Tuesday, March 30, 2010

HAMPIR BERAKHIR

Pasal semalam dah settle.


Memang aku yang bersalah.

Kerana terlalu ikutkan perasaan aku terlepas ckp yg bukan-bukan.

Tapi memang tak ada niat pun nak ckp mcm tu pd dia.

Ni semua gara-gara terlampau geram.

Tapi alhamdulillah dia dh maafkan aku.

Aku akui tu kelemahan aku bila terlampau marah.

Mula la nk msg dia yg bukan-bukan.

Aku harap aku boleh berubah dan kawal diri aku bila marah.



.................................................................



Ni cerita lain plak.

4-4-2010 ni Dinner utk semua penghuni Desasiswa Cahaya Gemilang (nama hostel)

Majlis penutup utk sidang ini.

Tak lama lagi Majlis Perwakilan Desasiswa (MPD) akan dibubarkan.

Aku akan menjadi mantan setiusaha la lepas ni


Tak ada dh nk sibuk2 cm dlu dgn poster, surat n mcm2 lg.

Lepas ni utk next sidang, aku nk kurangkan aktivti-aktiviti dlm kampus ni.


Lagipun dh final year.

Ada yang tak suka aku terlalu aktif.

Aku akan cuba tidak terlalu aktif lepas ni.

Nak bagi tumpuan pada study.

Jadi budak skema plak, low profile hehehe..

Dan aku tak sabar menunggu utk dinner.


Baju pun aku dh ready.

Cuma tunggu hari dinner tu je.

Memang seumur hidup aku tak pernah aku bayangkan akan pakai cenggitu..

Sama-sama kita tunggu utk hari itu.



=)

P/S: Kalo aku pakai cenggini agak2 cm mana la rupa aku nanti ye? Ish3.....






Monday, March 29, 2010

MAAF




Maaf

=(






Maafkan aku



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



Aku terlalu mengikut perasaan



Aku tak ada niat nak cakap semua tu pada kau.



Tolong maafkan aku



.



.



.



.



.



.



.



='(


KAWAN BAIK KU KEKASIH ORANG?

Siapa ada kawan baik berlainan jantina? Maksudnya kawan yang selalu anda berkongsi pasal masalah, berkongsi pendapat, dan selalu menolong korang kalo anda memerlukan.


Kalau dia masih single its ok tapi kalo dia dah ada kekasih mcm mana? Nanti akan timbul cemburu di hati orang di sebelah pihak lagi.

Tapi kalau ko kenal dia dari dia masih single pastu dia dh couple, no point utk ko tidak lg blh berkawan dgn dia semata-mata utk menjaga hati?

Apa yang penting kau tahu batas-batas kau. Kalau kau dok menggedik memanglah kekasih hati si kawan baik kau akan melenting.

Kadang-kadang ada lelaki yang akan menjaga kawan baik dia lebih dari kekasih hati perempuan tu menjaganya.

Kenapa?

Mungkin kerana dia takut kawan baik dia terluka dan kerana si lelaki ini sudah mengenalinya lebih lama dari si kekasih hati perempuan ini.

Bukan mudah nak menerima seandainya kekasih hati anda ada kawan baik yang berlainan jantina. Tapi apa yang penting sifat percaya kau pada kekasih kau. Kalau dia betul-betul sayangkan kau, kau tak payah risau kerana bg dia, kau tetap kekasih hati dia dan seorg lg kawan baik dia.

Apa yg penting kau percayakan dia dan yakin dgn dia. Selalunya yg menjadi punca pergaduhan semua kerana cemburu. Cemburu boleh tapi janganlah cemburu buta. Siapa yg tak cemburu kalo kekasih sendiri ada kawan baik berlainan jantina.

Tapi kalo kau kenal kawan baik dia mcm mana tak jadi hal untuk korang bersahabat sama. Lain lah kekasih kau tak pernah langsung memperkenalkan dia. Itu memang patut kau cemburu.

Aku sendiri ada kawan baik lelaki. Ramai kawan baik aku terdiri dari lelaki. Kenapa? Bagi aku kawan baik lelaki lebih memahami dan mudah untuk menerima siapa diri kita tanpa banyak songeh. Tapi tak bererti aku tak ada kawan baik perempuan.

Cuma kadang-kadang kawan baik lelaki akan tetap ada untuk kamu walaupun sesibuk mana pon dia. Mereka juga senang untuk diajak berbicara.

Apa-apa pun kawan baik lelaki dan perempuan masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Jika kawan baik anda sudah berpunya janganlah jauh kan diri tetapi jaga batas-batas anda dan paham situasi. Begitu juga jika kekasih anda ada kawan baik yg berlainan jantina. Kau tak boleh halang dia utk berkawan tetapi kau harus percaya dan yakin dgn cinta dia dan menerima kawan baik dia juga sebagai kawan kamu.

Aku tulis berdasarkan pengalaman kawan aku yg kekasihnya punya kawan baik perempuan yg sudah jadi terlebih sudu dari kuah. Dan juga pengalaman aku.

Jadi jagalah batas-batas anda dan apa yang penting percaya antara satu sama lain serta memahami pasangan anda. Kalau dia betul-betul sygkan kau tak ada apa yg kau perlu risaukan.

Tepuk dada tanya hati.


Saturday, March 27, 2010

AWET MUDA

27-3

Hari ni gua rasa gua dh tua.

Tapi gua tahu gua tetap awet muda.

Umur hanya angka ok?

Thanks to Allah kerana bagi peluang untuk aku bernafas lagi dalam usia ini.

Friday, March 26, 2010

SERASI


Keserasian tu penting. Memang sangat penting. Walaupun kadang-kadang kau baru kenal dia dalam masa sehari tapi kau rasa macam kenal dia bertahun-tahun. Walaupun kau baru cakap di telefon dah hampir 1 jam tapi kau rasa kau baru je cakap dgn dia 5 minit.

Itu maknanya kau dan dia memang serasi.


Kadang-kadang perbezaan boleh membuatkan kita saling melengkapi dan kadang-kala perbezaan itu boleh membuatkan kita sering bertelagah.


Ada yang inginkan pasangan yang memiliki banyak persamaan dan ada yang inginkan pasangan yang berbeza dengan diri. Tapi bagi aku, setelah melaluinya aku fikirkan dalam perbezaan itu aku boleh mencari satu persamaan.


Walaupun perasaan itu sama tapi jika banyak perbezaan hubungan itu tidak akan berjaya. Apa yang dia nak tiada dalam diri aku, dan aku tidak boleh menjadi seperti yang dia nak sebab itulah diri aku, jadi terimalah aku seadanya.


Lebih baik aku mencari seseorang yang boleh menerima aku seadanya, yang boleh menerima perangai aku yang gila-gila dan yang paling penting boleh memahami diri aku. Bukannya seseorang yg nak aku mengubah menjadi seperti yg dia nak. Dan aku pun tahu dia pon mcm tu.


Dalam setiap hubungan tolak ansur dan saling percaya paling penting. Kalo asyik nak buruk sangka dan tak percaya memang tak kan kemana hubungan itu.


Banyak sabar dan kalo boleh ada pasangan yang lucu paling baik utk mewarnai hubungan itu. Jadi, carilah yang terbaik utk anda.


Dan bila kau jumpa seseorang yang kau baru kenal tapi kau rasa macam kenal dia bertahun-tahun. Walaupun kau baru cakap di telefon dah hampir 1 jam tapi kau rasa kau baru je cakap dgn dia 5 minit mungkin dia lah untuk kamu.


Mungkinkah dia itu untuk aku???




Thursday, March 25, 2010

CERITA KLASIK UNTUK MASA DEPAN






Gua dah fikir masak-masak.

Gua akan umumkan sekarang..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Gua dah solo!!



Hahaha... Semua tekaan hangpa salah.


Lepas ni ai kena larikk la sebab ramai peminat dok kejar hahahaha


Bajet artis la kunun...


Hahahaha....


Bercinta diam-diam tengok2 solo balik.


Memang tak nak kecoh-kecoh pon.


Tu belum lagi aku dok tayang kisah dan gambar dia.. Kalo tak malu je kan sbb tak jadi?


Gua dah solo sekarang ni.


Sebab dan musabab biarlah aku simpan.


Cuma apa yg aku dapat katakan dalam sesetengah perkara perbezaan menyebabkan pasangan itu saling melengkapi tapi ada sesetengah perbezaan itu merupakan penghalang utk kebahagiaan.


Aku masih mencari seseorang yang boleh menerima aku seadanya.


Siapa??


Biar takdir yang menentukan.


Kadang-kadang kita jangan mencari cinta, biar cinta itu datang dengan sendiri.


Sekian terima kasih..



=)








P/S: Aku dan MR S masih lagi berkawan..


P/S/S: Aku dah tulis 2 draf dan save cerita dari A-Z tapi last-last aku rasakan ini yg terbaik boleh aku kongsikan untuk semua bagi kebaikan kedua-dua pihak...


Tuesday, March 23, 2010

Psssttttttt...... Nak tanya sket ni boleh??

YEPPIE!!!

Eh gumbira nampak??

Of course~~~

Huahuahuahua....

Mai dah meroyan dia...

Hahahaha...

................................................

Ok ok uhuk uhuk terbatuk plak...

Serius!!

Nak tanya ni...

Agak-agak kalo aku cerita pasal status aku dan si dia dengan N3 yg sgt panjang..

Ada orang nak baca tak???

First time ni nak cerita~~

Aku tak nak main teka-teki dah..

Biar korang tahu cerita sebenar-benarnya....



Errr....

Ada orang nak baca tak?

Ke

Menyampah???


Monday, March 22, 2010

KENALI AKU~TAG FROM SHA


Aku di tag oleh sha. Tapi bila baca soalan nama no 4 tu, pk banyak kali gak la nak buat hehe.. Lagi pula saat-saat genting cm skrg ni huhu.. Apa-apa pun thanks pd sha sebab tag aku ok? Layan jerr...



1) siapakah diri anda di rumah?
~Kakak yang garang dan seorang anak yang agak keras kepala kih3..~


2) siapakah diri anda di samping rakan?
~seorang yang suka tersenyum dan ketawa, loyar buruk, jenis tak berkira dan kadang2 moody sket~


3) 5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai

~nak tolong mak bapak aku~
~kereta~
~nak abehkan study cepat2~
~nak kahwin~ (hahaha gedik nk kawen)
~nak ada suami yang bleh bahagiakan aku~


4) siapakah nama pasangan anda
~errr..yang ni erk? Cam na nk cakap erk? His name start with "S"


5) ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda

~Aku sukakan matanya..Bulu mata lentik kowt hehe...~
~Senyumannya bikin aku tdo tak lena~ kui3...
~Ada lesung pipit yg jarang2 bleh nampak tapi aku bertuah sbb nmpak hehe..
~Berterus terang dan kadang2 terlalu berterus terang~
~Tak berapa nak romantik tp bila mai manja dia agak comel~ lalalala...


6) bila tarikh anda couple
~ Kami slalu ingat tarikh kami kenal 20 September 2009

7) apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda
~Berpisah dan aku jauhkan diri dari dia.... Skrg ni leh lari lg tak?


8) lagu tema cinta anda
~ Fall 4 you katanya~err yeke?Huhu..


9)apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda
~Banyak sangat aku nk dia ubah.. Tapi aku tetap terima dia seadanya

10) tag 10 rakan yg lain
~Sapa-sapa nak buat silakan ye jgn malu-malu




P/S: Berfikir banyak kali nak letakkan pic si dia atau tidak..


DAN MUNGKIN BILA NANTI.......

N3 aku sejak 2 menjak ni hanya berkisar pasal hati. Ye hati aku. Agak celaru. Berubah-ubah. Kadang-kadang bila hati dah tetap, banyak plak perkara yang tersingkap. Kebenaran mengenainya.


Sehinggalah aku sudah membuat keputusan. Bukan untuk bertunang atau kahwin ye. Cuma aku amik keputusan untuk menjadi diri aku yang sekarang. Aku selesa begini.

Aku pelajar yang aktif. Tidak boleh duduk diam tanpa melakukan apa-apa pasti susah untuk orang memahami diri aku. Mungkin susah apabila bersama dengan orang yang berbeza dengan kita, dgn orang yg lebih suka low profile.

Aku terlalu menonjol katanya. Kadang-kadang apa yang dia nak tiada pada aku. Mungkin berbeza dengan aku yang lebih fleksibel. Dan adakalanya apa yang aku nak tiada pada dia. Tapi bukankah aku dah beritahu yang terimalah diri aku seadanya dan aku juga akan buat perkara yang sama?

Hati manusia sukar nak diduga.

Dan pada pertemuan hari itu, setelah lama tak bertemu telah membuatkan hati kami bertaut kembali. Mungkin.. Ada rindu yang terpendam.

Setelah berbicara dari hati ke hati, aku sudah dapat jawapannya. Cuma aku selesa begini. Mungkin dia juga begitu.

Aku tak yakin. Biar masa dan takdir yang menentukan. Follow the flow. Aku rasa aku patut belajar untuk melupakan dan mungkin pergi untuk tidak berpaling lagi. Semua itu serba berkemungkinan.

Tapi siapa tahu? Hati manusia kan sering berubah-ubah....


Sunday, March 21, 2010

KEPUTUSAN



Keputusan sudah ku buat.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



=)






Thursday, March 18, 2010

JAWAPAN HATI





Aku ingin dia itu kata hati aku.


.



.



.



.



.





Tapi aku juga tidak ingin memusnahkan lagi hati aku.



.



.



.



.



.



Aku rasa aku patut lupakan rasa hati



.



.



.



.



.



Ya! Aku jatuh cinta pada dia buat kali kedua.



Hati tak mungkin bisa berbohong.



Tapi fikiran mengatasi segala-galanya.



.



.



.



Lupakan rasa hati kerana mungkin ia bikin aku mati!!!!



Tuesday, March 16, 2010

JATUH CINTA

Jatuh cinta pada orang yang sama buat kali kedua?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
.
Apa kata hati?


Sunday, March 14, 2010

PUTERI

PUTERI QISTINA SYAKIRA


Comel tak???

Mestilah comel kan??

Cam kakak dia gak....

Kih3...


KAKAK



Puteri sekarang dah nak masuk 3 tahun. Keletah dia bukan main lagi. Penat nak melayan. Dah la jenis tak reti duduk diam (cam kakak dia gak kowt huhuhu). Noty sungguh. Kadang2 bukan aku yg menyakat dia, dia yg menyakat aku plak.

Adik kakak ni memang nakal. Ada saja benda puteri nak buat. Yg paling best dia suka suruh aku baca buku cerita kat dia. Kadang2 aku saja je wat tak tahu. Geram punya pasal dia amik buku dia letak depan muka aku suruh baca gak hehehe..

Kalo aku balik Penang mesti teringat kat dia. Rindu nak melayan keletah dia yg kadang-kadang buat aku hilang sabar juga. Tapi kalo aku marah tak makan saman punya. Dia gelak-gelak lg adalah. Aku yg tgh marah ni pun bleh tergelak sama.

Haihh...Adik kakak ni... Semoga dia menjadi insan yg berguna bila besar nanti dan terhindar dari gejala-gejala negatif yg sangat membimbangkan pada masa kini. Sayang puteriku... =)

Friday, March 12, 2010

TEKNIK BERFIKIR YG BETUL


Aku nak berkongsi sesuatu dengan korang semua. Berkongsi sesuatu yang aku belajar dari kursus yang aku amik di USM iaitu Teknik Berfikir.

Sebelum tu, korang tahu tak diri korang ni mcm mana sebenarnya? Setiap pemikiran korang sebenarnya diwakili oleh topi-topi yang berlainan warna antaranya adalah TOPI PUTIH, TOPI MERAH, TOPI HITAM, TOPI KUNING, TOPI HIJAU dan TOPI BIRU.

Jom tengok topi mana yang anda wakili.

TOPI PUTIH (NEUTRAL)
  • Berfikir berlandaskan fakta, angka.

  • Hanya berdasarkan maklumat semata-mata dan keputusan yang dibuat hanya berdasarkan maklumat yang diterima dan sahih.

  • Tiada sebarang pendapat baru dapat dijanakan

  • Tiada sebarang penilaian dapat dibuat

  • Mereka juga tidak emosi, prejudis. Selalu bertanya Berapa? Kenapa? Bila? Bagaimana?


TOPI MERAH (EMOSI)

  • Berlandaskan perasaan

  • Berfikir menggunakan emosi

  • Mempunyai emosi ataupun perasaan yang tak rasional dan logik.


TOPI HITAM (NEGATIF)


  • Pemikiran yang negatif

  • Pemikiran hanya melihat risiko, bahaya, kegagalan dan kesilapan

  • Objektif: Melahirkan elemen negatif dan bukannya emosional

  • Sesuai untuk menilai

  • Kelemahan: Berlebih-lebihan mencari kesalahan atau cacat cela sesuatu idea serta takut untuk ambil risiko kerana tidak boleh dikritik oleh orang lain tetapi hanya boleh mengkritik orang lain.


TOPI KUNING (POSITIF)


  • Pemikiran yang positif dan melihat kepada sesuatu yg positif, kebaikan dan manfaat.

  • Penekanan ke arah penerokaan dan spekulasi positif cthnya cuba+jaya

  • Melihat masa hadapan dengan senario yg proaktif

  • Semua idea boleh diterima dan diperbaiki

  • Sesuai utk idea yg tak logik yg dianggap bodoh oleh sesetengah pihak


TOPI HIJAU (KREATIF)

  • Pemikiran kreatif yg melibatkan pelbagai alternatif

  • Elemen yg penting adalah provokasi utk keluarkan kita dari kotak fikiran yg biasa iaitu berfikir lain dari yang lain.
  • Pemikiran yang di luar batasan normal, tidak mempunyai sempadan, tidak mempunyai andaian

  • mencari alternatif dan idea baru-mungkin idea itu salah pd orang lain tp kita merasakan idea itu betul dan harus dicari kelebihannya


TOPI BIRU (KAWALAN)

  • Mengawal proses pemikiran yang lain.

  • memberi fokus, mengarahkan, dan menentukan kaedah pemikiran yg ingin dilakukan,
  • Memastikan peraturan diikut dan sering memberhentikan perdebatan

  • Perlu membuat keputusan

  • Biasanya menjadi ketua dan orang tengah


Walaupun begitu, setiap dari topi ini boleh digunakan berulang kali untuk membuat keputusan. Sebagai contoh kita akan guna topi putih untuk mencari maklumat. Kemudian kita akan gunakan topi hijau untuk mencari idea, alternatif berdasarkan maklumat tersebut.

Topi kuning utk melihat aspek positif serta kemungkinan pada setiap alternatif tersebut. Guna topi hitam utk melihat aspek negatif risiko dan thp kejayaan. Kemudian guna topi hijau balik untuk memperbaiki alternatif tersebut.

Selepas itu guna topi biru untuk menilai dan membuat ringkasan kemajuan yg dicapai. Boleh juga guna topi hitam utk menilai keputusan yg telah dibuat buat kali terakhir dan kemudian guna topi merah utk tahu perasaan ahli kumpulan dgn keputusan yg diambil.

Kesemua topi pemikiran ini boleh kita aplikasikan dalam kehidupan kita terutamanya dalam perbincangan kumpulan untuk membuat keputusan yg tepat.



So,



~SHARING IS CARING~


Wednesday, March 10, 2010

KAKI GOSIP! EH GOSIP PUN ADA KAKI KE?






Perempuan kaki gosip? Itu biasa.. Tapi kalo lelaki kaki gosip itu sangat luar biasa. Zaman sekarang ni mulut lelaki laseerrr dia bukan main lagi kalah perempuan.

Kalo zaman dulu-dulu, perempuan terkenal dengan kaki gosip, canang sana sini tapi zaman sekarang lelaki lebih advance daripada perempuan. Kalo bab-bab gosip ataupun nak anyam ketupat kaum lelaki dh jauh meninggalkan perempuan.


Kalo tak percaya tengok la sekeliling anda. Yela zaman sekarang ni semua benda dah jadi terbalik. Yang mana dulu jadi kelaziman perempuan sudah bertukar pada lelaki yang kini menguasai contohnya memasak macam tu juga sebaliknya dgn perempuan.

Kalo dulu kita tgk lelaki je pandai kendalikan mesin, sekarang perempuan pon dh pandai cuma aku belum jumpa lagi perempuan dok mesin rumput tepi jalan huhu..

Kadang-kadang mulut lelaki ni lebih bisa dari perempuan. Lazer dia bukan main lagi. Sesapa yg pernah kena sound boleh terseliuh hati mendengarnya tak pun bernanah telinga hehehe...

So sapa kata perempuan saja kaki gosip lelaki kadang2 lebih daripada perempuan bila bergosip. Zaman sekarang ni dah tak ada siapa lebih atau kurang. Lelaki dan perempuan sama saja.

Tapi hak suami sebagai pemimpin dalam keluarga tetap tak berubah dan perlu dihormati. Walaupun si isteri mungkin berjawatan besar dari lelaki tetapi mereka tetap isteri di rumah.

NOTACIKGADIS: Anyam ketupat - mengumpat


Monday, March 8, 2010

KE MANA MENGHILANG?

Assalamualaikum... Perghh..Lama sungguh aku menghilang kan? Kejap ada kejap tak ada. Nak buat mcm mana sebagai student memang cm ni ada saja benda nak buat.

Sebenarnya aku baru je balik dari SUKAD (Sukan antara Desasiswa) di USM Trankskrian, Nibong Tebal. Aku main bola baling. Muka yang dulu tak brapa nak putih dh makin gelap maa..

Macam mana tak gelap kalo games kena pukul 10 pg, 12 tghri smpaikan kul 3 ptg pon ada. Hangit weyhhh... .


Walaupun hanya berjaya jadi Johan Kumpulan dan berjaya ke suku akhir, kami terkandas di pusingan suku akhir bila kalah tipis 1-0 pada tuan rumah. Sebelum tu kami menang 3-2 dengan Desasiswa Tekun dalam perlawanan yang sengit.


SEBILANGAN PEMAIN WANITA DAN LELAKI


SEBELUM PERLAWANAN (MUKA BAJET SUCI JE SEMUA HEHE)



Tapi apa yang paling manis untuk dikenang adalah bila kami menang besar dengan Desasiswa Fajar Harapan dengan gol 10-0. Aku skor 5 gol huhuhu....




Esok tu habis je permainan apa lagi, lebam dan luka sana sini la. Bola baling plak memang agak ganas sket. So kalo ada gadis-gadis ayu yg nak try main, baik lupakan je la ye hehehe...



Walaupun ganas tapi aku tetap maintain ayu di padang hahahaha

Prasan gila...

=P




Aku ni aktif sket. So lepas ni banyak benda lagi yang akan aku terlibat. Nantikan di next N3 OK? PEACE... =P





NOTACIKGADIS: Nanti aku akan blogwalking ke blog anda suma ok? Give me time =)

Wednesday, March 3, 2010

CONTEST WEDDING CIK AINA



Aku nak mencuba nasib plak join contest yang dianjurkan oleh Cik Aina. Mana tau ada rezeki lagi kan nak menang hehehe... Tapi tak kisah menang atau kalah hanya untuk memeriahkan contest ni. =)





Syarat-syarat penyertaan :



Buat satu entry berkaitan tajuk di atas. Panjang entry tidak kurang dari 100 patah perkataan.


Sila sertakan gambar "hadiah" tersebut di dalam entry anda. Tak kesah la kalau dari google pun..mengikut kreativiti sendiri.


Entry tak semestinya kena skema, lawak-lawak pun boleh, sebab aina kan sempoii!! hahaa.


Sertakan banner di atas dan backlink ke entry ni oke..untuk menyebarkan contest.


Tak jadi follower pun tak ape, tapi kalau nak follow pun buleh saje...tak paksa.

Tarikh tutup adalah pada 31.03.10

Dah join,sila tinggalkan pesan dan url entry di kotak komen yaa. Contestant terawal juga berpeluang memenangi hadiah saguhati dari aina.

Nak tahu lebih lanjut klik
sini

Setelah berfikir aku rasa hadiah yang boleh diberikan pada Cik Aina adalah



LESUNG BATU


Hadiah ni lain dari yang lain. Selalu bila nak kahwin ja orang akan hadiah pinggan mangkuk, gelas dan perkakas rumah yang lain. Tapi time bila nak masak, pastu nak kena tumbuk cili ke bawang ke rupa-rupanya lesung batu tak ada.

Aduiii!! Jenuh cik abang nak p cari plak. Guna blender pon rasanya tak sama dengan guna lesung batu.

Selain tu lesung batu ni boleh digunakan untuk pecahkan ais. Kalo orang utara kata boleh la kalo nak katok ais ketoi untuk buat ayaq ais. hehehe....

1 lg kelebihan dia, hadiah ni berat. Nampak la sket kita ni hadiah benda yang mabeless... Mesti pengantin teruja nak buka dulu hadiah ni sebab berat kan? Kih3....



Hadiah lain yang aku rasa patut bagi adalah


BOTOL SUSU


Orang kata sebagai lambang untuk cepat-cepat dapat anak. Hehehehe... Nanti bila dah beranak tak payah dah susah2 nak p cari botoi susu beli kat anak. Guna jer yang dah dihadiahkan masa hari perkahwinan.

Amacam kreatif tak? Lain dari yang lain kan??? Hehehe...






NOTACIKGADIS: Apsal followers aku dari 200 jadi 199?? Siapa la yang remove tu yerk? Sedihnye =(

P/S: Line masih tak ok. Tak dapat nak komen lagi.. Tulis N3 bleh plak.. Isk isk isk Heran toi...


Monday, March 1, 2010

TO MY FOLLOWERS

Assalamualaikum... Pejam celik pejam celik dah 1 Hb Mac ye hari ni?? Hari ni pasti ada memori yang akan terpahat lagi di ingatan korang kan?


Hari ni aku nak kemas kini blog sket. Thanks ye pada followers aku. Hari ni dah cecah 200 dah. Alhamdulillah... Walopun blog aku biasa-biasa je tapi tetap dapat sokongan dari korang, terima kasih ye...

Jadi pada my followers yang aku belum list kan korang sila tinggalkan link ye. Aku harap sangat dapat list korang semua dalam blog aku.

Sorry sebab aku tak dapat komen kat blog korang. Tak tahu la ada masalah apa, lagipun wireless macam hape lagi sekarang ni slalu tak dapat tenet. Kat blog aku sendiri pon tak leh nk komen gak.

Apa-apa pun jangan lupa ye tinggal kan list korang. Thank you.




NOTACIKGADIS: Nanti tulis link korang cm ni cth: www.nurrcahaya.blogspot.com orite?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi