Wednesday, December 29, 2010

APAKAH TUJUAN AMPA BUAT BLOG?




Pastinya ada sebab yang tersendiri. Macam-macam ada dalam dunia blog ni. Kebanyakan blogger datang dari pelbagai latar belakang. Ada yang dah bekerja, masih belajar dan juga ada yang dah berkahwin.

Dan adakalanya kita tengok wah hebatnya dia dalam dunia blog, followers beribu-ribu tapi kat luar sebenarnya dia sama juga dengan kita. Ada plak blogger yang dalam blog dia biasa-biasa saja tapi kat dunia realiti wah hebatnya dia, anak Donald Trump rupanya. Itu sebagai contoh jer la.

Kadang-kadang kita tak sedar bahawa dunia maya ni sebenarnya sama jer dengan dunia realiti apa yang berbeza dunia maya ni kita tak tahu siapa dia. Kita hanya baca penulisan dia. Yang kadang-kadang bila kita baca kita akan terfikir "wah hebatnya budak ni. Ayat berapi-api". Tapi bila dah jumpa semut api rupanya dia.

Sebab tu jangan la hairan kalau ada sifat dengki mendengki ni dan tak pernah nak puas hati dengan orang lain. Itukan salah satu sifat yang selalu juga kita hadapi di luar sana? Tak semua blogger ni baik adakalanya depan kita baik tapi di sebaliknya menyamar sebagai anon maki-maki kita.

Tak kurang juga yang gila traffic. Dia buat blog semata-mata nak kejar traffic dan nak tambah income. Jangan plak kita nak p mengutuk dia "apa la blog hang ni tak habis-habis dengan entry pasal traffic, setakat entry mcm ni adik aku yang tadika pon boleh buat".

Masing-masing ada cara tersendiri. Masing-masing ada sebab tersendiri kenapa dia blogging. Kita siapa nak cakap orang tu salah orang ni salah? Tak suka orang tu tak suka orang ni?

Bagi aku, jaga diri sendiri sudah.

Diri sendiri pon tak tera mana nak kalut pasal orang lain. Yang tak puas hati tu kenapa?

Ada plak yang siap kutuk "apa la blog hang ni macam sampah". Macam sampah pon hang dok baca juga.

Kalau nak cerita pasal dunia blog ni 7 keturunan pon tak habis. Ada akal guna. Kita sendiri yang pilih blogger macam mana yang kita nak jadi. Semua tu terpulang pada diri sendiri.

Kalau bab budaya menegur ni, kalau boleh tegur dengan cara yang elok. Ada adab dan tertibnya. Dan aku akui kadang-kadang kita tegur dengan cara yang elok pon masih ada yang tak boleh nak terima teguran. Kalau dah tahu orang tu macam tu lu pk la sendiri yer.

Tak semua orang pandai menegur dan tak semua orang boleh terima teguran.

Tepuk dada tanya hati.

22 comments:

  1. hahaha..ceq slalu kena komen entry macam kanak2...

    nak wat lagu mana...nama blog pon budakbukansebarangbudak.hahahaha

    ReplyDelete
  2. tujuan kami buat belog sebab.........
    nak luah idea tapi bila start berblog hadoiiii idea trosss ilang...

    ReplyDelete
  3. kakD buat belog ni suka2 saja...mengisi kekosongan ruang yg ada...hehehehehe...

    ReplyDelete
  4. setuju dgn GBSK. jgn la kite buat komuniti blog ni mcm perang twitter malaysia-indon sebab balik2, ke situ jugak yg kita nak pegi. saling memerlukan...

    jadi berbloglah secara aman...

    pilihan di tgn kita. :)

    ReplyDelete
  5. salam GKSB...

    mula2 akak buat blog
    sebab suka org buat
    dgn kata lain..hendak jugak ada..

    kendian blog tu sepi selama setahun..

    pastu minat mulai cambah..smpai skrg...tu psl blog akak pun meriahlah sket..
    akak pun suka kalu org tegur pasal blog akak utk penambahbaikan..xsalahkan..asalkan kritikan membina sama ada dr segi penulisan. hiasan dlman atau komen2 yang akak lontarkan...hehee

    jomlah kita tegur menegur utk kebaikan...rapatkan ukhwah sesama saudara seagama..

    ReplyDelete
  6. hahahaha
    tu la pasal
    susah nak puaskan hati semua orang
    kan?

    ReplyDelete
  7. tujuan kami buat blog sebab nak cari ramai kawan yang boleh... tapi kami tak suka blog yang suka kutuk org dan blog yg kutuk artis itu ini begitu begini....

    ReplyDelete
  8. ..dlm dunia ni ape yg kite buat mesti ade sebab..the same thing goes to blogging,,kan?? =)

    ReplyDelete
  9. mama angkat keyboard tanda SETUJU 200%....hik2...


    siapa kita nk mempertikaikan blog org lain? jaga blog sendiri sudaaaa...

    ReplyDelete
  10. wow! Menarik tajuk ni..Pendapat kami di iAwani, blogging sepatutnya dijanakan oleh passion. Put your whole heart into it!

    Blogging adalah penulisan di web, jadi, untuk enjoy blogging, kita kena enjoy penulisan terlebih dahulu.

    Kena banyak menulis untuk merasai feel cemana bestnya blogging.

    Energi yang lahir dari rasa best berblog tu akan mempengaruhi penulisan.

    Sesiapa saja akan merasa gembira tatkala membaca atau menatap entri ditulis dengan passion sepenuh hati.

    Enjoy writing, money comes automatically after that. Bukan kami yang kata, Azizi Ali yang kata!

    ReplyDelete
  11. @alimaz

    betoi tu... kalau boleh cari kawan seramai yang boleh

    ReplyDelete
  12. @ainee

    yups.. dan kadang2 orang buat sesuatu tanpa sebab yang munasabah

    ReplyDelete
  13. anyss..
    awak antara org pertama yang akak kenal di alam maya..best baca blog awak..walaupun awak muda dari akak..wah gtu..terasa diri ini dh tuo..hihi..

    akak memang suka nak blogging untuk bsembang2..mcm bsembang dgn diri sdri..haha (mcm syok sdri)

    btul..kalau org xbaca pun nk wat cne..xpe..at least tua2 nanti bila akak baca balik akak ingat..keadaan semasa..dengan tarikh tertera..oo..gini..oo gtu..

    satu ag blog ni leh simpan gambar2 kita..tmpat backup a kononnya..

    yang part anon2 tu akak xpernah kena lagi yg pelik2..jd xleh nak komen dlu...xtaula kalau kena kot melenting jg..haha

    awak banyak ajar akak2..tmasuk kenalkan dgn sue utk wat header..mcm2..mksih byk..

    ReplyDelete
  14. anyss, kita baru ag kat sni... x tau apa2...tulis pon ape yg ade kt pale... tp terkejut gak dok baca blog yg asyik ngutuk blog org...

    biase la tu, rambut sama itam, ati len2...

    ReplyDelete
  15. part yg suka kutuk2 org tanpa sbb mmg den tak trimo...haihhh~

    ReplyDelete
  16. akak ada wat entri penghargaan untuk awak..baca yerr..mksig byk2, awak byk tlg akak..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi