Friday, December 10, 2010

KENAPA PEREMPUAN YANG ASYIK KENA PUKUL MASIH BERTAHAN?

Pic Google





Kita selalu terfikir kenapa ada isteri yang masih bertahan kalau kena pukul dengan suami. Dan pada biasanya, mereka akan membuat laporan polis, bila kena pujuk dengan suami tiba-tiba menarik balik laporan mereka.

Malah yang lebih buruk lagi, kalau belum berkahwin tapi asyik kena pukul masih bertahan lagi.

Dah la tak ada hubungan apa-apa, membiarkan diri dipukul, disepak terajang oleh lelaki yang langsung tak bertanggungjawab atau bahasa kasarnya tak ada teloq sebab berani pukul perempuan.

Kedua-dua situasi ini berterusan dengan hanya satu alasan iaitu SAYANG. Terlampau sayang sehingga membiarkan diri terus dipukul dan dibuat sesuka hati oleh pasangan bukankah itu satu tindakan bodoh?

Memang aku masih bujang, masih belum kenal erti hidup berumah tangga tetapi tidak bermakna aku tidak paham dengan apa yang berlaku.

Pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih tabah, lebih berani nak hadapi hidup ini. Apa yang paling penting jangan membiarkan diri menjadi bodoh dan gunakan alasan SAYANG untuk membiarkan diri kita terus disakiti.



Contoh perlakuan suami


Bagi pasangan yang belum ada ikatan apa-apa tapi si lelaki sudah berani naikkan tangan, tinggalkan. Fikirkan masa depan, jangan fikirkan kalau anda kehilangan lelaki ini, tak akan ada lagi lelaki yang akan dampingi anda.


Anda silap. Mungkin anda akan dapat lelaki yang lagi baik dan terbaik yang boleh membahagiakan hidup anda.

Bagi isteri, mungkin anda memikirkan anak-anak yang mungkin tiada bapa jika berlakunya penceraian tapi adakah anak-anak anda sanggup melihat anda terus dipukul dan disakiti? Mungkin anak anda akan lebih gembira jika hidup anda tidak lagi disakiti.

Bagi masyarakat pula, jangan terlalu memandang serong, melihat dan hanya tahu mengutuk atau membawa cerita itu ini pasal orang lain kerana belum tentu keluarga anda itu sempurna sebaliknya, tolong mereka dan memberikan semangat kepada mereka.

Di Malaysia juga terdapat pusat perlindungan untuk wanita yang mengalami penderaan. Mereka akan melindungi anda di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga.

Apa yang anda perlu adalah KEBERANIAN!

Tepuk dada tanya hati.

15 comments:

  1. ni sebab pompuan tu rela dibodohkan dan diperbodohkan. orang cakap dah kena batang idung baru tahu. So msti ada sebab kenapa pompuan rela bertahan diseksa. ye la sama cam selagi kite xmakan durian kiter takkan tau rasanya camner..begitulah..tp dalam hal ni otak yg Tuhan bagi tu, takkan xnk guna. so kesimpulannya jangan biar lelaki anggap & layan kita pompuan ni cam sampah.

    ReplyDelete
  2. kita xduduk tmpat diaorg...kita x tahu situasi diaorg camne...

    ReplyDelete
  3. adakah entry ini mendapat sumber inspirasi dripada komen aku untuk entry lepas?
    hehehehehe

    P/S : Blog Gua Kena Tegur Oleh Blogger! Gua Cuak!

    ReplyDelete
  4. @nurayunni

    mungkin,

    sebab itu la kita kena tolong menyedarkan depa dan bagi sokongan

    ReplyDelete
  5. entahlah, sebab pempuan tak suka bikin havoc kot yang sebenarnya biarpun ramai yg mengata perempuan adalah makhluk yg bawak mulut ke hulu ke hilir, tapi lelaki bawak senjata pembunuh ke hulu ke hilir

    ReplyDelete
  6. sy harap sy akan dpt isteri yg baik nanti..

    tp kalau prangai isteri cam gampang, xkan nk diam je kan.. itu baru namanya dayus.. huhu..

    ReplyDelete
  7. IsLam mengangkat martabat wanita disisinya...moga muslimat diluar sana berada dibwh naunganNya..Insya Allah...

    Kalam Addin disini :
    http//arrizk.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. xde maknenye sayang klu kne pukul.kalau betul syg, bf/suami tu akan fikir 2x sblm terfikir nk cederakan pasangan dorg.dorg perlu lindungi bukan meranapkan lagi hidup kaum perempuan

    ReplyDelete
  9. Menurut kajian psikologi, kajian JKM sebenarnya (specialist dalam KRT, keganasan rumah tangga).. hampir 90% mangsa kes KRT jika dibongkar, bongkar sedalam dalamnya, kita akan dapati bapa mangsa juga adalah lelaki yang sedemikian. Mengapa mereka terdorong memilih lelaki begitu?
    Kerana didikan (kesan psikologi) melihat perilaku bapa terhadap ibu dan keluarga, menyebabkan seseorang wanita percaya lelaki begitu mampu melindungi dirinya.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi