Friday, December 31, 2010

UNTUNGNYA ADA BLOG DAPAT IMBAS KEMBALI APA YANG TERJADI SEPANJANG 2010~SELAMAT TAHUN BARU


Dah nak berakhir tahun 2010. Dan pasti banyak kenangan manis dan pahit yang kita lakarkan sepanjang 2010. Kini 2011 akan menjelma. Dan banyak juga kenangan yang paling tak dapat aku lupakan sebab tahun ni adalah tahun yang paling banyak perkara pahit yang berlaku.

Jadi aku coretkan beberapa kejadian yang berlaku pada tahun 2010 start dari Januari sampai Disember. Dan kalau ampa nak tau inilah kelebihannya bila ada blog. Kita tak akan lupa apa yang terjadi pada kita sebab semua dah ditulis.

  1. JANUARI. Aku excident. Punyalah banyak dugaan sebelum aku dapat p hospital. Nasib baik la kawan aku Ida tolong aku. Memang aku tak pernah lupa jasa dia. Sampai mati pon aku tak akan lupa. Semua ni pernah aku tulis dalam entry MALANG TIDAK BERBAU (KUN FA YA KUN) dan MENGADA-NGADA LEBIH.


    PIC KECEDERAAN


  2. FEBRUARI. Aku sibuk dengan aktiviti bersama pelajar JEPUN yang datang ke Malaysia. Kami juga pergi melawat ke ST Nicholas iaitu pusat di mana pelajar yang mengalami Cacat penglihatan belajar. Daripada menguruskan diri sendiri sehingga boleh berdikari sangat menarik untuk dikongsikan. Ada dalam entry CERITA DARI JEPUN-MALAYSIA.





  3. MAC. Aku tulis entry pasal KAWAN BAIK KU KEKASIH ORANG?? Banyak juga orang yang terasa pasal entry yang aku tulis ni. Tapi mungkin ini adalah pendapat aku jer. Jadi tak payah la nak terasa ok?


  4. APRIL. Selalunya aku ni memang tak pandai bergaya. P kelas pon pakai t-shirt, seluar jeans dan selendang. Simple jer. Tapi bila sesekali aku melaram. Memang DARE TO BE DIFFERENT juga la. Berubah habis. Sanggup korbankan duit untuk melaram hehe..





  5. MEI. Banyak perkara yang terjadi pada bulan ni. Antaranya adalah aku berpisah dengan kekasih hati. Hoho... Agak terluka di situ. Tapi antara entry yang agak meletup pada bulan ini adalah TAK KENAL MAKA TAK CINTA BILA DAH KENAL MACAM CELAKA.


  6. JUN. Lepas putus dengan pak we pada 31-5-2010 aku kena ragut plak pada 23-6-2010. Malang betoi kan nasib aku. Aku cerita pasal kes ragut tu dalam entry CELAKA KAU BUDAK BARU SETAHUN JAGUNG DAH BERANI NAK MERAGUT ORANG!


  7. JULAI. Sekali lagi aku diduga. Aku pernah memohon ampa mendoakan kesejahteraan tok aku pada masa tu dalam ENTRY NI. Dan akhirnya aku kehilangan tok aku untuk selama-lamanya. AL-FATIHAH untuk arwah. =,(



  8. OGOS. Masih lagi cerita pasal kehilangan arwah. Selama ni aku tak pernah lagi bercerita pasal arwah sebab aku belum bersedia. Akhirnya aku bersedia cerita mengenai apa yang telah arwah tanggung selama ini dalam entry KEHILANGAN~AKU RINDU KUCUPAN ITU.





  9. SEPTEMBER. Isu yang paling hangat sekali pada masa tu adalah entry 18SX: MAIN TELOQ. Main sungguh dia hehe...



  10. OKTOBER: Entry pasal ORANG TANYA AKU MACAM MANA AKU DAPAT IDEA NAK TULIS BLOG. So, aku kongsikan dalam entry ni. Kalau yang tak ada idea tu sila-sila la jenguk entry ni.


  11. NOVEMBER. Adalah bulan yang paling banyak sekali aku tulis entry. Sebanyak 68 post. Dan antara entry yang mendapat sambutan hangat adalah entry PUNYAI RUPA PARAS YANG CANTIK DAN KACHAK MEMPENGARUHI ORANG NAK FOLLOW BLOG?


  12. DISEMBER. Adalah entry yang ampa dok tengah baca ni. Aku kumpulkan semua sekali entry yang aku rasa best dalam 1 entry. =)

Dengan ini aku ingin ucapkan selamat tahun baru kepada semua semoga tahun 2011 membawa kebaikan pada ampa dan seribu keberkatan kepada ampa dengan izin-NYA. Amin...

Apa azam ampa tahun ni? Harap-harap azam ampa untuk tahun yang lepas tercapai. =) Selamat menyambut tahun baru 2011.

20 comments:

  1. u look so gojesss laa dgn dress purple tu..hihiih..

    moga 2011 lebih gempaksss..=)

    ReplyDelete
  2. rsa rugi plk xwat belog awl2x..
    klu x, msti da byk entry cam belog awk ni:)

    ReplyDelete
  3. Haha.Aku jumpak belog ni sebab Contest Senyuman Manis tu la. :D

    ReplyDelete
  4. Terkejut! satu bulan boleh tulis 68. Saya setahun baru ada 34. Paling rendah sepanjang tiga tahun berblog

    ReplyDelete
  5. betol2... setuju sangat.. untung ade blog nie kan.. at least kite leh imbau balik kenangan suke duka kite sepanjang tahun...

    anyway... happy new year 2011 to you my dear! happy holiday too.. enjoy! ;)

    ReplyDelete
  6. uiii.. yg kat atas tu luka ka lovebite? hehe.. ;-p

    ReplyDelete
  7. Selamat tahun Baru...semoga tahun nie entry lebih meletup2 ye...

    ReplyDelete
  8. selamat tahun baru...semoga tahun br nt anyss akan mendpat buah hati yang sangat2 memahami dan senada seirama..hehe

    ReplyDelete
  9. selamat melangkah ke alam 2011.. =]

    memang untung ada blog.. boleh flashback balik apa yg kita lalui dulu.. huhuhu..

    ReplyDelete
  10. Selamat taun baru...
    amboi bergaya sungguh dia...hehe....

    ReplyDelete
  11. fuhh..meriahnya kenangan 2010 GKSB!!ehehehe

    keep blogging!

    ReplyDelete
  12. wah review setahun terus...hehe..

    btw happy new year :)

    latest entry,
    Selamat Datang 2011

    ReplyDelete
  13. untung ek ada blog...gud2..

    selamat thn baru, jom tgk ANAK DARA ROSYAM NOR kat entri akak..

    ReplyDelete
  14. hepi new year,sis!moga apa yg dirancang Allah permudahkan amin

    ReplyDelete
  15. idea menulis blog gksb memang patut dapat anugerah.

    i like your blog. hehe

    keep on writting good entries. al da very best!

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi