Tuesday, November 23, 2010

PUTUS CINTA?


Ampa pernah putus cinta?

Mestilah pernah kan? Sakit. kecewa. Dan merana kalau hati dia tu sangat rapuh. Aku? Rapuh ka? Mungkin. Sakit tu kalau kecewa.

Tapi hidup mesti diteruskan. Untuk apa nak meratapi perpisahan seandainya ex ampa tu sikit pon tak pernah menghargai ampa. Ampa dah usaha nak jadi yang terbaik untuk dia tapi apa yang dia bagi sebagai balasan?

Mengikut pengalaman kawan-kawan aku la, bila depa putus ja yang si lelaki ni mula la buat sesuatu yang menyakitkan hati perempuan. Awat ampa tak puas hati ka kalau ampa tengok ex ampa tu boleh hidup tanpa ampa? Tak macam dulu dah dok meratap kesedihan sebab ampa tinggal dia?

Dulu masa dia sayang hang, jaga hang, pentingkan diri hang dari dia, ikut kemahuan hang, terima seadanya diri hang, ada hang menghargai dia tak?Ada hang buat apa yang dia lakukan untuk hang? Ego tu tinggi sangat ka sampai hang langsung tak boleh nak bertolak ansur? Hang nak dia ikut cara hang macam apa yang hang nak tapi ada hang buat tak macam tu juga?

Pastu akan salahkan perempuan tu sebab tak boleh ikut cara hang. Memang melangit sungguh ego. Hang tau tak perempuan tu berusaha untuk ikut cara hang sebab dia sayang hang tapi hang ada amik kisah tak?

Hang nak orang jaga hati hang tapi hang ada jaga hati orang tak? Hang cakap pong pang pong pang nasihat tapi ada hang buat tak macam yang hang kata tu?

Masa dia dok sayang hang, sikit pon hang tak reti nak menghargai dia. Bila dia dah tak ada, hang tengok dia dengan laki lain baru nak kalut. Pastu dok bagi perempuan ni sakit hati apa jadahnya tu?

Aku kalau jumpa laki macam ni mau aku sunat dia sekali lagi. Puas hati! Asyik nak menyakitkan hati perempuan ja keja.

Tak boleh ka ampa layan perempuan ni elok-elok. Hati perempuan ni masa dia sayang ampa, silap-silap dia layan ampa macam raja. Kadang-kadang dia pentingkan diri ampa dari dia. Kalau dia tau ampa sakit silap-silap tengah malam pon dia sanggup p jumpa apa bagi ubat.

Tapi bila 1 tahap dia terluka dengan ampa, apatah muka, suara ampa pon dia dah meluat nak dengar. Ampa buat la macam mana pon, kalau hati dia dah beku, sorry to say la. Entah-entah bau ampa pon dia meluat dah.

Perempuan tak kan berdendam tapi dia akan sentiasa beringat apa yang telah ampa buat. Semua tu dia akan amik pengajaran dan tahap kepercayaan dia kat ampa adalah 0. Kosong ok?

Jadi pada lelaki tu, hargailah perempuan, jaga hati perempuan elok-elok, hati perempuan ni bukannya macam hati ampa, hati kering.

Yang perempuan pulak kalau kena tinggal tu tak payah la dok melayan sangat perasaan tu, buat apa nak meratapi kesedihan untuk lelaki yang langsung tak tau nak menghargai?

Jangan kata aku tak paham, jangan kata aku tak pernah rasa. Aku pernah rasa lebih teruk dari tu. Tapi aku terus bangkit. Aku tak mau jadi lemah disebabkan benda macam ni. Aku malu. Malu kalau orang lain tengok aku bersedih, menangis dok meratapi cinta dunia ni tapi ampa ada menangis sebab dosa-dosa ampa?

Kalau nak hitung dosa tu memang bercambah. Rasa menyesal kadang-kadang sebab terlalu pentingkan cinta dunia tapi abaikan cinta Hakiki.

Sampai bila? Sampai bila ampa nak terus seksa diri ampa sampai macam tu? Bangun la beb! Sedar sikit diri tu.

Aku bukan saja-saja cakap. Kalau ampa nak kata kat aku "hang senang la cakap hang tak rasa apa yang aku rasa." Kamon la beb! Pengalaman aku lagi teruk kot. Argghh malas nak ingat balik kenangan lama tu.

Cuma aku tak suka tengok kaum aku ditindas. Terus dok meratapi kekecewaan. Sayang memang la sayang tapi kalau disebabkan sayang la ampa jadi macam ni perlu lagi ke perasaan sayang tu?

Tepuk dada tanya hati.

Pesanan ini ikhlas dibawa oleh Gadis Kampung Separa Bandar

MODE: SERIUS


26 comments:

  1. Gadis Kampung Separa Bandar: Mmg sakit klu putus cinta nih....

    ReplyDelete
  2. mmg sakit, lagi2 putus n kecewa banyak kali...

    ReplyDelete
  3. sakit kot sb akak tgk kwan2 akaklah..

    tapi akak xde pengalaman putus cinta sebab bercinta 5 thun ..first love dan terus kawin..hehe

    ReplyDelete
  4. mmg sakit! sy 4 kali frust menonggeng!
    paling teruk, frust masa 1st love la.. huhu..
    now, jiwa kosong..

    ReplyDelete
  5. @MsErma

    tu tandanya tak bertemu dengan orang yang memang dah dijodohkan untuk kamu

    ReplyDelete
  6. Hans

    Meluat aku hang ni...nak kata kat aku la tu... Hahaha..

    ReplyDelete
  7. hahaha.. HIDUP WANITA!!
    (gelak besar aku)

    jgn la mcm tu.. ada masa lelaki juga terluka bila dipermainkan wanita.. aku pernah terkena sekali dan kesannya sgt lama..

    lelaki atau pun perempuan semuanya sama.. kene belajar menghargai dan mengawal diri...

    terputusnya sesuatu hubungan itu bukanlah disebabkan sebeleh pihak.. tp kedua2nya.. percayalah..

    ReplyDelete
  8. hahaha.. HIDUP WANITA!!
    (gelak besar aku)

    jgn la mcm tu.. ada masa lelaki juga terluka bila dipermainkan wanita.. aku pernah terkena sekali dan kesannya sgt lama..

    lelaki atau pun perempuan semuanya sama.. kene belajar menghargai dan mengawal diri...

    terputusnya sesuatu hubungan itu bukanlah disebabkan sebeleh pihak.. tp kedua2nya.. percayalah..

    ReplyDelete
  9. yeahhh i like yg part laki menyakitkan ati pompuan ble pompuan tu dh bahagia ngan org lain.. salah kau yg tak reti nak menghargai.. asyik nak kte jd yg terbaik, tp diri sendiri takde la sebaik mane.. mmg dh rasa meluat dh pon.. bkn stakat bau je kak, bayang pon kalau boleh xnk nmpk.. hehehehe~~

    ReplyDelete
  10. ish..mcm warning je nih.huh

    baru je puttus cinta kak..
    mmg mula2 nangis bagai nak rak.
    last2, jadi kuat mcm skang.haha...

    yep.betul.perempaun takkna dendam, tp akn sentiasa igt apa yg dah berlaku..

    Filem 2 Alam semakin hampiri RM40juta!!

    ReplyDelete
  11. dah bercinta mesti putus cinta.. try kawin terus..

    hoho..

    tapi gua sedih woo

    ReplyDelete
  12. menyampah la bercinta-bercinta ni. ada saja yg tak kena. huh!

    ReplyDelete
  13. memang sakit putus cinta... tapi mungkin ubat bagi kesakitan tu lebey manis...... =)

    ReplyDelete
  14. air dicincang takkan putus..eh..

    cinta kalau dicincang² boleh putus tak?

    ReplyDelete
  15. ikhram: ini versi wanita punya so hidup wanita hahaha


    hans: huh!


    marumaru: hahaha.. kalau malam selamat ar sebab memang tak kan nampak bayang keh3...


    puteri: warning ka? hahaha


    hamzah: sapa tak sedih...jiwa kental cam hang pon meleleh gak bila bab cinta-cintun ni jgn memain hehe


    gadisbunga: kalau jumpa yang betul2 baik indah juga cinta ni hehe


    cikpia: manis macam aku kah? hahaha


    nia: hahaha jom2..


    naman: boleh diibaratkan macam layang2 terputus tali ala mcm lagu Alleycats tu keh3..

    ReplyDelete
  16. lme gler x dtg sini. jey dh lama tak rase putus cinta

    ReplyDelete
  17. akak putus cinta tak pernah rase lagik tapi memutuskan cinta tue selalu...hahahaha okeh tak statement riak haku nih..:)

    ReplyDelete
  18. jom sunat mereka..!!! hahahaha..

    nice entry.. bsemangat waja pas bca.. haha

    new post : Sory Geng Pokok Renek

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi