Wednesday, December 29, 2010

TEPUK DADA TANYA HATI, TEPUK DAHI TANYA.....??

Sepatutnya minggu ni dah start kelas, tapi aku boleh dok dekat rumah lagi tak balik USM. Kebetulan rumah aku dimasuki pencuri. Tapi tak ada la masuk dalam rumah, cuma masuk dalam pagar rumah ja.

Basikal adik aku MTB Diablo kena curik. Dia kan amik Sains Sukan pastu kena la beli basikal tu. Sekali kena curi plak. Beli sampai RM 600 lebih. Hari tu aku kena ragut. Pastu sekarang ni basikal adik aku plak kena curi.

Kalau setakat basikal biasa tu tak kisah sangat la tapi ni MTB punya. Nasib baik motor aku dia tak aim skali. Kalau tak jenuh gak aku. Boleh kata tahun ni banyak kejadian malang yang menimpa aku dan keluarga aku. Mungkin dugaan. Hmmm.....


Gambar Terakhir Basikal tu


Mungkin minggu depan aku baru balik Penang. Tak seronok la sem ni walaupun ni semester terakhir. Aku tak suka suasana tertentu yang membuatkan aku tak selesa bila berada di sana. Sabar jer la kan.

Kawan ramai pon boleh rasa macam ni??

Kadang-kadang dalam kebisingan kita akan rasa kesunyian. Dan ada sesetengah orang merasa sebaliknya.

Aku ni sangat suka berfikir. Fikir yang entah apa-apa. Suka fikir perkara yang remeh yang kadang-kadang melemahkan semangat aku. Aku akan rasa down. Pastu mula la nak pikiaq bukan-bukan.

Lepas tu mula la nak menyendiri. Ponteng kelas la. P kelas lewat la hehehe... Sila jangan ikut perangai aku yang ni yer.

Jenis aku kawan dengan semua orang, tak memilih kawan. Kalau aku makan sorang-sorang pon aku tak kisah. Sesetengah orang nak makan kena ada kawan baru boleh makan. Jenis aku sempoi ja. Aku tak kisah sangat.

Bila fikir balik, semua terpulang pada diri kita macam mana nak corakkan kehidupan kita sama ada nak terus hidup dengan warna yang suram atau penuh dengan warna-warni.

Tepuk dada tanya Hati =)





18 comments:

  1. harapnya ada rezeki lain supaya dpt gantikan beskal yg dicuri tu, amiin

    maksu pun gitu, gi makan sowang pun ta da hal, takkanlah sampai kebulur sebab member tak dak dekat2 nak teman kita gi makan

    maksu believe in own strength, eh wah

    ReplyDelete
  2. tumpang sedey..
    peragut tuh memang kejam kot.. huhu

    ReplyDelete
  3. hehe..samalah..aku ponteng gak class first day nie..tket bas xdak.. =p

    ReplyDelete
  4. basikal ituu..haihhh..sape la curii..adesss...
    moga kuat utk sgalanya..^_^

    ReplyDelete
  5. Ramai yang suka bila dah last sem....semua kata oh yeah boleh tinggalkan buku lepas abis sem ni..

    tapi member2 yang kerja kata apa?
    "Aku rindu la zaman belajar dulu.. Boleh ronggeng2 dengan kawan. Sekarang bz kerja, nak ronggeng hapa?"

    peace

    ReplyDelete
  6. @Mak su

    oh yeah.. i loike.. betoi tu mak su xkebulur punya kn? hehe...

    ReplyDelete
  7. @anith

    depa yg buat keja jahat cm ni bkn bleh pk apa dh..

    ReplyDelete
  8. @the sharkox

    betoi tu..dh keja xbleh nk ronggeng mak limah dh hehe

    ReplyDelete
  9. memang musim pencurik skrg ni....moga pencuri tu semua mati kena langgar ngan lori sampah!!!

    ReplyDelete
  10. akak kalau sorang2, tak pegi makan kat kedai..sanggup tapau bawak balik rumah! konon2 pemalu..hiks!

    pasti ade hikmah disebalik kejadian yg berlaku..insyaAllah!

    ReplyDelete
  11. Takpa, takpa.
    sabar ja,
    hari ni malang,
    sok-sok hari paling bertuah pulak.
    ^^

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi