Tuesday, November 9, 2010

LELAKI DAN WANITA, SIAPA LEBIH CEREWET?


Cerewet? Ampa cerewet tak? Cerewet termasuklah dari segi pemakaian, makanan, kebersihan dan kawasan tempat tinggal. Lelaki dan wanita manakah yang paling cerewet?

Lelaki sudah semestinya akan mengatakan wanita lebih cerewet. Ya, mungkin juga kerana sifat wanita itu sendiri yang lebih halus sifatnya yang mementingkan ketelitian dan kesempurnaan.

Selalunya lelaki suka mengambil remeh terhadap sesuatu perkara sangat berbeza jika nak dibandingkan dengan wanita kerana bagi wanita, benda remeh yang dianggap oleh lelaki mungkin sesuatu yang penting bagi wanita.

Contohnya wanita akan marah kalau sang lelaki tak ingat tarikh befday depa, tapi wanita akan berusaha untuk melakukan sesuatu yang istimewa untuk sang lelaki. Walaupun kadang-kadang lelaki itu sendiri tidak menghargai apa yang wanita cuba lakukan.

Wanita mungkin lebih cerewet dalam menjaga penampilan, kalau nak keluar tu mesti nak kelihatan cantik dan kemas, berbanding dengan lelaki ala pakai selipar dengan seluar pendek pon tak apa. Bukannya ada orang kisah pon. Itulah salah satu perbezaan lelaki dan wanita.

Aku cerewet ke?

Aku adalah manusia yang paling simple, yang boleh hidup dalam kesederhanaan. Kadang-kadang keluar bedak pon tak pakai, selipar, selendang, sweater ok bereh dah. Ada sesetengah perempuan tu tak boleh keluar kalau tak pakai mekap, mesti nak kemas dan cantik. Mungkin akan ada yang mengutuk aku, hang tu tak pandai jaga penampilan. Hang apa tau?

Yup, mungkin aku tak macam perempuan lain, tapi kalau sesekali melaram tu boleh tahan gak.. Dah nama pun perempuan, cuma jarang-jarang dan kadang-kadang aku malu kalau diberi perhatian. Atau senang cerita aku malas nak bersiap lawa-lawa, setakat nak turun kafe pon nak kena bersiap pakai gincu bagai, perlu ka? Lepas makan hilang juga kesan gincu tu.



Sesekali melaram

Tapi aku ikut situasi gak. Ada masanya kita perlu cerewet mengenai penampilan dan adakalanya tidak.

Aku hanya akan cerewet bab makan. Yang tu memang aku sangat cerewet. Kalau tak ada lauk yang berkenan di hati aku lebih sanggup tak makan.

Kalau p kedai makan, mestilah kedai tu ada makanan yang sedap-sedap kalau tak kat mulut aku ni akan membebel jer cakap tak sedap. Menyesal la mai sini. Sampaikan kawan aku pernah tegur "hai laju jer makan, sedap ka? Nasib baik sedap kalau tak pot pet ja hang tu kata tak sedap."

Dush!! Amik hang hahaha...

Tapi kalau lelaki pulak yang cerewet macam mana plak?

Ada ja kawan aku yang agak cerewet, kalau kedai makan biasa ni tak mau makan sebab tak selesa, kalau tempat sesak-sesak mata dia melilau jer tengok sekeliling, geli mungkin, atau tak biasa. Ini lelaki ok?

Kalau bilik tidur dia, pergh kemas mengalahkan perempuan. Eh macam mana aku tau pasal bilik dia pulak? Mestila tau kalau dah amik gambaq pastu letak dalam FB. Bagus sebab mementingkan kekemasan.

Tapi kalau lelaki terlalu cerewet macam mana pulak? Wajarkah?

Aku ni kalau tengah serabut study atau sibuk, tidur pon dengan nota. Orang yang tengok pon serabut tengok aku hahaha...

Cerewet itu bagus tapi biarlah berpada-pada.

Ampa cerewet kah? Kongsikan.


16 comments:

  1. tak cerewet sangt tapi suka mengadaaaaaaaaaa. haha

    wewit! cantik baju. ehem3

    ReplyDelete
  2. ehe.beyse la pompuan kalau cerewet. kalau sy bab basuh2 pinggan mangkuk.
    lepas dah siap basuh tgn mesti nk kne basuh lagi ngn handwash.lepas tuh lap kat kain bersih..

    kalau muka pun sama.mesti ade tuala khas untuk muka.
    huhu :p

    tp mekap?tak suke.rimas gile.hehe

    ReplyDelete
  3. Aku rasa aku ni cerewet bab masa je. Kalau pasal masa, aku sangat pantang dan menjaganya. Kalau dah janji pukul 9, aku akan usaha sampai sebelum pukul 9. Dan aku paling anti orang yang berjanji dengan aku nak sampai pukul 9, dan aku boleh sampai sebelum pukul 9, tapi dia tak sampai lagi setelah setengah jam pukul 9, kemudian sampai pukul 10 lebih, dengan muka selamba badak, tak rasa apa-apa je.... Memang pantang betul

    ReplyDelete
  4. hahaha erma cerewet sangat2. cerewet pasal brg erma kut. barang teralih 1 cm je erma tau ade orang usik. haisshh mmg pantang kalau org tak mintak izin bile nak pkai brg. mmg kena marah la.

    ReplyDelete
  5. bergantung pada keadaan dan perkara...

    kadang2 cerewet itu pnting untuk kesempurnaan...hehe..

    hak masing2 kan..

    ReplyDelete
  6. Serius, perempuan lagi cerewet...haha
    Ini ikut pengalaman sendiri naaaa

    ReplyDelete
  7. 2 perkara yg jey cukup cerewet.. masa dan kerja. huhu

    ReplyDelete
  8. haha..tak semua laki cerewet oke, ade yg cool je..hehe

    ReplyDelete
  9. haha..tak semua laki cerewet oke, ade yg cool je..hehe

    ReplyDelete
  10. haha..tak semua laki cerewet oke, ade yg cool je..hehe

    ReplyDelete
  11. aku jenis sempoi ja......... pi kerja in tshirt and jeans pun cukup.. bf ajak kuar, 5 minit dah terpacul depan pintu, ready to go...... ntah, sempoi ke pemalas ek.....??? ha ha......

    ReplyDelete
  12. bab makan : semua aku bedal

    bab appearance : tak pandai bergaya.. hahaha

    bab kerja : buat lah suka hati korang, janji problem settle

    bab duit : eh, ini bukan cerewet ini dah masuk bab kedekut

    bab kawan2 : haaa.. tang nih aku cerewet. Aku pilih yang selesa saja

    so, kesimpulannya.. nko judge lah sendiri

    ReplyDelete
  13. saya sgt x cerewet..hehe..
    kalu nk kluar bg 5 6 minit siap! :)

    ReplyDelete
  14. saya cerewet jugak tapi b'tempat kot..
    saya tak buley tengok orang tido atas sejadah dengan telekung2 skali..
    mmg serabot r orang tuh..
    tapi bab makan takde la cerewet..
    mkn je ape yg ade walaupun tak sedap dan tak habis..
    dah klua kedai tu baru cakap tak sedap..
    =)

    ReplyDelete
  15. errr...saye spesis yg cerewet kot..hehe..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi