Sunday, January 31, 2010

TOLONG AKU




Sesuatu berlaku dalam hidup aku. Sesuatu yang aku cuba elakkan. Sekarang aku menghadapi kemurungan melampau.


Adakah menghadapi kemurungan merupakan satu penyakit? Adakah hidup aku akan terjejas apabila menghadapi kemurungan?

Adakah aku akan berjaya menghadapinya atau berjaya sorokkan di sebalik senyuman ini? Mungkin tiada lagi senyuman selepas ini.

Bantu aku untuk cari kekuatan. Aku perlukan kekuatan. Aku dah tak dapat nak bernafas secara normal lagi.

Tolong aku....


KEKUATAN ITU



Kenyataan adalah realiti

Sama ada mahu atau tidak,

Ia sudah menjadi realiti.

Berikan aku kekuatan untuk menghadapi kenyataan itu.

Sakit, pilu, ngilu, semua bercampur baur

Aku sudah tiada apa-apa lagi,

Hidupku mahumu

Matiku sakitmu

Tuhan berikan aku kekuatan~~

Saturday, January 30, 2010

MENGADA-NGADA LEBIH

Apsal aku mengada-ngada lebih sekarang ni? Keja nak dilayan jer. Msg harus berbalas, call kalo tak terangkat asyik nak pk bukan2. Pastu kalo malam2 mesti kena dengar suara dia dulu baru bleh tdo. Mengada kan?

Mesti dia rimas. Dia pun bukan rajin sangat nak melayan, kalo dia melayan makin mengada-ngada jadinya. Baik tak yah layan. Kowt dia pk cm tu la kowt. Tapi dah aku ngah sakit mesti nk mengada lebih kn? Huhu..

Pastu teringin nak makan macam2. Tak pantang apa dah. Main bedal je mau tak teruk lagi kaki aku ni. Nasib baik ada gk orang nak melayan apa ku nak makan. Teringin makan Mac D, dapat juga hari ni.




PIC MASA KAT SEPITAL SEBELUM JUMPA DR.

CUBA PERHATIKAN HIDUNG AKU YANG BENGKAK ITU, MAKIN BESAR PLAK HIDUNG AKU..HUHU..

TIME NI LEH SENYUM LAGI LA LEPAS MASUK, MERAMBU AIR MATA LA

KUI3...




Orang sakit memang cm ni kowt. Pelik2 ja selera dia. Makan tak hengat dunia. Bedal suma. Diet ke x suma belakang kira janji aku dapat makan.


Udang aku makan, telur, nasi kerabu, nenas, air tebu suma tu penyakit tu. Sekarang ni terima la azab dia. Menanah dh kaki. Lagi bengkak kaki aku. Luka sket jer tapi sakitnya hanya aku je yg rasa.




KALO TAK BERANI JANGAN TENGOK

....

...

...

LUKA DI KAKI



Baru sehari xcident aku dh lepas mana hala dh buat kajian komuniti utk praktikal sekali lg nanti. Masa p memang seronok, tambah dh bleh jalan dh. Bila dh balik, malam nganga sorang2 la. Kesan xcident tu baru terasa. Sengal2 abeh badan.


Kaki ni dh bentan. Tgk cm xsakit, bila nak tidoq dok mengeluh sorang2. Tdo tak lena. Pastu asyik nak merengek kat si dia. Yang si dia ni bkn nk melayan sgt, dia xtau ke org sakit ni sensitif?


Mengada lebih kan aku?


HUTANG BUDI DIBAWA MATI

Kawan masa senang memang senang nak cari beb kalo kawan yang sanggup dengan kita masa susah mana mau cari???

Time aku xcident la dan time dok rehat-rehat tanpa buat apa2.. Duduk bersendiri, time ni la aku dapat bezakan mana kawan-kawan yang sanggup susah dan senang sama2 dgn kita. Terima kasih aku ucapkan pada Ida sebab banyak tolong aku.



Aku dan Ida (pic lama masa bambam lg)



Dia memang kawan yang terbaik dalam hidup aku. Dari zaman sekolah teknik lagi, kemudian form 6 sampai la zaman di U kami masih belajar di satu tempat. Dan aku tahu aku ni banyak sangat menyusahkan dia.

Masa aku xcident ni dia yang kelam kabut dok cari aku kat klinik sekitar USM kalo nak tahu cerita lebih lanjut klik sini.

Bukan senang nak cari kawan cm ni. Dah lama aku kenal dia. Kadang2 dia risaukan diri aku lebih dari aku risaukan diri sendiri. Cuma sekarang ni atas kesibukan masing-masing jarang-jarang lagi dapat cam dulu. Cuma sekali sekala aku ajak gak dia kuar mkn.

Dan terima kasih pada Hanna sebab tolong p amik motor aku. Pada Su yg tolong aku sapukan ubat pada luka ye la aku ni penakut sket dan terima kasih pada kawan-kawan lain yang amik berat pasal aku.

Aku tak dapat balas jasa korang tapi insyaallah orang yang berbudi akan selalu dikenang.

FRIENDSHIP CONTEST





Aku nak try contest ni plak. Contest ni aku jumpa dalam blog Pak Long.

Mana tau ada rezeki untuk menang.


Kali ni contest yg aku join dinamakan Friendship contest.

Nak tahu syarat2 nak join sila klik sini


Ini adalah gambar yang aku pertaruhkan.






Memang saat-saat bersama kawan-kawan adalah saat-saat yang paling berharga. Tapi sekarang akibat kesibukan masing-masing kita jarang-jarang dapat bersama mcm dulu lagi.


Dengan gambar yang ada ni sekurang-kurangnya dapat mengubat rindu utk bersama dgn kawan-kawan mcm dulu-dulu balik walaupun skrg byk yg berubah.


Terima kasih kepada penganjur kerana menganjurkan contest ni, teringat balik memori bersama kawan-kawan.


=)


Thursday, January 28, 2010

MALANG TIDAK BERBAU (Kun Fa Ya Kun)

Kelmarin 27-01-2010 adalah tarikh yang mungkin tak akan aku lupakan. Dalam keadaan hujan yang sangat lebat aku kemalangan semasa nak menuruni bukit di roundbout USM .

Disebabkan ingin mengelak kereta di hadapan yang brek secara tiba-tiba dan keadaan jalan yang licin aku telah melanggar divider jalan. Jadi superman la kejap. Tersembam aku atas jalan.


Yang tak bestnya mendarat hidung dulu atas tar. Masa tu aku tak fikir apa dah apa yg aku fikir habis la muka aku. Memang xleh nak bangun la. Kat buku lali nampak warna putih je isi ke tulang tu erk?


Terduduk aku atas jalan tu dalam hujan lebat. Sadis gila. Lepas tu beberapa orang angkat aku masuk dalam kereta nak bawa ke klinik. tengok2 klinik sg 2 tutup. Pastu tersekat dalam traffic jam plak dengan hujan lebat.


Aku call ida kata aku otw p klinik tu pun pinjam nset abg yg bawa aku tu sebab nset aku suma ada dalam kereta ida kebetulan aku baru lps main bola jaring kat padang bila hujan kami suma balik la. Masa OTW blk tu la aku xcident.


Lepas tu nset abg tu plak abeh bateri, memang tak dapat nak contact ida dh. Lepas tu aku suruh bawa p klinik depan USM,tgk2 tutup plak. Minyak keta abg tu plak nak abeh. P buh minyak plak.


Bayangkan nk dekat sejam aku ddk dlm keta dgn kaki tgn suma berdarah, baju basah lencun kena hujan last2 skali aku suruh dia hantar balik kolej aku balik. Kebetulan masa sampai tu Ida pun baru sampai. Puas dia cari aku kat klinik sekitar USM ni.


Ida bawa aku p hospital Pulau Pinang. Doktor check kaki aku sebab aku tak boleh nak berjalan. Meleleh juga ayaq mata masa tu. Cis hilang sudah kemachoan aku sebab nangis. Lepas cuci luka, kena cucuk 2 jarum, dia bawa p X-ray nak x-ray kaki dgn hidung.


Hidung aku dah bengkak masa tu. Tak segak dah la lepas ni hehe.. Alhamdulillah lepas X-ray suma hidung dengan kaki tak patah. Cuma kaki kiri aku bengkak, kaki kanan luka. Siku luka. Kalo hidung patah abeh la kurang 4 ribu duit hantaran tu hehe...


Sekarang ni aku kena rehat ja tapi boleh ka aku yang dh biasa bz ni duduk saja tanpa buat apa2???


Monday, January 25, 2010

SAYA BUDAK BARU BELAJAR KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN

Assalamualaikum.. Halu2... ayaq kopi ayaq milo **eh tetiba plak kan?** huhu... Hari minggu sudah berlalu dh masuk hari senanyan pon... Tapi hari minggu aku bukan cam hari minggu pun.


Tak ada rehat2... Ada saja benda nak kena buat. Antaranya adalah menghadiri kelas teori dan praktikal memandu.. Hihi.. Aku baru ja nak amik lesen memandu sebenarnya... Memang aku tak reti bawa keta langsung.


Nasib la dapat cikgu yg ajar tu baik, ensem plak tu lagi bersemangat la aku nak belajar. Hahaha.. 1 keta 4 orang, so cikgu tu ajar 4 orang. Aku plak orang pertama yg dia ajar drive. Perghh ketaq lutut kot, dh la kena tegur "sapa ajaq kamu tarik handbrake cm tu?" Selamber badak ja aku cakap tak tahu.. Padan muka kena gelak.

Macam mana tak kena gelak, nak tarik handbreak pun aku p picit button kat handbrake tu Kui3.. Biasa la budak baru nk belajar.

Pastu masa belajar, aku drive ikut jalan sebelah kanan bertentang arah pastu cikgu tu pn tegur "kamu ingat ni negara mat salleh ka bawa keta sebelah kanan" hahaha...Amik sejibik padan muka aku..

Tapi ada sorang budak yg 1 keta ngan aku, masa dia belajar siap langgar divider lagi.. Kami ni dok kecut perut dh duduk kat belakang. Tapi yg paling lawak ada sorang lg budak masa tgh drive dia terpicit hon pastu dia p tanya "eh sapa hon kita" hahaha... Bleh plak tak sedar diri sndiri yg picit.

Cikgu tu pon kata "ha tanya lagi sapa hon, kamu la" hahaha..Berderai ketawa kami gelak kat dia. Lepas tu asyik kena perli dgn cikgu tu ja kalo ada antara kami yg terpicit hon.. Hihihi.. Lawak betoi..

Tapi aku tak keseorangan. Aku amik lesen skali ngan roomate aku Qema, zaf, n hasbi. Tak la boring sangat masa kelas teori tu. Tapi aku bleh plak tidoq hahaha..Sedar2 suma pakat nak keluaq dah... Hahaha.. Besa la duduk kat belakang skali, bleh ja tunduk pastu tdoq kih3...




Zaf, Aku n Hasbi
(Dalam kelas teori, boring-boring amik gambaq)









Qema n Zaf ( Sengaja ja Zaf ni lindung tangan dia)



Thursday, January 21, 2010

TURUN DAN NAIK TAPI SAMPAI BILA???

"Hanis, lepas balik dari praktikal ni hang nampak kurus sket la, pipi pun dh kecut dh"
"
Yaka? Besa la... hehe.." (sambil tersengih)

"Aku tengah lapaq ni, satgi boleh kot belanja hehe"

"Banyak la hang, aku pon tak makan" (kunun-kunun diet la)
Hampeh tol budak ni kata aku dalam hati. Puji ada makna tu huhu..

--------------------------------------------------------




Ha.. Memang badan aku macam belon, senang turun dan senang naik. Kalo aku makan tak hengat dunia memang cepat jer naik.

Kalo dok control makan memang cepat turun la.. Tak percaya jom tengok pic aku dlu-dlu





TAHUN 2006/2007









TAHUN 2008







TAHUN 2009








TAHUN 2010 UNTIL????



Wednesday, January 20, 2010

'My Childhood Photo Contest by Pu3 Pelangi!~~Contest lagi =)





My Childhood Photo Contest

This contest will run from January 7 2010 to January 2010 (11:59P.M)..

Terms and Conditions of the Contest:

1. Add Url Link ( http://ieda2009.blogspot.com/) pada Bloglist@Blog Roll anda & anda juga diwajibkan untuk menjadi Follower http://ieda2009.blogspot.com/

2. Copy & paste banner di atas pada entry/posting anda bertajuk 'My Childhood Photo Contest by Pu3 Pelangi!' & link kan ke ( http://ieda2009.blogspot.com/2010/01/my-childhood-photo-contest-by-pu3.html ) kemudian letakkan pula banner 'My Childhood Photo Contest by Pu3 Pelangi!' bersama link ( http://ieda2009.blogspot.com/2010/01/my-childhood-photo-contest-by-pu3.html ) pada sidebar blog anda

3. Upload 2 keping gambar anda. 1 keping gambar anda sewaktu kecil/pada zaman kanak2 & 1 keping lagi gambar anda setelah dewasa.(TAMBAHAN: HAD UMUR DARI USIA BARU LAHIR PUN TAK APE & SEHINGGA 12THN SHJ..13-19 KEATAS TU DAH CONSIDERED TEENAGERS & ADULT,KEY.. :)

PERHATIAN: Hanya gambar anda sahaja ya,gambar orang lain adalah tidak dibenarkan samasekali

Anda diwajibkan untuk menceritakan serba-sedikit tentang gambar anda sewaktu kecil/pada zaman kanak tersebut ATAUPUN ceritakan mengenai kenangan yang tidak dapat anda lupakan sewaktu zaman kanak2 anda..

-----------------------------------------------------


So aku pertaruhkan pic ni harap-harap kalo ada rezeki insyaallah menang. Kalo tak menang pun just nak memeriahkan contest ni. =)

Masa kecik-kecik dulu comey je kan?




Bila dah besar jadi plak cenggini
hahaha..

Ni nak story sket masa zaman kecik2 dulu. Aku ni memang nakal yang amat. Terjun sungai, panjat pokok, buat rakit, mancing ikan dah jadi lumrah. Walaupun aku ni perempuan tapi perangai macam jantan. huhu..

Peristiwa yang paling aku tak dapat lupakan bila satu hari tu aku dengan 2 orang sepupu aku main hujan. Lepastu main kat parit siap berenang-renang lagi dalam tu. Nasib baik la parit tu hanya ada air hujan je bukannya air lain.

Tapi bila dah balik tu, tok wan aku kejar keliling kampung dengan pelepah nyoq (kelapa) apa lagi lari la aku dengan sepupu-sepupu aku tu pusing satu kampung. Memang la tok wan aku tak dapat kejar tapi bila balik rumah kena tibai juga.. Hahaha... Ni la kenangan kanak-kanak yg aku paling tak boleh lupa.


JALAN YANG BERLIKU MASIH PANJANG UNTUK DITEMPUHI





Hari ni 20 hb. Genap 4 bulan aku bersama dengan si dia. Walaupun hari ini tak seindah yang diimpikan alhamdulillah kami masih bersama. Masih berusaha untuk mengenali diri masing-masing bagi mencari keserasian.


Semalam ada seorang sahabat bertanya kenapa tak cerita pasal dia dalam blog. Jawapan aku mudah, aku tak nak mengheboh-hebohkan perkara yang belum tentu terjadi. Lagi pula kami masih berkawan dan dalam proses nak lebih mengenali.


Aku tak nak asyik dok bercerita dalam blog pasal aku dan dia, tunjukkan gambar sana sini last2 berakhir di tengah jalan. Cukuplah aku ambil pengalaman kawan-kawan lain sebagai pengajaran. Lagipun kami belum lagi ada apa-apa ikatan mungkin tidak manis nak dipaparkan pada umum.


Ini prinsip aku, mungkin berbeza dengan orang lain. Yang penting jangan menafikan hak orang lain. Mungkin aku agak berahsia dalam soal ini. Hanya kawan-kawan yang rapat saja yg tahu aku dgn si dia itupun hanya melihat gambar.


Kami juga tidak pernah keluar berdating seperti pasangan yang lain seperti tgk wayang, jalan2 kerana dia bukannya suka macam tu. Dia lain dari yang lain. Mungkin dirinya agak berbeza dgn aku.

Dia juga tak pandai mengungkapkan kata-kata sayang dan hanya menunjukkan melalui perbuatannya yg mengambil berat. Itu lebih bermakna bg aku.


Sebelum ini, siapa yang dah lama mengenali aku dalam blog mesti tahu aku susah untuk jatuh cinta. Aku susah untuk menerima orang lain dalam hidup aku. Tetapi dengan dia, semua itu berubah dan aku sendiri tidak tahu mengapa.


Si dia sendiri pernah merungut yang dulu dia begitu susah nak mendapatkan aku, ye la masa dia dok ngorat dulu aku ni asyik jual mahal, bukan nak layan sangat dia tu dan sampai sekarang dia tertanya-tanya adakah aku serius dengannya. Mungkin dia tidak yakin.


Cuma apa yang mampu aku katakan sekarang aku takut untuk kehilangannya dan seandainya aku terpaksa kehilangannya mungkin itu satu pengorbanan yang aku lakukan untuk melihat dia bahagia.


Dan aku tahu dia dia tidak akan membaca penulisan aku ini. Bagi aku dunia maya dan realiti berbeza. Dunia maya adalah dunia yang boleh aku keluarkan isi hati aku sendiri tanpa memerlukan berfikir untuk menjaga hati orang lain. Jujur dari hati aku sendiri tanpa perlu hipokrit menghadapi kehidupan realiti yang hanya bertopengkan manusia.


Cuma aku pinta hanya doa dari semua rakan-rakan doakanlah yang terbaik untuk ku, doakan kebahagiaan kami dan semoga aku dengan dia kuat nak menghadapi dugaan yang sering melanda dalam hubungan kami.



NOTACIKGADIS: Memang Kita Selalu Disuruh Bersabar Tetapi Kita Selalu Rasa Tidak Sabar Untuk Berterusan Bersabar




Tuesday, January 19, 2010

BERPOYA-POYA LAGI...




Assalamualaikum...

Yuhuu..

Selalunya kalau korang dengar nama Pulau Pinang pastinya korang terbayangkan laut betul tak?


Dan aku sendiri macam tu. Tapi bila hari Ahad minggu lepas kawan aku ajak pergi mandi air terjun aku bertanya ada ke air terjun kat Penang ni?

Ha korang jangan ingat kat Penang ada laut ja, air terjun pun ada tau.


Sebenarnya kita orang ni tak pernah p pun. Cuma kawan aku nurul tu ja penah p, tu pun ingat-ingat lupa so kami p just berpandukan signboard semata-mata.


Lepas malam tu puas aku cari kereta sewa tapi tak dapat. Kalo dapat pun harga mahal dari biasa, kena pulak hari minggu lagi mahal la harganya. Jadi kami pun p naik motor ja.


Asal rancang nak p berlima last-last tinggal 3 orang ja.
Tapi tak pa misi perlu diteruskan.


Jom layan pic.




TARIKH: 10-01-2010



LOKASI: TAMAN RIMBA TITI KERAWANG, TELUK BAHANG






Tempat ni memang sesuai untuk keluarga. Diorang buat tempat mandi ni siap ada kolam untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Kita cuma pilih jer nak mandi kolam mana.


So kalo nak bawa keluarga aku cadangkan tempat ni sebagai salah 1 tempat nak berkelah


Kalo ada sapa-sapa nak p tempat ni jangan lupa ajak aku tau kita p berkelah sama-sama hehehe...

Kak el jom kita p berkelah =P


Monday, January 18, 2010

CONTEST TIRU AKSI EL (MUKA AKU YANG PALING CUN) HAHAHA...

Ini adalah contest kedua yang aku masuk tahun ni.

Perghhh memang sangat mencabar dari segi mental dan fizikal kih3...

Sebab tu aku amik masa yang lama nak menyiapkan pic yang memang boleh buat kita tercirit hahaha...

Kalo xpcaya cuba tgk contest ni...

Dan pada yang betul2 berani dan sanggup amik cabaran sj boleh buat dan join....




Syarat Penyertaan

• Jadi Follower BLOG aku dan add blog aku dalam bloglist kamo
• Kamo harus ada blog...dan pic itu juga adalah KAMOO..no other org ok
• Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
• Dalam entri itu, upload gmbar2 seperti pic2 di atas...SEJIBIK ok..kahhhhh

• Sila nyatakan nama kamoo
• Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.
kalo korg baik ati perut...leh letak STICKY MODE..x letak pun xpe..tp makesure korg wat satu entri psl contest ini ok...oraittt
utk meriahkan lg contest ni...taipkan KENAPA SAYA PTT MENANG........
(patah perkataan suke2 ati korglah)



Dan dengan susah payahnya aku dok buat muka depan cermin pastu amik gambar then gelak sorang2 cm org gila bila tgk muka sendiri hahaha...


Yang paling susah nak buat adalah moncong x senonong tu... Aku punya la try sampaikan ada muka mcm orang gila sex pun ada hahaha...

Last2 pic ni yang aku rasa boleh tahan sket tu pun mcm nk tercirit ja...kah3...





Kenapa saya patut menang? Saya patut menang kerana usaha saya yang buat muka macam dok teran berak sampaikan berak pun tak teran macam ni kah3...Dan ini adalah kali pertama perkara yang paling mencabar seumur hidup saya lakukan...Memang dasyat serta sangat mencabar fizikal dan mental.. Fuhhh....


Puas hati tak kak??? Kih3...

Sory lambat join x ada photoscape la kak nk letak pic jd 4 gitu.. Ni pun p pinjam laptop member nak wat pic jd gini... Hihi..

So apa lagi ada brannn nak join???

Kalo nak sila ke blog ini KLIK SINI




NOTACIKGADIS: Harap2 si dia tak baca blog aku, kalo tak mau terkejut beruk dia tengok pic aku cenggini, beruk pun tak terkejut cm dia hahaha...


Saturday, January 16, 2010

NAK JUAL ANAK KER???

Assalamualaikum....

=)

Okayh hari ini aku nak gebang-gebang pasal sesuatu yang semua kita akan lalui terutamanya yang bujang-bujang. Nak cerita pasal wang hantaran.. Ehem.. al-maklum la umur pn dh bertambah kena la ceta gk psl benda ni hihihi...

Sebenarnya apa yg aku tahu wang hantaran ni digunakan untuk persiapan kenduri sebelah perempuan betul tak? Kalo slh tlg perbetulkan al-maklum la tak ada pengalaman. Huhu...

Dan sekarang ni kalo kita perhatikan wang hantaran dah mencecah berpuluh-puluh ribu terutamanya artis-artis la kan... Wang hantaran ni mengikut tahap pendidikan seseorang ke? Sekarang aku tgk kalo yg kelulusan SPM pun rm 8ribu.. mahal gila kowt..

Perkara ni pasti akan membebankan lelaki-lelaki yang terpaksa kerja keras nak cari duit utk kahwin sebab tu ada kes yang sampai sanggup berhutang along atau buat loan sebab nak kahwin. Tapi dalam masa yg sama itu kan memang tanggungjawab lelaki utk mencari nafkah.

Time aku nanti tak tahu la berapa mak bapak aku nak letak janji bakal suami aku nanti berkemampuan sudah... kalo tak, kahwin lambat la aku sementara tunggu bakal suami cukup duit nak kahwin hahaha... Gatal nak kawen ke aku ni kui3...

Bukan gatal, cuma perkara ini kita jarang-jarang terfikir. Kadang-kadang ada mak bapak yg sengaja letak harga hantaran tinggi sedangkan anak dia tu bukan la bagus tera mana pun..

Ada 1 kes tu kawan aku cerita, kawan dia nak bertunang tapi mak bapak tak suka budak laki tu tapi dah nak halang tak boleh sebab anak dia nak sangat kahwin dgn laki tu so diorang letak sampai 9ribu utk wang hantaran.

Lelaki tu dh la keja biasa-biasa ja.. Perempuan tu pn biasa-biasa ja, duduk plak kat kampung bknnya bandar sampai hantaran 9ribu tp dh laki tu nk gak terpaksa la keluarga diorang setuju.

Bila kita tgk kes ni apa yg kita dapat lihat?

Ada pulak orang tua-tua dulu kalo nak letak harga hantaran ikut anak dara tu, kalo dia jenis rajin, pandai memasak, mengemas maka tinggilah harganya. Macam-macam plak cara yg depa tengok sebelum nk tentukan harga hantaran.

Aku plak nanti cm mana erk? Pak we ku dok tanya dh nanti aku ni brapa la.. Berbelas-belas ribu pa? Ish2...da ka plak... Setakat aku ni apa la yg ada sangat sampai nak harga hantaran mahal2 ni.. Janji rm 10 ribu dalam tangan sudah la hahahaha... =P


Tuesday, January 12, 2010

GARA-GARA FACEBOOK

Aku sangat bengang dengan sorang mamat ni. Dah aku tak suka sudah la jangan la dok mengada-ngada plak. Dah ar tak malu siap dok ngaku dia ni bf aku lagi kat sepupu aku plizzzz la....

Ni semua gara-gara facebook. Sebelum ni aku tak tahu siapa dia yang add aku tu. Yela guna nama lain. Aku pun layan cam biasa je la. Tengok-tengok dia. Pastu dok hantar komen rindu-rindu kat aku plak plizzz la... Malu kowt dok wat gitu.. Kalo hang tak malu pun aku malu.

Sepupu aku dok tanya bf aku ke tu? Dia buat mcm dia tu bf aku. Siap ngaku dia tu bf aku kat sepupu aku lak tu. Cakap nak jaga aku la apa kejadahnya tu?? Nyampah betul org cm tu.


Sebelum ni memang dia ska kat aku tapi aku dh gtau dh yang aku tak suka dia, aku anggap dia cm kawan ja so terima la kenyataan. Benda ni dh lama dh kowt? Bukan sehari 2 tapi dari tahun lepas lg aku dh buat xlyn dia. Ye la dk ska paksa2 org trima dia spa suka?


Benda ni dh mendatangkan masalah pada hubungan aku ngan si dia. Dia ingat aku ni dok melayan sebab tu jadi mcm ni. Kalo aku ni jenis ska dok melayan bertuah sgt la... Sampai org dok cakap aku sombong n jual mahal, lantak p la nak kata apa pn.


Kalo nak berkawan saja aku tak ksh, kalo nk melebih-lebih ni yg aku tak suka. Nak buat galak plak ngan aku, bukan jns aku, salah orang la... Sekarang ni aku dh delete dia dari list fren aku. Sekali lagi aku cakap aku tak suka ko, jadi jangan ganggu hidup aku.


Dan jangan jadi muka tak malu dok jaja cerita yang bukan-bukan pasal aku. Ngaku kata pak we aku kat sepupu aku eehhh plizzz la... Kalo betul xpa ni pandai2 dia ja..


Aku bukan nak sombong, nak perasan aku lawa ka apa ka, tapi at least jangan la dok buat mcm tu. Dok hantar komen rindu-rindu, malu kowt.. Kalo si dia baca xpasal2 ja kami gaduh. Tapi memang dh gaduh pn psl ni.


Sejak 2 menjak ni pun si dia mcm xpcaya kat aku. Asyik sangsi ja ngan aku. Benda-benda mcm ni walaupun nampak remeh tapi boleh jadi masalah yang besar kalo dibiarkan lama-lama kalo tak tak ada la kes mcm berita di bawah ni....



Tujuan aku ada facebook ni pun sebab nak cari kawan-kawan lama. Diorang yang suruh aku buat sebab senang nak bagitau kalo ada reunion dan memang pun aku dh jumpa kawan-kawan masa sekolah dulu. Jadi janganlah menyalahgunakan teknologi yang ada ni.


Sunday, January 10, 2010

APA KATA CIK GADIS 1: PEREMPUAN GEDIK VS LELAKI GEDIK





Selalu kita asyik dok dengar pasal perempuan gedik jer kan? Tahu-tahu la perempuan gedik macam mana. Asyik nak menggedik jer dengan lelaki. Kalo lelaki mungkin mudah tertarik tapi kalo perempuan tengok berbulu mata. Tak kuasa ai...

Tapi kalo lelaki yang gedik plak mcm mana? Lelaki yang dalam erti kata sebenar yang bukan tergolong dalam mat lembut ni. Aku pernah berhadapan dengan lelaki mcm ni. Aku ni jenis tak suka perempuan yg gedik apatah lg kalo lelaki gedik huh..Senak kepala nk melayan.

Kalo cakap ngan kita tu nak lembut-lembut, manja-manja merengek-rengek. Kalo perempuan aku bleh terima lagi kalo lelaki dok merengek uiii..... Paham2 sendiri la berbulu telinga.. Naik menyampah la gak.

Mungkin dia tu anak manja, anak bongsu tapi pandai-pandai la bawa diri lebih-lebih lagi kamu tu lelaki. Kalo perempuan mungkin dah tu sifat semula jadi dia.

Perempuan manja ada 2 jenis, yang memang sifat semulajadi dan 1 lagi yg jenis buat-buat. Tapi kalo yg jenis buat-buat tu kita tgk sendiri pn dh boleh tahu dh mcm mana. Gedik jer lebih kan?

Tapi kalo lelaki gedik apa cerita???




KALO LELAKI NAK GEDIK SILA JUMPA PUAN INI DULU YERK!!




"Mari lah cni u..gediks dgn aii okies??"


Friday, January 8, 2010

ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG TAK MUNGKIN DAPAT DILUPAKAN


Sepasang suami isteri sedang menikmati makan malam yang indah ketika merayakan ulang tahun perkawinan mereka yang ke-50. Ulang Tahun Perkawinan Emas dengan 8 anak, 28 cucu dan 2 cicit.

Ketika menikmati pencuci mulut, si suami tiba-tiba teringat sesuatu dan kemudian menoleh ke arah isterinya dan bertanya, "Ada satu hal yang ingin ku tanyakan pada mu sejak sekian lama.

Tapi aku merasa tidak selesa, jadi pertanyaan ini belum pernah ku lontarkan. Tapi malam ini, malam istimewa jadi... ada baiknya aku tanyakan sekarang..."

"Apa sayang? Tanya saja. Kenapa mesti tidak selesa?", kata isterinya.

"Begini... anak kita yang nombor 4 tidak mirip kepada adik beradiknya yang lain. Apakah ayahnya berbeza?"

Isterinya terkejut mendengar pertanyaan tersebut.

Ia menundukkan kepala dan tidak sanggup menatap wajah suaminya. "Ya.....," katanya mengaku, "Ayahnya berbeza."

Hening....... Mata si suami di genangi air mata... "Ooh...," katanya sambil menahan sebak di dada,
"Kalau begitu, boleh tak aku tahu siapa ayahnya?"

Hening lagi...dengan keberanian yang tersisa, si isteri menjawab, "Kamu...."

Thursday, January 7, 2010

N3 INI BUKAN N3 LUCAH HARAP MENGERTI DAN AKU HANYA NAK CERITAKAN PASAL SABAR


Sabar? Korang ni penyabar ker? Aku? Aku seorang yang sangat penyabar *Penyabar la sangat kan hemo2...

Mesti ramai tak percaya aku ni penyabar. Memang pun. Kalau dulu aku ni memang orang yang paling tak sabar, semua nak cepat, kelam kabut. Dan yang paling teruk sekali aku ni cepat naik angin atau nak cakap baran pun bleh la.

Biasa la anak sulung. *Alasan leh terima tak kui3...* Aku cepat melenting pantang orang cari pasal, keja nak gaduh ja. Kalo zaman sekolah dulu memang aku ni terkenal la ngan kaki gaduh siap kena cop muka wanted lg kat asrama dulu sbb gaduh ngan senior haha...Jahat gle..


Mulut aku plak memang laser kalo tekena laserrr ni menusuk ke jantung dan hati. Pedas nya sendiri mau ingat la... Hahaha tp sekarang ni smakin tumpul plak kata2 yg tajam mcm dlu..huhu

Adakah sepedas cili ini???

Cili jenis apa la ini erk??

Huhu..


Tapi tu dulu. Sekarang ni memang aku dh banyak belajar untuk bersabar. Sampaikan orang cuba jatuhkan aku, maki aku, lukakan hati aku dan aku masih boleh bersabar. Di mana aku yang kuat melenting dulu???

Si dia pernah cakap dia nak tengok aku marah sekali jer. Dia tak berapa suka sangat perempuan yg ikut cakap. Pelik kan? Kalo nak ikutkan perangai aku dulu takut dia terus benci aku kot. Selama ni apa yg terjadi aku tak pernah marah dia, aku biar jer sbb aku dh mls nk gaduh.

Walaupun benda tu sgt menyakitkan hati dan melukakan hati aku tp aku tetap bersabar. Aku lebih suka tunggu dan lihat. Sebab sekali hati aku terluka dan bila sampai tahap aku dh tak boleh bersabar mungkin itu adalah kali terakhir... Kali terakhir utk apa? Tunggu dan lihat.

Mungkin aku ni jenis yang lebih suka memikirkan diri orang lain baru diri aku. Biar orang lain gembira walaupun aku yg terluka. Walaupun benda ni tak elok sgt utk diri aku tp itu adalah sifat semulajadi yg mmg susah nk ubah. Dahulukan org lain dari diri sendiri.

Sebab itu kot orang berani sakitkan hati aku. Kalo nak ikut perangai aku dulu rasanya memang susah la. Aku dah tak nak jadi mcm dlu. Dulu darah muda keja nk melenting jer pantang dicabar. Sekarang ni memandangkan umur pn dh bertambah xkn la xleh nk fikir lg kan?


Tepuk dada tanya hati...

NOTACIKGADIS: KITA TIDAK MEMERLUKAN SEBAB UNTUK MENYAYANGI SESEORANG TETAPI KITA MEMERLUKAN BANYAK SEBAB UNTUK MEMBENCI SESEORANG...


Wednesday, January 6, 2010

SILA CHECK ADAKAH NAMA ANDA TERSENARAI???

TAG PERTAMA DALAM TAHUN 2010 daripada CIK LUCKY


@Adakah anda rasa anda HOT?@

Of course....Hot FM Lebih panas dr biasa

@Sila Upload Pic kegemaran kamu Dan cerita pasal pic itu@

Pic ni pic feveret aku sebab slama ni amik pic dk control ayu tapi kali ni memang lain dr yg lain

Hahaha...


@Bila Kali terakhir makan Pizza?@

Masa praktikal.. =P

@Lagu terakhir Dengar?@

Menatap Matamu~ ARIL best gler lagu ni n aku tujukan pd pria-pria yg berbulu mata lentik Ngeh3...

@Apa yang anda buat selain selesaikan TAG ni?@

Ngah teringat kat pak we hahaha.. =P

@Selain Nama sendiri Apa panggilan yang orang panggil KO?@

* Akak manis

*Kajol (sila percaya) hahaha

@Tag lagi 6 orang?@

1. Si Tedi

2. ~0~

3. Aku Mata Sempit Dan Diri Sendiri

4. Wan Jun

5. Call It Journey

6. Kak EL


@Siapakah gerangan no 1 pada anda?@

Sahabat di alam maya yang tak lokek menolong =)

@Kata sesuatu mengenai org no 5@

She is a nice fren and have a lots of love


@no 3 ada hubungan ape dgn anda?@

Bagaikan kakak dengan adik jer.. Dan dia sgt manja ok hehe..

@Bagaimana pula no 4?@

Wan Jun, nampak jer pendiam tapi kelakar gle tmbh lg ble dgr dia gelak

Kui3...

@Pesanan kepada org no 6.@

Semoga berbahagia dengan keluarga tersayang.. Akak rock la haha..


@Kelebihan pada no 2?@

Ko ada kelebihan ke? Hahaha =P

Dan pada nama-nama yang di TAG sila buat yerk kalo x piat telinga tu hemo2..

=P


Tuesday, January 5, 2010

CONTEST 3G






Jom sapa nak join contest ni. Ni adalah syarat-syarat contest:

Contest Gambar Gelak Guling

Contest ini akan berlangsung dari 1/1/2010 hingga tarikh diberitahu kelak.

Cara hendak sertai contest ini adalah dengan cara anda meletakkan gambar yang boleh membuatkan orang yang tengok gelak@ketawa, Jika iannya sampai berguling2 markahnya pun sudah pasti lebih.

Syarat2 hendak join contest ini :

Mestilah mempunyai blog tidak kirala blog berbayar ataupun percuma
Follow twitter zul [ Tidak wajib, tidak lakukan pun tidak ada ape2 ]
Follow blog zul

Pastikan anda membuat entry khas untuk contest ini bertajuk ” Contest 3G”
Pastikan anda meletakkan gambar diatas di atas post entry tersebut
Linkkan balik kepada blog ini.

Pastikan juga setelah selesai anda membuat entry atau join contest ini, ada drop comment dibawah beserta url/link entry tersebut.
Cara markah dikira :

Semakin Cantik dan lawak/kelakar gambar anda hingga boleh membuat orang tersenyum dan sebaliknya maka makin tinggi peluang anda untuk menang dalam contest ini.
Seharusnya iannya gambar anda, rakan, keluarga. Jika diambil dari internet dan bukannya asli, maka markahnya kurang.

Pastikan semua perkara diatas telah diikut step by step tanpa tinggal atau tertinggal 1 pun.
Anda boleh menambah sebarang effect atau ayat kedalam gambar untuk menambah seri gambar itu lagi

Ini adalah pic pertama yang aku pertaruhkan lepas godek2 dlm folder kat laptop.

Dipersembahkan ratu cantik mlm ini....
Jeng jeng jeng...



Awww... Ahaks....



Pic kedua.


Orang nak nek beskal pun dia nak naik gak. Adik, akak pinjam beskal adik jap ye

Hehehe...



Pic ketiga



Ni apa punya turrr la.... Pic syok sendiri hehe..


Ni antara pic yang aku rasakan agak kelakar hehe... Semoga salah satu dapat menarik minat penganjur. Harap-harap leh menang la lagipun ni contest pertama yang aku join dlm tahun 2010 ni hehe..

Nak join gak? Sila ke blog ini ye..

BLOG SEORANG LELAKI


Monday, January 4, 2010

MASIH ADAKAH BAHAGIA HARI ESOK?




Selama ni aku selalu buruk sangka dengan dia. Kepercayaan aku utk dia sering teruji. Pelbagai masalah yang datang tapi aku dan dia dapat lalui dengan baik dan semua tu semakin merapatkan lagi hubungan aku dengan dirinya.


Dia mungkin seorang lelaki yang sukar untuk mengungkapkan kata-kata sayang serta tidak mudah untuk menunjukkan perasaannya sebab itu aku selalu salah sangka pada dia. Aku fikir dia tidak sayang kn aku.

Tapi tanpa aku sedar rupa-rupanya kasih dia utk aku terlalu mendalam sampaikan dia tak sanggup nak tgk aku bersedih pasal dia. Dia sanggup lagi aku tinggalkan dia dari tgk aku bersedih. Dan tak mungkin aku akan sanggup tinggalkan dirinya.

Aku dh janji susah senang aku akn tetap bersamanya. Bila aku buat keputusan memilih dirinya bukan kerana aku nak main-main dan bukan kerana utk bersenang-senang kerana di saat dia susah aku tak mungkin akn tinggalkn dirinya.

Hubungan kami sekali lagi teruji. Ujian kali ini mungkin terlalu berat utk diterima. Tapi aku sanggup nak menghadapinya. Biar masa yang menentukan.

Cuma aku mohon doa dari kalian doa kan lah kebahagiaan diri aku dan juga dirinya. Doakan supaya kami dapat mengharungi semua ini dgn baik.

Semoga penantian aku ini akan berakhir dan kebahagiaan menunggu aku di depan sana Insyaallah...


Saturday, January 2, 2010

AKU NAK TUNANG 10-10-2010????

Assalamualaikum...

Hari ni adalah hari kedua dalam tahun 2010. Sangat teruja ok bila berada dalam 2010 ni. Banyak perkara yang ingin aku lakukan dan banyak perkara yang ingin aku pertahankan sampai bila-bila.

Kalo dulu aku tak sabar-sabar nak tunggu tarikh 10-10-2010 sebab aku nak suatu keajaiban berlaku pada hari itu... Ngeh3... Dan pada tarikh ni juga telah aku cadangkan pada kakak senior aku untuk melangsungkan perkahwinannya....

Aku pun teringin gak sesuatu istimewa yang berlaku pada tarikh itu insyaallah kalo aku ni masih panjang umur. hehehe... Mana tau kot2 aku bertunang pada hari tu wakakaka... Sangat tinggi angan-angan ok hahaha... Glerr gatai wekkk =P

Dan aku nak wujudkan satu post pada tiap-tiap bulan yang aku namakan "APA KATA CIK GADIS". N3 ni khas membincangkan dan akan memperkatakan isu mengenai sesuatu perkara khususnya mengenai apa yang wanita rasakan mengenai lelaki dan aku akan tulis mengikut pndangan aku sbb tu namanya "APA KATA CIK GADIS".

So, lepas ni mari kita sama ada wanita atau lelaki mari kita debatkan mengenai isu yang akan aku tulis nanti... =)

Tahniah juga aku ucapkan pada DAYANA, AZAM DAN AIN DALAM IDOLA KECIL... Dayana akhirnya dinobatkan menjadi juara idola kecil 2.. Memang cute sgt dayana ni hehe.. Dan lagu Aku Rindu Sayang Kamu yg dibawa oleh Azam memang marbeless la... Hehe...

Tahniah idola kecil 2... =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi