Sunday, February 28, 2010

Saturday, February 27, 2010

CERITA DARI JEPUN-MALAYSIA

Sepanjang minggu ini aku terlalu sibuk dengan aktiviti yang diadakan oleh pusat pengajian aku. Seramai 10 orang telah dipilih untuk menjadi guide kepada pelajar dari Universiti Tokyo,Jepun. Mereka juga adalah pelajar kos social works.

Antara aktiviti yang kami jalankan adalah pergi melawat ke pertubuhan-pertubuhan kebajikan di Pulau Pinang antaranya ialah ke St. Nicholas Pulau Pinang.

St Nicholas adalah satu pusat dari pertubuhan NGO khas untuk orang yang cacat penglihatan. Apa yang istimewanya di sini terdapat guru yang mengajar bagi kanak-kanak yang cacat penglihatan serta kelas-kelas khas untuk melatih mereka yang mengalami masalah ini.

Antara kelas-kelas yang terdapat disini adalah kelas masakan, massage, ICT dan pelbagai kelas lain khas untuk melatih mereka supaya mempunyai kemahiran tertentu.





Terdapat juga kelas komputer. Apa yang istimewanya komputer ini adalah dicipta khas untuk orang yang cacat penglihatan. Mereka menggunakan window eye iaitu ia boleh mengeluarkan suara apabila digunakan.




TAKLIMAT MENGENAI CARA TEKNOLOGI INI DIGUNAKAN


Disini mereka belajar untuk menguruskan diri sendiri, mengira, bertani serta pelbagai perkara asas lain seawal usia 6 tahun hingge 18 tahun mengikut potensi masing-masing. Terdapat juga kelas untuk belajar braile serta melakukan perfailan iaitu mereka akan mendapat upah dari setiap bilangan fail yang mereka hasilkan.


PROSES PERFAILAN




SESI INTERAKSI BERSAMA PELAJAR BUTA
.




STUDENTS FROM MALAYSIA AND JAPAN




Banyak lagi pengalaman menarik yang aku lalui. Walaupun terdapat masalah komunikasi dengan pelajar Jepun, tetapi tak membataskan kami untuk berkomunikasi dan mengenali antara satu sama lain.

Pengalaman-pengalaman lain Trip bersama pelajar Jepun akan aku update dalam N3 yang akan datang. Ada sesuatu yang menarik yang ingin aku kongsikan. Nak tahu apa? Tungguuuu...


Thursday, February 25, 2010

CARI JODOH

"Ibu ibu bapa bapa siapa yang punya anak bilang aku, aku yang tengah malu sama teman-teman ku kerna cuma diriku yang tak laku-laku" Perghh tetiba kuar plak lagu Cari Jodoh dari Wali Band pe kesss???

ADAKAH SEBAB RUPA AKU BEGINI???

Wakaka.... Walopon rupamu tidak ku kenal tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan Hahaha.. Gambar kat atas ni cam siot je kan?? Kih3...

Disebabkan gambar ni la aku berjaya dapat tempat kedua CONTEST 3G Alhamdulillah... Lagipun ni lah contest pertama yang aku join dalam 2010 ni... Rezeki rezeki hihi.. Nak tau lebih lanjut (Klik sini)

Terima kasih kepada penganjur- Zul sebab pilih pic ni sebagai pemenang tempat kedua. Sangat happy ok? =) Hehehe....

NOTACIKGADIS: Sekarang ni aku agak sibuk sebab kena guide students social work from University of Tokyo, Japan. Nanti aku cerita ye siap ngan gambar sekali.. Tungguuuu =)


Sunday, February 21, 2010

SANGAT PANDAI KAN AKU???

Aku ingat lagi kecik-kecik dulu masa aku sekolah rendah. Memang selekeh. Muka selenga jer.. Tapi tak mematahkan semangat aku untuk bergaya ke sekolah.


Masa tu sangat fofular dengan beg tarik. Ala yang ada roda tu. Umi aku belikan sebijik kat aku jenama EASYBAG. Sangat easy tak payah nak galas beg berat+batu di belakang badan aku yang kecik molek itu.

Di sekolah rendah memang aku terkenal dengan kekasaran dan kaki gaduh. Tak dilupakan juga kenakalan dan mulut macam murai tercabut ekor. Pot pet pot pet dalam kelas.

Masih aku ingat masa tu darjah tiga. Budak sebelah aku lelaki, budak yang aku tak sangka aku akan minat bila aku naik darjah 6. Disebabkan asyik dok bersembang dalam kelas semasa cikgu mengajar aku didenda berdiri atas kerusi.

Masa tu memang la malu tapi wat muka selenga jer la lagi pula kawan-kawan aku suma pon muka selenga juga. Jadi tidak la malu sangat kan?

Aku pon dengan muka selenga berdiri atas kerusi. Sambil kawan-kawan aku gelak kan aku. Tapi aku masih berlagak macho!! Sangat macho ok bila aku yang paling tinggi dari kawan-kawan dan boleh melihat kepala kawan-kawan aku yang lain. Sampai ke kutu pon aku nampak atas kepala depa.

Berdiri sampai kaki aku lenguh. Mula la terkujat-kujat di atas kerusi. Entah macam mana tersilap langkah aku terjatuh dari kerusi. Dush timpa EASYBAG kesayangan aku. Maka tamat lah riwayat EASYBAG aku kerana rodanya patah akibat dihempap oleh aku.

Memang budak2 kelas gelakkan aku. Tapi aku buat2 cover tengok beg aku yang patah itu. Sehingga mereka bersimpati pada aku. Sangat pandai kan aku?


Saturday, February 20, 2010

OOO MAMA SAYA MAHU KAWEN, KAWEN DENGAN SIAPA? DENGAN SIAPA SAJA...

Cuti-cuti ni banyak sungguh kenduri. Adat la tu kan? Seorang lagi kawan aku mendirikan rumah tangga. Aku??? Jangan tanya bila, lambat lagi hihi... Jom nengok pic...



BAJU SANGAT SANTEKK OK??




NADIA ALA-ALA CINDERELLA..




MEMBER-MEMBER SEKOLAH RENDAH DULU.




Suami Nadia TUDM. Kalo sesapa nak kawen pakai gaun n uniform carilah suami yang keja tentera ok? hehehe...






Dalam bulan 3 ni juga akan ada lagi banyak kenduri kahwin. Ramai lagi kawan-kawan aku yang akan mendirikan rumah tangga. Jodoh depa sampai awal. Jeles ni hahaha...

Rileks-rileks, belajaq tak abeh lagi ni... Setahun lagi.. Jadi sabarlah menanti... Hehehe...




NOTACIKGADIS: THANKS PADA NAZZ@PURPLE DAN SHAA BONITA KERANA JADI FOLLOWERS AKU YANG KE 197 DAN 198 =)


Friday, February 19, 2010

SIAPA KATA???


Lepas saja bergumbira pasti masalah plak datang menjengah. Penat weh penat.

Sapa cakap kita boleh jadi kawan balik dengan ex-boy or ex-girl kita? Boleh jadi kawan ikut situasi dan cara mereka berpisah. Tapi sangat susah.

Banyak lagi masalah yang timbul dan lebih banyak lagi pertengkaran. Ada saja tak kena. Benda kecik-kecik pon akan jadi masalah. Kenapa?

Yang dah berlalu biarkanlah berlalu tak payah nk ungkit-ungkit lagi, tak payah nak menegakkan benang yang basah, tak payah nak menyalahkan orang lain jika diri sendiri yang buat salah.

Kenapa lepas berpisah banyak plak benda yang busuk2 suma kuar? Kenapa waktu masih bersama dan diajak berbincang tak satu pon yang nk dibincangkan? Bila dah berpisah macam-macam plak yg kuar?

Inikah situasi yang dihadapi oleh Fahrin Ahmad bersama bekas-bekas kekasihnya Linda Onn dan Scha? Nasib baik aku bukan artis kalo tidak adakah adegan-adegan saman-menyaman?

Aku dah maafkan dia seikhlas hati aku apa lagi yang dia mahu? Masih tak puas menyakiti hati aku? Masih tak puas tengok aku boleh bangkit tanpa dia? Penat arrr....

Kalo mahu berkawan kenapa masih lagi nak semak-semak kan kepala hotak pasal diri aku? Pasal dengan siapa aku berkawan? Kalo betul sayang kenapa dulu tidak tahu nak menghargai?

Itulah lelaki. Masa ada tak tahu nak menghargai bila dah tak ada???

Cukup-cukuplah. Aku sangat penat dengan situasi ni. Semak-semak. Kalo nak berkawan biarlah betul caranya.

Sapa kata senang nak berkawan balik dengan ex kita??? Kalo boleh bagus lah tapi kalo banyak mendatangkan masalah dari semasa masih bersama apa nak buat???


Thursday, February 18, 2010

MARI BERGUMBIRA


Assalamualaikum... Yuhuu... Aku masih lagi dalam mood bercuti. Cuti ni juga aku amik kesempatan menghadiri reunion ex-Teknik Kangar. Sangat best dan happening.

Apatah lagi bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama dan melihat perubahan diri masing-masing. Kebanyakan semakin montel ok hahaha...


Nasib baik aku maintain hahaha.. Siap depa tegur "hang ni hanis dari dulu sampai sekarang tak berubah maintain je.." Hohoho... Nasib baik aku berjaya menurunkan berat badan aku sket kalo tak lagi malu la aku huhu..


Perbualan kami hanya berkisarkan tentang perubahan berat badan hahaha...Cam tak ada topik lain. Yela mana yg dulu cekeding skrg ni lg demok dari aku. Yang laki plak perut muncit lebih dari org dah kahwin. Kena bahan je la.. Nasib2..



LEPAK KUALA PERLIS


Kami suma berjanji nak berkumpul di stadium Darul Aman Alor Star. Lepas minum-minum dok wat riuh tak tentu hala kami p gegarkan bowling Star Parade Pacific Alor Star. Memang bikin kecoh kat sana.

Apatah lagi bila masing-masing mempamerkan kepakaran melontarkan bola bowling masuk ke dalam longkang hahaha... Termasuk lah aku ngeh3....

Selesai main suma kami pakat nak turun Perlis. Lepak kola Perlis. Time tu yang mana geng-geng Perlis ramai yang turun. Yang ngah bawa perut pon ada. Hehe...




YANA YANG TGH NGANDUNG 6 BULAN

PERUT DIA KECIK JE..

(AMIK BERKAT HAHAHA)



Apa yang menariknya Yana kahwin dengan kimi budak sekolah teknik gak. Kawan-kawan kami la juga. Bila masa depa ni bercinta tak tau la. Tapi depa kawan lepas sekolah. Tu la jodoh namanya kan?


Ramai gak member-member aku yang couple dari sekolah teknik kekal sampai sekarang alhamdulillah. Aku??? Tak main la couple 1 sekolah ni hehehe...


HUZAIMAN DAN SYAH ANTARA COUPLE YANG KEKAL SAMPAI SEKARANG




KEBANYAKAN YANG DATANG HAMPIR 30 ORANG



MAKAN-MAKAN DULU







Aku suka pic kat bawah ni hehe... Sebab aku nampak kecik kih3..





Motif bergambar himpit-himpit sebab suma nak cover badan hahaha...

Aku diapit oleh Nina dan Nad. Depa 2 orang ni dulu cekeding je. Sekarang?? Lu tgk la sendiri huahuahua...

Inilah reunion yang paling happening dan best. Sangat rugi pada sapa-sapa yang tak datang.

Hans hang jgn jeles ok? Hahaha...





Tuesday, February 16, 2010

BIAR GAMBAR YANG BERBICARA

REUNION EX-TEKNIK KANGAR
15-02-2010





























Wednesday, February 10, 2010

0-0





Kadang-kadang apa yang kita nak kita tak dapat dan apa yang kita tak nak itulah yang akan mengejar kita. Dan kamu semua pasti pernah merasainya kan?


Tapi sejauhmana kamu boleh menerimanya? Adakah kamu dapat menerimanya dengan seikhlas hati atau kamu masih mahu hipokrit untuk menerimanya? Hipokrit lg?

Hari ini aku belajar sesuatu yang penting. Maafkan lah orang dengan seikhlas hati kamu maka kamu akan lebih merasa tenang selepas itu percayalah. Ya, aku mudah memaafkan orang. Kalo sebelum ni aku merasa tertekan kerana aku mudah sangat memaafkan orang walaupun aku sendiri terluka dengannya tapi kini tidak lagi.

Malah aku sangat bersyukur kerana aku bukanlah tergolong dalam jenis orang yang suka berdendam. Cuba kamu bayangkan kalo orang yang suka berdendam tenangkah hati mereka? Sudah pasti dalam fikiran mereka penuh dengan agenda-agenda untuk membalas dendam.

Hati mereka juga pasti tidak tenang. Apa yang penting walau bagaimanapun hati kamu dilukai, ataupun diri kamu dihina (tidak merujuk kepada aku) apa yang perlu kamu lakukan adalah memaafkan perbuatan mereka itu dengan seikhlas hati.

Hidup kita singkat. Hidup juga bagaikan roda. Kalo kamu berada di atas tak kan selamanya kamu akan berada di atas. Goes around comes around right???

Aku tahu, aku juga tidak sempurna, aku juga banyak melakukan dosa serta kesilapan kerana aku juga manusia biasa. Tapi bila kamu menyedari segala kesalahan kamu itu janganlah kamu mengulanginya lagi.

Aku juga ingin jadi yang terbaik dan aku sedang berusaha untuk jadi yang terbaik. Aku juga bukan sempurna tetapi aku ingin berusaha untuk menyempurnakan diri aku. Apa yang penting usaha kamu.

Maafkanlah orang dengan seikhlas hati kamu. Dan aku telah maafkan dia seikhlas hati aku. Aku harap aku akan lebih tenang selepas ini. Tidur ku juga akan kembali lena. (Sempat lagi fikir tdo huhuhu).

Kamu, saya sayangkan kamu, harap persahabatan kita tidak lagi dicemari dengan sikap saling membenci dan kamu juga masih sayangkan saya kan?? 0-0 ok?


Tuesday, February 9, 2010

KENAPA MANUSIA PERLU HIPOKRIT??


Kenapa manusia perlu hipokrit??? Kalo dulu aku sangat membenci manusia yang hipokrit tapi sekarang aku juga terpaksa menjadi hipokrit. Tipu lah kalo kita tak pernah hipokrit.


Kalo dulu mungkin aku terlalu jujur, terlalu bendul memegang prinsip dan tidak ingin hipokrit tetapi semua tu dah tak berguna. Aku juga turut hipokrit. Hipokrit pada diri sendiri untuk menjaga hati orang lain.

Ya kadang-kadang kita perlu hipokrit. Tapi jangan hipokrit dengan orang lain semata-mata ingin menunjukkan yang diri kamu itu bagus sehinggakan menjahanamkan orang lain.

Aku sering memikirkan orang lain dari diri sendiri. Kenapa sampai saat ini pun aku masih memikirkan orang lain dari diri sendiri? Wake up girl, wake up. Dont be stupid!! Think ur self first before u think someone else.

Letih~~

Terlalu mudah memaafkan orang lain. Terlalu mudah menerima orang yang menipu kamu dan terlalu mudah berasa kasihan. Apa ni???

Tak kasihan ke aku pada diri sendiri? Tak rasa sakit ke bila dipermainkan? Kamu ikhlas dengan orang tapi orang buat kamu macam tahi. Apa ni???

Dan aku tahu, aku akan tetap macam dulu. Mudah memaafkan orang lain. Itu memang bagus. Tapi hipokrit dengan berpura-pura yang kamu langsung tidak terluka dengan tindakannya sedangkan hati kamu remuk bagai disiat-siat dengan belati tajam.

Entah sampai bila aku akan berhenti memikirkan tentang diri orang lain dari diri sendiri. Dan kita semua tak kan terlepas dari sikap hipokrit walaupun kamu sendiri membenci sikap itu kerana kita adalah manusia biasa.

Hipokrit boleh tapi jangan sampaikan kamu menjatuhkan orang lain.


Monday, February 8, 2010

AL-KISAHNYA DI SUATU PETANG YANG DAMAI


Al-kisahnya tadi aku p la klinik kesihatan dalam usm ni. Konon-konon nak p check luka la sebab rasa cm menanah je.

Lagipun luka lama dah jadi luka baru sebab aku jatuh plak masa main bola tampar. Bukan setakat jatuh masa main bola tampar, siap aku p men futsal lagi hahaha.. Gila tol.

Lepas jumpa doktor segala bagai, doktor cakap kena p buat dressing. Dalam hati aku ni dressing apa jadah plak ni. Hati dok berdebar-debar dah.

Pastu doktor suruh masuk 1 bilik tu untuk buat dressing. Tapi aku p amik ubat dulu. Masa kat kaunter ubat tu, aku tanya la nurse dressing tu macam mana?

Nurse pun cakap la, buka luka lama pastu cuci luka. Apa yang aku paham dia akn kopek balik kulit luka yg dah kering tu pastu cuci. Haisyooo...Sakit tu..

Aku beranikan diri gak p bilik dressing tu. Dia tulis zon klinikal. Bila masuk bilik tu sunyi sepi je. Tengok da bilik cuci luka. Pastu da kaunter. Nurse kat c2 bz dok layan pesakit len.

Tiba-tiba rasa meremang bulu roma. Macam dok kat bilik mayat plak. Aku pun pa lagi cabot balik la lepas ngeh3..... Takut kowt... Aku takut aku nangis masa cuci luka hahaha.. Tak kuasa ai nk nangis2 ni..

Resit yang sepatutnya doktor amik pun ada kat aku lagi.. Huhuhu... Rela lagi aku cabot balik dari kena rasa sakit masa cuci luka tu... Huhuhu...


RESIT

NOTACIKGADIS: Kalo takut tu jangan buat-buat berani hihihi...



Saturday, February 6, 2010

TINGGAL KENANGAN

Perasan tak lagu kat blog aku ni dah bertukar? Mestilah perasan kan kalo asyik dok memekak jer... Hehehe...

Lagu tak boleh blah. Jiwang karat.. Haihh jangan cakap cam tu. Setiap dari kita mesti pernah kehilangan orang yang kita sayang. Setiap dari kita juga pasti ada kenangan untuk dikenang.

Jadi jom kita layan lagu kat blog aku ni. Aku dedikasikan khas untuk semua orang yang pernah kehilangan orang yang kamu sayang.





TINGGAL KENANGAN- SALEEM

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku


Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih


Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan....

Friday, February 5, 2010

LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI

Degil!! Itulah aku.

Memang tak tahu duduk diam. Tak lega lagi ngengada nak main juga. Sekarang padan muka. Huhuhuhu...

Rileks bebeh!! Luka lama berdarah kembali. Baru je kering luka sbb xcident tadi jatuh plak masa main bola tampar. Berdarah plak siku aku. Pedih kowt...Tapi sendiri tanggung ar...

Tadi lawan bola tampar utk SUKAD (Sukan antara Desasiswa) kira cam lawan antara hostel2 dalam USM ni cuma kat cni hostel dipanggil Desasiswa.

Aku dari sekolah memang aktif sukan-sukan ni. Bukan nak tunjuk pandai ke apa tapi memang dh sebati dalam diri. Kalo aku xjoin rasa cm ada yg kurang sbb tu aku tension sgt masa lepas xcident ri tu.

Futsal memang aku xleh main dh. Kaki pun dok bengkak lagi. Dah buruk kaki aku dgn luka tu. Nasib baik sarung cincin kat tangan bukan kat kaki kalo tak, kurang hantaran nanti hahaha...

So disebabkan futsal tak leh main, aku pun main bola tampar lagipun guna tangan je kan huhuhu.. Sidang lepas pun memang aku main bola tampar wakil desasiswa. Lepas ni nak lawan bola baling plak. Nasib baik lambat lg. Sempat la lega kaki n tangan aku ni.

Dah la ri ni dapat sakit popuan. Berdarah tangan plak. Penat gila. Cam nak pengsan je tadi. Tapi no hal. Gua kuat beb. Walaupun pendek tapi semangat besar hehehe...

Lepas ni nak meroyan kat facebook pastu nak tdo. Esok nak lawan plak. Tata.. Muahhh muahh hehe..


Jap jap...

Rindu nak tengok pic aku tak?

Dah lama tak tempek kat blog..

Ni pic terbaru

...

...

...

...

...

..

..

..

..

..

.








PEACE!!!

Hehehe..

Pic baru tak ada. Tak ada mud nk gedik2 depan kamera pastu mik pic sendiri.

Cau cin cau...

Wassalam...


Wednesday, February 3, 2010

MIMPI

Aku sedang cuba keluar dari kepompong yang ku cipta sendiri. Alhamdulillah. Aku berjaya sedikit demi sedikit.

Keputusan yang aku amik juga agak drastik. Mungkin itu sebagai satu permulaan yang baik, insyaallah, mudah-mudahan.

Cuma apa yang menjadi persoalan sudah dua malam berturut-turut aku mimpi buruk. Semalam aku mimpi lagi kali ini aku terjaga dalam keadaan terngucap-ngucap. Agak sukar nak melelapkan mata kembali.


Dan bila dh dapat melelapkan mata sekali lagi aku mimpi buruk. Mimpi yang aku harapkan tak kan jadi realiti.

Sebelum tidur semalam, memang aku susah nak melelapkan mata. Rasa tak sedap ati je. Baca gak ayat-ayat kursi sebelum tdo. Tak sangka aku akan mimpi buruk juga.


Mimpi-mimpi itu semakin menghantui aku. Aku masih berfikir apakah maksud di sebalik mimpi itu. Cuma aku harapkan tak akan terjadi apa-apa pada orang yang aku sayang.

Hidup aku sekarang back to normal. Terima kasih atas nasihat kawan-kawan semua. Kemurungan yang terjadi mungkin disebabkan lepas xcident. Macam-macam plak yg berlaku pada aku.

Sekarang ni aku ingin kembali kepada kehidupan aku yang lama. Beranikan diri. Aku pun dh dapat bawa motosikal seperti biasa. Dah tak takut lagi. Hidup pun dh semakin bz. Jadi mari utamakan yang perlu diutamakan dulu.

CHAYOK!! CHAYOK!!

=)


Tuesday, February 2, 2010

AKU TAHU ITU





Ayuhhh....

Bangkit semula.

Aku bukan lemah...

Aku cekal, aku tahu itu...


Bangun lah...

Mara ke hadapan..

Melangkah tanpa rasa takut


Ayuhhh!!!

Bangkit semula..

Keluarlah dari kegelapan....


Aku tahu itu...

Aku tahu siapa aku


Biar jatuh berkali-kali

Yang pasti setiap kali aku jatuh

Aku akan bangkit semula



Aku tahu aku kuat,

Aku tahu aku tabah

Aku tahu aku cekal

Dan aku tahu aku boleh..


Ayuh!!

Bangkit semula


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi