Wednesday, June 30, 2010

TOLONG JANGAN SANTAU BLOG AKU!!

Sifat hasad dengki ni memang dah tak boleh lari dengan manusia. Kau, dia, mereka dan aku juga ada hasad dengki tetapi bergantung pada diri sendiri untuk mengawalnya. Kau jangan tipu kalau kau kata kau tak pernah langsung dengki dekat orang.

Tapi bila hasad dengki diikuti dengan perbuatan sihir menyihir ni. Main kotor nampak?? Main pakai bomoh-bomoh ni untuk menjahanamkan orang lain??? Uish dah fikir panjang ke??


Sejak dua menjak ni bila balik kampung je ada terdengar desus-desus mengatakan orang itu main bomoh, orang itu "buat" orang ini. Semuanya pasal harta. Betul ke tak wallahualam.

Dan terbaru ada sedara yang meninggal gara-gara perbuatan "ini" juga. Arwah tok wan aku dengar khabar turut menjadi sasaran. Sejauh mana kebenaran tidak dapat aku pastikan. Kadang2 nak percaya pon rasa serba salah. Hmmm...

Cuma benda ni wujud. Jangan ingat zaman moden dh tak ada. Boleh kata zaman ni lagi dasyat. Hubungan aku dengan seseorang dulu pon terputus gara-gara "ini" juga. Dah kahwin pon dengan budak tu dan sekarang dengar cerita tak bahagia. Oopss terkeluar tajuk plak...Huhuhu..

Bomoh ni kalau yang betul-betul hanya berubat menggunakan ayat al-Quran dan air sahaja. Kalo dia berubat menggunakan benda-benda kotor contohnya menggunakan air longkang, datang waktu maghrib sahaja untuk berubat berkemungkinan berdamping dengan jin.

Sebelum ni aku pernah buat assignment berkenaan dengan santau. Kalo santau lagi dasyat. Melalui angin pon kita boleh menyantau orang. Seseorang yg belajar ilmu santau harus mempraktikan ilmu tersebut dengan menyantau seseorang jika tidak santau itu akan terkena pada diri atau keluarga seseorang yg belajar ilmu santau ini.

Macam-macam kan? Jangan pula lepas ni ada yang punya hasad dengki menyantau blog aku plak. Huhuhu... Eh dalam alam maya pon boleh ker?

Bagi aku, jangan lah kita menggunakan ilmu salah seperti ilmu sihir untuk menjahanamkan orang lain. Kita tak tahu apa balasan yang kita dapat 1 hari nanti. Wallahualam..


Tuesday, June 29, 2010

BENCI LA BILA HATI MULA MEMBENCI

Aku sayang kau la bodoh.

Kata-kata yang pernah aku ucap pada si dia dalam keadaan marah.

Sekarang ni aku dh mula membenci dia.

Ye aku benci.

Aku benci kamu.





Ye kamu!

Benci tapi rindu..

Hahaha..

Mood jiwang plak.

Benci betul-betul ke??

Tak sangat kowt.

Tapi biarlah dia anggap aku membenci dirinya.

Itu lebih baik.

Dah serabut sangat sekarang ni...

Dengan masalah yang 1-1 datang bergolek.

Sabar ye sabar.

Jangan putus asa.

Bila la aku dapat senyum macam ni lagi....


Monday, June 28, 2010

BUSUK-BUSUK PON SEDAP

Korang makan petai???

Busuk???

Busuk tapi banyak khasiatnya..

Sekarang ni selain musim durian musim petai hahaha.. Kampung aku ni penuh dengan petai. Perghhh.... Sedap..

Tapi beringat la kalau makan tu. Kalo masuk bilik ayaq tu pandai-pandai la tak kan tu pon aku nak kena habaq. Hahaha..





Petai kalau masak sambal tumis petai udang... Perghhhh..... Meleleh air liur beb.. Tambah pedas plak....Fuhhhhh.... Sambal-sambal ni serah kat aku kalau nak masak hehehe...

Tapi sebenarnya kan aku tak makan petai tapi aku suka makan sambal petai udang. Janji ada bau-bau dan rasa-rasa petai dalam sambal tu kira berehhh.... Layan ja pic sambal bawah ni...


Tunggu apa lagi??? P cari petai cepat... Layannnn...


P/S: Jangan lupa gosok gigi lepas makan petai hehehe


Friday, June 25, 2010

MENGHILANG & BILA PEREMPUAN TERLALU SEMPOI

Bila kita susah, semua pakat-pakat hilang. Macam tu kowt erti kawan??? Hahaha...

Tapi tak semua kawan-kawan aku macam tu. Masih ada yang ambil berat, masih ada yang bertanya keadaan aku, dan masih ramai yang memberi sokongan padu pada aku terutama bloggers. Mungkin sokongan moral lebih bererti dari harta benda.

Memang aku susah sekarang. Duit langsung tak ada. Nak harap kan mak bapak, memang aku dah banyak menyusahkan ayah aku disebabkan kejadian ragut tu. Memang ayah aku yang banyak tolong aku. Kelam kabut datang dari kampung bila tahu aku kena ragut. Sibuk ke sana ke sini pasal aku. Bawa aku ke balai polis buat report. Terima kasih walid. Kalau alid tak ada tak tahu la macam mana keadaan aku.


Tapi aku masih berharap yang "dia" akan ada di samping aku. Teruknya aku kan? Tapi "dia" langsung tak bertanya khabar aku dan asyik sibuk dengan kerja. Bila aku gtau yg kena ragut, dia cuma kata nti msg dia kalo ada apa-apa yg penting, nak wat keja ni. Hahaha.. Bodoh kan aku bila masih berharap yang dia akan ada untuk aku??

Cukuplah. Tawar hati aku dengan dia. Kita kadang-kadang akan jadi bodoh sebab cinta. Dan kita sering diperbodohkan kerana cinta. Cukuplah. Aku tak kan mengharap apa-apa lagi padanya. Cukuplah aku menahan rasa selama ini.

Kadang-kadang aku cemburu dengan pasangan yang sangat bahagia dengan pasangannya. Aku juga pernah dibahagiakan. Dan sampai sekarang sangat susah untuk aku bertemu pengganti sepertinya.

Memang aku tak patut membandingkan mereka, tapi itulah hakikatnya. Aku juga harus terima hakikat yang aku juga sering dibandingkan dengan orang lain. Itulah kehidupan kan?

Aku tak mahu jadi lembik lagi. Kalau dulu aku keras hati kenapa sekarang tak boleh? Kalau dulu aku jenis sempoi kenapa sekarang nak meleleh-leleh lagi? Tak cara la kalo cm ni kan? Hahaha..

Bila aku fikir-fikir balik sebab aku ni terlalu sempoi sebab tu lelaki suka layan aku macam aku ni lelaki juga. Haha...

Sempoi macam mana tu?

Mungkin aku bukan jenis perempuan yang suka control cantik ataupun lemah lembut dari segala segi. Mungkin juga aku jenis perempuan yang tahan lasak dan tidak terlalu bergantung kepada lelaki.

Sempoi tak sempoi sampai kena ragut la siap kejar balik peragut hahaha... Ada ke perempuan yang berani ulang alik dari Penang ke Alor Star naik motor je sorang-sorang?

Terlalu berdikari mungkin. Tetapi mereka mungkin terlupa yang aku juga seorang perempuan. Ada semua perasaan halus dalam diri. Ada juga perasaan sensitif. Cuma aku tidak terlalu tunjukkan perasaan aku. Malu mungkin.

Sempoi sangat ka aku ni?

Tapi kenapa seseorang yang pernah menjadi sesuatu dalam hidup aku boleh menerima aku dan pernah membahagiakan aku? Cuma takdir tidak menyebelahi. Arghh teringat lagi.

Panjang sungguh tulisan aku kali ini. Tahniah kerana berjaya baca sampai habis. Terima kasih juga kerana sudi baca sampai habis.

Cukuplah, cukup sampai di sini saja dulu.

=)


Thursday, June 24, 2010

CELAKA KAU BUDAK!! BARU SETAHUN JAGUNG DH BERANI NAK MERAGUT ORANG!!!

Semalam 23 hb, hari yang paling malang dalam hidup aku. Tok aku masuk hospital Alor Star. Aku pon bertolak dari rumah tok aku di Yan ke AS. Sebab malam tu aku yang akan jaga tok aku di hospital.

Tapi dalam perjalanan tu tayar motor aku pecah. Dari malam sebelum tu pon memang aku tak sedap hati dh. Aku fikir mungkin sebab ni kowt. Bila dh tukar tayar semua tu aku teruskan perjalanan, cuma kali ni aku bawa slow je tak macam slalu pecut tak ingat dunia punya. Uncang beg duit tu aku letak dalam raga motor tapi aku tindan dgn barang-barang lain.


Tapi sampai sekerat jalan aku selisih dgn 2 orang budak. Apa yang aku tak sedar diorang patah balik himpit aku dari belakang terus sambar beg duit aku tu. Yang aku heran aku dh tindan dgn barang2 lain tapi 2 ekor anak setan tu nampak juga.

Aku amik keputusan kejar 2 ekor budak tu. Masa tu memang aku tak fikir apa dh sebab dlm beg tu ada semua lesen aku skali dgn kad2 atm dan matrik apa yg paling penting nset aku 2 biji ada skali. Yang aku geram sgt, pembonceng motor tu siap senyum kat aku lg. Aku sempat tgk no plat PEV tp no tak tahu.

Aku kejar budak-budak tu sepanjang jalan aku picit hon mengharapkan ada sapa2 yg tolong. Meter sampai 130 aku pecut motor, masa tu helmet pon dh tercabut mana dh punya la laju. Aku tak peduli aku cuma pk nk kejar budak tu sampai dapat. Tak ada masa nak menangis ke apa ke?

Sampai simpang Bukit Besar depan sekolah kat c2, budak 2 ekor tu bertembung dgn kawan-kawan diorang yg ramai2 naik motor, 2 ekor tu masuk simpang kiri, yg budak-budak lain simpang kanan. Aku berhenti motor dkt gerai simpang tu sambil bg tau orang kampung kat c2 yang aku kena ragut.

Masa tu aku pinjam telefon Mak cik gerai tu untuk call ayah aku. Anak dia ngan orang-orang kampung pun try cari budak2 tadi. Masa tu aku baru teringat yg helmet aku tercabut masa aku kejar setan 2 ekor tu td. Aku pon patah balik nak p cari helmet sementara nak tunggu ayah aku sampai. Tapi apa yang menambahkan malang aku bila sweater aku termasuk dalam tayar then tersangkut dekat rantai motor. Putus pulak rantai motor tu. Masa tu aku memang menangis teresak-teresak bila ingatkan balik semua kejadian yg menimpa aku.

Nasib baik ada orang yang prihatin berhenti utk tolong aku. Ayah aku pon sampai tapi motor aku memang dh tak leh naik, cakuk udang tayar tu dh patah. Lepas tu mak cik yg aku pinjam tpon utk call ayah aku call bg tau diorang dh dapat dh budak tu.

Sampai kat sana ayah aku nampak ja 2 orang terus ayah aku bagi penampar kat 2 orang budak tu. Orang kampung kata 2 orang budak tu geng2 budak yang ragut aku tadi. Tapi budak 2 orang yg curi tu memang dh terlepas. Bila soal-soal siasat diorang ni datang dari Jitra ramai-ramai. Bukannya dekat Jitra dgn Bukit Besar tu, sikit punya jauh tu. Budak2 ni Ponteng sekolah dan memang betul budak yang curi tu kawan2 depa gak. Soal siasat semua siap kena penampar lagi dgn pak cik mana tah diorang gtau yg diorang tau rumah budak yg curi tu, dan budak tu pon memang jahat baru kuar balai gak kes pecah rumah.

Sementara tunggu polis datang, memang penuh ar tepi jalan tu dgn orang2 kampung. Bila polis datang lepas soal siasat semua angkut ke balai Guar Chempedak buat report skali dgn Pak cik yg tangkap budak berdua tu. Dapat tangkap pon sebab kebetulan tayar motor depa pecah. Depa dok lepak kat kedai motor kat c2 gak. Tu pon jenuh kepung sebab depa nak larikan diri.

Bila dah settle suma report, budak2 tu pon dh kena soal siasat semua, diorang kena angkut dgn van polis nak ke Jitra plak cari budak2 yang ragut tu. Yang aku geram sangat siap pakai seluar sekolah lagi, baru tingkatan 2 yang perangai cm anak setan tu. Yang bawa motor plak anak cikgu.

Polis cuma cakap insyaallah barang2 tu boleh dapat balik. Dan semalam ayah aku gtau yg polis dh jumpa balik semua barang, cuma yg tak ada simkad telefon. Yang tu aku tak kisah sgt sebab aku dah block no aku tu. Sekarang ni aku tak pasti sama ada aku dapat balik atau tak semua barang aku tu sebab kena tunggu 3, 4 hari lagi. Barang2 tu semua dh jadi kes polis dan barang bukti.

Aku memang tak dapat nak balik penang lagi sebab lesen aku semua skrg ada kat polis. Bila ingat-ingat balik semua kejadian ni mungkin ada hikmahnya. Dan mungkin mengajar aku supaya lebih berhati-hati lepas ni. Dan pasal kejar peragut tu, kalo rasa membahayakan nyawa janganlah kejar. Aku kejar sebab budak-budak tu budak sekolah siap pakai seluar sekolah lagi dan sememangnya hati kering aku ni.

Bila fikir balik kalo aku tak kejar mungkin budak2 tu terlepas mcm tu ja. Memang kejadian ni memberi kesan pada aku. Malam memang aku xleh nak tdo. Asyik terfikir pasal benda ni dan terbayang-bayang yang budak tu siap senyum sinis kat aku lagi. Kalo polis panggil utk cam kan rupa insyaallah aku boleh ingat. Silap-silap haribulan kalo ikut prangai huduh aku ni penendang pon aku bagi kat budak 2 ekor tu. Bukan aku nk cakap besar cuma bila emosi dh mempengaruhi macam2 boleh jadi.

Lepas ni beringatlah. Hati-hati kalau bawa motor tu dan pesan ni aku tujukan untuk diri aku sendiri gak. Sekarang ni aku hanya boleh tunggu polis menjalankan siasatan sebelum aku dapat balik semua barang-barang aku tu. Insyaallah....


TERTEKAN

Tekanan perasaan...

Malam tadi aku tak dapat tido. Asyik terbayang kejadian yang menimpa aku. Adakah ini hanya sementara? Ataupun trauma berpanjangan?


Ditambah dengan masalah-masalah lain.. Ya Allah... Penatnya.... Bila aku dah ok, aku akan cerita macam mana kejadian tu berlaku..

Aku hanya perlukan sokongan...

=,(


Wednesday, June 23, 2010

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA, DAH DITIMPA TANGGA DIHEMPAP BATU BATA..

Aku kena RAGUT.. Hilang 2 biji nset, kad atm, kad matrik USM, duit... Ya Allah dugaan apa ni???

Saturday, June 19, 2010

REAL LOVE


Malam tu aku menangis teresak-esak.... Dah lama aku tak menangis sampai macam tu.... Dan yang paling menyedihkan aku, itulah kali pertama dia memujuk aku dengan suara yang sangat lembut..

Mungkin itu kali pertama dan yang terakhir aku mendengar dia memujukku. Susah hati sampai demam. Mungkin sebab terlalu memikirkannya.

Mungkin orang akan berkata "Ah setakat putus cinta apa la sangat". Tapi yang menanggungnya aku. Kelakar jika istilah "putus cinta" itu digunakan. Tapi itulah hakikatnya.

Aku sudah usaha macam-macam dan aku rasa aku harus berhenti berharap. Dan aku sedar sesuatu


"Real Love does not force a person to back together. You have to let them decide what they want to do and one bright day, if he still loves you, he will come and hold your hands back"

TITIK


Tuesday, June 15, 2010

LELAKI IDAMAN???

Assalamualaikum semua. Halu2... Sihat ke bloggers sekalian?

Cik Gadis Kampung Separa Bandar kembali dengan semangat yang baru hehehe.. Terima kasih kepada sokongan semua di N3 yang sebelum ni. Pada Hans, amboi hang gamak nowh suruh aku p mandi bunga... Bunga apa? Bunga taik ayam ka? Hahaha...


Tinggalkan kisah-kisah sedih. Jom pergi ke cerita pengalaman masa praktikum. Dan baru-baru ini telah diadakan pertandingan nasyid bagi kawasan Qariah masjid Teluk Kumbar. Kami pelajar USM telah ditugaskan menjadi AJK bagi pertandingan ini.

Tugas aku pula adalah sebagai Pengacara Majlis. Perghhh.... First time pegang mikrofon terketar-ketar tangan hahaha... Aku ada penyakit tak leh pegang Mikrofon. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan aku telah digandingkan dengan org yang lebih berpengalaman iaitu Zaf, dengar kata dia tu DJ RTM.


Tapi tak sangka pulak aku telah ditawarkan menjadi Pengacara majlis sekali lagi bagi program yang akan diadakan pada 27 hb ni di Dewan Gerakan Masyarakat Teluk Kumbar @ Dewan PERDA. So sesiapa yang tinggal berdekatan jemput datang pada 27hb ni.


Bersama rakan-rakan praktikal USM


Ya aku yang paling kecik di dalam gambar tapi realitinya ado!!









Geng-geng lelaki idaman. Idaman ke?? Hahaha..

Hak milik orang semua tu. So tak ada lelaki idaman hihihi


Friday, June 11, 2010

SIAPA MAHU PUJUK HATI AKU NI SILAKAN BERBUAT DEMIKIAN



Aku putus cinta lagi.. Hahahaha... Suka plak aku kan? Sedangkan dalam hati Masyaallah... Macam Tsunami...


Nampaknya peluang kedua yang diambil tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Entahlah mungkin kami memang tak ada jodoh. Walaupun sukar nak terima, aku perlu pujuk hati menerimanya dengan hati terbuka.

Si dia tegur aku nampak gembira tapi sesungguhnya memang aku sedih, tak gembira langsung seperti macam yang dia katakan. Terlalu banyak kesimpulan luaran dan kesangsian mungkin itu yg membuatkan hubungan kami tidak berjaya.

Tambah aku yang tak berapa nak reti pamerkan perasaan dan mungkin dia juga begitu. Menangis macam mana pon tak akan mengubah apa2 dh. Sebab tu dia selalu fikirkan yang bukan2 pasal aku. Dan aku pon macam tu gak.

Hahaha... Ketawa lagi?? Ketawa dalam tangisan boleh?


Thursday, June 10, 2010

CAKAP TAK NAK JATUH???

Cakap tak nak jatuh??? Bukan maksud jatuh gedebuk macam nangka busuk tu tapi maksud aku cakap besar. Cakap mesti nak angkat diri tinggi-tinggi kalau boleh dijulang mesti nak dijulang tu pon kalau sedar diri tu berat ke tak??


Orang yang cakap tak nak jatuh ni mesti nak orang pandang tinggi pada dia. Masa tengah cakap tu siap dengan memek muka berlagak lagi. Pergi mati la orang yang jenis macam ni.

Aku cukup meluat dengan orang yang suka cakap besar. Nak tunjuk bagus lagaknya. Kena ingat tak semua orang suka dengan orang yang macam ni. Konon-kononnya diri tu sangat hebat tapi hakikatnya hampeh.

Kalo cakap seiring dengan apa yang dilakukan ok gak. Ni kalo setakat dengan memek muka pandang orang lain dengan sinis, pandang rendah pada orang lain berjaya macam mana pon orang tak kan hormati kita.

Ingat hidup ini bagaikan roda, kadang-kadang kita berada di atas tapi tak selamanya kita akan berada di atas.


KU BUKAN AKU

Lirik Lagu Ku Bukan Aku - Tilu

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

(ulang korus 2x)




Wednesday, June 9, 2010

ADAKAH ANDA SALAH SEORANG????




Tag diterima dari Suraiza

1) kenapa kamu suka blogging?
Sebab tak penat. Cuba suruh jogging dan bukannya blogging kompom penat. Sebab tu demok hihi..


2) adakah kamu bhgia dgn kehidupan kamu skrg??
Ada sesiapa nak cuba bahagiakan saya tak?

3) apakah impian kamu 5 tahun akan datang?
Nak kurus hahaha..


4) siapakah 0rang yang sentiasa kamu inginkan berada di sisi kamu...?
Doremon..Sebab poket dia ada macam2 benda yang membolehkan aku nak apa2 pon

5) sila beri award ini kepada 5 blogger kesukaan kamu :

Hentak Berlipat

Hans

Biru

Lots Of Love

Ct


....................................SELESAI.................................



TAG KEDUA

RULES: it's harder than it looks.
.copy to your own notes.
.erase my answer.
.enter yours and tag twenty (20) people.
.use the first letter of your name to answer each of the following questions.
.they have to be real.
.nothing made up.
.if the person before you had the same first initial, you must use different answer.
.you cannot use any words twice.
&
.you can't use ur name for the boy / girl name question.

What is your name : Wan Nur Hanis Azman (sedap tak nama aku haha)

A four letter word : Wang
A boy's name : Wari
A girl's name : Wanis
An occupation : Wartawan
A colour : Warna-warni
Something ur wear : Waju (Baju hahaha)
A food : Western food please..
Something found in the bathroom : Washing machine
A place : Wang Kelian
A reason to being late : Watching movie
Something u shout : Wah bila nak abeh jawab tag ni??
A movie title : Warior Princess
Something u drink : Watermalon juice
A musical group : Wali Band
An animal : Wewak (Bewak)
A street name : Wak
A type of car : WeVi adik bradik MyVi

Tak mau tag sesapa untuk tag ni huhu..


HAKISAN HATI


RINDU pada KENANGAN tapi REALITI sangat sukar DIKETEPIKAN




Tuesday, June 8, 2010

PATUT LA.....

Aku mahu pulang ke Alor Star dari Penang.

Bermula perjalanan aku.


Sampai sekerat jalan....


Oh demm..

Aku lupa pakai helmet.


Patut kepala rasa ringan.




Model bersama Helmetnya


Sunday, June 6, 2010

INDAHNYA KETENANGAN ITU

Bila kita ada masalah, kita dambakan ketenangan.

Ketenangan hati dan juga fikiran.

Mungkin dengan melihat keindahan alam ciptaan Tuhan dapat memberi sedikit ketenangan.

Lalu tempat yang dituju sudah semestinya kampung halaman sendiri.

Masyaallah indahnya ciptaan Tuhan...



KAKI GUNUNG, GUNUNG JERAI, YAN KEDAH


YAN KECIL, YAN KEDAH


Wednesday, June 2, 2010

OHoiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....cheq mek molek!!

PRAKTIKAL???
NI JE PIC YANG MAMPU DISAJIKAN
EHEHEHE...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi