Sunday, December 19, 2010

ENTRY MEMBALAS APA YANG HANS TULIS

Yang tutup muka tu Hans


Ini adalah entry balas daripada Hans. Kalau ampa nak tau apa sila p baca entry dia yang ini dulu. Dah habis baca kan? Meh aku nak story sket pasal kelas aku tu.

  • Kenapa ada budak yang suka cakap sorang-sorang? Yang ni agak misteri sket. Sebab banyak versi aku dengar. Ada yang kata dia tekanan dengan keluarga dia, ada yang kata ada benda yang dok berkawan dengan dia macam-macam lagi la. Tapi ramai yang suka melayan dia sebab kadang-kadang kita macam melayan budak-budak bila bercakap dengan dia walaupun budak perempuan ni pelik sket.

  • Bab tawaf 1 kelas ni waktu dia berada dalam tekanan. Kami semua maklum yang dia suka cakap sorang-sorang so boleh kata kami 1 kelas ni dah lali. Tapi bila 1 hari tu kami ada exam, budak perempuan ni cakap sorang-sorang sekali cikgu yang jaga exam tu marah dia sebab tuduh dia meniru. Cikgu ni tak tau kot masalah budak perempuan ni. Sekali budak perempuan ni mengamuk sambil baling-baling pen pastu dok marah-marah. Kami yang dok amik exam ni dah kecut perut dah. Pastu tetiba budak perempuan ni bangun amik pen dia sambung jawab soalan macam tak ada apa-apa berlaku. Hahaha.. Ajaib kan?

  • Ada sorang cikgu ni, dia tengah mengandung so emosi dia tak berapa nak stabil sangat. Sekali dia sentap pasal apa tak tau terus tak masuk kelas kami dah lepas tu. Dah la dia ajaq matematik, suka nak marah-marah sentap mak.... nyah hahaha..Sebab tu aku tak minat matematik ok? Hohoho...

  • Kelas kami ni paling ramai, perempuan masyaallah ramainya tapi lelaki seciput ja. Yang tak boleh blah bila ada gengster dalam kelas ni. Mat rempit plak tu. Tapi amik kos pengurusan makanan. Hahaha... Aku slalu ja gaduh dengan mamat ni. Dia ska cari gaduh dengan aku dan kacau budak perempuan sebab tu aku tak suka dia kot hahaha..

  • Memang seronok dalam kelas ni. Apatah lagi budak lelaki belakang aku ni yang dok tepi Hans sangat pandai masak. Memang slalu dok bawa makanan sebab tu badan Hans dulu-dulu agak kembang hahaha =P






  • Dalam banyak-banyak kenangan, kenangan yang paling aku dok ingat sampai sekarang adalah waktu amali untuk SPM. Kami kena buat rekacipta masakan. Sekali budak lelaki kelas aku sorang tu simpan kuku panjang, hitam plak tu. Memang aku tak makan la dia masak tapi cikgu terpaksa makan gak sebab nak rasa untuk bagi markah walaupun aku tau mesti cikgu tu tak berapa nak rela kih3...

  • Dan yang paling best bila waktu kami buat eksperimen biologi. Ala kena amik sample ayaq liuq tu. Eksperimen untuk tiub vasking ka apa tah aku pon tak berapa nak ingat. Sekali kawan aku yang suka dok tidoq dalam kelas sampai meleleh ayaq liuq basi atas meja dengan sukarelanya menderma ayaq liuq dia hahaha.. Yang tu adalah ahli kumpulan Hans. Dan Hans yang menjalankan eksperimen tu hahahaha... Euuuuwwwww..

  • Disebabkan banyak puak dalam kelas kami ni. Yang memang kebanyakan dari 1 dorm, ada geng budak skema, geng budak pandai la dan lain-lain lagi jadi aku dalam kategori berkawan dengan geng yang duduk luar. Bukan apa, kalau nak seludup nset tu senang la sikit kan? Hahaha..

  • Memang seronok waktu zaman sekolah dulu. Kelas kami selalu menjadi tumpuan sebab selalu menang pertandingan keceriaan, ada banyak "bunga" yang jadi idaman lelaki dan selalunya banyak kontroversi

  • Memang mabeless la bila ingat balik kenangan lama. Sapa tak suka zaman sekolah dulu bermakna dia memang tak reti nak manfaatkan betol-betol hidup dia dulu. Macam hans cakap la, nasib baik ada FB.

  • Walaupun orang dok kata sokong yahudi la apa la tapi di sebaliknya banyak manfaat juga sebab kita still boleh berhubung dengan bebudak sekolah kita dulu. Yang kita tak kenai pon boleh jadi kenai macam aku dengan Epol hohoho..



Ni la reunion kami yang terakhir, kebetulan kawan aku kawen.






Rindu nak kurus macam ni lagi hoho..



Sekarang ni dah ramai yang bekerja, kawen dan ada yang masih tak abeh belajaq lagi. Pada adik-adik yang dok sekolah lagi tu, kawan-kawan yang berada di IPT, amik peluang ni cipta la kenangan seberapa banyak ampa boleh. Sebab bila dah bekerja nanti, semua tu tak kan kita kecapi lagi. Betoi tak abang-abang dan kakak-kakak yang dah bekerja?


Aku pon tinggal 1 sem lagi ja nak abeh belajaq. Tak lambat dah. Ha, panjang lebaq aku tulis. Kalau yang berjaya baca sampai habis tu tahniah aku ucapkan. Kalau main skip-skip tu lepas tu terus komen yang tak ada kena mengena akan menkantoikan diri sendiri hehehe.. Baik ampa baca sampai habis.

Ampa pon mesti ada kenangan yang memang ampa tak boleh lupakan. Betoi dak?

Apa macam Hans? Puas hati dengan entry balas aku hahaha..








15 comments:

  1. hahahaha
    nanti aku buat plak entry balas...
    ala2 'gaduh' jer balas membalas kan?
    hahahahah
    sonok citer pasal member2 nih

    P/S : Tiba - Tiba Teringat Kisah Lama

    ReplyDelete
  2. betol 2..masa balaja ni..pglaman paling manis..wlaupun nk tempuhnye 2..mcm2 cabaram..

    p/s : ( A H 7 ): Chelsea Vs Manchester United Postpone

    ReplyDelete
  3. Epol tu yang mana tu?
    Yang kiut-kiut tu eh... ahak ^^

    p/s : Kelas Anyss ni ada orang nama Syazana tak? :P

    ReplyDelete
  4. @Epol

    tudia prasan dah hahaha..

    p/s : mestila ada, ni mesti dok berkenan kat dia dlu kn? hehehe =P

    ReplyDelete
  5. gua nak nombor gadis baju pink.. hehe

    ReplyDelete
  6. sekolah adalah kenangan terbaik

    huhh

    ReplyDelete
  7. time blaja memang sgt best..byk kenangan..kengkawan pon ramai..nak gi mana2 pon leh lagi reramai...

    bila dah keje..sorang sane sorang sini..sorang utara..sorang selatan..susah dah nak jpe...

    ReplyDelete
  8. ye betoi..bila dah keje ni..rindu sekali ngan kenangan2 kat skolah dulu.erm..sesuatu yg tak mungkin akan berulang..tp hanya boleh dikenang..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi