Friday, December 3, 2010

LANGKAWI: LAST EPISODE (^_^)



Lepas dah enjoy kat Langkawi tu p jenjalan kat Cable Car, kami terpaksa siapkan Rancangan Perniagaan untuk dibentangkan.


Kebetulan malam tu ada BBQ, pastu ada persembahan dari student dari Acheh. Depa mai dari Universitas Syiah Kuala.

So mengambil masa yang agak lama.
Malam tu start lewat presentation tu. Ampa bayangkan kumpulan kami start presentation jam 3 pagi. Tak pernah-pernah selama ni aku present jam 3 pagi. Dengan mengantok, penat, pastu dapat plak soalan bodoh yang kumpulan lain
tanya.

Rasa macam nak makan orang ja.

Tapi cool sudeyh. Adat la tu kan. Bab nak kondem orang lain, memang orang lain suka buat. Bila tiba giliran depa, memang aku atack habis-habisan la dengan soalan-soalan yang berbisa.

Budak yang dok tanya soalan tadi senyap ja, orang lain pulak yang dok backup. Tu la kan jangan tau nak kondem orang, kalau kena kat diri sendiri baru berakai kot.

Bila time penyampaian hadiah, kumpulan kami dapat hadiah antara 3 kumpulan terbaik dalam membentangkan idea rancangan perniagaan.

Masa mula-mula diumumkan memang kami semua pakat terkejut. Sebab dalam tugasan Minda Kembara, kami adalah kumpulan yang agak kebelakang. Tapi kami berjaya tebus balik dalam Tugasan kedua ni.

Ahli Kumpulan 2.


Dari kiri: Yon,Daus, Aku, Poi dan Akmal.




Ni gabungan 2 kumpulan yang mewakili desasiswa kami, Cahaya Gemilang.

Masa kami dok seronok bergambar, budak yang dok tanya soalan malam tu perli kami. Tak puas hati kot. Rileks sudah. Janji kami menang hahaha...

Apa-apa pon sepanjang kursus Asas Keusahawanan Siwa, kami banyak belajar sesuatu yang baru. Yang penting sekali, seorang usahawan kena berani amik risiko.


Dan yang paling penting aku dapat p Langkawi hahaha...

=P.



11 comments:

  1. best nye pi langkawi..xpernah sampai sane lg

    ReplyDelete
  2. he.. da nampak da cokolat DAim tu. wat mai sini sikitt



    BABY untuk dibeli!
    Kita dan BABI!

    ReplyDelete
  3. kalau ada orang dengki.. maknanya kita sudah berjaya!

    ReplyDelete
  4. hahaha
    juara juga?
    sama macam group aku waktu pergi seminar man entah
    ada 6 ke 7 group
    kitaorang pun xsangka kitaorang leh menang
    tapi aku rasa bangga juga lah waktu menang tu sebab aku salah seorang yang present
    hohoho

    P/S : Download Filem : Jangan Pandangan Belakang Congkak 2 & Devil

    ReplyDelete
  5. yang penting menang! hahaha
    apa pon tahniah...n aku lak jerlos sbb ko dpt gi langkawi hahahah...
    have a nice day!

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi