Sunday, November 7, 2010

MENGAPA KITA BERTEMU HANYA UNTUK BERPISAH?




Awak, kenapa kita bertemu untuk berpisah? Awak ingat lagi tak janji-janji awak pada saya? Awak janji tak kan tinggalkan saya. Tapi kenapa awak mungkiri janji-janji awak? Kenapa awak tinggalkan saya?


Saya ingat lagi hari terakhir kita jumpa. Awak banyak mendiamkan diri. Awak lebih banyak mendiamkan diri. Sesekali awak senyum bila awak dengar lawak bodoh dari saya. Awak beli makanan kesukaan saya. Tapi saya marah awak sebab awk beli banyak sangat. Saya tak nak awk membazir. Tapi last skali saya gak yg melantak sampai abes. Awak ketawa. Awak perli saya sebab mula-mula tadi saya yg larang awak beli banyak dan akhirnya saya gak yang melantak sampai abeh.


Awak, saya rindu awk. Saya rindukan senyuman awak. Saya rindukan gurauan awak. Awak selalu usik saya. Awak suka tarik hidung saya sampai merah pastu awk gelak-gelak sebab hidung saya merah macam badut. Awak, saya rindu awak. Awak selalu buat saya tertawa. Awak buat saya bahagia dengan awak. Saya tak pernah rasa bahagia macam saya rasa bahagia dengan awak. Tapi napa awak pergi? Awak pergi tinggalkan saya. Awak dah janji tak kan tinggalkan saya. Kenapa awak mungkiri janji-janji awak?



Awak hari ini genap tiga tahun usia perkenalan kita. Tapi awak tak ada nk rai kan bersama saya macam tahun-tahun sebelumnya. Saya ingat lagi setiap bulan bila sampai 4 hb, kita akan sama-sama hantar sms ucap selamat hari ulang tahun perkenalan. Kita akan sama-sama kira dah berapa lama kita couple. kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Saya sedih awak. Awak tak ada nak buat semua itu lagi.



Awak, awak ingat lagi tak masa kita keluar makan malam tu? Kita pergi makan tomyam sama-sama. Saya tahu awak tak makan pedas. Tapi saya kena kan awk. Saya bagi tau awak, tom yam tu tak pedas pun. Bila awak makan tom yam tu, awak cepat-cepat minum air sbb tom yam tu pedas. Saya gelakkan awak masa tu. Awak tarik muka. Awk tunjukkan muka masam. Puas saya pujuk awak. Tapi awak buat bodoh. Last-last saya pulak merajuk. Awak pujuk saya pulak. Indahkan saat-saat itu? Awak suap saya, saya suap awak. Walaupun ramai orang pandang-pandang tapi kita buat dono jer. Awak cakap diorang jeles tengok kita. Saya senyum jer.


Hari itu kita bergaduh. Saya merajuk dengan awak. Saya tak balas sms awak. Awak call saya off kan handset. Bila saya on handset, saya dapat banyak sms dari awk. Awak minta maaf. Tapi saya ego. Saya tak balas pun sms awak. Saya tak call awak balik pun. Pastu awak dh tak sms saya dh. Saya tunggu awak call. Awak tak call saya. Setiap malam saya nangis. Saya sayang awak. Saya takut kehilangan awak. Lepas 3 hari, awak masih tak call saya. Saya pun ambil keputusan nak call awk. Tapi peti pesanan suara je yang ada. Awak off handset. Kenapa awak? Saya minta maaf wak. Saya janji saya tak kan buat macam tu dah kat awk. Saya sayang awak.


Saya pun ambil keputusan nak pergi rumah awk. Saya nk cari awak. Saya drive kereta sorang2. Walaupun awak tinggal di utara dan saya di selatan, Saya sanggup pergi demi awak. Malam baru saya sampai rumah awak. Ramai orang rumah awk. Saya takut nak masuk.


Pastu saya nampak adik awak. Adik awak berlari ke arah saya dan peluk saya. Saya terkedu. Saya tertanya-tanya kenapa? Saya tanya adik awak mana abang? Akak nak jumpa abang. Adik awak nangis. Saya cakap mana abang? Mana abang? Akak nak jumpa abang. Akak nak minta maaf dengan abang. Akak sayangkan abang.


Pastu mak awak keluar. Dia pimpin tangan saya masuk dalam rumah. Dia suruh saya duduk. Saya tengok sekeliling kalau2 awak ada. Mak awak cakap kat saya awak tak ada. Awak dh pergi. Saya cakap pergi mana? Saya nk jumpa awak. Saya ada bawa puding kesukaan awak. Awak kan suka makan puding yang saya buat? Mana awk pergi?


Mak awk menangis, adik awak menangis. Kenapa ni? Kenapa semua orang menangis? Mana awak? Saya dah sampai. Kenapa awak tak kuar jumpa saya? Mak awk peluk saya. Mak awak cakap lagi, awak dh tak ada. Tuhan lebih sayangkan awak. Dia dh jemput awak.


Tapi kenapa air mata saya tak keluar? Saya diam. Saya tak percaya awak dh pergi. Awak dah pergi tinggalkan saya selama-lamanya. Saya bangun. Saya nak pergi bilik awak. Mesti awk menyorok dari saya. Mesti awk saja nk bergurau dengan saya. Saya jerit panggil nama awak. Saya cakap saya bawa kan puding kesukaan awak. Saya suruh awk turun. Tapi adik awak tahan saya. Dia tarik tangan saya. Saya marah dia. Saya cakap saya nak jumpa awak. Adik awak tampar muka saya. Dia suruh saya sedar yang awak dak tak ada. Awak dh meninggal dalam kemalangan masa awak nk pergi jumpa saya. Dh 3 hari awk tinggalkan dunia ini. Keluarga awak tak dapat hubungi saya sebab telefon awk dah rosak sebab kemalangan.


Awak, masa tu saya rasa dunia ni gelap. Saya dah tak ingat apa-apa masa tu. Bila saya sedar, saya dah ada atas katil awak. Kat meja tepi katil awak ada gambar kita. Gambar tu kita ambil masa hari ulang tahun perkenalan kita yang pertama. Saya menangis sambil peluk gambar kita. Adik awak tenangkan saya. Saya menangis panggil nama awak. Awak dah tak ada.


Siapa yang akan jaga saya lepas ni? Siapa yang akan suapkan saya lagi? Siapa yang akan tarik hidung saya lagi sampai merah macam awak buat dulu? Siapa yang nk makan puding yang saya buat? Awak, saya sayangkan awak. Saya minta maaf. Saya menyesal sebab saya tak balas sms awak, tak angkat telefon masa awak call. Kalo saya tahu itu lah kali terakhir saya akan dengar suara awak, sumpah saya tak akan sia-siakannya.


Awk............saya sayang awk...Kenapa awak pergi sebelum saya? Saya pernah cakap kalo bleh saya nk pergi dulu sebelum awk sbb saya tak boleh hidup tanpa awak. Kalo saya pergi dulu, nanti awak boleh kahwin lain, dan awak selalu marahkan saya kalo saya cakap macam tu. Sekarang, awak pergi dulu sebelum saya. Awak dah tak ada. Awak dah pergi, pergi jauh dari saya dan tak akan kembali lagi. Al-fatihah untuk awak.




...........................................................................................................



PENGALAMAN MENGAJAR KITA ERTI KESABARAN


HARGAILAH ORANG YANG KITA SAYANG SEBELUM DIA PERGI MENINGGALKAN KITA BUAT SELAMANYA



**Ok tak cerpen aku ni? Hehehe....

Disebabkan tension sgt study, aku godek-godek entry lama.

Ni lah hasilnya bila otak dah penat study, ok jom sambung study.


22 comments:

  1. waaaaaaaaaaaa!!

    last2 mra yang nangis. isk isk isk..

    akak goodluck xm!

    ReplyDelete
  2. huh..adakah kini musim org putus cinta??? waaaaa

    ReplyDelete
  3. sedihnya... macam mo nangis jugak ni...selamat berstudy...gambate!

    ReplyDelete
  4. sob sob sob.. sedih.. tisu sekotak

    ReplyDelete
  5. haha..de gaye2 tuk jd pnulis cite sedih ni..hehe

    ReplyDelete
  6. laaaa, tulis sdrik ke?? rasanya cam pnh tgk kat fb...agaknya ambik dr cni kot ek..

    ReplyDelete
  7. hebat la tulis cerpen sniri~
    tulis bnyk2 agy yerr :)

    ReplyDelete
  8. Cerpen yang best...
    Exam pun mesti best...!

    good luck ok

    ReplyDelete
  9. CIS HAMPIR PERCAYA kisah benar..demmm

    ReplyDelete
  10. buat lah yang happy ending pulak.. sedih2 je, tak syok la..

    ReplyDelete
  11. terima kasih sebab buat aku teriak..... demmmm!

    ReplyDelete
  12. terima kasih sebab buat aku teriak..... demmmm!

    ReplyDelete
  13. mencik.. ai mengalir air mata di opis.. hebat sangat hebat tulisan kamu

    ReplyDelete
  14. aduyai sedihnye. mmg terbaik la nye cite.

    ReplyDelete
  15. adess sedih..terfeeling lak mama...ermm setelah apa yg berlaku dlm hidup mama skrg mama lebih menghargai apa yg mama ada dlm hidup mama...Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  16. saya bru jumpa blog kamu. entri ini buat air mata saya mengalir laju. mcm hiris2 hati sndri... owhhh... bru 55hari arwah chenta hati sy pgi dan coretan kamu buat saya makin rndu dia... btw thanks utk kisah secantik ini... (-_-)

    ReplyDelete
  17. saya bru jmp entry kam0 ni..sungguh hebat..tahniah..cerpen ni buat sy sebak..dh la bc kt opis..nseb baik xde org..hukhuk.. m0ga saya lebih mnghargai ape yg sy ada skg..so sad..;/

    ReplyDelete
  18. huhu..sadis...=(

    mcm ayat2 dlm video kt fb..

    lbh krg gni la...sob3

    ReplyDelete
  19. sebak bila baca..
    coz teringat pada dia yang bukan milik kita..
    awk,sampai sekaran saya rindu kan awk..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi