Thursday, September 30, 2010

KEGUGURAN

Penat.


Itu saja ayat yang aku rasakan sesuai bagi menggambarkan sepanjang minggu ini.

Tugas sebagai pelajar kadang-kadang memberi tekanan yang amat sangat.

Rambut dari hari ke hari semakin banyak yang gugur.


Dari rambut panjang yang lebat yang dikagumi oleh orang pada zaman jahiliah dulu kini sudah tinggal nipis, pendek dan tak bermaya.

Sejak bertudung sejak 7 tahun dulu alhamdulillah kekal sampai sekarang.


Tapi masalah rambut gugur semakin teruk. Kadang-kadang walaupun hanya mengusap rambut sampai segenggam rambut gugur.

Adakah ini tanda-tandanya aku mengalami stress yang amat sangat???


Tadi sempat bersembang dengan classmate yang aku panggil kakak. Sebelum ni dia bekerja dan kini sambung belajar dengan kemasukan khas.


Dia cakap "Akak rasa masa akak kerja tak stress macam ni. Rambut akak pon banyak gugur, lagi teruk masa akak kerja dulu"

Memang sebagai student akan stress eyh?? Tambah-tambah kalau assignment banyak gila dan tarikh akhir hantar nak dekat sama.

Arghhh tolong...lama-lama botak kepala aku. Dah potong pendek pon masih gugur?


Takkan bila dah kahwin nanti nak suami cakap cam ni

"Muka ayang comel, tapi sayang botak rupanya"


Tak boleh nak bayang. Haisyooo...






Ingatkan dah final year bleh rileks rupanya lagi meroyan~

Wednesday, September 29, 2010

APA ITU CINTA?

Cinta?

Apa tu?






**ok sambung buat assignment

Tata


PATAH HATI


Aku tengah patah hati


ahaha...


Mencik tau...


Hehehe...


**saja buat tulisan bagi kecik hihi..


Pada semua, terima kasih sebab baca blog aku ni dan tinggalkan komen walaupun memang aku tak sempat nak p terjah blog ampa.

Pada peserta baru COntest Senyuman Maneh.

Maaf tak dapat nak p jenguk lagi.

Memang sibuk sangat-sangat sekarang ni.

Assignment, Test pergghhh penat sangat2.. Hukhuk

Cuti minggu ni Insyaallah akan p terjah dan update peserta

Thanks semua

=)

Monday, September 27, 2010

AMPA NI PASANGAN YANG JENIS MACAM MANA?




Ampa ni jenis penyabar ke tak? Ampa boleh sabar tak kalau kena melayan kerenah orang yang mengada-ngada ni?

Ampa boleh sabar? Perghhh... Aku salute beb... Sebab aku bukan jenis penyabar nak melayan kerenah orang yang gedik dan mengada-ngada ni. Aku ni perempuan, kira ok lagi la jika nak dibandingkan dengan lelaki yang terpaksa melayan kerenah GF ampa yang mengada-ngada.

Mengada-ngada macam mana tu?

Contohnya kena panas sikit tak boleh, datang jemput lambat membebel tak henti-henti. Nak makan itu, nak makan ini. Nak barang yang mahal-mahal. Kalau keluar nak pergi tempat yang exclusive jer. Nak naik kereta tak main la motor kapcai ni.

Ha amik hang. Ampa ada ka GF macam ni??? Kalau yang jenis merungut lagi la. Senang cerita banyak songeh.

Kalau lelaki yang banyak songeh plak setakat ni aku tak ada pengalaman lagi. Yang jenis suka control ada. Itu tak boleh, ini tak boleh. Bila join apa-apa cakap aku ni suka menonjolkan diri la nak popular la, sedangkan kuat cemburu. Banyak cekadak betol. Dah memang aku ni aktif dari sekolah so dah terbiasa nak buat macam mana kan?

Oh lupa plak, ada jer kawan yang jenis banyak songeh ni. SMS reply lambat dah berduyun-duyun miscall masuk. Sabaq-sabaq la. Rimas betul lelaki macam ni. Ada sekali tu aku sound terus
"Macam orang ni tak ada keja lain nak mengadap SMS dia ja? Sabaq-sabaq la. Cuba belajar bersabaq sket. Ni lambat sket dh misscall. Macam orang ni tak ada keja lain?"

Hahaha... Kira dengan aku ni main suka hati sound ja kan? Kih3.. Yala mana boleh tahan, dok misscall banyak-banyak kali, bising. Tak kan nak p toilet nak berak pon nak kena habaq? Boleh la pikiaq kowt "owh dia lambat reply, dia p toilet kot" atau "dia ada keja ni, ni mesti dok SMS sambil wat keja" kan senang kalo pk macam ni?

Apa-apa pon kalau ampa dapat pasangan yang jenis gedik dan mengada-ngada ni bawa bersabaq la banyak-banyak nowh? Kalau ampa pulak jenis yang macam ni, jangan la ngada-ngada sampai melampau sangat. Satgi depa bosan depa buang ampa dari hidup depa baru ampa ketahuan.

Aku mengada-ngada ker? Jom la couple kalau ampa nak tau ahahaha...
Melawak ja nowh.. =)




GAMBAR HIASAN


JOM GELI-GELI

Masa sangat cemburu dengan aku.

Ada banyak tugas yang menanti.

Dahulukan apa yang perlu didahulukan

Jadi ampa layan jer video ni khas untuk ampa.

Depa ni sepupu aku, Muaz Ibni n Al-Insyirah

Layannnn...



video



Amacam rasa geli-geli??

hahaha..

Ampa boleh buat macam ni??

=P


Sunday, September 26, 2010

PENDEK DAN PADAT

SIBUK DENGAN ASSIGNMENT DAN TEST


TAK SEMPAT NAK TULIS PANJANG-PANJANG

JANJI UPDATE

BABAI

=)



Saturday, September 25, 2010

KAMU SUDAH TUA~~

Happy befday to you

Happy befday to you

Happy befday to A.N.S.

Happy befday to you......



Selamat Hari Tua yer....

Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki

Semoga cepat-cepat dapat jodoh

Hehehe..




Ikhlas dari saya

Gadis Kampung Separa Bandar

a.k.a

W.N.H

=)





Hadiah apa yang sesuai eyh selain doa?


Friday, September 24, 2010

I NI PEMALU LA U...TOLONG PERCAYA OK?

Aku ni pemalu. Ampa percaya tak? Hahaha tolong la percaya Kih3..

Aku malu kalau kawan-kawan aku tau aku ada blog. Aku malu kalau depa baca blog aku. Pelik kan? Aku pon tak tau kenapa.

Ampa tau dak yang ampa kat blog ni tau aku ada facebook tapi orang yang dalam facebook tak tau yang aku ada blog.

Memang aku tak kecoh-kecoh kat FB yang aku ada blog. Aku pon tak tau kenapa aku malu. Segan la kalau orang yang kenai aku baca blog aku ni. Tapi dalam blog ni tak segan plak? Kih3..

Dalam blog lain, sebab aku kenai ampa dalam ni. Kalau ampa jadi member dalam FB pon aku tak kisah. Lagi bagus ada la.

Aku pon tak tau kenapa aku malu kalau kawan-kawan aku tau aku ada blog. Kalau yang dah tau, tau la kan kalau yang tak tau tu memang tak payah tau la hahaha..

Aku akan jadi malu bila kawan-kawan aku sebut-sebut pasal blog aku depan aku. Kalau dalam family aku pon sama.

Dulu umi n walid aku tak tau aku ada blog. Ni semua gara-gara sepupu aku. Boleh plak p bagitau kat walid aku. Tak shukeeee tawwww.. **gediks gler ayat cm ni** ahaha


Kadang-kadang bila adik aku jenguk-jenguk masa aku tulis blog pon aku marah. Tak suka ler. Bila depa kena marah, depa jawab "Ala satgi boleh baca gak". Kalau nak baca pulak mesti time tu aku tak dak. Aku malu. hehe.. Pelik betoi aku ni.

Entah la. Tak paham. Mungkin sebab kalau kat luar ni aku jenis gila-gila, happy jer slalu dan bila aku ada masalah n aku luahkan dalam blog apa yang aku rasa jadi cam tak best pulak kalau kawan-kawan aku tau.

Kalau boleh aku nak depa kenai aku yang hepy n gila-gila bukan nya gadis yang lemah n sedih-sedih. Tak macho la kan kalau depa tau aku ada masalah or sedih. Hehe.. So senyum-senyum slalu dan selamat beramal. Hekhek.


Aku nak selalu senyum macam ni




BZ wooo banyak assignment nak kena buat.

Terpaksa had kan masa untuk blogwalking.

Jangan lupa join contest.

Cau cin cau


Thursday, September 23, 2010

ADA APA DENGAN 10-10-10


Ampa dah join ka



Kalau belum ampa tunggu apa lagi?

Tarikh tutup dah nak dekat.

10-10-10

Cantikkan Tarikh ni?

Ada impian dan cerita di sebalik tarikh ni.

Nak tau apa?

Join la contest tu.

Hehehe...

Tak susah mana pon.

Aku hanya nak ampa senyum maneh macam

ni






Senang ja kan?

Kalau senyuman ampa tu maneh dan menarik perhatian aku

dapat RM 30

perghhhh mudah ja kan?

Terima kasih pada yang baru join contest.

Aku tak sempat nak terjah lagi disebabkan faktor kesibukan sebagai student. Banyak assignment ooo...

P/S: PATUTKAH TARIKH CONTEST INI DILANJUTKAN?


Wednesday, September 22, 2010

BAIK AMPA MENGAKU KALAU DAK......

Ampa tau dak aku ada adik umuq 3 tahun?

Dah macam anak aku dah beza sampai berbelas-belas tahun pulak tu


Hye nama saya Puteri Qistina Syakira



Sebelum ni aku sorang ja perempuan.


Nasib baik ada budak kecik ni tak la umi aku pening sangat sebab anak perempuan sulung dia ni pon pangai lebih kureng laki gak.


Tapi sekarang adik aku ni pangai dia nak ikut jejak aku dah.

Jenis lasak dan kadang2 kelolo gak.


Aku ni rajin ajaq dia yang pelik-pelik contohnya buat memek muka la, wat zombie la

dia ikut ja hehe



Sampai umi aku marah sebab aku ajaq yang pelik-pelik

Hahaha..



Tapi yang tak best nya adik aku si puteri ni suka memalukan aku gak

macam dalam N3 INI



Baru-baru ni gak dia telah memalukan aku sekali lagi.

Nak tau apa jom tengok video ni sampai habis.








Sampai hati hang adik....

kata kat kakak hang yang comel ni




Aku tak gemok sangat kan?

Baik ampa jawab YA kalau tak aku sunat ampa sekali lagi

hahaha

NOTACIKGADIS: AMPA BOLEH TENGOK VIDEO NI SAMPAI ABEH DAK?


Tuesday, September 21, 2010

18SX :MAIN TELOQ

Semalam aku chat dengan sorang budak ni

Member lama aku.

Aku pon tanya dia

"Dok watpa tu?"

Dia jawab

"Main teloq hahahaha..."

Aku:

"Amboi!!!!" (baca:dalam nada marah)

Dia jawab:

"Napa nak join???"

Aku:

"Mai aku nak pijak sampai pecah"

Dia:

"Ingat teloq ayam ka?"

......................................................................

Kalau hang tau tu bukan teloq ayam awat yang hang dok buat loqlaq dengan aku?

Hang ingat aku ni apa???

Kuang ajaaaqqqqqqq........ betoiiii!!!!

Bengong betoi laki cam ni.

Aku pijak-pijak juga sampai pecah.

Tak reti nak hormat orang langsung

Nak melawak tak kena cara.



Muka baik tapi pangai???

SEBAB SAYANG???

Ini entry jiwa-jiwa lagi.
Arghh adakah aku dah berjangkit dengan jiwang si mofasad ni?
Sudah tentu tidak. Orang kena tinggal jauh memang feeling jiwang-jiwang kan parid?

Jadi jangan salahkan dia kalau malam-malam sebelum tdo dia nangis.
kan parid?
Hihihi

Berbalik pada tajuk, hari ni genap setahun aku kenal my latest ex-boy miahaha..

Baru jer kenal tapi macam-macam masalah
Sebab tu pentingnya keserasian.
Apa tu serasi? KLIK SINI

Memang banyak masalah timbul sebab tak serasi.
Masa mula-mula ok jer
Bila dah lama sket mula la macam-macam yang keluar.

Dia dan aku sangat berbeza.
Baik dari segi perangai, cara dan segala-galanya.
Bukan sket-sket tapi banyak.

Aku plak dah sayang, cuba ikut dan jadi apa yang dia nak.
Aku janji yang aku boleh jadi macam yang dia nak.
Dan bila asyik paksa diri buat benda yang bukannya diri aku sebenar
mula la timbul masalah.

Aku macam tipu diri sendiri plak.
Kenapa nak ikut orang? Kenapa tak jadi diri sendiri?
Sebab sayang?

Jangan hanya kerana alasan sayang hang abaikan benda-benda lain.
Perasaan sayang tu tak kan bawa ke mana kalau tak serasi.
Aku dah sedar.

Panas sama panas mana boleh tahan.
Kuat cemburu sama cemburu pon tak boleh jalan gak.
Sorang suka bergaul dan friendly sorang lagi tak suka pasangan dia menonjol
Sorang lagi aktif kat U, sorang lagi aktif gak tapi tak suka GF dia aktif sama
Mana boleh tahan bai?

1st aku cakap sebelum kami kawan aku nak dia terima aku seadanya
tapi rasanya dia memang tak boleh terima aku seadanya.

Jalan terbaik adalah berpisah.
Pastu banyak drama pulak yang muncul
sampaikan dia buat aku benci dia.

Serius beb aku tak boleh nak jumpa dia
Macam N3 yang sebelum ni,
aku sanggup U-TURN balik rumah bila tau dia ada sekali.

SMS raya dia aku tak balas.
Walaupun dia dah minta maaf aku still tak boleh maafkan dia.
Serius beb hati aku terluka dengan apa yang dia dah lakukan
Tak kan aku nak dedah pula apa yang dia buat?

Maruah orang kena jaga sama.
Walaupun kami dah tak ada apa-apa.
Dalam FB pon kami tak pernah dok menunjuk-nunjuk yang kami ni kapel.
Dalam blog ada la gak sket2 aku ceta pasal dia tapi bertapis.
Kalau rajin godek-godek la sendiri tapi ex aku kan ramai
tau ka yang mana?
miahahaha..

Motif??
...................................................

Tapi hati aku tak tenang.
Bila aku fikir balik hati aku tak tenang selagi aku tak maafkan dia.
Dan hari ni aku SMS yang aku dah maafkan dia.
Dia reply SMS dan minta ampun kat aku sekali lagi?
Aku dah ampun kan.

Barulah hati aku tenang.

=)

Belajarlah memaafkan orang lain walaupun susah untuk memaafkan orang yang telah melukakan hati kita.

Monday, September 20, 2010

TAK SERASI TAPI SAYANG??


Serasi?

Susah nak cari pasangan yang betul-betul serasi.
Serasi dari banyak aspek.

Serasi untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain.
Serasi dalam memahami diri masing-masing
dan yang paling penting
dapat menerima pasangan masing-masing seadanya

Yang sudah berpunya mesti dapat tahu sama ada ampa serasi atau tak dengan pasangan ampa.
Jangan tanya aku sebab ampa yang ada jawapannya.

Kalau rasa tak serasi tapi memang sayang gila-gila pada pasangan
jangan paksa diri untuk terus bersama
sebab nanti diri yang akan merana.

Ada cinta tapi tak serasi boleh di ibaratkan macam
ada pokok tapi tidak berbuah.

Serius jangan paksa diri kalau tak serasi.
Aku sendiri dah ada pengalaman yang akhirnya hubungan tu tak kemana.

Hanya sebab sayang kita tak hiraukan benda-benda lain sedangkan dalam perhubungan bukan hanya sekadar cinta dan kasih sayang tapi banyak lagi faktor yang kena ambil kira.

Aku bukan pandai sangat bab-bab cintan ni
Single lagi plak tu *promote ni hehehe*


Tapi ni berdasarkan pengalaman dan apa yang aku tengok di sekeliling.
Nak tahu ampa serasi ka tak?
Pasangan serasi adalah
bila

Ampa dengan pasangan ampa tahu apa yang pasangan ampa mahukan walaupun ampa tak bagi tau.

Ampa paham pasangan ampa walaupun hanya dengan satu perkataan yang dia cakap.

Ampa tahu apa perasaan pasangan ampa dengan hanya melihat tingkah laku dia.

Ampa dapat lakukan semua perkara bersama dengan gembiranya

Ampa tau apa yang pasangan ampa suka atau tidak

dan yang paling penting

Ampa boleh main lawan-lawan berlehak (sendawa) sambil gelak-gelak dengan pasangan ampa

Tapi AWAS!!!

Jangan main lawan-lawan kentut dengan pasangan ampa dikhuatiri pasangan ampa pengsan bila terbau kentut ampa.

Sunday, September 19, 2010

KEMALU-MALUAN ATAU KEMALUAN-KEMALUAN??



Tajuk Entry kali ini tak ada kena mengena dengan Entry budak yang suka melucah ini ham ham hamzah ian

har har har


Argggg.. aku kemaluan disebabkan budak kecik

ni



Entry ni memang ada kena mengena dengan ENTRY ini

Al kisah bermula sehari sebelum raya. Aku telah mengerahkan askar-askar yang terdiri daripada

Adik-adik dan sepupu aku



untuk mengemas rumah sebab nak letak tikar getah baru

Budak-budak ni pon pakat-pakat tolong aku letak tikar getah.

Masa dok mengemas tu budak kecik ni






Dah mula mai nak mengacau. Orang nak buat keja dia pon nak buat gak.

Lepas kena marah dia pon dengan muka yang sememeh macam

ni



Naik duduk atas tangga.

Pastu masa kami dok kalut-kalut dok bubuh tikar getah tu


dari atas tangga dia jerit panggil aku


"atak, atak..ni pers atak" (kakak, kakak ni pampers kakak) sambil menunjukkan modes (tuala wanita) yang masih elok berbungkus di hadapan sepupu-sepupu dan adik laki aku.


Time tu memang muka aku dah bertukar pink kalerrrr..


Geng-geng laki pakat dok gelak kat aku..

Ni kes balas dendam ka adik sebab kena marah??

Adeh..aku pon tak tau dia dapat celah mana modes tu.


Yang pasti bukan aku punya.

Hampeh betoi.

Sekali lagi aku kemaluan disebabkan budak kecik ni..

Haisyoooo



Jagalah kemaluan anda baik-baik


DARI MINUM AIR KENCING SETAN BAIK MINUM AIR KENCING AKU

Budak-budak sekarang.
Advance lebih yer?

Kalau just suka-suka nak bergambar je tak ada gambar lain ke nak posing?
Kena amik gambar macam ni eyh??



Apa kata orang yang tengok pic ni plak?



Posing macam ni pon boleh gak yer?








Dari hang minum ayaq kencing setan baik hang minum ayaq kencing aku?
Errr...

Saturday, September 18, 2010

AKU SAKIT JIWA???




Ini N3 jiwa-jiwa.

Sebab aku tengah sakit jiwa sekarang.
Tak paham dengan diri sendiri.
Bila tiada kau rasa diri kau tak lengkap.
Tapi bila dah ada kau rasa takut untuk melengkapkannya.



Ya aku penakut.
Kenangan lalu dah banyak mengajar aku.
Berkali-kali aku dilukai.
Aku jatuh, aku bangun semula.
Tapi aku jatuh lagi.


Dan sampai saat aku tak dapat nak bangun lagi.
Ada yang hadir cuba membantu aku untuk bangun semula.


Namun semua itu seketika.
Dia biarkan aku jatuh lagi.
Berkali-kali aku jatuh.
Aku cuba bangun semula walaupun sakit itu masih terasa.



Sekarang,
ada yang cuba ingin membawa aku merasa bahagia itu.



Aku takut.
Takut untuk merasa perasaan itu lagi.
Takut seandainya dibiarkan jatuh sendiri lagi.



Apa ni???
Kenapa ketakutan tu terus menghantui aku?



Arghhh
aku sudah sakit jiwa agaknya.


Ya, jiwa aku sakit.







Jangan memberi harapan seandainya tak bisa menjadikannya kenyataan


HANG NI POMPUAN JENIS APA HA???

Cuba ampa tengok budak pompuan ni dok bergambar dengan apa?


Kalau pompuan macam ni aku dah tak tau nak kategorikan dalam golongan apa.

Dapat dari FB.

Memang kena kutuk kaw-kaw tapi dia boleh jawab "dah pandai buat pandai2 la BERTAHUBUAT"

ni ayat dia bagi bila ada orang komen suruh dia bertaubat.

BERTAHUBUAT HANG CAKAP?

Kalau hang mati tak dan nak bertaubat TAHUBUAT la ang dalam kubuq tu macam mana. Baru nak ketahuan ang kena seksa.

Apa nak jadi dengan dengan budak-budak zaman sekarang?


Friday, September 17, 2010

CINTA is TERUS TERANG???






Jangan pernah kau katakan
Bahwa cintaku terlarang
Karena tak ada yang tahu
Arti cinta sesungguhnya

[*]
Cinta datang dari Tuhan
Yang tak mungkin ku hindarkan
Karena aku manusia
Yang pastinya butuh cinta

[**]
Kepadamu aku terus terang
Bahwa aku memang masih sayang
Demi kamu aku relakan perpisahan

[***]
Hanya kamu yang aku sayang
Bersamamu jiwaku melayang
Demi kamu aku relakan perpisahan

Back to [*][**][***] 2x

Perpisahan..
Cinta datang dari Tuhan




Ya cinta datang dari Tuhan.

Perasaan untuk mencintai dan dicintai itu normal.

Kadang-kadang cinta hadir tanpa diundang dan pergi tanpa ada yang merelakan.

Namun perpisahan adalah sesuatu realiti yang kita kena hadapi.

Patah tumbuh hilang berganti walaupun yang hadir tak mungkin sama dengan masa yang lalu.

Atau mungkin lebih baik dari masa lalu

Siapa tahu?


Gambar Hiasan


UPDATE 2: PESERTA CONTEST SENYUMAN MANEH

Update Senarai peserta Contest Senyuman Maneh sesi ke-2



http://kakakhanez.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://seliparhijaumuda.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://cikgumardiah.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://nazirahz.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://pabilamanusiadatangbulan.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://bluezeva.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-manis.html

http://lionteen-me.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://suzuran89.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://sophiealyahya.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://manis-sweet.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://miszaten.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://sarcasticversion.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://boneca-azwa.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://azieraillina.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://halieisa.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://amalbaharuddin.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://mamarifqy.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://loveyuni.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://sayesukedye.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://ibudamia.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://hidayahmurni.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://munimun.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh_15.html

http://kedaikopiayie.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://wrose88.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://asfzlily.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://nadia1589.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://are-sya.blogspot.com/2010/09/c0ntest-senyuman-maneh.html

http://fiera-rafique.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://serenesyafiq.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://ayleencutegirl.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://murnimahyum.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html

http://rynaowhryna.blogspot.com/2010/09/contest-senyuman-maneh.html


Senyuman ampa semua memang maneh-maneh.. =D

Terima kasih join contest yerk..

Untuk senarai terdahulu klik SINI

Pada yang belum tunggu apa lagi, jom join contest


Thursday, September 16, 2010

ADA BENDA NAK BAGI TAU


Baru balik dari Perlis.

P Padang Besaq n lepak

sini

Nak tengok gambar menarik lagi KLIK SINI

Tu ja nak gitau

~babai~


CABAR MENCABAR KE TERCABAR?

Ada orang cabar aku suruh aku kuruskan badan.

Kuruskan badan yek ?

Sekarang ni kan chubby sket.

Aku bukannya tak nak diet aku cuma takut kalau aku kurus nanti ramai peminat nak minta autograf * ayat riak gila padahal pemalas nak diet*

Hahaha...

Chubby comel per kan?

Perempuan selalu susah hati pasal berat badan.

Tapi kalau lelaki tu muncit perempuan tak kisah pon.

Adakah golongan perempuan ini sangat baik??

Sweeett jer kan perempuan ni?

Hahaha


Malas nak letak pic sebab chubby.

Nak tengok add Facebook *promote FB plak dah*

Keh3...

Tapi jangan lupa perkenalkan diri sebagai blogger.

Ampa tengok pic ni dah la...


UPIN IPIN ALAF BARU


Wednesday, September 15, 2010

SEKSI KE SEKSA?



Perempuan seksi?

Ampa suka ka?

Kalau lelaki mesti suka punya kan tengok perempuan seksi-seksa ni?


Aku pon suka. Dah depa dok tunjuk kita tengok la kan? Bezanya aku perempuan so tak berdosa tapi ampa lelaki? Sendiri mau ingat la kan?

Masa bulan Ramadhan hari tu aku p shopping raya kat Queensbay ramai la juga anak-anak melayu yang beragama Islam semestinya, tak agak-agak nak pakai baju seksi-seksa ni.

Sepatutnya dalam bulan puasa pakai la baju sopan-sopan sket. Ni dok pakai baju tak ada lengan dok usung ketiak tu rata dok tayang sana sini.

Kalau ketiak tu cerah xpa, ni sendiri mau ingat la hehe..

Habis pahala orang yang dok tengok atau sengaja tertengok.
Apa yang aku tahu, lelaki yang ada mak we yang seksi mesti bangga punya ada mak we seksi.

Tapi depa nak cari isteri seksi ker? Kalau yang bagus pasti akan cuba membentuk supaya berubah. Tu pon kalau boleh ikut. Kalau yang tak boleh?

Tapi kalau seksi macam ni?




Tak apa kan? Keh3...


Tuesday, September 14, 2010

LU APA TAHU????

Semalam kawan gua ajak gua kuar lepak minum-minum kat area Jitra. Memang gua nak pergi. Lagipun dah lama tak jumpa member gua ni.

Masa dia call bila gua tanya "kawan baik" dia ada tak? Dia kata tak dak. So orait la kan. Bila gua dah sampai sekerat jalan dia sms kata "kawan baik" dia tu ada sekali.

Gua apa lagi terus u-turn balik rumah. Sory la bro hati gua masih pedih. Sakit dengan apa yang jadi. Gua tak bersedia lagi nak jumpa "dia". "Dia" yang dah berjaya melukakan hati gua dengan kata-kata bisa.

Biarlah apa orang nak cakap tapi sakit itu gua yang rasa. Kata-katanya yang melukakan hati gua ni masih tersimpan kukuh dalm hati.

Ya perempuan kalau terluka memang lambat sembuh. Kau lelaki apa tahu? Oh gua lupa, lelaki juga turut dilukai.

Eh apsal aku cakap guna gua-gua ni?

ORANG LAIN P BERAYA KAMI...............

Tahun ni raya suma sepupu pakat-pakat balik. Memang meriah la. Riuh rendah apa tah lagi dah lama tak jumpa. Cuma raya tahun ni tak lengkap sebab arwah tok dah tak ada. Pagi raya tak ada tok nak cium tangan dia. Agak sedih. Al-fatihah untuk tok.

Tapi kemeriahan hari raya tu tetap terasa bila semua sepupu aku pakat-pakat balik. Lepas raya kami p ziarah kubur arwah tok dan tok wan yang kuburnya bersebelahan saja.

Pagi raya mak teh aku masak rendang, perghh memang mabeless. Petang sket makan lontong dengan nasi impit memang terbaik oh!

LONTONG (SUMBER:GOOGLE)


Bila petang raya, dah abeh p beraya dengan pakai baju kurung dengan baju melayu kompom la panas kami pon suma pakat nak p mandi ayaq terjun. So kami suma gerak ke Batu Hampar yang memang tak jauh pon dari rumah tok aku. Dalam 5 minit dah sampai.



Batu hampar ni jarang sikit orang p berbanding dengan Titi Hayun. Mungkin sebab persekitarannya yang sunyi. Masa kami sampai dengan 2 buah kereta pon ada mat-mat motor tiba-tiba tersesat sorang popuan yang dok teriak (menangis).

Bila kami sampai ja mat-mat motor tu pakat blah. Kami suma dok pikiaq dh nak kena qeqah pa budak popuan tu sampai dok teriak-teriak. Tapi disebabkan muka sepupu-sepupu aku ngan adik-adik aku yang cam gengster suma pakat blah. Lepas tu kami ni geng-geng popuan baru berani turun dari kereta.

Nasib baik tak ada benda yang tak elok jadi. So kami pon meneruskan perjalanan. Memang agak adventure. Lagi pon kami p mandi tempat yang jarang-jarang orang p. Memang agak penat sebab terpaksa naik turun tangga.



Tapi bila dah sampai perghh memang puas hati. Rasa berbaloi walaupun penat. Bila tengok ayaq terjun dia memang cantik ar.. Apa lagi pakat-pakat terjun mandi la. Siap buat kereta api lagi ramai-ramai hahaha...



Apa yang best memang boleh gelongsor turun dari atas tu. Adik aku sampai koyak seluar sebab sakan sangat gelongsor kah kah kah.






Bila dah ramai-ramai cam ni geng-geng laki apa lagi mendapat peluang menunjukkan bakat masing-masing. Terjun kepala dulu la. Macam-macam. Tapi ada gak yang tak jadi apa lagi gelak beramai-ramai la hahaha...



Gaya mendepa tangan




Yang ni aku tak tau gaya apa hahaha


Raya kali ni memang terbaik oh~ Bila dah habis mandi siap menggigil lagi perut pon mula la lapaq. Balik tu melantak la tunggu apa lagi kan? Sekarang ni rasa makin montel plak aku ni haha..

Montel pon tak apa. Janji hati mau senang. Dan paling penting senyum tetap maneh ahahaha.. =P


Monday, September 13, 2010

NGERI!! DISIKSA SAMPAI MATI

KUALA LANGAT: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu hilang bersamanya melalui detik ngeri diseksa, dibelasah selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.




CARI BUKTI...anggota polis memeriksa sisa tulang dan abu mayat di Banting, semalam. Gambar kecil, salah seorang suspek yang ditahan.

Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah.

Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Sri Bakri Zinin, selepas anggotanya melakukan soal siasat lapan suspek ditahan selepas dipercayai ada hubung kait kes kehilangan jutawan berkenaan sejak 12 hari lalu.

Menurutnya, hasil siasatan, polis memberkas seorang peguam berstatus Datuk berusia 41 tahun disyaki dalang utama merancang kes penculikan dan pembunuhan kejam selain adik suspek berusia 38 tahun.

“Polis mengesan lokasi mangsa dipercayai dibunuh berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, di sini, selepas menahan adik-beradik terbabit selain enam lagi suspek turut terbabit.


“Lima suspek awal diberkas Jumaat lalu sebelum peguam berstatus Datuk dan adiknya diberkas kelmarin. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun turut dikaitkan kes pembunuhan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, semua suspek berusia 19 hingga 45 tahun berkenaan dikenal pasti pekerja kepada Datuk berkenaan termasuk ada antara mereka pekerja di ladang tempat mangsa dibunuh


“Polis setakat ini tidak menolak kemungkinan mangsa dibawa ke ladang itu sebelum dibunuh dengan kejam, Ada kemungkinan mangsa dipukul sehingga mati menggunakan senjata sebelum sengaja dibakar hingga menjadi debu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini, petang semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa yang bertukar menjadi debu dicampak ke sungai berhampiran dan dihanyutkan ke laut berhampiran pantai Morib, di sini.

”Polis percaya mangsa dibunuh dan dibakar di tempat sama di dalam ladang kelapa sawit terbabit berdasarkan bukti awal diperoleh. Suspek dipercayai turut membuang senjata digunakan untuk membunuh mangsa di dalam sungai sama.

“Setakat ini polis masih menjalankan gerakan memburu saki-baki dan rangkaian kumpulan penjenayah merbahaya terbabit. Polis percaya kumpulan terbabit turut bertanggungjawab dalam satu lagi kes sama awal tahun ini,” katanya.

Difahamkan empat individu turut mempunyai kaitan dan urusan perniagaan dengan peguam berkenaan dilaporkan hilang sebelum ini dipercayai dibunuh dengan kaedah sama.

“Ada kemungkinan kes pembunuhan ini bermotifkan saingan perniagaan, namun polis masih menyiasat motif sebenar mangsa dibunuh kejam. Semua suspek akan ditahan reman sehingga 19 September depan untuk tujuan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan.

“Apa yang boleh saya katakan, andaian mangsa masih hidup amat tipis. Bagaimanapun polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik mengesahkan sepenuhnya perkara berkenaan termasuk DNA bagi mengesahkan identiti mangsa dibunuh,” katanya.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu semasa keempat-empat mangsa berada di Banting untuk bertemu peguam bergelar Datuk berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar mereka dibunuh, tetapi ia mungkin antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehingga semalam.

Mengenai keluarga mangsa, beliau memberitahu, keluarga mangsa sudah dimaklumkan berhubung kes terbabit dan polis menjelaskan kepada mereka pengesahan lanjut daripada forensik dan Jabatan Kimia diperlukan mengesahkan sepenuhnya kematian semua mangsa.

“Apa yang saya boleh sahkan sekarang, pengakuan suspek menjurus ke arah itu,” katanya.

Mengenai tahap siasatan, beliau berkata, pihaknya tidak dapat menyatakan daripada segi peratusan, namun semua perkara hanya dapat disahkan dan disempurnakan selepas polis menerima laporan forensik dan kimia.

“Laporan forensik dan kimia akan mengambil masa, dan keluarga mangsa dan media akan dimaklumkan sebaik saja kami menerima semua laporan mengenai perkara ini,” katanya


SUMBER: KLIK SINI



Pembunuh memang berhati kering sampai sanggup seksa mangsa macam tu sekali. Ni manusia berhati binatang ka? Binatang pon tak buat macam tu. Harap-harap pembunuh dapat hukuman yang berat. Memang jahanam betoi depa ni.

Bila dok pikiaq balik, kaya sangat pon tak boleh, miskin sangat pon susah. Macam-macam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi