Thursday, December 16, 2010

BILA SESEKALI MENYINGKAP KENANGAN LAMA

Bila baca blog Hans tadi pasal nama, teringat aku plak zaman masa sekolah dulu. Yup, aku 1 sekolah dengan Hans masa di Sekolah Teknik Kangar, Perlis dan kebetulan plak 1 kelas dan kebetulan pulak meja dia belakang aku ja. Dan nak dijadikan kebetulan lagi nama dia sama dengan aku dan dia juga ada blog.

Masa sekolah dulu, memang rasa tercabar sebab nama dia sama dengan aku dari segi ejaan pon sama iaitu Hanis. Memang pelik bila lelaki nama Hanis ni kan? Nak dijadikan cerita dalam kelas kami ni banyak orang yang memiliki nama hanis, atau anis walaupun ejaan tak sama tapi bila sebut bunyi sama.

Antaranya adalah aku, Wan Nur Hanis, Mohammad Hanis, Salfa Anis dan Anis Syahirah. Bila cikgu nak bagi kertas ujian dan kadang-kadang panggil nama pendek ja iaitu anis, mesti antara kami berempat akan silap kertas.

Kadang-kadang tergelak-gelak la juga sebab punya ramai orang nama hanis sampai tersilap orang. Sebab tu Hanis kami panggil Hans, Salfa Anis panggil Salfa dan Anis Syahirah panggil Anis, aku plak ada yang panggil Hanis ada yang panggil Wan.

Kalau nak ikutkan kelas kami ni banyak orang pelik-pelik. Ada yang suka cakap sorang-sorang, ada yang penah lari sekolah, ada yang tidur sampai melimpah air liur basi atas meja hahaha.. Kalau nak ingatkan memang banyak kenangan kat Sekolah Teknik ni, belum campur lagi kenangan masa kat asrama.

Hans ni dulu boleh aku katakan macam nerd sikit hahaha... Sory Hans pecah rahsia hang. Tapi sekarang ni dah berubah habis, amik masscom sama kot sebab tu dia berubah habis. Apa-apa pon setiap orang berubah cuma sama ada memilih untuk jadi lebih baik atau sebaliknya.





Agak-agak ampa yang mana 1 aku dan Hans?


Walaupun 1 kelas sekarang dah berpisah tapi persahabatan yang kami bina masih tak berubah still gila-gila macam dulu cuma ada sesetengah ja yang dah berubah. Apa-apa pon kami maintain awek muda hahaha...

19 comments:

  1. akak pun same lah dik! nama mamat tu fairus..akak plak fairuz..

    penah la sekali, termalu sendrii sebab ingat cikgu tu panggil MDT..rupa2nya die tengah ckp dgn sibudak fairus tu..heh! rase mcm nak masuk muka dalam kain..grrrrrr

    ReplyDelete
  2. teringat time study kat teknik dulu..seronok amat. haihh..kalau la boleh diputarkan balik waktu. hurmmm

    ReplyDelete
  3. hoi hoi
    censored lah wajah jahiliah aku tu
    jatuh saham
    aku 100% lain meh dari dulu
    hahahahahah

    P/S : Kenapa Nama Awak Macam Nama Perempuan?

    ReplyDelete
  4. bl dikenang2 blk mmg sronok kan,...??? klaka pn ada..tp sume tuh kenangan kan...:)

    ReplyDelete
  5. @Hans

    barula nampak perubahan~sekarang dah kachak lagi bergaya hahaha

    ReplyDelete
  6. terkenang zaman sekolah2 memang nostalgia kan?

    ReplyDelete
  7. dah lame tak tgok gmbr skol dulu2

    ReplyDelete
  8. aku kena suruh semua budak kelas bawa gambar2 nih
    lepas tu bakar
    hapuskan bahan bukti
    hahahahaha

    ReplyDelete
  9. oh!korg bdua satu kelas!best22..hahah
    mmmg peninnngg ah kalau dah byk hanis/aniss...

    p/s:rindu kangaqqq(kampung halaman)hahah

    ReplyDelete
  10. @Hans

    ceit! hahaha..terimalah diri hang dulu seadanya kih3...

    ReplyDelete
  11. mana satu muka GKSP?? bulatkan la hehe

    ReplyDelete
  12. anis: pjm nama+blog jap ea..masuk my entri..sila2 lawat..=)

    ReplyDelete
  13. a'a kawan kte ada nama hanis, lelaki :)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi