Saturday, July 31, 2010

KEMBALI =,(

Dari Dia kita datang kepada-Nya kita kembali.

Al-fatihah untuk tok aku Sirun@Saharah Bt Othman.


15 Syaaban, dia pergi meninggalkan kita.

=,(


RAYA TERAKHIR BERSAMA ARWAH


Monday, July 26, 2010

DOA! HANYA ITU AKU PERLUKAN DARI KALIAN

Assalamualaikum...

Tadi aku pulang ke kampung drive dari Penang. Semalam aku dapat SMS dari walid yang beritahu "Tok penat, masuk wad hospital Yan petang tadi. La ni stabil". Hati aku berdebar-debar. Tok tak ada penyakit penat, kenapa tiba-tiba penat?

Aku amik keputusan nak balik kampung. Terpaksa mencari kereta sewa. Tapi aku tak kisah asalkan dapat balik menjenguk tok.

Tok aku sakit. Aku pernah beritahu yang tok aku sakit. Tapi dah lama dah. Kebetulan masa tu arwah tok wan sakit juga. Walaupun tok sakit dulu, Allah lebih sayangkan arwah tok wan aku.

Selama ini aku jarang menulis pasal tok. Bukannya kerana apa. Hanya kerana aku tidak dapat menahan air mata dari terus mengalir. Dan air mata aku kini terus mengalir tanpa aku dapat menahannya.

Namun aku gagahkan jua.

Tok, bagi bahasa kedah adalah nama panggilan untuk nenek. Tok aku sudah menghidap penyakit ini selama 3 tahun. Selama tiga tahun dia berjuang menghadapi penyakit ini. Penyakit yang menjadi musuh utama wanita.


Namun tidak pernah sekali pon dia merungut. Dia lebih kuat dan tabah dari orang biasa. Dia cekal melawan penyakitnya. Aku sangat kagumi semangatnya. Dia tidak pernah merungut. Walaupun dia sakit, bila ada datang melawat dia akan pura-pura yang dia sihat walaupun hakikatnya dia sedang menanggung kesakitan. Aku tahu itu.

*Sebak*

Dulu masa arwah wan sakit, aku masih boleh bergelak ketawa dan melawak dengan wan. Aku tak tunjukkan kesedihan aku pada sesiapa. Masa dia meninggal, tidak sedikit pon air mata yang mengalir. Begitu kuatnya aku menahan perasaan walaupun hati aku berasa sangat kehilangan. Kehilangan orang yang sangat rapat dengan aku. Aku rindu tok wan :( Aku rindu senda guraunya....

Dan kini, tok masih kuat melawan penyakitnya walaupun aku tahu, tok dah tak sekuat dahulu. Penyakitnya dah sampai peringkat akhir. Tiada apa yang doktor mampu lakukan lagi. Dan aku tahu, aku tidak sekuat dahulu. Dapat menahan air mata dari terus mengalir.

Entah berapa kali aku terpaksa berhenti menulis tika ini. Sebak membelit hatiku. Aku dah tak mampu menahan rasa hati ini.

Dan esok malam nifsu syaaban. Aku tahu tok sedih. Tok tak kuat untuk bangun di tengah malam dan menunaikan sembahyang di kala waktu itu. Untuk bangun ke bilik air pon dia dah tak mampu. Penat. Mungkin berkaitan dengan paru-paru. Kemungkinan paru-paru berair dan perlu ditebuk.

Tapi kami rasa tidak perlu. Cukuplah penyakit yang ditanggungnya itu. Antibody yang lemah mungkin akan menyukarkannya lagi.

Kata-katanya tadi terngiang di telinga ku lagi.

Ya Allah betapa beratnya dugaan yang engkau turunkan kepadanya.

Aku menulis bukannya mahu memohon simpati. Aku hanya ingin kamu semua sama-sama berdoa supaya Allah meringankan beban yang ditanggung oleh tok. Doakan supaya dia terus kuat untuk menghadapi dugaan Allah.

Aku hanya mohon korang berdoa. Hanya doa yang aku perlukan. Dan aku harap, aku akan terus kuat untuk menghadapi semua ini.


Harapan adalah kekuatan setiap manusia


Sunday, July 25, 2010

DEAR BLOGGERS PLEASE HELP ME!!

Assalamualaikum...

Setakat ni, blog aku macam ni je la ye. Dah puas aku godek-godek cari layout yang menarik hati aku ni tapi 1 pon aku tak berkenan lagi.

Kadang-kadang orang cerewet ni susah gak kan? Geram juga dengan diri sendiri. Tak sangka orang yang simple macam aku ni kalau cerewet memang susah. Nak cari kepuasan untuk hati sendiri bukannya mudah.

Lagi pon aku rasa background sekarang ni walaupun simple tak la menyerabutkan kepala otak aku sangat nak melihatnya. Betul tak?


Cuma sekarang ni lepas renovate blog ni, list bloggers semua dah hilang. Dan aku harap kerjasama dari semua kawan-kawan supaya tinggalkan link hangpa supaya mudah aku nak terjah nanti.

Harap sangat pada semua kawan-kawan dan followers supaya tinggalkan link masing-masing.

Kerjasama anda amatlah diharapkan. Terima kasih.

P/S Sila tinggalkan link cth http://www.nurrcahaya.blogspot.com/



Kesabaran itu penting


PERHATIAN!!!!!! SILA AMBIL PERHATIAN!!!

~BLOG INI DALAM PROSES PEMBIKINAN DIBAIK PULIH~



P/S MASIH BELUM JUMPA YANG BERKENAN DI HATI

LAYOUT YANG ADA HANYA UNTUK SEMENTARA WAKTU

HARAP MAKLUM


SHARING IS DARING =)

Aku dalam proses membaik pulih blog. Masalah juga ni. Dah la aku ni jenis cerewet. Lagipun kalo sesuatu benda yang aku dah berkenan yang tu je aku nampak yang lain dah tak pandang dh.

Macam tu juga background aku yang lama tu. Dah guna hampir 3 tahun alih-alih hilang macam tu je. Setia pada yang 1 katakan. Kui3...

Sekarang ni jadi masalah plak pada aku nak cari background baru. Yang berkenan di hati tu sangat susah plak nak jumpa cam tu gak kowt nak pilih bakal suami nanti. Huhuhu...

Apa-apa pun aku akan usaha sampai jumpa yang berkenan di hati. Kalau korang ada nak share kat mana bleh dapat templete blog yang cantik2 kongsi2 kan la dengan aku.

Orite???

HANGPA PERASAN TAK????

Tiba-tiba background blog aku ni jadi pink saja.

Ke aku jer yang prasan sorang2?

Boleh tolong bagi respons tak?

Kowt2 ni masalah teknikal lagi je ke..



Plezz bagi respons.

Terima kasih


Friday, July 23, 2010

LURAH YANG DI DENDAMI ATAU YANG DI IDAMKAN???


Semalam masa aku makan kat kafe sambil lepak ramai-ramai dengan kawan aku tiba-tiba je ada lurah yang mengganggu pandangan mata aku yang suci ni.




Tiba-tiba aku rasa aku macam....macam... macam apa eyh kalo tiba-tiba hangpa terlihat lurah macam ni???




Tapi yang membezakannya adalah budak tu free hair. Badan sedap-sedap sket. Ok cukuplah aku bagi bayangan pasal budak tu, satgi hangpa bayang bukan-bukan plak especially lelaki.

Yang herannya si popuan ni tak terasa ke yang di belakangnya dh nampak lurah yang tak sepatutnya??? Kawan aku siap bergurau lagi jom p duduk belakang dia pastu tiup bagi rasa angin hahahaha... Hampeh betol.

Itulah kalo nak beli seluar jeans janganlah beli cawat pendek kalo agak-agak punggung tu besar. Ni tak agak-agak nak pakai yang cawat pendek punya so kalo duduk tu kompom-kompom la memang akan tertarik dan menampakkan yang tak sepatutnya.

Kalo seluar dalam tu besar tak pe gak, leh tolong cover lagi, ni seluar dalam pon yang pendek-pendek juga kan dah ternampak lurah tu.

Sebab tu aku agak cerewet kalo nak beli seluar jeans ni takut jadi kes-kes macam ni la. Al-maklum la kita pon sedar diri kita macam mana kan? Sendiri punya bahagian badan sendiri tahu la. huhuhu..

Yang bestnya ada sorang mamat ni duduk makan betul2 mengadap belakang popuan ni apa lagi menjamu selera dengan berseleranya lah kan? Hahaha...

Apa-apa pun sendiri beringatlah. Tepuk dada tanya hati.


Biar cerewet asalkan berkualiti


Wednesday, July 21, 2010

KENAPA AKU TUTUP MUKA? AKU HARAP HANGPA BERPUAS HATI DENGAN JAWAPAN AKU NI.

Ramai yang tanya kenapa pic profile aku menutup muka macam ni





Sebenarnya aku malu. Aku tahu aku tak cantik. Dah banyak produk aku pakai. Dari yang murah sampai la ke mahal. Dari fair n lobely, Garnier, Loreal, Natasya, apa lagi yang ada di pasaran semua aku dah cuba.

Semua tak memberi kesan. Kulit aku plak hitam, sampai kan kadang-kadang aku fikir nak mandi dengan clorox kot-kot la boleh putih gebu macam Zizie Bung Ezzete tu.


Gebu macam ni



Tapi apakan daya walaupun dah bermacam usaha aku buat masih tak berhasil. Nak salahkan genetik mak bapak aku tak boleh juga. Lama-lama aku terpaksa terima hakikat yang aku dah memang dilahirkan

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

begini



Harap lepas ni masih ada yang sudi terima aku sebagai calon isteri.


Monday, July 19, 2010

ROOMATE KU YANG EHEM EHEM...

Assalamualaikum.. Intro untuk hari ini. Sila jawab salam dulu.

Banyak cerita mahu dikongsikan. Pasal kes ragut aku tu ada berita yang terbaru. Tapi aku nak simpan dulu sebab aku rasa ada cerita yang lagi menarik untuk aku kongsikan.

Masa aku masuk daftar hostel, aku dok sorang je. 1 bilik 2 orang. So baru-baru ni aku dah dapat roomate. Apa yang specialnya roomate aku ni, dia lain dari yang lain. Banyak bezanya dia dengan aku.

Dia berjubah, aku???

Dia bertudung labuh, aku???

Dia speaking B.I, aku???

Dia orang Africa, aku???

Opppssss... Africa??? Waka waka hey2 la aku pas ni...

Yes roomate aku kali ni foreigner ok? Aku pon tak pasti adakah ia 1 kelebihan pada aku ataupun mungkin akan mendatangkan masalah pada aku di kemudian hari.
Macam mana aku boleh tak ada roomate dari awal?? Jangan tanya pasal itu ok?

Memang tahap ketidakpercayaan aku pada orang luar adalah di tahap paling bawah sekali. Sedangkan dengan orang Malaysia sendiri pon kita kurang percaya apatah lagi orang luar yang datang dari Africa yang kita tahu banyak cerita yang tidak baik mengenai mereka. Salah ke kalau aku berfikiran macam ni???


Aku pon tak pasti kenapa pihak office meletakkan dia sebilik dengan aku?? Memang aku kurang selesa. Nak tukar bilik pon, tak kan aku yang kena tukar? Bila aku tanya pihak office, jawapan agak tidak memuaskan hati aku,

Aku cuma risau, kalau-kalau ada apa-apa yang tidak baik berlaku di kemudian hari. Memang aku tidak dapat bersangka baik. Masalah aku dah cukup banyak. Kes ragut hari tu pon tak settle lagi. Jangan la ada apa-apa plak lepas ni. Hmmm..

Tapi kalo difikirkan positifnya mungkin ni adalah pengalaman yang jarang-jarang orang dapat. Ada ke orang yang pernah duduk sebilik dgn foreigner. Mungkin juga english aku akan lebih bagus lepas ni yela asyik dok speaking je dalam bilik huhuhu.. Berterabor juga BI aku pon kih3...

Apa-apa pun aku hanya dapat doa supaya tak ada benda yang tak baik berlaku pada aku lagi lepas ni. Walaupun dia berjubah dan bertudung labuh, kita tak boleh menilainya dari luaran apatah lagi dia orang asing. So macam mana?


Terpaksa membeli bauan untuk diletakkan di dalam bilik. Hidung aku sensitif. Hmm..

Thursday, July 15, 2010

LELAKI, KENAPAKAH KAU TURUT DILUKAI?




Selalunya aku asyik menulis pasal perangai lelaki saja. Mungkin tidak adil bagi lelaki kerana aku asyik menyebelahi wanita. Tapi kena ingat aku wanita sudah semestinya aku menulis mengikut persepsi wanita. Lagipun ini adalah berdasarkan pengalaman aku berdepan dengan lelaki.

Ceh macam la ramai sangat kan? Tapi pengalaman yang aku dapat sudah cukup untuk mengajar aku. Tapi kadang-kadang aku ni jenis tak reti-reti nak serik. Ye la mana kita nak tahu orang yang hadir tu tak seperti mereka yang pernah melukakan hati aku.

Tapi aku tidak pernah menyesal mengenali mereka kerana mereka pernah jadi sebahagiaan dalam hidup aku. Jadi biarkan ia tinggal kenangan seperti lagu Saleem itu. Hehehe...

Dan tadi aku berjumpa seseorang kawan kepada kawan aku. Dia lelaki. Smart. Agak khacak. Ada janggut. Tapi hanya sekilas saja aku memandangnya. Lelaki kachak bukan taste aku. Sedang-sedang saja sudah cukup. Lagipun aku tak layak untuk mereka yang kachak. Cukup aku namakan dia si Janggut.

Selepas si Janggut berlalu pergi. Kawan aku bercerita pada aku mengenai Si Janggut. Dia lelaki Kachak pada pandangan aku. Punya segalanya. Baik hati. Tapi sayang dia sering dikecewakan dan dipermain oleh wanita.

Menurut kawan aku, Si Janggut ini bila sudah sukakan seseorang dia hanya akan setia pada wanita itu. Sanggup lakukan apa saja walaupun terpaksa keluar membeli makanan untuk teman wanitanya di kala tengah malam. Adat bercinta di IPTA la kan?

Wanita yang disukainya bukan calang-calang orang. Semestinya wanita yang cantik, lemah lembut dan sopan santun. Tapi itu hanya luaran yang sering membuat lelaki terpedaya dan sering membuat lelaki meletakkan syarat untuk memiliki wanita seperti itu. Betul kah?

Menurut kawan aku lagi, bila si janggut mengajak teman wanitanya keluar nak tahu alasan apa yang si chantek beri? " Sory, I tak biasa keluar dengan lelaki" WTFish! Nak tahu sebab apa aku cakap WTF! Sebab perempuan itu hipokrit. Berlagak baik. Tapi hakikatnya di belakang si janggut itu boleh plak keluar dengan lelaki lain. Apakah???

Perempuan chantek memang begitukah? Demand ye? Kau berlagak baik, sopan santun dan lemah lembut tapi di belakang lelaki kau macam celaka. Kasar sangat ke ayat aku ni?



Bukan tujuan aku nak menghina kaum sejenis aku. Tapi inilah hakikat yang kebanyakan lelaki terpedaya. Korang jangan ingat perempuan yang chanteq, lemah lembut dan sopan santun itu sebenarnya begitu.

Hakikatnya ramai berselindung di sebalik topeng. Sebab itu ada juga lelaki yang dimainkan mungkin terpedaya kerana luaran yang dilihatnya.

Tapi tak semua wanita chanteq yang lemah lembut begitu ok? Ada yang memang dilahirkan begitu. Dan didik dengan begitu. Sekali lagi aku ulang bukan semua ok?

Bukannya aku tak pernah jumpa wanita begitu. Di depan lelaki alahai lemah lembut nya bagai nak ditiup angin kalau berjalan tu. Tapi kalau di belakang dan sedang lepak dengan kaum sejenis ketawanya saja boleh mengalahkan pontianak yang mengilai.

Aku bukan cemburu. Cuma aku tak suka orang yang hipokrit begitu walaupun memang susah untuk kita jujur pada orang. Aku juga kadang-kadang terpaksa menjadi hipokrit walaupun aku sendiri tak suka perangai macam tu.

Bagi wanita-wanita di luar sana, janganlah mainkan lelaki yang betul-betul sukakan anda. Kalau tak suka terus terang saja tak suka. Tak suka tak bermakna tidak boleh menjadi kawan kerana mana tahu 1 hari nanti orang itulah yang akan menolong anda bila anda dalam kesusahan.







Aku takut nak melukakan hati orang walaupun kadang-kadang aku tetap melukakan hati orang lain tanpa aku sedar.

Tuesday, July 13, 2010

SALAH SATU SIKAP LELAKI YANG PALING AKU TAK SUKA. JEJAKA-JEJAKA SILA AMBIL PERHATIAN

Ada satu perangai lelaki yang aku sangat la tak suka. Memang tak suka. Kalau tak suka tu maksudnya tak suka la kan.

Perangai lelaki yang aku maksudkan tu adalah perangai lelaki yang suka memikat perempuan tapi tak tahu nak menghargainya. Memikat perempuan itu memang usaha yang baik. Aku suka lelaki yang suka berusaha. Tapi aku sangat tidak suka lelaki yang kuat berusaha untuk memikat perempuan tapi bila dah dapat, sendiri mau ingat la.


Aku pernah jatuh cinta pada seseorang kerana aku suka sikapnya yang tidak mudah berputus asa. Sanggup bersabar untuk mendapatkan aku. Memikat diri aku yang tak seberapa ini. Walaupun aku tahu, aku ni tidak la sebagus mana. Tidak lah secantik mana tapi manisnya tetap ada kan? Kih3.. Abaikan ayat terakhir itu.

Kenapa sebelum hang dapat tawan hati perempuan yang kau suka tu hang sanggup berusaha dan tidak berputus asa. Tapi bila hang dah dapat ada hang jaga dia elok-elok?? Hang fikir bila hang dah dapat, bila dia dah suka kat hang, hang tak payah jaga hati dia dah?


Hang silap bro kalau hang fikir macam tu. Perempuan ni selalunya biarpun dia dilukai dia boleh maafkan dan terima semula. Tapi bila sampai satu tahap di mana dia dah tak boleh tahan, jangankan nak jumpa, dengar suara hang pon dia dah tak hingin.

Kalau ada pun mungkin perasaan dia dah tak sama lagi macam dulu. Walaupun mungkin ada kenangan manis yang tercipta, tapi hatinya dah terluka. Perempuan kalau dah terluka memang susah nak sembuh kecuali lah dia betul-betul kuat semangat.

Jadi pada lelaki di luar sana yang baru nak pikat perempuan, sedang pikat ataupun dah berjaya memikat jagalah dia sebaiknya. Macam mana susahnya kamu mendapatkan dirinya macam tu la susahnya dia nak melupakan kamu bila hatinya dah jatuh sayang pada kamu.

Bagi perempuan pula, jagalah hati mu dengan sebaiknya dan jangan biarkan hatimu terus dilukai lagi.

Ingatlah "What you Give You Get Back" and "Goes Around Comes Around"



Ada yang nak merawat hati GKSB tak?

Ngeh3...





Monday, July 12, 2010

CONTEST HITAM ITU MENAWAN


Untuk contest ni aku telah di tag oleh Tiha -http://fasham87.blogspot.com/

Terima kasih Tiha


=)




Syarat-syarat Penyertaan

1. menjadi follower missyaniabdullah..
2. gamba mesti hitam putih..korang edit la jadi hitam putih
3. gamba bebas janji hitam putih..
4.buat entry khas dalam blog korang kenapa korang suka pic itu dan linkkan kepada belog missyaniabdullah
5. kena letakkan banner contes di side bar belog korang...and mesti linkan pada belog missyaniabdullah
6. sila tinggalkan link korang di bawah contes ini..senang nak usha
7. tag kan kepada 5 rakan blogger yg lain
8. contes bermula pada 1hb Julai 2010 - 31 Julai 2010..keputusan akan diberitahu seminggu dr tarikh tutup.
9. hadiah menanti anda : 1st place - album gamba 2nd place -coklat


Gambar yang aku pilih adalah gambar

ni



Pic aku dengan adik aku si puteri ni memang jadi pic feveret aku.

Tengok sajalah aksi kami berdua memang kesengalan terserlah hehehe..

Dia satu-satunya adik perempuan bongsu yang aku ada selain 4 adik lelaki aku yang lain.

So memang di situ sudah nampak kami memang "ngam" dan mejadi geng.

Walaupun puteri baru je 3 tahun, tapi perangai gila-gila dia memang banyak turun dari aku

hahaha...

Sapa lagi yang dok mengajar dia buat benda yg pelik-pelik cm ni kalo bukan aku keh3..


Lagipun memang banyak masa dia dihabiskan dengan aku

Si puteri ni pon memang "kelolo" dah ada saja aksi dia yg buat aku tertawa.

orang kata dia ni copy paste sebijik pangai aku yang gila-gila tu haha..

Kalo nak tahu betul ke tak apa yang aku cakap tu jom tengok lagi 1 pic dia.





Tapi aku kurang pasti boleh tak 2 pic dipertaruhkan dalam contest ni? Dalam syarat-syarat tak ada la plak..

Boleh ke Tuan contest??

Kalau tak boleh anggaplah hanya sebagai tatapan untuk semua pic ni hihi

=)



5 orang yang di tag adalah

si Tedi

HEMY

BUDAK KECIK NI

Syaril

Wan Perlis

Ok, Siap semua =)

P/S: KELOLO = LAWAK/GILA-GILA


Saturday, July 10, 2010

DIRAGUT! BUKAN DIRAGUT KESUCIAN OK? JANGAN SALAH PAHAM..

Ingat lagi tak N3 pasal aku kena ragut tu??? Kalo nak tengok sila KLIK SINI

Perkembangan yang terbaru setakat ni polis dah bagi balik lesen, kad atm, kad matrik dan lain-lain. Cuma nset je tak dapat lagi sebab polis akan simpan untuk dijadikan bahan bukti kes.

Kalau ikutkan kad-kad tu semua pon jadi bahan bukti kes tapi disebabkan aku perlukan semua tu polis bagi dulu dengan syarat bila polis panggil untuk naik mahkamah kena bawa sama semua tu.

Budak tu pon polis dah jumpa. Tapi sekarang dah dilepaskan dari tahanan reman. Baru 14 tahun budak tu. Polis cakap nasib baik depa sampai cepat kalau tak nset aku yang sony ericson tu budak tu nak jual. Nset nokia plak budak tu guna.

Yang aku geram sangat, masa aku tengok nset aku tu balik siap ada simkad dia lagi. Ada gambar dia plak tu. Bila aku nak check no telefon kawan-kawan aku rupanya dia dah delete semua. Setan betul!! Buat macam harta sendiri. Macam nak carut-carut je kat budak tu. Haihhhh...

Polis cakap masa polis p umah budak tu cari dia, mak dia tak percaya. Mak dia kata dia p sekolah. Sedangkan budak tu ponteng sekolah, naik motor dari Jitra lepas sampai Yan siap ragut lagi. Ni la budak-budak sekarang, tipu mak bapak sampai mcm tu skali.

Polis ada la tunjuk gambar budak tu masa kena tangkap. Dia p tunjuk tempat dia buang beg aku yang ada semua kad2 penting tu. Dia buang dalam mana nak tau tak? Dia buang dalam LONGKANG!! LONGKANG WEYH!!! KURANG AJAR BETUL!!!

Masa dapat semua barang tu memang basah la. Geram betol aku. Geram sangat-sangat. Kalau ikutkan hati aku mahu ja aku sumbat budak tu ke asrama akhlak. Aku tak kan lepaskan. Biar kena masuk mahkamah pon aku sanggup.

Kalau tak beri pengajaran macam tu lain kali tah sapa pulak dia nak ragut. Baru 14 tahun tu. Kalau dah besar nanti silap-sila merompak bank pulak. Sekarang ni kena tunggu polis panggil untuk naik mahkamah.

Hangpa rasa patut tak aku dakwa budak tu???

P/S: Aku rindu nset2 aku tu... Rindu nak amik gambaq...


Friday, July 9, 2010

SERUPA TAPI TAK SAMA, TAPI SAMA LA JUGA SIKIT-SIKIT

Semua perempuan sama ke?

Tak sama ok...

Tak semua perempuan suka




ataupun




tapi kalau dapat 2-2 tak kan ditolaknya haha..

Bertuah kalau dapat kan??

Aku ni plak pelik dari perempuan2 lain.

Kalau perempuan lain mesti suka

shoping




Tapi aku hanya akan keluar p beli apa yang nak dibeli kemudian balik.

Tak best sangat kan kawan dengan aku ni???

Hihihi

Tapi kalau bagi lelaki, best kowt sebab tak yah jalan lama2 shopping.

keh3...




Ada plak perempuan suka lelaki yang

ada





Yela kan tak payah berpanas, berhujan...

Tapi kalau lelaki yang dah keja ok la.

Kalo yang masih belajar hang dok harap pak we hang ada keta kirim salam la.

Lain la dia anak Datuk atau orang kaya, boleh la hang nak "pau" selalu.

Tapi agak-agak la kan.

Bagi aku jangan bergantung pada lelaki sangat.

Jangan dok ngada2 nak suruh pak we hang beli yang tu yang ni.

Satgi dia ingat hang kaki kikis plak.

Pandai-pandai la kan.


Kalau dia dah belanja makan, hang belanja la tengok wayang plak.

Give and Take.

Apa-apa pon tepuk dada tanya nafsu.. eyh???


Wednesday, July 7, 2010

"LENSA BURUK, THE CONTEST"



1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Tidak mengira umur.

2. Hendaklah mempunyai blog sendiri bagi memudahkan Ti Anne Mohd Yassin untuk menerjah anda.

3. Perkara wajib adalah menjadi FOLLOWER Lensa Buruk. Bukan Follower tidak akan dilayan.

4. Letakkan banner di atas di side bar blog korang dan pastikan ia terlink terus ke http://annemohdyassin.blogspot.com

5. Tema bagi foto pilihan anda adalah bebas, samada mengenai Landskap ataupun Potrait.

6. Hanya satu foto sahaja layak dipertandingkan. Foto hitam putih layak dipertandingkan. Foto yang di edit secara melampau tidak akan di layan. Ini pertandingan tangkap gambo ye, bukan pertandingan graphic design. =P

7. Pastikan anda menggunakan kamera telefon bimbit di bawah 10 mega pixel dan 2 mega pixel 1.3 megapixel ke atas semata-mata bagi memudahkan penilaian. Kamera digital lain adalah dilarang sama sekali.


8. Pastikan tajuk entri anda ialah, "LENSA BURUK, THE CONTEST" . Sertakan Tajuk foto anda, Model telefon bimbit dan lengkapkan slogan di bawah foto yang anda pertandingkan mengikut format berikut :


Tajuk foto : Si Kunang-kunang Malam ( contoh)
Model Telefon Bimbit : Nokia N96 ( contoh )
Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk kerana .......


-Kemudian Tagkan kepada 5 orang rakan anda yang berbakat-


9. Sila laporkan terus di ruangan komen entri ini, bersertakan URL entri di blog anda, sekiranya anda telah mengikuti semua langkah-langkah di atas.

10. Ti Anne akan menerjah blog anda dan akan updates kan setiap penyertaan di dalam entri ini. :) Sehinggalah tarikh tutup penyertaan pada 1 Ogos 2010. :)


Hadiah bagi Pemenang bertuah : RM30. 00 akan di bank in kan trus ke akaun anda. :)
Sebenarnya aku nak bagi, dua keping tiket wayang, tapi tempat dan negerikan lain2, korang beli tiket wayang sendiri lah ek.. ;)





Tajuk Foto: "CINTAKU BAGAIKAN AWAN BERARAK DI KAKI LANGIT"

Model Telefon Bimbit: SONY ERICSSON J105i

Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk kerana lensa buruknya membawa kita melihat sesuatu yang mungkin kita tidak sedar bahawa kehidupan ini bukanlah sekadar hanya untuk diri sendiri tetapi lebih lagi kerana alam ini luas dan betapa indahnya kehidupan ini. Jadi nikmatilah ia dengan sebaiknya.

TAG 5 orang

Wan jun Smile

Kak El

Mak su

CT

Melatidaisy


CONTEST MATA MENAWAN =)


SYARAT-SYARAT

1. wajib menjadi follower blog fatencumyl.blogspot.com

2. pastikan gambar anda seorang sahaja (kalau ada gambar orang lain tak bole)

3. pastikan 1 gambar je taw.

4. pastikan nampak mata anda ye. tak kesah la gambar tu edit ke tak janji nampak mata (nama pun contest mata menawan kan)

5. letakkan banner contest di atas kat sidebar blog korang :)

6. sediakan 1 entri khas tentang contest ni dan tag kawan anda minimum 2 orang.maximum suka hati.

7. contest ini berakhir pada 31 julai 2010.

8. selepas dah join contest ni tinggalkan link anda di ruangan komen entri contest mata menawan ni serta link referral anda :)


Contest ni Aku di Tag oleh CT


Nama pun contest mata menawan, terang-terangan gambar mata je hehe..

"Dari Mata turun ke hati kerana mata menyimpan seribu rahsia"

Untuk join contest ni lagi aku nak tag

Fyza

Hazzy

alimaz

suhaidasupalio

baby berry



Selamat join contest...

P/S- Jangan lupa bg tau dapat contest ni dari mana =)


Tuesday, July 6, 2010

HANGPA RETI KA MENARI CM NI??

Pagi-pagi yang indah ni kalo kita layan video kat bawah ni ok tak??








Tak tau nak kata apa...


Monday, July 5, 2010

SEJENAK BERSAMA KAMU



Dulu,

Kita gembira bersama.

Walaupun ada dugaan yang melanda, kita masih dapat hadapinya.

Walaupun kamu jarang meluahkannya, saya tahu kamu sayang saya.

Saya selalu pura-pura tidak tahu sedangkan jelas dgn perbuatan kamu, kamu sayang saya.

Saya sayang kamu dan kamu sayang saya.

Itu sudah cukup bagi saya.




Tapi saya tak tahu, di mana silapnya.

Kita sering bergaduh.

Ada saja yang tak kena. Saya tahu ada sesuatu yang mengganggu diri kamu.

Kamu asyik menguji saya.

Saya hilang sabar.

Kamu juga hilang sabar.

Kamu rasa saya tak sungguh-sungguh sayangkan kamu.

Sedangkan dalam hati saya, saya sangat sayang kamu.

Saya tak pandai meluahkan, macam kamu juga.

Dan akhirnya kita bergaduh besar.

Saya tahu itu pengakhirannya untuk kita.







Kini saya keseorangan.

Saya tahu kamu benci saya,

Saya juga tahu kamu fikir saya juga bencikan kamu.

Sungguh, saya tak dapat membenci kamu kerana kamulah yang saya sayang.

Saya terima semua ini.

Saya doakan kamu bahagia.

Saya sayang kamu

Tapi hati saya terluka



Sunday, July 4, 2010

DIKEJAR PONTIANAK

Semalam aku mimpi kena ligan dengan pontianak. Memang aku lari tak cukup tanah. Dah la awal tu aku nak kuar pintu tu tertutup sendiri. Jenuh aku dok pulun buka.

Bila pintu dh terbuka aku lari yang hantu tu plak dok ligan aku lagi. Entah mimpi pesen apa la ni... Macam tak ada mimpi lain.

aDuyaiiii....



LIGAN = KEJAR

PESEN = FESYEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi