer tapi saya tengok mak awak dengan jiran ada kat luar tengah bersembang.

Saya ingat nak kasi hadiah dan kek tu kat mak awak suruh bagi kat awak. Tapi saya tak nak malukan awak. Lagipun mesti awak tak suka kan kalau saya buat macam tu?

Bila dah banyak kali saya call, awak tak angkat dan reply SMS saya, saya fikir mesti awak tertidur. Saya pon balik. Tapi awak tahu tak masa saya On the way balik, saya hampir-hampir excident? Salah saya juga, sebab terlampau fikirkan awak sampai saya tak nampak lampu isyarat dah merah. Nasib baik saya sempat brek. Hehehe teruk kan saya ni?


Bila saya sampai rumah, saya on laptop, tiba-tiba saya tengok awak tengah online? Agak-agak apa perasaan saya masa tu wak? Saya tahu awak dah cakap awak malas nak keluar tapi saya kan dah sampai masa tu kat depan rumah awak kenapa awak tak keluar jumpa saya walaupun sekejap?

Saya dah bawakan awak kek, hadiah, saya dah belikan awak ubat, dan awak tak tahu semua tu kan wak? Saya terfikir, kalau tadi saya eksiden dan mati masa tu juga, adakah awak akan menyesal seumur hidup?


Kek tu saya buang. Saya tak sanggup nak makan. Kek tu untuk awak. Ada tulis nama awak. Tapi kejutan yang saya rancang tak menjadi.


Malunya saya.


Hehe..


Jam 12 malam, saya anta SMS ucapan “Selamat Hari Lahir” pada awak. Mungkin tu hadiah terbaik untuk awak berbanding dengan kejutan tak jadi saya tu hehehe..


Dan sampai sekarang, awak tak tahu pun apa yang saya rancang untuk kejutan befday awak.

Kalau la awak tahu betapa sayangnya saya pada awak, dan saya tak pernah berpeluang menunjukkan betapa sayangnya saya pada awak.






**Hehehe... Ok tak cerita rekaan aku ni?


UPDATE: 31-3-2011 : INI MEMANG BUKAN KISAH REKAAN TAPI KISAH YG DIALAMI SENDIRI OLEH PENULIS. SEKIAN..


33 comments:

  1. awk reka cite ni?
    rsa cam cite btol je ni..

    ReplyDelete
  2. agak terharu di situ.... aouch~

    ReplyDelete
  3. wah.terbaek !! mcm derivation dari cerita sendiri...

    ReplyDelete
  4. Best!
    tapi betul ke ni cerita rekaan????
    sebab sedih,saya hampir nak menangis....

    ReplyDelete
  5. amboi cik GKSB
    ceta cam real tuh^^

    ReplyDelete
  6. eh betul ke ni cite rekaan.. ke cite btul2.. huhu.. best.. tp musykil.. yg skit 2 pempuan ar ea??


    Adakah anda terbertunang tanpa sedar??

    ReplyDelete
  7. sedih okey?

    kalo akak,akak simpan gak kek tu.biar la smpai berkulat pon.kalau ada time jumpa dia besok2,bagi jugak.kalo dia tnya asal kek berkulat,ckp ko la punya pasai!! aku yg menunggu ko pon seb baik xberkulat tau?

    aa..okey tak cerita emosi akak?koh3x!

    ReplyDelete
  8. boleh tak nak mencarut kat hang...!!!! hahaha..
    tak la gurau2 jer sori..

    gilo, ingatkan betul2..bila la budak ni ada hati kat orang.. dah ar dua tiga ari asyik bengan je kat malaun2 tu.. hahaha..
    apapun usaha yg baik cuma perlu digarap dgn lebih perasaan lagi

    selamat maju jaya..


    p/s - try singgah kat blog gue.. ni citer mmg berperasaan.. feel tu beb! haha.. gimik je lebey.. saja poyo..

    ReplyDelete
  9. hahaha.. ok lah tu! *BUAT GAYA SAIDA*

    ReplyDelete
  10. sedey..penah gak le kena mcm 2..plan nak celebrate best2 jd hampas..tp still celebrate le wpon mud dua2 dh hancus..tp xler sesedey citer nh..tgu xkuar2 2 amat pantang..ada y nak cium kek free mcm 2.

    ReplyDelete
  11. @Nia

    saya pon dah tak pasti ni cerita betul ke rekaan hehe =P

    ReplyDelete
  12. macam betul la citer tu..naseb bek tak nanges ....=)

    ReplyDelete
  13. @gomokpendek

    nak buat gaya GKSB bleh?

    gedik2 sambil cakap ok la tu

    hihihi

    ReplyDelete
  14. huhuhu xkisah la ni cte betul ke atau rekaan yang paling penting aku terharu sgt2.....nak menangis kat jamban jap..

    ReplyDelete
  15. kalo cite tu ditulis oleh pompuan, n yg buat hal tu lelaki...sy sgt stuju..haha

    ReplyDelete
  16. ko reka ghupernyer dik...hahaha macam2lah ko nehh...

    ReplyDelete
  17. besday gua november 30 la..
    awal sngt lu beli kek 2..
    hahhaha

    ReplyDelete
  18. alaaaa..nak taw kejutan dya apaa....

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi