Monday, December 20, 2010

TIPS: 5 CIRI LELAKI YANG MENJADI IDAMAN WANITA

Ampa dah ada pasangan ka belum? Pada lelaki yang masih belum bertemu wanita yang diidamkan mesti tertanya-tanya lelaki macam mana yang wanita suka. Dalam entry ni aku nak kongsikan 5 ciri lelaki yang perempuan suka mengikut pandangan aku.



Lelaki pandai pujuk.



Kalau dah nama perempuan ni tak sah la kalau tak merajuk. Bila dah merajuk tu, mesti si lelaki ni pening nak pujuk. Adatla perempuan kalau merajuk. Saja nak manja-manja ja tu dengan ampa. Lelaki plak kalau perempuan tu merajuk jangan la buat-buat tak tau plak, pujuk la. Ni dok buat ego keras kepala lagi la lama perempuan ni merajuk. So, ampa si lelaki kena la belajar cara nak memujuk perempuan.




Lelaki yang suka kan kanak-kanak


Ampa suka kanak-kanak? Ampa la lelaki yang kami cari hehehe.. Tak semua lelaki suka kan kanak-kanak tapi kalau ampa jenis suka kanak-kanak ni, sejuk ja hati si gadis kalau tengok ampa, macam bakal bapak mithali. Bila dah ada anak nanti boleh la ampa tolong bini ampa jaga anak kan? Hehehe





Lelaki Prihatin.


Perempuan selalu inginkan lelaki yang mengambil berat pasal dirinya. Prihatin akan apa yang dia alami. Terutamanya bila dia sakit, sudah semestinya dia inginkan perhatian daripada teman lelakinya. Kadang-kadang lelaki tak paham kenapa, tapi bagi wanita hanya bertanyakan sama ada dia dah makan atau belum atau menyuruh dia makan ubat bila sakit sudah memadai buat wanita.





Lelaki Romantik


Adalah salah satu ciri yang menjadi kegilaan wanita. Sapa tak mau lelaki romantik. Cuba habaq mai kat aku. Lelaki romantik juga adalah salah satu ciri lelaki yang aku suka. Apatah lagi bila dia selalu buat kejutan yang kadang-kadang kita tak jangka. Romantik sangat apatah lagi bila boleh buat hati si gadis berbunga-bunga.





Lelaki Kelakar


Lelaki jenis ini sukar dicari sebab tak semua orang dilahirkan dengan sifat kelakar. Tapi ampa bayangkan kalau dapat lelaki jenis macam ni mesti tak kering gusi. Kalau ampa tengah sedih ka mesti lelaki yang jenis kelakar dapat menggembirakan ampa. Senyuman ampa mesti maneh kan?



Ni adalah ciri-ciri yang menjadi idaman wanita selain daripada beriman dan boleh membimbing depa. Lepas ni aku akan buat entry 5 ciri lelaki yang wanita tak suka pulak. Ada sapa-sapa nak buat entry balas pasal 5 ciri wanita yang lelaki suka tak?


26 comments:

  1. teorinya kita nak seperti ciri2 itu semua...jika dapat alhamdullilah ! tetapi pengalaman akak ni la....tak dapat 5/5 !!!

    ReplyDelete
  2. salam

    no 6. lelaki yang tegas.... itu lah yang dicari, tapi susah nak jumpa :)

    ReplyDelete
  3. mmg lau boleh nak sume yg di listkan kat atas tu...tp mst ada kekurgn kan...???:)

    ReplyDelete
  4. Yeahh semua betolll!hehe
    tapi lelaki kelakar tu tak jugak kot..ada yang suka serius-serius macho gitu..kan

    hee

    ReplyDelete
  5. lelaki yg beriman pon penting juga ^__^

    ReplyDelete
  6. sonata > tapi mungkin salah satu hehe hehehe


    sepatu hijau > yup, susah nak cari kalau jumpa pon tegas yang jenis panas baran hehehe....


    alinac > setuju untuk bersetuju =)


    Layar_Lara > Yup tak semua sempurna ;)


    butterflyna > taste masing-masing kan hehe


    Mat Ganu > Thanks =)


    Abdul Rasyid > Opkos hahaha =P


    nurul amira > Yup macam GKSB cakap, ciri-ciri di atas selain pada lelaki yg beriman

    ReplyDelete
  7. kesemua ciri2 di atas adalah bukan saya.. hehe.. ;-p

    ReplyDelete
  8. nabil raja lawak x masuk kategori, dia ada skandal. org perempuan mna suka lelaki bnyak skandal:P

    ReplyDelete
  9. saya ada sumer ciri2 tu. ahakz. perasan la sangat!

    ReplyDelete
  10. den vote for lelaki prihatin and lelaki kelakar..=)

    ReplyDelete
  11. hehehe setuju sgt,yg paling suke tang lelaki yg sukakan bdk2 leyh jtuh hati kot huuu :)

    ReplyDelete
  12. kene praktis make perfect nie.. hahaha

    ReplyDelete
  13. Solihin > habis tu bagaimanakah ciri-ciri anda? hehehe


    misz nana > give me five hihi..


    pakciklie > bertuah isteri pok cik hehehe


    Jry > hahahaha.... =P


    Qamarul > bagus-bagus hehehe


    Mom Tom > wow! ada chance tu kih3..


    Hans > Mak aih..perasannya hohoho..


    lynn > vote 4 semua la hehe


    Amna > itu sudah pasti..


    ikhram > hahaha...betoi2..

    ReplyDelete
  14. satu lagi ciri..lelaki yg jujur dan ikhlas..susah tau nak cari..

    ReplyDelete
  15. angguk2 aku bace entry neh!
    yes! sume betul! :D

    ReplyDelete
  16. kite suke suma di atas. tapi tang romantik tu kalau boleh biaq la patut padan..lelebih kang kita pulak angkat kaki.. hihih

    ReplyDelete
  17. Bdk Botak singgah2 Gadis Kampung...

    ReplyDelete
  18. mmg betoi sume ciri2 yg disebutkan~

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi