Friday, April 30, 2010

BLOGGER UTAGHA MANA HANGPA?

Merdeka sudeyhh... Hari ni last exam yahooo!!! Lepas ni praktikum plak alahaiii.. Lomah lutut den. Dapat plak kat Penang gak. Aduhh.. Lagi bertambah lomah.


Ni pic sapa plak?



Ololololo comel tak pic ni? Hahaha prasantan. Tiba-tiba mata ku yang sepet jadi besar. Nak tahu rahsianya? Bulat kan mata anda bila mengambil gambaq hahaha..

Ok bukan nak cerita pasal gambaq. Itu cuma selingan saja. Sebenaqnya aku teringin sangat nak jumpa dengan geng-geng blogger. Kebanyakan blogger semua dok Key-Ell. Aku ni dok ceruk utara achanee nak jumpa kan?

Nak tunggu aku turun Key-Ell pon entah tahun bila walaupun sanak saudara ramai dok sana. Untuk permulaan ni nak cari yang dok dekat-dekat dulu. Area-area utara ni.

Teringin sangat nak jumpa LOL, BIRU, MAK SU, dan lain-lain lagi yang ada di list blog aku dan my followers. Kalo nak ikutkan semua blogger aku nak jumpa.

Dulu selalu rancang nak jumpa dengan Kak El tapi selalu rancangan tergendala. Huhu.. Kalau jumpa ramai-ramai kan lagi best?Tapi risau la juga. Aku kan pemalu (pemalu la sangat hihihi).

Esok aku balik kedah. Aku ni aloq staq mari. Balik nak bungkuih kain baju bawak mai Penang plak sebab cuti sem selama 2 bulan ni akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh aku yang akan berpraktikum kat Penang juga kat Kampung Teluk Kumbar. Ada sapa-sapa dok area c2? Meh la contact2 aku. Bleh rapatkan silaturahim yang sememangnya rapat hak3...

Ada tak blogger utagha mari? Mai mai mai cni jumpa cheq.. Hak3..


Wednesday, April 28, 2010

LU & GUA : TERIMA KASIH KAWAN

Lu, gua mahu cakap sikit. Gua boleh tulis saja kalau nak cakap gua memang tak mampu. Gua sedih. Lu ingat gua tak sedih ka? Kalo gua jumpa lu pon gua tak tahu nak cakap apa.


Bukan saja-saja gua nak menyendiri tapi gua rasa itu yang terbaik. Gua memang tak pandai nak cakap depan-depan dari gua cakap belakang-belakang lebih baik gua diam menyepikan diri.

Gua tahu, dari start gua kenal lu sampai sekarang gua selalu menyusahkan lu. Memang bukan gua kalau tak menyusahkan lu dan lu pon tak pernah langsung merungut. Gua tabik sama lu. Gua tahu lu kawan yang terbaik untuk gua.

Gua banyak terhutang budi sama lu. Gua bukan tak kenang budi tapi gua tak tahu nak balas budi lu macam mana. Biarlah budi lu gua kenang sampai gua mati. Setiap doa gua pasti ada lu. Tu saja yang mampu gua buat untuk Lu.

Gua memang tak reti nak tunjuk perasaan gua. Lu pernah sakit. Tapi gua selamber je sebab gua tak tahu nak buat apa. Gua bukannya tak risau. Gua sedih tengok lu macam tu. Gua tak sanggup tengok lu sakit. Gua memang sayang lu walaupun gua tak pernah tunjuk.

Gua tak macam orang lain yang cakap dengan lu lembut-lembut, manja-manja. Gua ada cara gua sendiri untuk tunjuk kan kasih sayang gua. Dan memang gua tak pernah tunjuk pun semua tu tapi dalam hati gua memang sayang lu.

Dulu kita pernah berjanji yang apa-apa pun kita akan tetap bersama. Tapi kesibukan yang dipisahkan oleh dua dunia semakin menjarakkan kita. Gua paham. Gua dan Lu masing-masing ada minat dan bidang masing-masing.

Lu dengan cara lu gua dengan cara gua. Tapi yang gua tahu kita tetap ada minat yang sama Cuma cara yang berbeza.

Lu. Kalau gua mati pon gua tak risau. Sebab gua tahu lu ada kawan yang baik. Yang boleh menjaga lu. Tak macam gua yang sering menyusahkan lu. Gua rasa itu yang terbaik yang boleh gua berikan.

Hidup gua penuh dengan masalah. Cukuplah gua menyusahkkan lu selama ini. Sekarang ni biar gua yang tanggung. Lu memang kawan yang baik. Gua tak pernah lupakan budi lu pada gua.

Gua sedih bila lu sanggup delete gua dari friend list lu. Tapi gua tak kisah. Mungkin gua bukan kawan yang baik untuk lu.

Gua hanya mampu ucapkan terima kasih pada lu dan gua minta maaf pada lu kerana menyusahkan lu. Apa yang mampu gua berikan hanyalah doa untuk Lu. Terima kasih kawan.


Tuesday, April 27, 2010

PERLU KE LELAKI CAKAP KASAR DENGAN PEREMPUAN?

Walewalehe....... Lelaki cakap kasar dengan perempuan beb? Abeh macho la tu leh tengking-tengking perempuan?


Haisyoooo... Itu belum masuk pelempang dengan penendang lagi. Kalo cenggitu dah boleh jadi kes dera. Kalo dh kahwin lain cerita ni yang belum kahwin dah naik tangan kaki kat anak dara orang apa cerrr????

Entah-entah mak bapak budak perempuan tu jentik pon tak pernah anak dia yang hang si lelaki ni suka-suka hati naik tangan.

Kalau kena kat aku memang aku melawan. Aku ni kuat melawan sket huhuhu.. Tapi tak mau cakap besaq la nanti kena kat aku plak hisshhh minta simpang la.

Mula-mula cakap kasaq lama-lama naik tangan. Kalo perempuan yang ada BF macam ni jangan jadi bodoh ok? Sila tinggalkan lelaki cenggini. Itu belum kahwin. Kalo dah kahwin macam mana? Cuba fikir sikit.

Untuk sang lelaki, kalau marah ka apa ka cuba kawal emosi sket boleh tak tegur si perempuan dengan elok-elok. Kalau tegur elok-elok dengan penuh kelembutan dan diplomasi insyaallah mahunya dia dengar cakap.

Macam budak-budak la juga lagi hang larang lagi tu dia buat. Cuba hang cakap elok-elok orang kata kalau tegur dengan cara lembut ni makan dalam beb!! Baru menjadi.

Tapi bila berkait dengan emosi marah ni memang kita susah nak kawal. Aku ni pon kadang-kadang terbabas juga kalo marah tu mahu juga nak tengking-tengking ni. Baran juga kot biasa la anak sulung (leh plak nak salahkan anak sulung kui3).

Bila dah mai umuq semakin lanjut ni kena pikiaq la sama kan. Kawal marah tu. Memang aku belajaq sabaq banyak la sekarang ni. Kalau tak mau runtuh bangunan dengar suara aku macam petir ni haha...

Perempuan memang selalu dipengaruhi emosi tetapi lelaki ni aku tak tau la nak cakap dipengaruhi apa. Kena plak lelaki baran. Pernah aku tengok suami siap hempuk kepala isteri dengan kusyen lagi tapi dalam tv la. Sebab tu kalau boleh aku nak hindarkan diri dengan lelaki yg panas baran ni.

Kalau boleh sabar dengan kerenah aku ni yang memang kadang-kadang menguji kesabaran ni dialah yang layak jadi suami aku. Walewalehee...

Pada sang lelaki hormati lah sang perempuan kerana depa ni lah yang akan jadi isteri dan ibu pada anak-anak kamu. Kalau marah nak cakap kasaq-kasaq hang p cakap dengan pokok.


Sunday, April 25, 2010

PANCINGAN KU MENGENA

Orang kata siapa yang minat memancing ni penyabar orangnya. Penyabar ke? Nak tahu penyabar ke tak kenalah try dulu kan?

Jadi bila dah ada orang ajak, aku pun cuba walaupun sekarang ni musim exam. Nak release tension konon-kononnya.

Ajakan Nurul untuk pergi memancing bersama tidak aku lepaskan. Jangan terkejut, Nurul ni walaupun perempuan minat memancing. Entah-entah lelaki pon ada yang tak minat memancing.

Jom tengok pic dulu. Kualiti gambar agak kurang sebab amik guna nset cikai je. Ada banyak pic nak upload tapi tak tahu la masalah apa hanya pic ni saja yang boleh di upload. Apa-apa pun layan kan jer.....






Aku belajar memancing dari Nurul. Belajar cara-cara nak lempar joran macam mana dan sesungguhnya aku akui aku bukanlah seorang yang penyabar. Buktinya mulut aku asyik bertanya bila nak dapat ikan ni huhuhu...

Dalam dok asyik bersembang tu kami dikejutkan dengan panggilan kak yaya yang cakap umpannya mengena. Kami pon terjerit-jerit bersorak sebab dapat ikan. Sekali alih-alih plastik. Ish ish tak patut betul. Memang drama betul la.

Dalam dok tunggu umpan mengena kami menyanyi macam-macam lagu kat tepi pantai seagate tu. Sekali terus ikan makan umpan joran si Nurul tu. Dapat la sekor ikan gelama. Tapi saiz kecik je. Kena plak masa tu ayaq laut surut.

Lepas puas menunggu joran kak yaya plak mengena. Dapat ikan gelama juga cuma saiznya besar sket dari ikan yang Nurul dapat.


NURUL DAN KAK YAYA


Walaupun dapat 2 ekor je ikan tapi agak puas. Yela first time ikut orang pergi memancing ramai-ramai cenggini. Walaupun kami semua perempuan tak semestinya kami tak boleh memancing.

Lain kali kalau ada peluang lagi Insyaallah aku akan ikut. Walaupun aku bukan seorang yang penyabar nak tunggu umpan dimakan ikan tapi bila umpan mengena memang satu kepuasan.

Jom lepas ni ada sesapa nak ikut pergi memancing tak?


HOTEL MANIAM BUKANNYA HOTEL MANIA

Sepasang suami isteri dalam perjalanan ke bandar dan kerana jaraknya yang jauh, mereka siggah untuk menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya.

Akhirnya mereka bertemu dengan sebuah Hotel yang cukup bagus walaupun tidak berbintang dan bermalam. Keesokan paginya ketika akan keluar hotel, mereka dikenakan bayaran RM 200.00

"Hah? Ini kadar hotel 5 bintang. Awak tak salah kira ke?" tanya si suami terkejut.

Dia meminta dipanggilkan pengurus hotel dan membantah harga yang terlalu mahal. Setelah mendengar dengan penuh perhatian, pengurus berkata, "Hotel ABCD ini dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa, ruang persidangan dan berbagai hiburan semuanya bertaraf antarabangsa."

"Tapi kami tidak langsung menggunakan kemudahan tersebut," kata si suami berkeras.

"Salah Encik sendiri. kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan," kata si pengurus tak mau kalah.

Setelah termenung sejenak si suami membuka dompetnya, mengeluarkan wang RM 50.00.. dan mengulurkannya kepada pengurus tersebut.

"Ini baru RM 50.00?" tanya pengurus.

"Baki RM 150.00 lagi tu saya dah bayar... iaitu saya relakan Encik tidur dengan isteri saya"

"Tapi saya tidak tidur dengan isteri Encik..."

"Salah Encik sendiri. ianya sudah tersedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan..."


Saturday, April 24, 2010

CAHAYA MALAM

Malam


Buat aku resah sendiri

Resah memikirkan hari esok

Aku hanya ingin ditemani malam

Gelap gelita

Hanya

Keseorangan

Kesayuan

Kesedihan

Kerinduan

Di manakah cahaya?

Cahaya yang menerangi malamku

Yang menemani mimpiku

Di mana cahaya itu?

Cahaya Malam ku


JODOH KU JODOH MU JUA




Assalamualaikum~

Berkaitan dengan N3 aku yang sebelumnya yang boleh lihat di SINI rasanya kita belum pernah dengar cerita orang yang bertemu jodoh di blog. Aku nak jadi orang pertama boleh? Ada sesapa nak ngorat aku tak? Hahaha...

Bila bercakap pasal jodoh ni sampai bila-bila tak akan habis. Kita tak tahu siapa jodoh kita. Bagaimana rupa orangnya, bahagiakah kita dan macam-macam lagi mengenai jodoh yang akan buat kita sering tertanya-tanya siapa jodoh kita.

Ada jodohnya cepat sampai, ada jodohnya lambat sampai dan ada yang tak bertemu jodoh di dunia ini. Semuanya di luar kuasa kita.

Dalam setiap perkara orang sering mengatakan takdir. Jodoh tak panjang, sebagai takdir tapi kalau dah tak pernah berusaha untuk menyelamatkan sesuatu hubungan adakah wajar kita menyalahkan takdir?

Tak wajar bukan? Mungkinkah menyalahkan takdir sebagai satu cara nak menutup kesalahan sendiri? Agak mushkil mengenai perkara ini. Bagi aku setiap perkara yang berlaku memang sudah ditakdirkan tetapi amatlah tidak wajar kita menyalahkan takdir dengan apa yg berlaku.

Jodoh dan pertemuan semua di tangan Tuhan. Kalau kita kecewa dgn seseorang itu bersyukurlah dgn apa yang berlaku kerana Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.

Bersyukur juga sekurang-kurangnya kita pernah mengecapi bahagia walaupun hanya sementara berbanding orang lain yg langsung tak pernah merasa bahagia.

Ingat setiap yang berlaku ada hikmahnya. Memang banyak hikmahnya. Bila kita kecewa, kecewa itu mengajar kita untuk menjadi lebih kuat. Mematangkan fikiran kita. Dan kita harus terima hakikat yang berlaku dulu tidak akan sama dgn sekarang.

Aku pernah kecewa. Malah bahagia yang aku kecapi selalunya hanya bersifat sementara. Sampai 1 tahap aku tidak tahu apa itu bahagia? Betul lah setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Ia mengajar aku menjadi lebih kuat, lebih berusaha keras untuk mencapai sesuatu dan aku tidak lagi membiarkan apa yang aku dapat pergi lagi dgn sewenang-wenangnya. Dan apa yang penting dengan melepaskan apa yg aku kecapi dulu aku kini berada di mana aku berada sekarang.

Kalau tidak mungkin aku hanya menjadi manusia yang tidak punya apa-apa dan mungkin sahaja aku hanya berada di rumah menjaga anak.

Namun jodoh sudah ditetapkan cuma kita tidak tahu siapa dan bagaimana kita bertemu. Mungkinkah juga aku jodoh kamu? Siapa tahu? =)


Wednesday, April 21, 2010

BERTEMU JODOH DI BLOG

Kita selalu dengar kisah-kisah percintaan yang dikenali melalui chatting, YM la MIRC la dan macam-macam lagi. Hinggakan ada yang bertemu jodoh melalui laman sembang begini.

Dulu pon aku gila chatting gak. Orang kata kalo masuk yahoochat pastu p masuk group KEDAH2 ataupon PENANG leh kata terkenal juga la hahaha...

Itu dulu la. Sekarang dah tak join dah benda alah cenggitu. Nak kena marah dengan Mr S? Takut aku dia garang tau... Hohoho...

Korang pon mesti pernah join benda cm ni kan? Chatting ni memang buat kita ketagih. Pastu boleh kenal ramai orang. Kalo letak gambar kompom la ramai yang nak mengayat siap minta no telefon lagi.

Ada juga yang gila seks. Mula-mula layan elok la pastu mula la cakap benda yang bukan-bukan. Kalo aku jumpa orang cam tu memang terus block je.

Yang penting jangan terlalu melayan. Kadang-kadang kita boleh kenal cara orang yang jujur nak berkawan ataupun ada niat tak baik. Pandai-pandailah menilai.

Sampai sekarang pon aku masih berkawan dgn orang yg aku kenal melalui YM. Tak semua jahat.


Berbalik pada orang yang bertemu jodoh melalui alam maya ni, yang biasa kita dengar kenal melalui chatting tapi pernah lagi tak kita dengar bertemu jodoh di laman blog plak?

Kalo ada siapa? Nak juga aku dengar cerita macam mana bertemu jodoh melalui blog ni kan? Lagipun kalo nak cerita pasal jodoh ni macam-macam cara ia berlaku. Jumpa kat depan toilet pon kalo dah jodoh apa nak kata?


Al-maklum la kita ni bujang lagi. Mesti suka dengar pengalaman orang yang berkahwin bertemu jodoh. Hehehe...

Ada tak kat sini bertemu jodoh dalam blog? Sila angkat kening...

NOTACIKGADIS: Pernah juga jatuh cinta dengan blogger... Jatuh cinta dengan penulisannya.. =)


Tuesday, April 20, 2010

MULUT MACAM LONGKANG????



Mulut bau longkang? Mulut tu yang busuk ke atau longkang tu yang busuk???

Aku kenal la sekor budak ni (sekor? kasaq la plak kan panggil org cenggitu) OK la sorang budak ni. Kawan Mr. S la juga. Tapi bukan kawan rapat katanya cuma kawan sekampung.


Al-kisah nak dijadikan cerita, masa aku da masalah dengan Mr S dulu, time tu kalo boleh memang tak nak amik tahu pasal Mr. S dh, aku kenal la kawan Mr S ni. Kenal pon dalam telefon jer dan tak pernah jumpa, itu pun Mr S juga yg perkenalkan.

Sampai 1 tahap tu teringin gak la aku jumpa kawan Mr S tu. So kuar ar dengan Si A ni. Masa kuar tu sembang-sembang terkuar la cerita pasal apa yg Mr S buat belakang aku. Tapi time tu aku hanya mendengar.

Memang dah jadi kebiasaan aku hanya mendengar kemudian simpan dalam hati. Memang agak kecewa bila dengar cerita Si A ni pasal Mr. S. Tapi aku diamkan saja.

Pastu ada 1 tahap tu aku bergaduh besar dengan Mr S, suma ni gara-gara Si A ni. Aku pon tak tahu apa yang Si A ni cerita kat Mr S pasal aku. Dah la time tu dah memang ada masalah dengan Mr S, tambah lagi 1 masalah.

Dan bila kami dah berbaik ni. Mr S tanya pasal aku apa yang Si A ni pernah cerita. Aku agak keberatan sebab memang aku dah malas nak amik tau lebih-lebih lagi bila Mr S tanya betul ke aku ni call si A tu pastu nangis-nangis dan aku asyik sms Si A tapi Si A tak pernah balas pon sms aku.

Itu suma BOHONG. Ingat aku ni kelapaq sangat nak wat cm tu? Tolong sket hang tu siapa? Time tu aku hangin bila dapat tau apa yang Si A gtau Mr S. Banyak benda lagi dia reka cerita pasal aku, macam mana aku tak bergaduh besar dgn Mr S? Ni la namanya mulut busuk cam longkang!

Ada 1 hari tu Mr S saja amik nset aku pastu miscall Si A ni. Lepas tu Si A ni terus call aku. Siap tanya lagi kenapa aku tak pernah balas SMS dia. Time tu aku buka loudspeaker. So Mr S leh dengar la apa yang dibualkan. Selama ni Si A tu yg anta sms kat aku dan aku tak pernah balas tapi si A ni cerita aku yang asyik SMS dia tapi dia tak pernah balas.

Rupa-rupanya apa yang dia cerita pasal Mr S juga BOHONG. Banyak benda dia mereka-reka cerita pasal Mr S sampai kan aku jauh hati dan fikir bukan-bukan.

Tapi aku tak pernah tanya pun pasal benda tu dekat Mr S. Bila Mr S tanya baru aku cerita tu pon sebab dia tanya aku betul ke aku ni call si A tu dan nangis-nangis ngadu pasal Mr S. Eh tolong sket, kau tu siapa aku nak wat gitu? Penting ker?

Bila dah terbukti yang si A tu mulut cam LONGKANG, dan memang perangai dia cam tu sejak dari dulu lagi baru la aku sedar, dalam hidup ni jangan mudah percayakan orang.

Mr S dah nasihat aku, kenapa tak tanya dia benda tu betul ke tidak? Kenapa nak percayakan orang lain dari dia? Dan kenapa terlalu mudah percayakan orang?

Aku akui memang aku mudah percayakan orang sebab aku fikir kawan dan kawan tak kan khianati kawannya. Tapi aku silap, kawan juga boleh menjadi lawan dan tak semua kawan boleh kita percaya.

Aku terlalu berfikiran positif, semua yang aku nampak atau buat aku hanya fikir kebaikan. Tapi dalam setiap pemikiran positif perlu juga untuk berfikiran negatif. Ini semua untuk kebaikan juga supaya kita tidak mudah tertipu.

Perlu ke aku hanya percayakan diri aku sahaja?

Dari kisah ini amiklah pengajaran jangan terlalu mudah percayakan orang. Dalam segala yang kita buat perlu untuk berterus terang walaupun kadang-kadang kebenaran amat menyakitkan.

Kalo dah tahu mulut dia macam longkang jadi tak payah la gatai-gatai nak berkawan lagi. Biarkan si mulut longkang terjun ke dalam longkang sampai busuk!!!

NOTAKAKICIKGADIS: MR S cakap SI A tu mungkin ada hati kat aku... Erkkk????


PELUANG KEDUA




Mahu exam, dah tak on ym, fb jarang-jarang, tapi blog?

Tak boleh kalo tak update.






Peluang kedua?


Dulu dia pernah melukakan hati aku.


Aku pergi bawa diri. Aku nak jauhkan diri dari dia.


Tapi semakin jauh aku lari, semakin dekat dia pada ku.


Aku cuba menerima dia semula walau hanya sebagai kawan.


Tapi hati tak kan pernah menipu.





Ya, aku masih sayangkan dia.

Dan dia masih sayangkan aku.

Peluang kedua ini kami ambil untuk perbaiki diri masing-masing.


Tapi kenapa aku masih melukakan hati dia?


Aku tidak curang, malah aku hanya setia pada dia.


Cuma kenapa aku sering mengikut emosi apabila marah?


Aku membuatkan dia kecewa.


Kadang-kadang apa yang aku lakukan dan katakan hanya kerana ikut emosi.


Hakikatnya aku tiada niat kerana aku hanya sayangkan dia.


Hanya dia...




Mr. S


Maafkan saya kerana sering buat kamu susah hati.

Tidak ada sikit pon niat di hati saya nak melukakan hati kamu atau permainkan kamu

Insyaallah, saya akan buktikan pada kamu, saya boleh menjadi seperti yg kamu inginkan

Dan saya tahu itu semua untuk kebaikan saya juga.

Terima kasih pada kamu.

Semoga peluang ini kita guna sebaiknya.

Jangan melukakan hati masing-masing lagi


ADDICTED KER???


Created by OnePlusYou - Free Dating Sites




Agak addicted dengan blog hahaha

Monday, April 19, 2010

SEMENTARA SAHAJA



Aku nak exam, start 23 hb ni. Habis 30 hb. Doakan kejayaan aku. Aku mahu fokus pada study. Aku kena korban sedikit masa aku dengan benda-benda yang tak penting lain. Terpaksa juga tinggalkan seseorang yg penting buat masa sekarang.

Doakan kejayaan aku. Pada semua kawan-kawan dan followers, terima kasih kerana menyokong aku selama ini. Sesungguhnya aku amat hargai korang semua.

Cuma buat sementara ini beri aku masa untuk tumpu pada exam. Jangan la plak lepas ni remove jadi followers...Sedih aku taw...


Jumpa lagi di next N3, Muah muah muah.. Love u all....

Sunday, April 18, 2010

SUARA KU BERHARAP





di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

reff:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

reff2:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

repeat reff


Friday, April 16, 2010

DULU DAN SEKARANG





Dulu benci

Sekarang sayang


Dulu cakap tak nak

Sekarang nak.


Dulu nak buat apa-apa fikir diri sendiri

Sekarang kena fikir banyak hati yang perlu dijaga


Dulu lepas laku

Sekarang kena control


Dulu kawan ramai

Sekarang kena memilih kawan


Dulu main banyak

Sekarang kena serius


Dulu comot

Sekarang comel



Dulu gemoks

Sekarang kurus sket


Dulu sendiri

Sekarang hampir mendua

=)


Wednesday, April 14, 2010

CERITA KHAS: BIAWAK

Ini satu cerita khas pasal kejadian hari ni. Tadi masa aku p hospital Sultanah Bahiyah Alor Star, wad kecemasan telah digemparkan dengan sekor biawak yang tiba-tiba datang entah dari mana meluru ke arah pesakit-pesakit yang sedang menunggu giliran.

Semua pesakit berterabur lari. Yang lawaknya nurse kat c2 pon larikk sama.. Ahahaha..

Masa tu aku tengah berjalan nak ke tempat parking motor. Tiba-tiba biawak besar tu datang meluru ke arah aku, aku larikk dah sambil jerit-jerit. Besaq kowt bewak tu. Bewak tu kemudian meluru ke arah pesakit2 lain.

Kelam kabut semua orang melarikan diri. Bewak tu lari masuk bawah kerusi, budak-budak yang da kat situ pakat dok lawan panjat kerusi..hahaha....

Last2 sekali bewak tu lari masuk dalam toilet lelaki. Nasib baik tak ada dalam toilet time tu kalo tak lagi kecoh pa. Jenuh panjat sinki pulak? Ahahaha....

Bewak tu memang besar. Geli geleman aku tengok. Tapi sayang tak sempat amik gambar sebab aku dok gelak tengok, sampai terlupa ahahaha...


Ada kot besar ni bewak tu...




Tuesday, April 13, 2010

BILA SI PUTERI TENGAH...................?

Video puteri ni.

Cuba teka skali lagi apa yang si puteri ni buat.



video

Nak tahu jawapannya???

Jeng jeng jeng...

Bukan main jongkang jongkit...

tapi

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Ni la video puteri tengah meneran nak uh uh ahahaha...

Teruk kemain kan?

Kah3....

Kadang2 sampai merah muka-muka..

Aduyai macam2...

Layan jer la...

Ahahaha...


Sunday, April 11, 2010

APA KATA CIK GADIS: NAK KATA APA?




Alamak nampaknya aku dh terlewat sehari utk segmen apa kata cik gadis. Tapi tak pa segmen ini akan diteruskan juga.

Eh tetiba plak hilang idea aku nak menulis. Nak tahu sebab apa? Sebab aku ngah tengok rancangan MENTOR kat Tv 3. Nak tercirit aku dengar depa ni nyanyi ahahaha... Habis hilang idea-idea nak menulis.


Sebelum nak menulis berkobar-kobar, idea penuh dengar2 depa nyanyi berterabuq plak idea aku ni..

Disebabkan idea aku dah larikk ke laut, aku jamu mata hangpa semua dengan video kat bawah ni ja la..

Cuba teka video ni tgh tunjuk puteri watpa??? Ahahaha...


video


Thursday, April 8, 2010

SENYUMAN YANG TERKUBUR



Sejak dua menjak ni aku asyik batuk ja. Batuk yang tak henti-henti. Dah lama sejak dari awal bulan 3 lg. Yang aku herannya time malam baru batuk. Sekarang ni dh kurang sket tapi masalah lain pula timbul.

Bila malam ja dada aku akan rasa ngilu. Sejuk semacam. Macam ada ais batu plak dalam dada. Bila duduk dalam air cond lagi bertambah sakit. Tadi masa pergi library dada semakin sakit. Aku rasa sejuk dalam dada.

Bila malam selalu terjaga sebab sakit. Adakah hanya sakit biasa-biasa ja atau ada sakit lain? Kalo tiba-tiba aku "pergi" mengejut macam mana?

Pasti saat tu blog ini hanya akan berkubur macam tu saja kan?


Akan adakah senyuman ini lagi?




Tuesday, April 6, 2010

NAK ADA BF/GF? SILA BACA N3 INI.

Apsal lelaki dan perempuan suka merungut kalo masih tak ada BF/GF?

Rileks2 sudah.

Nanti takut bila dah ada banyak plak problem yang nak kena handle.

So sabar la menanti sampai korang jumpa seseorang yg bleh buat hati korang berdebar-debar.

Bila umur 23, kita fikir lain ye?

Ekekeke...

=)




Monday, April 5, 2010

DARE TO BE DIFFERENT

Malam semalam adalah dinner terakhir aku untuk Sidang ini dan malam terakhir aku memegang jawatan setiausaha dalam Majlis Perwakilan Desasiswa (MPD) hostel aku. Pelbagai kenangan manis dan pahit telah kami lalui sepanjang sidang ni.


Macam-macam konflik yang berlaku dari bertegang urat dgn YDP, berbaik, dan macam-macam pendekatan kami gunakan utk menjalankan tugas kami dgn baik. Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.

Dan pakaian utk malam tu pastinya meletup ahakz!! Bukan selalu kan? Tema plak "MASQUERADE MASK" - DARE TO BE DIFFERENT. Memang different betul aku malam tu.

Sepanjang hidup aku tak pernah lagi la pakai cenggitu. Petah lagi nak pakai high heel. Perghh..Memang kena gelak la ngan kawan aku sebab jalan cam robot masa mula-mula pakai. Yela orang tak pernah nk siap2 cenggitu..

100% memang aku berubah la sangat malam tu. Nak jalan pon kena control. Adeh.. Susahnya kalo nak jadi perempuan ayu ni.. Pape pon jom layan gambar. =)




BERTUKAR...........







COVER ALBUM

Wakakaka


BARISAN MAJLIS TERTINGGI MPD CG







AKSI-AKSI MODEL KEKOK

hahaha







MASQUERADE MASK






PIC KONTROVERSI

YANG MANA 1 PILIHAN HATI?

huahuahuahua





Achaneee comel tak aku? Hahaha... Siott jer... =P



P/S: TIBA-TIBA RASA AKU NI CAM TUAN PUTERI BILA PAKAI BAJU CENGGITU

Ahahahaha...

=P





Saturday, April 3, 2010

SESEKALI KU RASA TERINGIN............

Aku teringin sangat nak jadi cam perempuan lain yang lemah lembut, cakap sopan santun, jalan pon lemah lembut sampaikan kadang2 kita tgk dia ni jalan ka cm tak jejak tanah plak. Pendek kata semua perbuatan dia lemah lembut.

Nak harap aku jadi macam tu? Memang tak la kan. Hancuq aku kalau jadi cm tu. Tapi teringin sangat nak jadi ayu cm popuan len. Makan control2 bukannya cm aku, makan kira nak cepat abeh ja... Hahaha...

Susah bebenor nowh. Aku ni dh la lasak sejak dari kecik ni.. Mai besaq-besaq ni kurang sket tapi still ada sifat keperempuanan tu cuma kadang2 ada lagi pangai jantan tu ish2...

Bila tgk member2 len yg lembut2 ni kdg2 rimas gk sebab lambat depa ni wat keja, err cermat kowt sbnrnya. Kalo aku ni kira nk cepat ja. Jalan pon tak ada nk control2.. Lambat. Rimas. Tapi dlm masa yg sama teringin sbb nmpak ayu je kan?

Kalo tgk muka aku nmpak cm popuan ayu, tp sbnrnya sbliknya. So jgn terpedaya dgn pic kat banner blog tu ye hehe..

Selalunya lelaki kan prefer sukakan perempuan yg penuh dgn sifat2 lemah lembut dari perempuan yg selamberr cm aku ni. Betul tak para lelaki sekalian? Kalo diberi peluang mesti akan pilih perempuan yg no 1 tu betul tak?

Tapi bila fikir balik orang yg ska conrtol2 ni hipokrit la. Jgn xtau da perempuan masa dgn kita gelak mengilai, ckp kuat, tapi bila depan lelaki, haisyoo tiba2 berubah jd perempuan melayu terakhir, pijak semut pon tak nak, elak takut mati.

Kalo depan lelaki makan control sampai kalo termakan tulang ayam, takut nak luah, sanggup telan tulang tu lagi.

Jadi baik jadi diri sendiri. Bila aku tanya kat status facebook aku pon ramai yg nasihatkan supaya jd diri sendiri. Mungkin perlu jadi diri sendiri tapi kena la gak berubah mana2 yg patut dan yg tak sedap mata memandang. Kan?

Umi aku pon penah tegur, cuba jadi cm popuan sket. Memang la aku perempuan cuma kasar sket kowt. Masa sekolah dulu lagi ar kasar. Mai besaq2 ni la kena ubah. Kasar2 ku pon ada gak laki terpikat wakakakaka.....


Thursday, April 1, 2010

TERLEKA


1 April sudah. Cepatnya masa berlalu kan? Pejam celik, pejam celik dh lama mana masa dh berlalu. Dah banyak mana masa terbuang dengan sia-sia. Aku yang mensia-siakan masa.

Masalah yang semakin menghambat membuatkan aku terleka. Terleka dengan keseronokkan untuk melupakan masalah lalu membuat aku jauh ketinggalan.


Pembelajaran dan tugasan yang diberikan aku laksanakan dengan kurangnya kesungguhan. Seringkali terganggu dengan pelbagai masalah. Aku bukanlah seorang pemikir. Tetapi kini aku terlalu menjadi pemikir yang terlalu memikir.

Sangat sedih bila kita bukanlah seperti orang lain yang penuh dengan kebahagiaan dan keceriaan. Orang lihat aku seorang yang ceria penuh dengan gelak tawa dan jenaka yang kadang2 tidak masuk akal tetapi itukah aku sebenarnya?

Adakah aku berselindung di sebalik semua itu? Ya mungkin. Kerana itulah cara untuk aku melupakan masalah dan mengurangkan tekanan di hati.

Jangan salah paham. Masalah aku bukanlah masalah cinta kerana ada masalah lain yg lebih besar dari itu. Aku ingin buat seperti tidak berlaku apa-apa tapi mana mungkin kerana itulah kenyataan yang harus aku hadapi.

Pendam. Ya itu yang terbaik. Malu. Itulah yang aku rasakan. Bagaikan membuka pekung di dada seandainya aku menceritakan dan tak semua orang akan paham.

Pada siapa lagi aku harus berserah kalau bukan pada-Nya. Aku mengharapkan pengertian dari semua. Masalah ini menjejaskan segala-galanya. Maafkan aku jika aku gagal melaksanakan tugasan itu dengan baik. Masalah itu menjejas tumpuan aku.

Aku boleh duduk berjam-jam dalam bilik tanpa melakukan apa-apa. Hanya berfikir dan terus berfikir. Sungguh aku tidak suka. Tapi itulah yg telah aku lakukan.

Semua ini menjejaskan aku. Menjejaskan semua tugasan yang perlu aku siapkan. Maafkan aku sekali lagi kawan-kawan. Maafkan aku. Mohon pengertian anda semua.



Senyumku bukan bererti aku suka,

Tangisku bukan bererti aku sedih,

Gembiraku mungkin pura-pura,

Tapi perasaanku adalah sahih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi