Tuesday, August 31, 2010

CONTEST SENYUMAN MANEH

Macam yang aku bagitau hari tu aku akan buat contest kan?

Tapi aku awalkan sehari. Lagipun hari ni ramai yang cuti.

So ni lah contest yang dimaksudkan tu..



Syarat-syarat Pertandingan


Mestilah menjadi followers blog Gadis Kampung Separa Bandar

Mesti buat N3 pasal contest ni.

Pic yang dipertandingkan mestilah hak milik sendiri.

Anda diwajibkan berada dalam gambar tersebut dan bebas sama ada nak gambar sorang, bersama kawan ataupun family.

Hanya satu pic saja dibenarkan untuk dipertandingkan.

Letakkan dan link banner contest di side bar blog anda dan tinggalkan link anda di komen ini.

Tag minimum 2 atau lebih rakan anda.

Tarikh tutup adalah pada 10-10-2010.

Hadiah adalah topup bernilai RM30.

Jika pemenang menggunakan line prabayar, nilai tersebut akan ditukarkan kepada wang tunai dan akan di bank-in kan ke dalam akaun anda.

So GKSB nak tag all my followers blog GKSB

Good Luck!!


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Salam kemerdekaan yang ke-53






Negara sudah merdeka, tetapi pemikiran kita sudah merdeka kah?

Sunday, August 29, 2010

SENTAP - MENYENTAP



Selalu ada saja kita dok sentap dengan kawan-kawan. Sentap sana, sentap sini. Tu memang adat la dalam berkawan.

Tambahan pula kalau dalam hati kita ni ada bunga-bunga cinta. Taman bunga katanya ha lagi dok menyentap tak habis-habis. Tak kiralah lelaki ke perempuan ke sama jer.

Hidup GKSB ni dikelilingi oleh kawan-kawan yang bermulut puaka dan ada juga mulut puaka tahap neraka hahaha... Bayangkan betapa dasyatnya. Tapi telinga dan hati GKSB dah kebal sangat.

Dah nak dekat 3 tahun kat U ni dan bersama masing-masing dh kenal sangat perangai tu so memang tak ada istilah nak sentap menyentap segala bagai. Yang penting hati kena kering.

Gurauan memang kasar dan selalu juga GKSB menjadi mangsanya apatah lagi kalau ada saja benda yang kita tersilap buat ke sebut ke memang kena bersiap sedia la untuk jadi bahan hahaha..Silap-silap 7 keturunan pon tak habis lagi ye la tiap kali jumpa ada saja yang diulang-ulang.

Hahaha..Tapi GKSB memang tak amik hati, anggap je sebagai gurauan dan kadang-kadang GKSB pon siap gelak-gelak lagi. Baru happy hidup. Sampai kan kadang-kadang GKSB rasa mulut GKSB pon dah macam puaka gak hahaha tapi belum tahap neraka lagi la keh3...


Kawan-kawan GKSB



Cuma tak semua orang boleh accept gurauan kasar macam tu. Hati manusia ni lain-lain kan? Cuma bila GKSB dengan kawan-kawan memang dah paham sangat perangai so tak kisah sangat kalau kena bahan tu. Nama pon bergurau hehehe..

Kalo kena maki-maki tu dah jadi adat. Tapi maki dalam gurauan la. Buat maki sungguh-sungguh makan kasut la jawabnya bila berbuka puasa nanti.

Kalau yang geng-geng berhati lembut ni memang tak kan boleh accept mahu sentap 44 hari. So apa cerita pula ngan geng-geng ampa? Asyik sentap juga ka?


Kadang-kadang kalau tak ada sentap-menyentap ni tak ceria hidup


Saturday, August 28, 2010

CONTEST SANA CONTEST SINI



Sana sini contest. Dan bila dok pikiaq punya pikiaq aku dapat 1 idea nak buat contest juga.


Contest ini akan dikuatkuasakan pada 1 September 2010 nanti. So marilah sama-sama tunggu contest apa yang akan aku anjurkan nanti.

Dan harap semua followers memberikan support =)

Tu je nak gtau


Bai~


CONTEST BLACK AND WHITE

GKSB telah ditag oleh MERAHNYA MAK NGAH untuk join contest ni

Terima kasih ye tag GKSB



Untuk syarat-syaratnya Sila klik kat Banner


So pic yang GKSB pertaruhkan untuk contest ini adalah

pic ini


Cuba tengok kat belakang tu?

Ha ingat KL je ada KLCC?

Penang pon ada tau hehe...


GKSB nak tag 3 followers baru blog GKSB

iaitu

Ayeem

Matahari

Anis


SIAPA JEJAKA INI YE?? PAK WE KER? KUI3....

Nak tahu siapa jejaka ini??



Dia bukanlah pak we baru, artis ke atau apa-apa pun.
Tapi dia..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

adik aku.

Hehe..

Betul kata Mak su. He is my younger brother.

Dia tengah buat praktikal kat Awana Genting.

Dan baru-baru ni masuk paper The Star plak gambar dia huhu..





Nak tahu sila klik SINI

Dan hari ini adalah hari Lahir dia yang ke- 21 tahun.

Epy befday Bangah semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki.

Kalau nak cari awek, cari yang berjenis sket n masuk kepala dengan aku nowh?

Jangan cari lawa-lawa sangat cari yang biasa-biasa saja supaya kakak mu ini tidak jeles

Hahaha..

Ada yang berminat nak jadi adik ipar aku tak?

Hahaha...


Friday, August 27, 2010

JOM MAIN TEKA-TEKA

ADA TEKA TEKI SIKIT NAK BAGI


Sebelum tu sila tengok pic ini






Amboi tak berkelip nowh dok tengok?


Tengok sket-sket dah la...


Hehehe....


Jom main teka-teka...


Siapakah jejaka ini???


Jawapan akan diberi tepat pukul 12 malam nanti...

"DIA SANGAT MANIS TAPI AKU DAWAI BESI"


Fynn Jamal- 150 Juta


Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

Thursday, August 26, 2010

APA KATA CIK GADIS: JADI LESBIAN LEPAS DIKECEWAKAN LELAKI???


SAYA remaja berusia 19 tahun dan mempunyai seorang kekasih perempuan sebaya. Kami bercinta kerana masing-masing sering mengambil berat hingga tercetus perasaan sayang.

Mulanya saya seorang gadis normal dan setia pada yang satu namun lelaki tidak pernah menghargai cinta saya malah saya pernah putus tunang.


Tinggal enam bulan saja kami akan berkahwin dan hati saya hancur dengan kejadian itu. Mungkin Allah hendak tunjuk dia bukan jodoh saya, dia keluar dengan perempuan lain di hadapan mata saya dan banyak gigitan cinta di lehernya.


Sejak saat itu, saya buang lelaki dalam hidup dan membenci mereka. Mereka hipokrit.


Akhirnya, saya jumpa 'kekasih' saya. Dia sangat baik, lemah lembut dan penuh pengertian. Dialah segala-galanya dalam hidup saya walaupun tahu hubungan kami berdosa besar dan sedar ia tidak akan kekal lama.


Masalahnya, apakah yang harus saya lakukan untuk menghadapi masa depan kerana langsung tiada perasaan kepada kaum lelaki. Hati saya hanya untuk perempuan. Baru-baru ini, kawan saya memperkenalkan dengan seorang kawan lelakinya namun dia juga seperti bekas tunang menyebabkan saya tambah kecewa dan membenci kaum Adam.


Susahnya saya hendak terima lelaki dalam hidup. Saya buntu dan takut mati sebelum sempat bertaubat.


Bantulah saya.


Maya Percintaan
Kedah

SUMBER DARI SINI




Usia baru 19 tahun. Masih muda dik oi..... Apa la nak susah hati sangat bila ada lelaki mengecewakan hati tu. Banyak masa nak mencari cinta lagi. Lainlah akak ni. Hehe..

Lagi pula dah terang-terangan tulis "dia keluar dengan perempuan lain di hadapan mata saya dan banyak gigitan cinta di lehernya." So lelaki itu bukanlah lelaki terbaik dek non oii..

Sepatutnya bersyukur terhindar dari lelaki macam tu. Allah pelihara lagi maruah diri tu jika nak dibandingkan dengan perempuan lain yang dah tergadai maruah tu.

"Akhirnya, saya jumpa 'kekasih' saya. Dia sangat baik, lemah lembut dan penuh pengertian. Dialah segala-galanya dalam hidup saya walaupun tahu hubungan kami berdosa besar dan sedar ia tidak akan kekal lama. "

Memanglah dia lemah lembut dan penuh pengertian nama pun perempuan dek non oi.. Perempuan sama perempuan ni lebih memahami isi hati perempuan sebab tu si dia tu penuh pengertian. Tapi apa kess kalo dah tahu tak boleh bersama berdosa besar pulak tu kot celah mana nak bersama lagi tu?

Bagi aku remaja ni keliru tambahan pula baru dikecewakan lelaki dan bila ada perempuan yang lebih mengambil berat tentang diri dia, secara automatiknya dia jatuh cinta sesama jenis sedangkan tu hanya mainan perasaan dan kekeliruan emosi yg hadir dalam diri iaitu ada rasa dihargai dan dilindungi.

Kalau ada yang mengalami sindrom putus cinta berkali-kali macam budak popuan ni dan juga macam aku ni jangan lah p berubah arah pada sesama jenis plak. Banyak hikmah sebenarnya bila putus cinta. Itu maknanya lelaki/perempuan itu bukanlah jodoh terbaik untuk kamu.

Orait???


Tuesday, August 24, 2010

MACAM MANA NAK BEZAKAN LOGHAT UTARA PULAU PINANG, KEDAH DAN PERLIS?






Salam Ramadhan..

Hari ni GKSB nak cakap sket pasal loghat-loghat utara dan apa bezanya. Selalu orang negeri lain mesti ingat orang utara yang tinggal di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sama ja loghatnya. Tapi sebenarnya banyak bezanya.

Ini adalah berdasarkan pengalaman GKSB yang pernah belajar di Perlis masa sekolah menengah dulu, dan kini belajar di Pulau Pinang tetapi telah dibesarkan di Kedah. Memang tak keluaq dari utara lagi pun, ntah-ntah kahwin nanti pun dgn orang utara gak opsss...

OK, jom kita terjah macam mana orang Pulau Pinang cakap.


PULAU PINANG

Pernah tengok Anak Mami The Movie?

Kenal dengan Pak Piee??



Orang Penang cakap lebih kurang ni lah.

Ada juga yang berdarah kacukan dengan mamak atau lebih dikenali sebagai anak mami, loghat depa cakap ada sket-sket cam mamak.

Tapi selalunya anak mami ataupun yang mempunyai darah kacukan ni segak-segak belaka. Macam yang kita selalu tengok kat tv tu depa xdapat lari dengan barang kemas.

Tapi budak-budak sekarang jarang-jarang pakai barang kemas mungkin kerana faktor umur dan juga persekitaran.

Kat Pulau Pinang juga terkenal dengan nasi kandar. P jalan mana-mana pon mesti jumpa dengan nasi kandar. Tapi tekak GKSB tak leh terima sangat nasi kandar ni.


................................................................................................

PERLIS


Orang Perlis pulak sangat la senang nak dikenali. Orang Perlis suka cakap meleret-leret. Depa ni cakap sepatah-sepatah dan jelas-jelas tapi meleret-leret sket hehe..


Dan ada sesetengah tempat tu kalau kasut depa panggil kasuit, pulut panggil puluit. Jangan terkejut kalau ramai orang Perlis yang pandai cakap Siam. Duduk pun dekat sempadan Siam.


Kalau kat Perlis ni tempat yang paling terkenal adalah Padang Besar.

Kat sini banyak barang-barang yang murah kita boleh dapat. Kalau orang luar datang kalau tak borong banyak memang tak sah. Rugi kalau sapa tak pernah datang sini lagi.





...........................................................................................................

KEDAH


Akhir sekali adalah Kedah iaitu tempat GKSB dibesarkan. Nak kenal orang kedah ni senang ja sebab dia cakap utara yang biasa-biasa saja. Tapi bergantung kepada tempat asal daerah mana.


Kalau datang dari Baling, Sik atau pun Kuala Nerang cara cakap pon pekat la sket lebih macam nak siam sikit.


Masa GKSB sekolah kat Perlis dulu ada juga kawan-kawan di asrama yang asal dari Baling tapi control cakap supaya tak terkeluar sangat bahasa daerah depa tu. Ada juga yang kena "paku" kalau cuba cakap luar hehe...


Kat Kedah banyak juga tempat yang menarik tapi GKSB sangat sukakan pemandangan dari Gunung Jerai. Kat atas sini boleh nampak pemandangan kat bawah tu yang memang sangat cantik.

Sekarang ni pulak kat atas Gunung Jerai dah buat Chalet yang baru dan sangat sesuai untuk sesiapa yang ingin honeymoon ataupun bawa family sebab suasana yang sunyi dan sejuk.

Harga pon ok, tak ada la mahal sangat.



Siap GKSB boleh pegang Pulau Bunting lagi hehehe..



Cantik kan???



So senangkan nak cam yang mana 1 orang Penang, Kedah dan Perlis? Siap dapat tahu tempat-tempat yang menarik lagi.

Apa-apa pon jom cuti-cuti Malaysia =)


Gambar adalah sumbangan google dan N3 ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian GKSB.



Saturday, August 21, 2010

KEHILANGAN: AKU RINDU KUCUPAN ITU

Kehilangan.

Aku takut pada kehilangan dan seboleh-bolehnya aku cuba mengelak untuk menulis pasal kehilangan. Kehilangan untuk selama-lamanya dan kita sendiri tidak akan dapat ketemu lagi orang yang kita sayang.

Aku tidak terbuka bila bercakap tentang kehilangan. Aku takut untuk menangis. Ya kehilangan itu membuatkan kita menangis dan kehilangan boleh membuatkan kita rasa kosong.

Semalam aku mimpi menangis. Menangis rindukan arwah. Aku menangis sungguh-sungguh. Menangis yang tidak pernah aku lakukan di dalam dunia yang nyata sejak aku kehilangan arwah.


Arwah, sepanjang hidup aku, belum pernah aku dengar dia cakap pasal orang lain, mengumpat atau memperkatakan tentang orang lain, tidak pernah aku dengar dia marah-marah orang lain, tidak pernah sedikit pon dia memburuk-burukkan orang lain, percayalah tidak pernah.

Di zaman kanak-kanak aku bersama arwah, beliau selalu memberi nasihat supaya titik beratkan pasal agama, jangan sesekali meninggalkan solat. Itu yang selalu dia pesan pada aku. "Kalau nak cari suami, cari yang ada agama". Kata-katanya yang akan aku pegang.

Masa arwah sakit sejak 3 tahun dulu dan menjadi mangsa penyakit barah payudara, arwah tidak pernah merungut. Arwah tidak pernah merungut jika dirinya terpaksa menahan sakit akibat kimoterapi.

Urat-urat tangannya menjadi mangsa jarum-jarum. Lebam-lebam di tangannya akibat ujian darah, kuku menjadi hitam kesan kimoterapi dan rambut-rambutnya gugur satu persatu, dia langsung tidak pernah merungut. Aku kagum dengan arwah.

Arwah hatinya baik. Tidak pernah dia memburukkan menantu, langsung tidak pernah. Jika anak menantu balik, dia yang akan melakukan kerja-kerja dapur dan tidak pernah langsung merungut.

Bila ada menantu yang perangai macam "hantu" yang membuatkan dia selalu menangis tidak pernah juga aku dengar dia merungut. Perangai anak-anak yang kadang-kadang sangat menyusahkan aku kira, tidak juga langsung dia bersungut. Tidak langsung.

Aku tahu, aku lalui dan tahu apa yang berlaku kerana separuh hidup aku adalah bersama arwah. Aku tinggal bersama arwah sejak aku dilahirkan. Aku tahu apa yang berlaku, aku tahu.

Dan bila dia meninggal, aku yang memandikan jenazahnya. Walaupun aku rasa mahu pengsan kerana terlalu sedih bila melihat arwah, aku gagahkan jua kerana aku sendiri mahu memandikan arwah.

Dan orang yang ditugaskan untuk memandikan arwah turut menangis. Kerana apa? Kerana sepanjang tugasnya memandikan jenazah, inilah jenazah pertama yang dia temui bersih dari najis-najis. Langsung tiada najis, suci dan bersih. Alhamdulillah.

*Sebak*

Aku rindu arwah. Dan aku tahu, walid aku sangat berpuas hati kerana dapat berbakti pada emaknya hingga ke hujung nyawa.

Raya kali ini tidak lagi bermakna kerana aku tidak lagi dapat mencium tangan arwah untuk meminta ampun.



Al-fatihah untuk Hajjah Sirun@Saharah bt Othman

Kembali ke rahmatullah 16 Syaaban 1431


Friday, August 20, 2010

PELIK KE JELIK? #1

Semua orang mesti ada tabiat pelik kan? Aku pon ada. Tabiat pelik aku hanya berlaku bila aku berada di rumah dan berada di dapur.

Setiap kali aku nak menggunakan pinggan, sudu, cawan atau gelas dan apa-apa barang lagi aku akan basuh dulu. Walaupun semua barang tu baru je lepas basuh dan berada di rak pinggan, aku tetap akan amik dan basuh.


Cuma kalau pergi rumah orang tu pon kalau aku yang kena layan diri aku tetap macam tu. Yang tak bestnya takut orang lain akan fikir kotor sangat ke rumah aku ni?

Tapi nak buat macam mana dh memang jadi tabiat. Cuma masa mula-mula aku masuk USM ni kalo makan kat kafe tu dulu, aku hampir-hampir buat benda yang sama semasa berada di rumah.

Memandangkan ramai orang terpaksa la aku control tabiat pelik aku tu. Tapi bila berada di rumah jadi balik.




Apa kata anda pulak???

Wednesday, August 18, 2010

SENYUMLAH KERANA SENYUM ITU PENAWAR DUKA

Salam Ramadhan al-Mubarak.

Diam tak diam dah 3 bulan gak la aku berstatus kan single Hehehe... Baru lagi.. Masih bergelar janda hot gitewww.. Eh bila plak aku kahwin ni?? Huhuhu..


Dan bila berstatus single ni rasa lebih bebas. Bebas untuk melakukan apa-apa pon tanpa perlu memikirkan hati yang perlu dijaga. Aku mahu menjadi diri sendiri. Bukannya menjadi apa yang orang lain inginkan.

Aku tak pernah peduli apa tanggapan orang pada aku. Sebab aku lebih kenal diri aku lebih dari sesiapa pun. Orang hanya melihat sekali kemudian menilai tanpa mengenali terlebih dahulu. Itulah kesilapan pertama yang selalu kita lakukan.


Orang susah nak faham aku. Dan orang susah nak teka apa yang ada dalam hati aku dan apa yang aku fikirkan. Aku tak pernah mengharapkan orang cuba paham aku tapi cukuplah cuba untuk mengerti bagaimana aku.

Mungkin seorang yang kasar? Mudah tersenyum dan ketawa setiap masa. Namun ada orang yang cuba untuk mengerti apa yang aku rasakan? Tidak bukan?


Namun tiada paksaan. Aku suka memerhati bagaimana orang ini dan bagaimana orang itu. Dan adakalanya aku sendiri susah nak faham.

Kawan baik tiba-tiba dalam sekelip mata saja boleh menjadi seperti orang yang pernah kita tidak kenal sedangkan dulu selalu susah dan senang sama-sama tapi kenapa ia jadi begini?

Tanpa ada sebab untuk aku ketahui mengapa ia berlaku? Dan aku juga tidak melakukan apa-apa untuk mengetahui mengapa ia berlaku.

Namun, aku tidak pernah melupakan orang yang pernah berbudi pada kita. Sampai mati pon aku akan ingat walaupun kita semakin menjauh dan aku sendiri seperti tidak mengenalinya lagi. Tapi sungguh aku sayangkan dia.


Dan aku terus tersenyum macam ini..


Terus menganggap bahawa aku gembira. Gembira dengan keadaan sekarang. Ya aku gembira. Gembira untuk tersenyum dan gembira melihat orang lain tersenyum melihat aku biarpun hati ku menangis pedih.

Dugaan demi dugaan aku lalui. Cuba untuk menguatkan diri, cuba menunjukkan bahawa diri ini sangat tabah sedangkan hakikatnya sentiasa berperang dengan diri sendiri.


Dari orang yang aku mengharapkan bersama-sama berkongsi kebahagiaan tinggalkan aku, kemudian kes aku yang kena ragut dan terbaru tok yang jaga aku dari kecil meninggal dunia dan aku seorang diri hadapi semua ini.


Untuk apa kita mengharapkan orang yang tidak pernah mengerti. Yang tidak akan rasa beratnya dugaan yang aku tanggung dan tidak akan pernah tahu setiap saat aku berperang dengan perasaan sendiri.


Ya. Aku senyum. Sentiasa tersenyum. Kerana aku tahu senyum itulah penawar duka.








Tuesday, August 17, 2010

ADEQ OI...KAT MANA HANG BELAJAQ NI???

Salam Ramadhan Al-Mubarak~~

Ini lagi cerita pasal si Puteri ni.



Dia ada satu perangai yang suka cakap berulang-ulang siap dengan intonasi dia lagi.

Contoh 1:

Adik, Malam ni adik tidoq dengan sapa?

Adik nak tidoq dengan achaq, Tak mimi, ngan atak.. (adik nak tdoq dgn mak chaq, kak mimi ngan kakak)

Contoh 2:

Adik, kakak makan nasi,

Adik akan acik gak (adik makan nasi gak)

Selalunya kalau balik kampung dia akan tidoq dengan mak chaq, aku dan mimi sepupu aku. Sebelum tidoq tu dia akan susun siap-siap dah bantal pastu dia akan bagitau

Ni tempat atak, ni tempat achaq, ni tempat adik, ni tempat tak mimi

Dan bila lepas mandi nak pakai pampers ja dia akan cakap

Ni pers adik (Ni pampers adik)

Dan pernah sekali dia cakap

Adik akai apers, atak akai apers gak (adik pakai pampers, kakak pakai pampers gak)

Dan dan aku rasa nak PITAM!!



Kat mana hang belajaq ni dik oii???


Monday, August 16, 2010

ROOMATE KU FOREIGNER SIRI 2

Salam Ramadhan Al-Mubarak~~

Hari tu aku ada cerita pasal aku dapat roomate foreigner dari Africa kan? So lebih kurang sebulan lebih juga la aku ber "roomate" kan si Nadia ni.

Setakat ni alhamdulillah tak ada apa-apa masalah yang timbul. Dia pon ok. Muslim kan. Setiap kali lepas solat mesti baca Yassin. Sangatlah ok jika nak dibandingkan dengan aku ni kan.

Bila aku cerita dekat kawan-kawan aku yang sengal tu ada plak sorang kawan aku ni yang kami gelarkan mulut neraka hahaha... Kenapa mulut neraka? Ada kisah disebalik tu hehe..

Bila aku cerita yang roomate aku tu lepas solat je baca Yassin si mulut neraka ni cakap " Hang tak rasa terbakar ka? Lama-lama hang pon terbakar sebab hari2 dia baca yassin" Hahaha.. Statement tak bleh blah... Bengong betul. Hahaha...

Bagi orang lain tu memang gurauan kasar, tapi bagi aku tu sekadar gurauan. Memang aku tak amik hati pon. Kawan-kawan aku semua memang kepala senget sket dan sebab itulah dia digelar mulut neraka hahaha..

Kalau orang yang tak biasa mungkin memang akan terasa hati, tapi bagi aku dh biasa sangat dh. Jenis aku pulak jenis tak kisah la nk gurau cm tu pon. Kenal pon dh lama. Kalo yg baru kenal gurau cm tu memang nak makan penyapu la..


KAWAN-KAWAN KU YANG SENGAL



Berbalik pada roomate aku si Nadia tu, family aku ada suruh bawa balik dia. Tapi bila fikir balik macam mana aku nak bawa balik. Aku dah la naik motor balik kampung sekali bawa dia balik, dia pakai dengan jubah-jubah siap berpurdah lagi naik motor hahaha.. Lawak kowt...

So nanti-nanti la kalau aku ada kereta ka boleh la bawa dia berjalan-jalan kat kampung aku tu. Bila lagi kan mana tau lepas ni dia nak bawa aku berjalan-jalan kat Afrika pulak kan hahaha


=P



TAK KENAL MAKA TAK CINTA



Thursday, August 12, 2010

DIA PELAT TAPI DIA COMEL KAN?

Rindu kat budak kecik ni.



Semalam call


Ikuti perbualan 2 beradik ni

Aku: Helo.. Adeeeqq..

Adik: Atak..Atak tat ana ni? (Kakak kat mana ni?)

Aku: Kakak kat Penang.

Adik: Atak tat Enang? Atak nak alik ila? (Kakak kat Penang? Kakak nak balik bila?)

Aku: Kakak balik hari Khamis ni.

Adik: Laaa.. Atak alik li tamis.. (Laaa..Kakak balik hari Khamis)


Hahaha...

Geram aku ngan dak kecik ni. 3 tahun pon masih pelat lagi. Tapi dia comel kan??





Air dicincang tak kan putus


Wednesday, August 11, 2010

1 RAMADHAN KU SAMBUT PENUH SENYUMAN

Assalamualaikum~

Salam Ramadhan Al-Mubarak.

1 Ramadhan sudah~ Sekejap je kan rasanya. Pejam celik, pejam celik tengok kalendar dah 1 Ramadhan.

Macam-macam yang berlaku dan tanpa kita sedari, setiap hari berlakunya setiap peristiwa dan peristiwa itu akan bertukar menjadi kenangan. Sama ada kenangan yang ingin kita ingati atau ingin kita lupakan.

Perhubungan yang erat menjadi renggang dan yang terputus menjadi sebaliknya. Rahsia kehidupan siapa yang tahu?



Namun, hidup perlu diteruskan. Dan sempena 1 Ramadhan ni aku nak ucapkan selamat berpuasa dan berterawih kepada semua. Sambutlah Ramadhan ini dengan menambah pahala serta kurangkan dosa. Hehehe =)





~Senyumlah walaupun saat anda berduka~




Saturday, August 7, 2010

SEKADAR DI PINGGIRAN

Assalamualaikum~

Dah lama tak update blog. Cuba mencari ketenangan. Menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang sepatutnya dan kadang-kala tidak sepatutnya.

Sibuk bekerja part time sempena konvo di USM.

Dan sekarang kesihatan pulak terganggu. Demam+batuk+selsema. Lengkap dan secukup rasa.

Minta maaf pada orang-orang tertentu kalo aku berdiam diri dan tiba-tiba aku menghilang begitu saja baik dalam YM, FB mahupun blog. Bila terpaksa menahan mukus, membuatkan kita tidak selesa dan batuk yang tidak berhenti-henti menyebabkan mood ke laut. Harap jangan terasa.



Aku masih cuba membiasakan diri dengan keadaan sekarang. =) Tak ada cerita menarik yang hendak dikongsikan lagi. Harap semua masih setia menyokong aku.






Sakit itu satu nikmat




Tuesday, August 3, 2010

SEMUA AKAN BERTAMBAH BAIK, INSYAALLAH

Assalamualaikum..

Hari ni genap seminggu tok pergi. Aku??? Agak terasa kehilangannya. Tapi hidup mesti diteruskan.

Alhamdulillah kawan-kawan banyak bagi sokongan. Cuma sesekali terasa sunyi. Sunyi sangat. Bila kita harapkan ada orang yang menemani, lebih baik jangan mengharap. Sebab, kadang-kadang kita tetap akan keseorangan. Dalam kubur pon akan jawab sorang-sorang tak ada yg nak tolong jawab.


Dalam hidup tak semua yang kita inginkan akan kita dapat. Kadang-kadang yang kita tak nak tu la yang akan kita terpaksa hadap.


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216]

Semua sudah ditetapkan. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kadang-kadang kita rasa kecewa, kadang-kadang kita hampir putus asa, kadang-kadang kita selalu bertanya pada diri kenapa ini yang terjadi pada kita?

Namun, apa-apa pun yang terjadi kita harus hadapinya, kuatkan semangat. Aku hanya inginkan hati aku ni terus tabah nak hadapi semua ni.

Insyaallah, semua akan bertambah baik.....

Terima kasih semua.. Terima kasih....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi