Friday, December 17, 2010

KERANA PULUT, SANTAN BINASA KERANA MULUT BADAN BINASA

Hang kata aku, aku kata hang, sampai bila pon tak habis kalau kita asyik buruk-buruk kan orang.

Kalau benda betul tak apa, ni atas andaian sendiri. Silap haribulan boleh membawa kepada fitnah. Kadang-kadang kita tak tau situasi sebenar tapi kita buat andaian sendiri. Tak baik la macam tu.

Nanti timbul salah paham, membawa kepada gaduh. Jalan terbaik adalah berbincang dan bersemuka. Tapi aku tahu, bukan senang nak buat kalau ia berkait rapat dengan ego.

Dan adakalanya tak nak membesar-besarkan masalah tersebut jalan yang terbaik adalah mendiamkan diri. Biarkan orang membuat spekulasi dan sampai masa perkara tu akan diam dengan sendiri. Tapi sampai bila?

Selagi kita bernama manusia, selagi tu macam-macam perangai ada. Rupa bentuk manusia itu sendiri berbeza apatah lagi perangai. Kadang-kadang kita tengok dia baik dengan kita tapi belakang kita, macam-macam cerita dia bawa.

Aku sendiri banyak kali teraniayai. Disebabkan kerana hasad dengki dan cemburu aku pernah dibuang kerja gara-gara ada seorang kakak ni suka dekat sorang abang yang kebetulan rapat dengan aku dan suka kan aku di tempat kerja. Kakak ni aniaya aku sampai aku dibuang kerja. Bila semua dah terbongkar baru dia mengaku dia saja nak kenakan aku. Stupid punya perempuan!

Pernah juga kawan baik aku sendiri merampas BF aku, sedangkan kami pernah tidur sebantal dulu dan buat apa-apa berdua sampai sekarang memang susah aku nak maafkan dia.

Bila asyik ditipu dan dianiayai, kita akan jadi seorang yang susah nak percayakan orang. Kita takut tersalah orang untuk mempercayai.

Bab mengata orang ni, kadang-kadang aku sendiri tegur sedara aku kalau dia dok buat andaian yang bukan-bukan pasal orang lain. Bukan apa, takut terkena batang hidung sendiri. Kalau kita tahu ia benar tak apa, ni kita tak tahu pastu kita buat andaian sendiri.

Contohnya si polan ni tak jadi bertunang pastu kita buat andaian ni mesti sebab si polan ni dah ditebuk tupai sebab tu tunang dia putuskan tunang.

Kesimpulannya, kalau kita tak tahu kebenaran, jangan sesekali kita buat andaian sendiri takut apa yang kita cakapkan tu jadi kat kita atau anak-beranak kita balik.

Sekarang ni, Tuhan bayar cash ja kat dunia. Goes Around Comes Around and What You Give, You Get Back.


18 comments:

  1. Bila asyik ditipu dan dianiayai, kita akan jadi seorang yang susah nak percayakan orang. Kita takut tersalah orang untuk mempercayai.

    sangat2 betul...

    ReplyDelete
  2. MALAS NAK PERCAYA KT ORG YG SELALU TIPU2

    ReplyDelete
  3. betul, stuju sgt...yg lg sakit hati org yg menikam kita tuh kawan kita sendri...lbh baik percaya siri sendiri drpd org lain...:)

    ReplyDelete
  4. SALAM,
    SETUJU SANGAT. JANGAN CUBA BUAT FITNAH DAN JANGAN MENGUMPAT !

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. aku bersiimpati dgn keadn kamu, saya pun pernah terkene fitnah kerana cembru dahulu, smp ganggu periuk nasi aku..smp org paksa ku berhenti...org ni dengki mcm2 ragam ade...tu la..terkene dgn seorg akak jgk...tapi senario dia berbezza..singgah la blog i, n add i kat fb..mybe kita leh kongsi pengalaman..

    http://norlyanagames.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Mizz Sue

    Jalan terbaik jangan sesekali percaya orang yang pernah menipu kita

    ReplyDelete
  8. 100% setuju..skang ni Allah bagi cash je..sebab tu saye suke diamkan diri kalau ade orang buat aniaya kat saye..saye hanya berdoa..sebab saye tahu Allah sentiase ada bersama saye..dan orang tu pasti dapat pembalasan..

    ReplyDelete
  9. betul tu..
    setiap peribahasa yg org2 dulu buat..mmg byk makna tersirat...

    jagalah tutur kata kita sb jika silap sket..bahaya mendatang..
    mcm berblog jugak..kene jaga penulisan kita agar tidak menyentuh hati org..saranan ini utk akak dan seme org...hehe

    hepi2 blogging

    ReplyDelete
  10. suka nasihat sarah-najwan...i loike!!!

    ReplyDelete
  11. betul tuh.kite kna r thnk positif..adeapekehal tetiba nak memburukan orang

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi