Saturday, November 13, 2010

PENGALAMAN AKU MENUNGGANG MOTOSIKAL DARI PENANG-KEDAH


Sory, semalam tak singgah kat blog ampa. Aku balik kampung, umah arwah tok aku kat Yan. Tadi petang baru sampai Penang. Ampa tau sajakan la bila balik naik motor ni macam mana?

Penang-Yan-Alor Star.

Memang aku tak berhenti singgah kat R&R mana-mana pun so punggung aku ni dah kematu dah dok atas motor tu lama-lama. Bila dah sampai rasa macam punggung aku hilang hahaha.. Lenguh weh...

Ada orang tanya tak takut ka bawa motor sorang-sorang? Berani nowh hang ni kalau jadi apa-apa nanti susah dah la perempuan pulak tu.

Memang kadang-kadang tu cuak la juga, tapi mau tak mau kena beranikan diri juga. Sebab kalau naik bas ni leceh. Ampa tau saja la bas kat Penang ni macam mana terpaksa bersesak dengan nepal, bangla, indon yang badan depa memang berbau tengik. Uisshhh seksa tu.

Kalau nak balik Kedah plak, kena naik bas p kat jeti, naik feri bila sampai seberang kena cari bas lagi kan banyak keja tu nak kena buat? Baik aku naik motor, walaupun agak bahaya tapi aku boleh je singgah kat mana-mana aku nak. Bila ada motor ni senang sikit nak bergerak.

Kat sini aku nak share 5 perkara pengalaman yang paling menakutkan bila di atas higway.

  • Kena ngorat dengan driver lori. Yang ni paling aku tak suka. Kadang-kadang tu entah mai dari negara Bangla mana dengan kulit berkilatnya. Uishhh.... Minta simpang la.

  • Bila tengah leka bawa motor tiba-tiba berdesup bas atau lori potong aku. Pernah sekali aku terkejut sampai nak terlepas handle motor tu. Dah la kadang-kadang kaki melatah juga aku ni.

  • Bila ada lori atau treler besaq bawa barang-barang contohnya bawa besi, tong gas, kayu balak lalu kat tepi aku. Time tu aku selalu bayang kalau la tiba-tiba besi yang ikat barang tu terputus pastu timpa aku, nauzubillah.. Jauhkan aku dari benda-benda macam ni.

  • Risiko tayar motor pancit. Yang ni aku selalu jer alami. Bayangkan atas highway, dengan sapa pon tak ada hanya boleh pasrah jer tunggu sapa-sapa lalu. Tapi setakat ni alhamdulillah nasib aku selalu baik sebab ada ja orang yang akan tolong aku. Pernah gak sekali rantai motor aku putus sebelum naik jambatan Pulau Pinang.


Masa motor aku pancit kat Highway Gurun




  • Pengalaman atas jambatan Pulau Pinang adalah paling menakutkan sekali. Ampa tau saja la naik jambatan, seberang laut, bila angin kuat tu sampaikan motor kita pon boleh bergegar sekali. Kalau kita tak pandai kawal silap-silap boleh terjun laut motor tu atau pon makan jalan orang. Selalunya waktu petang angin akan kuat. Time ni aku bawa 60KM/J jer la.

Secara jujurnya memang aku takut, bukan aku tak takut cuma mau tak mau kena beranikan diri la. Apa tah lagi kadang-kadang fobia lagi bila ada motor nak potong aku gara-gara kena ragut hari tu.

Kalau aku ni tak berani, masalah pulak aku nak gerak ke mana-mana. Kereta? Keluarga aku bukan orang kaya. Walaupun arwah tok aku dulu suruh walid aku beli kereta kat aku walaupun hanya kereta kancil. Tapi mana mau cari duit??

Pesan aku, tak kira kita ni lelaki ke perempuan, hati-hati la bawa motor tu, walaupun kadang-kadang kemalangan tu tetap akan berlaku walaupun bukan salah kita.


15 comments:

  1. hai.. wow.. dahsyat tu.. nak share pasal bawak motor.. start membawa motor sendiri masa lepas spm.. itupun nak amik lesen punya pasal.. dan bila dpt L, itulah saat pertama kuar dari rumah.. itupun abah tgok dari belakang..

    dan sekarang sudah cekpa membawa motor,.. tp bila bawak tu mesti ingat mati.. hahaha.. apapun setakat ni masih selamat dan tak penah lagi terlibat dgn masalah di tgah jalan.. alhamdulillah..

    bila umo dah masuk 21, barulah abah bg bawak motor kuar dari seremban.. dan takkan abh benarkan bawah lebih dari nilai ke utara sana..

    sebagai penunggang ada masa kita terlalu kerdil di atas jalan raya.. ada masa kecuaian kita memnag mudah menempah maut.. jd betul, laki ke perempaun perasaan takut tu pasti membelnggu dan harus berwaspada..

    ReplyDelete
  2. Selalu balik Teluk Intan Naik motor..

    Sintok-AS-Gurun-SP-BW (Jalan biasa)
    BW-Taiping (Hiway)
    Taiping-Chgkt Jering-K.Kangsar-Parit-Teluk Intan (Jalan Biasa)

    Alhamdulillah, tak pernah lagi motor pancit selama bawak motor tu..

    ReplyDelete
  3. wah.
    nasib tak terjun drpd jambatan tu.
    kalau tak, hang dah jadi hantu kat jambatan tu.
    =.='
    boleh zami jumpa hang kalau lalu situ nanti.
    haha.

    ReplyDelete
  4. wohoo! bahaya gak bawak moto ni :P

    ReplyDelete
  5. amboi...beraninya
    sampai sekarang masih lagi takut nek moto
    hahhaha^^

    p/s: adik aku asyik2 ekseden moto...baru2 ni ekseden lagi..tambahlah aku nerves hehe

    ReplyDelete
  6. Cara nak mengelakkan takut atau fobia terhadap sesuatu ialah; hadapinya dengan tabah.

    Kalau kita takut, perasaan itu akan ada selamanya selagi kita tak tekad nak lakukannya. Bila dah berjaya buat sekali, lepas tu mesti kita dah tak takut lagi.

    Respek le aku kat hang ni..! Berani!

    ReplyDelete
  7. wahhh ~~ .. minah rempit seyh.. i like.. hehe

    ReplyDelete
  8. wah sungguh tabah si gadis kamdar rupanya... ehm jangan kuat sangat berkhayal atas motor... PEACE...

    ReplyDelete
  9. gomokpendek naik travel 2 minggu sekali dari bulan 1 sampai tgh bulan 5~~ ipoh-melaka, melaka -ipoh... even naik kereta, sgt bahaya juga!!!

    ReplyDelete
  10. same la plak.. minah moto.. hahaha... berani mst kene berani.. wa jiwa kental~

    ReplyDelete
  11. huhu.... betol2, bontot mmg kematu abes r..
    aritu saya ride dr shah alam ke penang, officially 6 jam... every R&R stop sbb isi minayk... kebetulan mase tu bulan puasa, so, terpaksa musafir... hihi

    ReplyDelete
  12. Amboi.. Pekat aih dia loghat penang :) Hehehe.. Gilalah naik motor sampai yan, a.star.. huhu

    ReplyDelete
  13. betul2..kalau peatng2 angin mesti kuat kat bridge..rase melelong2 macam tayar pancit je..setiap hari tmie hari bekerja saye alalmi enda tu..kui3..kite kan rock..selambe la bawak2 moto ni kan..hahah..

    ReplyDelete
  14. sy pon pnah nek moto dri loq staq p penang...
    paling menyakitkan hati kalau tayar pancit kt tgh highway..
    mujuq la kebetulan ada abg tu lalu dan singgah tolong..
    tp kan.. rasanya mcm dh dirancang ja pon.. kelengkapan tukaq tiub semua dia ada.. huhu..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi