Monday, May 31, 2010

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN

KEPUTUSAN SUDAH DIBUAT.
TIADA LAGI YANG KEDUA
CUKUPLAH INI YANG TERAKHIR KALI
NOKTAH!!!


KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN-SHAHIR AF8


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti




Wednesday, May 26, 2010

TAK KENAL MAKA TAK CINTA DH KENAL MACAM CELAKA

Tudia tajuk.... Ni salah satu group yang ada dalam fb. Ada juga nowh orang wat group macam ni??? Mungkin pengasasnya dah rasa macam mana celakanya orang yg dia kenal tu.

Setakat ni ada juga orang yang aku jumpa memang pangai cm celaka yang berpuaka. Tudia hilang abeh kesopanan dan kesusilaan yang aku pegang dalam Rukun Negara. Hahaha..


Sekarang ni aku jenis malaih nak cakap banyak, berubah menjadi pendiam sket dan lebih suka memerhati. Tegur salah, tak tegur salah. So baik diam.

Perasaan ni bukan boleh buat main-main. Selalunya memberi kesan pada hidup kita. Apa yang kita buat akan serba tak kena lebih-lebih lagi kalau hati tak tenang. MeLuatkan kalo ada perasaan macam ni?

Kita selalu dengar cerita orang yang bercinta dengan orang lain akhirnya kahwin dengan lain. Bercinta bagai nak rak ke hulur ke hilir berdua macam belangkas alih-alih kahwin dengan orang lain tak ke cam celaka tu? Perghh 1st time rasanya aku dok guna ayat-ayat kasar cm ni. Maaf pada pembaca blog aku sekalian. Agak teremosi sikit disitu.

Aku dah penah rasa macam mana rasanya orang yang kita sayang, cinta dan kasih tiba-tiba hilangkan diri tanpa sebarang berita. Yang kau ni punyalah risau sampai susut tubuh badan takut terjadi apa-apa dan kau duduk jauh dari dia. Keadaan kau pula tidak mengizinkan kau pergi utk berjumpanya.

Telefon memang tak dapat, keluarga pulak tidak tahu di mana dia berada. Dan kau tergerak hati nak cari di rumah neneknya yang bersebelahan negeri hinggakan kau sanggup keluarkan simpanan kau dalam Bank sedangkan masa tu kau masih lagi belajar. Dan bila kau tiba di sana kau dapat tahu dia datang bersama dengan perempuan lain.

Dan bila kau terlalu susah hati, tertanya-tanya apa yang berlaku tup-tup kau dapat tahu dia telah berkahwin walaupun tanpa restu keluarga. Adakah kau rasa dia memang macam celaka?

Bercinta bukan main lama, kau berjanji macam-macam sekali kau kahwin dengan orang lain. Tinggalkan aku tanpa sebarang pesan dan terkongtang-kanting seorang diri. Nasib masa tu aku dah habis exam kalau tak boleh gila meroyan aku. Nasib baik juga aku masih kuat semangat dan tabah sampaikan kawan-kawan tak percaya apa yang terjadi pada aku ini disebabkan keadaan aku yang nampak tenang.

Itu mungkin hanya luaran hakikatnya aku berperang dengan perasaan sendiri. Tak kan mahu menangis-nangis menjerit-jerit bagai orang hilang akal sedangkan itu yang kau rasa di depan orang lain? Bodoh lah aku kalau aku buat begitu.

Sejak dari peristiwa itu aku jadi seorang yang takut untuk terjebak dengan semua ini lagi. Takut untuk merasa kecewa. 2 tahun aku amik masa untuk membina semula keyakinan aku. Aku singkirkan semua orang yang ingin merapati aku. Hati aku beku.

Tapi bila aku bertemu si Dia yang baru aku kenali entah mengapa hati aku terus terbuka untuk menerimanya walaupun pada mulanya dia turut melalui laluan yang sukar macam yang lain.

Namun satu-satu masalah berlaku. Entah di mana silapnya dan selagi aku mampu selagi itu aku akan cuba pertahankan. Seandainya aku dah tak mampu lagi mungkin aku terpaksa bermula semula dari ~0~. Berapa lama lagi yang aku perlukan untuk bermula semula aku tidak pasti.

Penat dengan kerenah manusia yang tidak langsung mahu memahami. Mohon maaf sekali lagi jika kata-kata yang aku gunakan agak kasar. Aku juga perlu meluahkan perasaan aku supaya ia tidak terus merebak menjadi duri dalam daging dalam hati aku.

Arghh kenangan itu menggamit lagi...


Tuesday, May 25, 2010

HAKIKAT KEBENARAN




Selalu kita tidak suka ditipu. Bila ditipu kita rasa marah, sedih, kecewa. Semua orang ingin tahu kebenaran. Namun bagaimana seandainya kebenaran itu juga sesuatu menyakitkan untuk diterima?

Lebih baik tak tahu hakikat kebenaran kerana kebenaran itu juga boleh membuat hati kita marah, sedih dan kecewa. Dan kadang-kadang bila tahu kebenaran rasa sakit itu lebih sakit dari tahu kita ditipu.


Ingin menangis namun tiada air mata yang mengalir inikah yang dinamakan menangis dalam hati?

Keliru dan kadang-kadang rasa sayang membuatkan kita buta perasaan untuk menilai. Kenapa dalam hidup perlu penipuan? Kenapa perlu ada curiga dalam hati dan bila kau tahu kebenarannya kau menelan semua itu seolah-olah tiada apa yg berlaku sedangkan hakikatnya hati kau menangis, merintih pedih?

Kerana sayang kita terus-terusan menelan semua itu dan berharap ada sebab lain yang membuatkan ia jadi begitu dan begini dengan alasan-alasan yang kita reka sendiri. Betullah manusia selalu menjadi buta kerana cinta.

Sungguh aku penat. Tapi aku tahu aku tak boleh untuk berputus asa. Aku akan terus berusaha sampai hati aku kata better aku stop dari terus berusaha seandainya hasilnya tetap akan sama.

Arghhh...Kebenaran itu sangat menyakitkan.


Sunday, May 23, 2010

CONTEST UNGUPURPLE CRAZY




Ini adalah contest kegemaran aku. Disebabkan aku turut gila dengan warna purple sampaikan blog aku pun warna purple sudah semestinya aku tak kan lepaskan peluang join contest ni.



Syarat-syarat penyertaan boleh dilihat di SINI





Aku memang gila dengan warna ungu. Kalau dalam almari tu penuh dengan warna ungu. Baju raya kalo boleh tiap-tiap tahun nak warna ungu dan memang akan warna ungu pon... hehehe... Sampaikan umi aku bising macam tak ada warna lain nak wat baju raya.



Pic yang aku pertaruhkan untuk contest kali ni diambil masa nak kuar pegi jenjalan dengan kawan-kawan dan pilihan aku sudah semestinya warna ungu juga. Member-member memang dah tahu aku suka warna ungu sampaikan depa tak leh nak kata apa dh.



Kalau p shoping aku pon tak tau napa mesti baju atau pun benda-benda yang warna ungu akan menjadi tumpuan mata aku dulu. Biarpun penuh almari baju dengan warna ungu, baju warna ungu tetap akan menjadi pilihan aku.



Gambar-gambar lain aku berbaju warna ungu.




PIC MASA DINNER HOSTEL

UNGU TETAP JADI PILIHAN




Untuk melengkapkan contest ini slogan aku adalah "Purple atau ungu adalah warna yang dapat memberikan keyakinan serta menyerlahkan keterampilan diriku sebagai gadis yang penuh aktif. Ungu juga ibarat warna kehidupanku tanpa warna ungu, hidupku mungkin tidak bermakna".



Tarikh tutup: 31 Mei 2010

Tiga orang pemenang akan dipilih... =)
Hadiah misteri..

KEMBALI (>_<)

Assalamualaikum.....

Halu-halu semua apa khabar??? Rindu aku tak??? Hehehe... Aku akan kembali on9 tapi untuk tempoh 5 hari je.


Dan kalo diikutkan hari ini adalah gathering untuk bloggers tapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Tapi tak apa, ada rezeki nanti boleh jumpa lagi.

Dah ada kesempatan on9 ni, nanti aku terjah blog hangpa sorang-sorang ye? Layan je pic terbaru aku ni... Dh bertambah demok sket huhuhu.... =P


Saturday, May 22, 2010

SMALL GATH VERSI POTLUCK: JOM PAKAT-PAKAT JUMPA

STICKY MODE N3

Wahai orang-orang kampung sekalian...


Ini ada satu pengumuman..

Bagi bloggers yang tinggal sekitar utara,

akan diadakan satu SMALL GATH VERSI POTLUCK.

Ia akan diadakan pada:

23-5-2010

jam

5 Petang

bertempat di

SEAGATE, PENANG (depan AGILENT)

(boleh diadjust ikut majoriti)

Wajib bawa

Tikar dan pinggan mangkuk sudu garfu

untuk maklumat lebih lanjut korang boleh ke blog KAK EL

atau email kepada Kak El - elly_syok007@yahoo.com

atau tinggalkan KOMEN korang nak join ke x.

Senang nanti nak tengok berapa orang yg akan pegi.

Kalo yang kenal Kak El gtau dia dan yg kenal aku ni tinggalkan komen ok?

Mai la ramai-ramai memeriahkan majlis. Sebelum ni pon aku ada buat N3 pasal nak jumpa geng2 bloggers kan? KLIK SINI

So, jom la join. Pak Long jangan lupa nowh join skali..

Hehehe..

Untuk N3 terbaru lihat di bawah ye..

.

.

.


Friday, May 14, 2010

AKU RINNNDUUUU....

Assalamualaikum...Yuhuuu..Apa khabar suma???

Rindu gila nak blogging ni.... Tempat praktikal aku tak ada tenet. Ceruk kampung kan mana nak ada tenet ni.

Tapi kampung tu memang best, dekat dengan pantai. Cuma belum berkesempatan nak p sana lagi. Hari depa dah ajak dh, tapi nak tengok adamaya punyai pasai sanggup dok umah ja tengok tb. huhu..


Rumah pulak tersangat la ok. Siap dengan astro lagi. Sangat berterima kasih pada kawan aku shema dan keluarga.

Kalo makan masak sendiri. Memang keja makan je sekarang ni, partner praktikal aku plak kuat makan badan kurus. Badan aku memang dah naik sekarang huhu.. Demok lagi la ni..

Setakat ni kampung yang di bawah aku tu ok, masalah sudah dikenal pasti cuma belum berkesempatan jenguk lagi. Masalah paling utama dadah la. Pasal tu nanti aku akan cerita lagi.

Sekarang ni pon 0n9 kat library jer...Kejap je ni... Sejak praktikal ni aku dah bertukar jadi budak baik. Tido pon awal. Rajin masak al-maklum la menunjukkan bakat-bakat terpendam hahaha..

So ada sapa-sapa lagi nak join gathering 23 hb ni? Sila sahkan kehadiran anda ok?


Friday, May 7, 2010

FIKIR PUNYA FIKIR AKU TAK TAHU NAK TULIS TAJUK APA. KORANG BACA JE LAH...




Pic sapa tu? Kakak? Ha la kakak aku... Eh bila plak aku ada kakak? Tu pic umi aku la... Hahaha.. Percaya tak? Zaman muda-muda dulu cenggitu, zaman sekarang pon masih maintain cenggitu.

Ha jangan tak caya tu pic umi aku masa muda-muda. Aku jer tak berapa nak turun gen sebelah umi, banyak belah ayah jer huhu...

UMI DAN PUTERI


Dan aku terfikir, setiap hari, masa berlalu meninggalkan kita. Muda menjadi tua dan masa pergi tanpa kita sedari kita mensia-siakan masa. Korang rasa tak yang korang mensia-siakan masa?

Aku ingin menikmati masa yang aku ada selagi boleh. Selagi umur aku panjang, selagi aku sihat, aku ingin menggunakan masa dengan sebaiknya. Blog ini adalah segala-galanya bagi aku. Tempat untuk aku berkongsi pengalaman, kesedihan, kegembiraan dan macam-macam lagi.

Bila aku tak ada, mungkin inilah kenangan yang aku tinggalkan. Segala-gala coretan yang aku coretkan akan jadi tatapan untuk semua.

Dalam blog, aku kenal dengan orang yang tak pernah langsung aku terfikir akan aku jumpa. Orang yang sanggup membaca catatan aku, bersama-sama dengan aku dan sering menasihati aku dengan pelbagai komen yg byk mencuit hati.

Terima kasih pada semua. Terima kasih kerana menjadi tulang belakang aku. Aku sangat hargainya.

Ini adalah coretan terakhir aku. Sebelum aku berpraktikal untuk kali kedua. Dan perasaan kali ini tidak sama dengan perasaan masa aku praktikal kali pertama dulu. Mungkin kali ini agak mencabar kerana aku terpaksa masuk ke komuniti.

Internet memang tak akan ada. Entah macam mana aku nak hidup tanpa internet. Apatah lagi blog addicted cm aku ni.. Hmmm.. Tak apa kena belajar hidup tanpa internet. Bukan tu saja kena belajar hidup tanpa Mr S untuk sementara ini juga.

Semoga hari esok lebih baik dari semalam. Dan sekali lagi peringatan untuk bloggers yang nak join gathering tu sila sahkan kehadiran anda. Ok?

Salam Sayang

dari:-



NOTACIKGADIS: SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU-IBU.

Thursday, May 6, 2010

"NIKMATNYA MELEBIHI MALAM PERTAMA"

Kecik-kecik dulu. Aku memang dilahirkan comel. Buktinya, sila lihat gambar di bawah.

hahaha

Bila masuk ke alam persekolahan rendah, kecomelan aku semakin hilang. Mungkin kerana faktor cuaca. Kulit aku ala-ala anak Bangla yang menjadi pekerja buruh di stesen kereta api. Sebab apa aku pilih stesen kereta api? Sebab saja-saja.

Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu. Aku berkawan dengan budak-budak lelaki. Terjun sungai, panjat pokok sudah jadi rutin harian. Masa cuti sekolah, sepupu-sepupu aku akan balik kampung. Sepupu aku yang aku panggil Kak Yong dan Kak Ngah. Depa ni 2 beradik yang lain-lain warna kulit hak3.... Buktinya seperti gambar di bawah.

KAK YONG, AKU DAN KAK NGAH



Bila tiba musim cuti sekolah, apa yang akan kami lakukan adalah mandi sungai. Cuti sekolah juga adalah musim orang berkhatan. Mandi sungai dan berkhatan memang tak akan dapat dipisahkan. Tapi jangan tanya bila aku berkhatan, aku lepuk karang.


Aku nak cerita apa kaitan mandi sungai dan berkhatan dan apa pulak kena mengena dengan aku.

Mandi sungai memang best. Apatah lagi bila ada pelampung. Tapi budak kampung original macam aku tak kan mandi pakai pelampung. Mana "world" mandi pakai pelampung.

Cuma 1 hari tu nasib kami memang baik sebab ada batang pisang yang hanyut. Apatah lagi batang pisang itu terapung. Siap aku dan sepupu aku naik buat sampan lagi. Peluk-peluk batang tu sambil berenang-renang. Sungguh indah pengalaman itu nikmatnya melebihi malam pertama.

Namun keindahan itu hanya sementara apabila kami ditengking oleh bapa saudara aku. "Woi hangpa dok main batang pisang tu buat apa? Tau dak batang pisang tu bekas orang guna untuk berkhatan?"

Serta merta terbayang imej-imej yang 18sx di kepala aku yang masih budak ketika itu. Memang betoi pon kan. Kalo nak berkhatan budak lelaki akan duduk atas batang pisang sebelum proses me tutt kan budak lelaki punya berlaku.

Eyarkkkk.....Terus aku naik dari sungai masuk bilik ayaq, mandi sekali lagi. Sumpah aku tak kan ulangi apa yang telah terjadi.


Saturday, May 1, 2010

CINTA PANTAI MERDEKA, MERDEKA KER??

Assalamualaikum..

1 hb sudah.

Selamat hari pekerja dan selamat bercuti pada semua pekerja .

Apa lagi cuti-cuti ni bawak la anak isteri dan keluarga pergi berkelah kat ayaq terjun.

Macam pic kat bawah ni.

Ni pic adik-adik aku dengan sepupu-sepupu.

Macam best kan? Memang best pon. Tergambar keriangan di wajah bebudak ni semua.

TEMPAT: AIR TERJUN BATU HAMPAR, YAN KEDAH

Kampung aku juga ni. 1 lg tempat yang best Titi Hayun.

Sebenarnya air terjun ni adalah air dari Gunung Jerai.

Sejuk dia wa cakap lu memang leh buat badan menggigil.

Kalo balik umah tok ja ada perasaan malas nak mandi hahaha..

Sejukkkk..... Sebab air paip adalah air bukit.

Nanti kalau nak mai berkelah gtau la aku, boleh aku bawa p mandi kat cni.

Lain-lain tempat yang menarik kat kampung aku ni, iaitu Yan, Kedah adalah ada Tanjung Dawai, Pantai Merdeka, Pantai Murni, sawah padi tu toksah kata la duduk pon kat negeri jelapang padi.

Kalau yang tak ada kampung ni mai la melepak kat kampung aku.

Sampai ada lagu yang dibuat berdasarkan nama-nama tempat kat sini apa tajuk lagu tu Cinta Pantai Merdeka?

Betoi tak tau?

Huhu..

Nak tengok pic-pic yang lain meh klik kat SINI...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi