Sunday, October 31, 2010

AKU BALIK NI......

Semakin jarang-jarang pulak aku update blog.

Al-maklum la sekarang ni study week.
Time for study ok?
Tapi kelmarin rempit balik kampung
hehe...

Singgah kat Yan dulu,
ni baru sampai AS.
Tadi mendung, laju jer aku bawa motor takut terkena hujan.
Dengan laptop lagi, habis basah nanti.

Elok-elok sampai umah jer terus hujan.
Alhamdulillah.

Aku balik ni.
Ada blogger yang dok area-area Alor Star nak dating dengan aku tak??
Hihihi...






Kenangan Manis dengan kawan-kawan di Gunung Jerai

Friday, October 29, 2010

ALAMAK!! DAH TERLEPAS

Senyum mau maneh



Aku dah terlepas.

Rupanya aku dah terlepas tarikh ulang tahun penubuhan blog aku ni.

23.10.2008 adalah first entry aku yang pada masa tu tujuan aku menulis blog adalah hanya sekadar untuk luahan hati.

Dah terlepas.

Nak buat macam mana, aku terlalu sibuk. Ya sibuk.

Baru hari ni aku perasan yang aku dah terlepas tarikh tu.

Baru je abeh viva untuk praktikal aku.

Nasib baik dapat menjawab dengan tenang semasa lecturer menyoal pasal praktikal hari tu.


Dengan classmates sebelum penyampaian sijil Praktikal


Dan di kesempatan ini, aku nak ucapkan Terima Kasih kepada Mohd Fadzil Mohd Amin kerana telah memperkenalkan aku dengan dunia blog ni.

Malangnya hubungan kami dah terputus. Blog dia pon dia dah private. -Jalan Yang Berliku- kalo tak silap aku nama blog dia.

Lepas dia balik Malaysia, hubungan tu terus terputus. Sebelum ni dia study kat Cairo.

Dia dah aku anggap macam abang sendiri.

Jadi kalau anda ada mengenali dia ataupun dia ada terbaca entry ni sila khabarkan pada aku. Untuk yang berkenaan sila contact semula.

Tolong aku mencarinya.

Perlu tak nak publish gambar dia???




P/S: Terima kasih kepada new followers yang sudi followed blog GKSB ni dan yang sudi berkunjung ke blog ni. Insyaallah kalau dah tak BZ akan terjah balik ke blog ampa. Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda dan komen entry di blog ni.


Thursday, October 28, 2010

BEST SANGAT KE MENJADI PERAMPAS KEKASIH ORANG?



Pernahkah kekasih anda dirampas?

Sakit kan kecewa?

Lebih sakit kalau yang merampas kekasih ampa adalah kawan baik sendiri.

Selama ni kita berkawan baik dan kawan baik ampa mengenali kekasih ampa. Dan tiba-tiba hubungan ampa dengan kekasih ampa menjadi dingin. Ampa pon berkongsi cerita dengan kawan baik ampa.

Tapi tiba-tiba kawan baik ampa yang selalu bagi kata-kata nasihat, macam tak mau masuk campur. Hubungan ampa pon tak lagi macam dulu.

Ampa pon pelik. Apsal tiba-tiba orang yang ampa sayang di sekeliling ampa berubah?

Tup tup ampa dapat tau kekasih ampa ada hubungan sulit dengan kawan baik ampa. Ampa akan rasa dikhianati oleh kawan baik sendiri, orang yang ampa percaya.

Pasti sakit hati, kecewa tu tok sah kata la rasa macam nak bunuh ja sekoq-sekoq.

Itu baru kisah kawan baik rampas kekasih ampa. Tapi kisah yang aku nak kongsikan kali ini adalah melibatkan roomate sendiri yang rampas kekasih dia.

Pasha Sandha (bukan nama sebenar) memang terkenal dengan personaliti yang menarik. Tinggi, putih, lemah lembut. Namun si Lisa Surihanis ni tak kurang juga kecomelannya. Putih gebuss walaupun agak rendah sket dari Pasha dan mereka adalah teman sebilik.

Pasha memang terkenal dengan perangai playgirl. Tak pernah lekat dengan seorang laki, selalu perhubungannya tidak akan kekal lama dan gaya hidupnya agak moden jika nak dibandingkan dengan Lisa yang sering berbaju kurung al-maklum lah asal dari negeri Pantai Timur.

Tapi apa yang Lisa tak tahu adalah Pasha ada hubungan sulit dengan Pak we Lisa.

Lisa dapat tahu pon kebetulan masa secara tak sengaja terlihat laptop Pasha yang masa tu tengah chat dengan Pak we si Lisa ni. Masa tu Pasha ke toilet. Dia tinggalkan laptop kejap.

Masa tu si Lisa ni dah pelik. Bila dia tanya si Pasha ni tak mengaku. Kononnya macam tak ada apa-apa dengan Pak we si Lisa ni.

Ada 1 hari tu masa Pasha kuar amik air kat pantry, Lisa check telefon Pasha. Apa yang mengejutkan siap ada SMS sayang-sayang lagi dengan pak we si Lisa ni. Apa lagi mengamuk sakan la Lisa.

Bawa nset si Pasha ni lempar depan dia sampai berkecai. Yang pasha ni terkejut. Lisa ni mengamuk sampai cakap "nate mu bla bla..."

Ini kawan sebilik sendiri yang merampas kekasih. Sangat kurang ajar betol. Walaupun macam tu, tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Dalam kisah ni pak we si Lisa tu turut bersalah.

Ampa ada pengalaman macam ni? Kongsikan



P/S: Kisah ini berdasarkan cerita betul. Cuma nama watak saja yang berbeza.


Wednesday, October 27, 2010

ORANG TANYA: MACAM MANA DAPAT IDEA NAK TULIS BLOG? AKU TANYA: KENAPA AMPA TULIS BLOG?



Ada orang tanya aku macam mana aku cari idea tulis blog?

Idea??

Kalau kita cari, perah otak nak cari idea untuk tulis memang idea tu tak kan datang. Tapi bila kita dah gosok gigi, cuci muka, dah berbaring atas katil nak tidur time tu la idea melonjak-lonjak datang.

Kalau aku rajin, aku akan bangun tulis blog tapi kalau aku dah ngantok tahap gaban, memang tak adanya aku nak bangun. Bila bangun esok pagi memang tak ingat apa-apa dah.

Dan yang tak boleh blah skali idea datang time aku bawa motor nak balik Alor Star dari Penang. Time tu la macam-macam idea nak tulis blog datang. Tapi tak ada pekdahnya aku nak berhenti tepi highway, buka laptop tulis blog. Silap-silap orang kata aku ni gila.

Kalau tanya aku macam mana aku cari idea nak tulis blog, aku akan cakap tulis blog guna hati dan pemikiran berdasarkan pemerhatian yang aku lihat mengenai apa yang berlaku disekeliling aku.

Tapi ada blogger yang tulis blog macam tulis diari, ada blogger yang tulis blog hanya cerita pasal orang yang dia sayang, ada blogger yang hanya tulis blog berdasarkan copy n paste berita di surat khabar, ada blogger yang suka cari gaduh dan macam-macam lagi blogger yang akan kita jumpa. Semua tu bergantung bagaimana dia mencorakkan blog dia.

Aku selalu tulis mengenai apa yang berlaku di sekeliling aku, pengalaman-pengalaman yang aku sendiri alami. Kalau aku tak keluar bilik, tak banyak berjumpa orang aku memang tak akan ada idea nak tulis blog.

Aku juga seorang silent reader. Aku akan baca blog dia dari start dia mula tulis dalam blog dan aku cuba memahami apa yang berlaku dalam hidup dia. Apa yang menjadikan dia sebegitu rupa. Tapi aku tidak akan menilai dia kerana setiap orang itu adalah berbeza, kita tidak boleh menilai orang kerana ia akan memberi maksud yang berbeza.

Kenapa ampa tulis blog???

Berbalik kepada tujuan asal ampa menulis blog kerana apa? Adakah untuk menjadi popular apabila terbaca ada blogger yang masuk dalam surat khabar?? Sudah pasti ampa ada sebab yang tersendiri kenapa ampa tulis blog.

Ada orang tulis blog kerana ingin mencari kekuatannya di sini. Iaitu kita sebagai pembaca untuk memberikan dia kekuatan. Walaupun hanya sekadar komen, mungkin ia sangat bermakna bagi pemilik blog.

Bagi aku, tulis lah mengikut acuan sendiri bukannya terikut-ikut dengan cara orang lain kerana penulisan kita itu juga menggambarkan diri kita yang bagaimana. Hormatlah orang, dan orang lain juga akan hormat kita. Jika ingin menegur, biarlah kena dengan cara kerana tak semua orang itu sempurna.

Tepuk dada tanya hati.

*Untuk blogger baru ada tips yang pernah GKSB kongsikan dalam entry ini dan entry ini. (RIGHT KLIK)


Tuesday, October 26, 2010

DAH BERTUNANG TAPI MAIN-MAIN CINTA DENGAN ORANG LAIN???

Ini cerita pasal tunang yang dh ada tunang tapi still dok meroyan kat laki lain.

Kawan aku, aku namakan dia Lisa Surihani (bukan nama sebenar) cerita yang dia gaduh dengan roomate dia Si Pasha Sandha.

Gaduh sebab Pasha Sandha ni dah terkantoi dengan tunang dia Si Awal Ashaari gara-gara dok meroyan dengan jantan lain.

Kebetulan Lisa Surihani ni dulu sekelas dengan Si Awal masa buat degree dan sekarang ni Lisa dan Pasha sambung master kecuali Awal ni yang sibuk bekerja. Cari duit nak kawen kan?

Bila dah terkantoi Si Pasha ni tuduh Si Lisa yang cerita semua tu dekat tunang dia. Mula la depa tak bertegur sapa.

Sedangkan tunang si Pasha Sandha ni syak yang Pasha ada laki lain bila bil telefon melambung tinggi, nak kata selalu sms dan call tunang sendiri jarang-jarang sekali. Bila tunang dia check bil telefon ada nombor tak dikenali.

Bila dah terkantoi si Pasha ni macam tak nak akui kesalahan sendiri. Dah memang dia pon keras kepala. Bagi dia, apa yang dia buat semua betul. Si tunang pula memang penyabar orangnya still bagi peluang dan banyak mengalah.







Tak tahu kenapa walaupun dah ada tunang still nak main-main cinta dengan orang lain?

Sepatutnya bersyukur sebab ada tunang yang penyabar macam tu.

Sebab ramai lagi yang terkejar-kejar untuk mencari kebahagiaan.

Kadang-kadang bila seseorang itu terlalu ikut telunjuk kita, tanpa kita sedar kita mempergunakannya, kita mencabar kesabarannya tapi andai kata kesabaran itu semakin hilang mungkin saat itu menyesal pon dah tak guna.

Hargailah orang yang sayangkan kita dan terima dia seadanya.

Doakan Allah tetapkan hati kita dan terhindar dari semua ini.


"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai,
maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"



Monday, October 25, 2010

TAK PUAS!!


Belum puas lagi nak cerita pasal bola baling.

Sapa yang pernah main mesti tau macam mana kasarnya permainan ni.
Jadi kalau yang lembut-lembut tu memang tak digalakkan main permainan ni.
Walaubagaimana pon tak salah nak mencuba.
Lagipun tak banyak peraturan sangat jika nak dibandingkan dengan bola jaring.

Sebab tu aku tak berapa suka main bola jaring, peraturan dia ketat sangat lagi pula aku kan memang jenis suka langgar peraturan hehe.. *walaupun alasan sebenarnya aku ni pendek*
Hohoho...


Adik-adik junior yang rajin turun training


Dalam pada tu ada kisah yang menarik terjadi.

Selalunya kita tengok pemain jer yang jatuh tapi masa kami dok lawan tu pengadil plak yang jatuh siap boleh berbaring lagi atas padang hahaha...

Dia undur-undur pastu macam mana tah dia terjatuh kot belakang terus berbaring atas padang...

Pastu bukan nak bangun cepat-cepat, dia baring je atas padang tu sambil tersenyum...

Aku apa lagi gelak sakan la... Bila lagi nak gelakkan pengadil... Kih3...

Dalam pada tu aku nak ajar ampa taktik baru untuk mengelakkan kulit ampa dari sun burn.

Cara-caranya adalah dengan melakukan

begini


Amacam???

Ok tak tips aku bagi ni??

Hehehehe....

Memang panas. Panas hati sama bila dapat lawan yang main kasar

Tapi nak maintain kan kemachooan tu haruslah sentiasa bergaya

begini ke padang


Dan yang paling tak boleh blah lagi

Bila suma bajet diva.

Antara diva-diva yang terhangat di pasaran





Macam KLCC dah rupanya. Aku jadi jambatan penghubung hehe..




Sunday, October 24, 2010

BILA BABI DIBABI-BABIKAN!

Dah 2 hari aku tak update blog.
BZ sebab ada sukan.
Aku main bola baling.

Hari tu bola tampar, sekarang ni bola baling so ampa leh bayangkan la betapa gelapnya aku sekarang ni kan.

Tak dating la aku sampai 2 bulan nak tunggu bagi kulit sekata dulu walaupun hakikatnya aku memang hitam haha...
Dating konon, nak dating ngan sapa tak tau la kan tetttt...

Ok berkenaan dengan tajuk, masa perlawanan tu memang aku asyik membabikan orang ja.
Memang emosi dan mulut aku tak boleh nak dikawal dah gara-gara sebab hangin dengan pihak lawan.

Main jer kowt tak payah la nak main kasar-kasar.
Sampai tercabut kerongsang tudung aku apa cerrrr???

Mau aku tak hangin. Pastu main tojoh dengan kepala lutut pulak tu.
Lompat pastu kasi lutut kat orang. Memang aku babikan ja depa tu hahaha..
Aduhh memang la tak sopan tapi kalau dah geram sangat memang terkeluar la yg tak sepatutnya.

Nak tahu macam mana kasarnya depa main?
Macam ni


Dan macam ni

Siap tahan kaki lagi.
Macam mana aku tak maki-maki atas padang tu

Tapi kalau dah nama main bola baling memang akan kasar punya.
Sebab tu aku suka main bola baling.

Aku pernah berdarah hidung masa main bola baling ni, dan ada juga budak yang pengsan sebab secara tak sengaja berlaga dengan aku.

Lepas dah depa main kasar-kasar macam tu aku main kasar balik la.
Berapa kali kena rehat 2 minit sebab false hehe...
Walaupun kami kalah dan hanya berjaya ke separuh akhir jer tetap puas hati.





=)


Friday, October 22, 2010

MULUT TEMPAYAN!! HABIS TERBONGKAR RAHSIA

Dapat Tag dari sis Lydia Miza sedap nama hehe..

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you


1. Aku suka makan sebab tu aku gemok haha..

2. Aku suka makanan pedas walaupun masa makan meleleh ayaq mata sebab pedas aku makan gak. So aku memang tak kan cari orang kelantan nak buat laki sebab depa makan maneh.

3. Aku ni nampak kasar sket, ala-ala brutal tapi hati aku lembut sebenarnya haha..Kantoi di situ

4. Nama aku start dengan Wan walaupun aku bukan orang kelantan dan bapak aku bukan nama Wan tapi umi aku Ku. So Jadi la Wan dan adik aku Megat tapi ada gak nama adik aku putera dan puteri.

5. Aku suka masak walaupun jarang-jarang masak, dan sambal tumis aku memang kaw pedas. Adik aku selalu makan sampai berpeluh-peluh.

6. Tak suka membebel dan dengar orang membebel. Tapi kalau dah start membebel sila tahan telinga.

7. Cepat marah dan Cepat sejuk.

8. Suka gelak

9. Nampak macam garang tapi bila dah kenal orang akan kata kepala senget juga budak ni.

10. Suka lelaki tinggi...

11. Suka lelaki ada janggut perghh smart kowt.

12. Tak suka perempuan bajet HOT.. Hang pikiaq hang segak??

13. Lelaki control macho jambu bagi aku.

14. Hidup dikelilingi kawan-kawan yang bermulut puaka+neraka, kalo suka sentap sila p nyorok belakang pintu.

15. Cepat sayangkan orang (bahaya ni)

16. Selalu nak tolong orang tapi alih-alih diri sendiri yang teruk dan dipijak oleh orang lain.

17. Pernah bertumbuk dengan budak lelaki masa sekolah rendah dulu huhu..

18. Suka dengan budak-budak

19. Kuat mengusik dan sekarang ni bertemu buku dengan ruas bila ada yang suka dok mengusik aku plak. Geram betoi bila tak leh nak usik balik..

20. Selalu tersenyum tapi bila muka aku dah jadi lain orang dah tahu ada something yang tak kena.

21. Roomate aku asal Afrika, berbangsa India beragama Islam.

22. Kadang-kadang terlebih berani sampai pernah ligan peragut yang ragut beg aku.

23. Tak suka lelaki merokok depan perempuan nampak sangat lelaki tu tak reti nak hormat perempuan.

24. Jarang shopping sebab tak larat jalan. Kalau nak beli apa-apa, dah berkenan amik terus bayar. Tapi slalu kompius nak pilih yang mana berkenan di hati.

25. Kebanyakan ex aku dulu-dulu semua putih dari aku.. Sampai aku terpikiaq ada juga nowh lelaki yang suka kat aku walaupun aku ni hitam. Haha... Apakah???

Perghh jenuh pikiaq.

Nak kena tag 25 orang pulak??

Aku tag

Anip harun

Wan Jun

Elfarida

Qamarina

sharkox

Safiyyah Osman

S.o.f.i.a

Mak su

echah mashuri

Pak cik lie

Life Kami

Aida Azryn

T@sh Sch@

Mofasad

Hamzah

Mizz Sue

HEMY

Hans

Mankuchai

Hantwo

Nur-Za Ma

Pidut Asis

Fyza

wani_cmi

confuseme

Ok DONE.

Aku tak letak link sebab maleh hahaha..

So silakan buat, kalo rajin tak ada paksaan =)


KALAU ADA MASALAH LUAHKAN, USAH DISIMPAN. TAPI LUAHKAN KEPADA SALURAN YANG BETUL



Alhamdulillah.

Tadi aku dah buat meeting dengan budak-budak aku

Aku dah tegur dan luahkan apa yang aku dok pendam, apa yang aku rasa.

Aku harap budak-budak tu akan buat yang lebih baik lagi lepas ni.

Aku tak salahkan depa 100% sebab aku tau depa baru first year yang mungkin kekurangan pengalaman tetapi malu nak bertanya.

Lepas ni aku harap depa akan amik iktibar dan teguran yang aku buat itu bukan bermakna aku nak hentam depa, tapi niat aku cuma nak perbetulkan apa yang perlu diperbetulkan walaupun aku tahu aku pon tak sempurna.

Lagipun ni tahun akhir aku, lepas ni hanya ada budak-budak tu nak menyambung legasi yang mungkin akan kami tinggalkan nanti.

Tapi

Sungguh memalukan tadi aku hilang sifat kemachoan aku bila aku termenangis di depan budak-budak tu.

Ciisss...

Mungkin aku terlalu penat memendam.

Habis la pecah rahsia. Kakak yang nampak garang dan tegas ni rupanya punyai hati yang lembut dan cepat tersentuh.

Argghh memalukan betul.

Aku harap depa akan amik teguran aku itu sebagai sesuatu yang positif.

Aku juga belajar sesuatu.

"Walau sejauh mana pon kita berlari, andai kita rebah, pasti ada yang akan menghulurkan tangan memimpin kita bangun kembali"

Terima kasih kepada yang memberi kata-kata semangat dalam entry ini.

Bak kata aku

Senyum mau maneh

Senyum-senyum selalu

=)









Thursday, October 21, 2010

AKU BARU SEDAR, DALAM HIDUP NI RAMAI ORANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI!!!

Sekarang dah bulan 10. Lagi 2 bulan lagi akan sampai penghujung tahun 2010. Sekejap jer kan? Memang langsung tak terasa.

Macam-macam kenangan pahit dan manis yang terlakar untuk tahun ni. Kisah aku? Banyak yang terjadi. Yang pasti keadaan mungkin tak kan sama macam dulu.

Entah mengapa tahun ni adalah tahun yang paling banyak kejadian pahit dalam hidup aku. Tahun kehilangan. Aku kehilangan ramai orang yang aku sayang. Aku hilang nenek untuk selamanya, aku hilang kawan baik yang tidak lagi bertegur sapa yang mana aku tak tahu langsung kenapa boleh jadi macam tu. Aku hilang kekasih yang berjanji akan menjaga aku. Aku hilang ramai orang yang aku sayang.

Dan tahun ini juga aku kena ragut. Lihat entry ini , entry ini dan entry ini untuk tahu kejadian sebenar. Memang tahun ni tak membawa tuah pada aku.

Prestasi pelajaran aku pon jatuh dengan mendadaknya. 8-11-2010 aku akan start final exam. Cuma aku akan usaha yang terbaik kali ini. Doakan aku.

Minggu ni akan ada sukan lagi. Minggu lepas, pasukan bola tampar kami berjaya ke separuh akhir. Menjadi 4 pasukan terbaik yang melangkah ke separuh akhir. Pernah juga aku cerita dalam entry ini yang mana akulah yang menguruskan segala-galanya dari cari pemain sampaikan aku la juga pemain.

Minggu ni orang yang sepatutnya uruskan BZ! Aku pon BZ! Tapi tak apa aku amik tugas ini untuk cari pemain bagi pasukan bola baling dan aku jugalah yang akan main, uruskan pasukan, uruskan bajet. Bukan niat mahu merungut cuma agak terkilan. Terkilan dengan orang sekeliling yang hanya pentingkan diri sendiri.

Semua benda aku dah buat, aku dah uruskan cuma tunggu turun latihan ja itu pon orang lain tak boleh buat??? Oh aku lupa. Ampa semua bajet STAR!! Pandai main sket dah berlagak DIVA. Lelaki ke perempuan ke sama jer.

Kalau aku sanggup berpanas sampai terbakar kulit, kenapa ampa tak boleh? Oh aku lupa ampa ada pak we, aku tak ada. FINE!! Ampa kan cantik??? Malu kalo ampa hitam??

Aku dah penat. Kalau ikutkan hati mahu saja aku lari dari semua ini. Esok aku balik rumah dan tinggalkan semua tanggungjawab ni pada orang yang sepatutnya boleh????

Tapi aku bukan sekejam tu. Aku bukannya orang yang tak bertanggungjawab. Biarpun pelajaran aku merosot sebab uruskan benda lain, tak apa. Aku jer yang kena hadapi. Ampa tak. Ampa sibuk dengan assignment. Aku ni tak ada assignment ka???

Itulah dunia, ramai manusia lebih mementingkan diri sendiri. Entah banyak mana air mata aku dah tumpah kala ini. Teman ku berpesan, buatlah semua ini kerana Allah. Terima kasih wahai teman. Biarlah mereka teruskan dengan mementingkan diri sendiri. Aku dah penat.

Izinkan aku mengundur diri seketika. Aku dah penat.


Wednesday, October 20, 2010

HARI INI 20-10-2010. CANTIKKAN TARIKH INI? DAN INI ENTRY UNTUK 20-10-2010



Aku nak buat-buat gembira boleh?

Hahaha..

Aku kan memang selalu gembira.

Tapi dalam hati?

Ini saja entry untuk hari ini.

20-10-2010

~Babai~

Maaf andai entry aku sejak menjak ini berbaur emosi. Aku dah letih dengan keadaan sekeliling. Letih tak bermakna putus asa.

Sekian


HILANG DALAM SENYUMAN

Kalau dah kahwin,

Tension kerja banyak kat pejabat

Bila balik rumah tengok muka anak-anak hilang tension.

Tapi bagi aku yang bujang trang tang tang ni,

Bila tension tengok muka adik

yang suka tersenyum macam kakak dia gak


Hilang tension.

Tapi sekejap jer.

Janji hilang walaupun sekejap.

Aku mahu balik senyuman yang hilang tu...

Ada sesiapa yang terjumpa senyuman aku tu tak?


Tuesday, October 19, 2010

UTARA? MUNGKIN MENEMUKAN KITA


Nampaknya respon yang diberikan oleh bloggers dalam entry ini sangat baik.

Mungkin boleh diadakan juga gathering tu.

Buat masa yang terdekat ini, mungkin tak boleh lagi sebab tak lama lagi kan nak final exam, aku pon agak sibuk dengan assignment+sukan.

Persoalannya di sini

Kalau ampa bloggers utara tapi masih study kat negeri lain ampa nak join tak?

Ampa nak tunggu cuti semester?

atau

Pada yang study dekat-dekat utara ni kalau buat cuti semester ampa boleh join ka?

Dan pada yang bekerja mesti tunggu cuti hujung minggu mungkin tak ada masalah kan?

atau aku tetapkan 1 tarikh pastu tengok sapa yang boleh join.

Lagipun first time ni buat kecik-kecik dulu.

Kalau jumpa ramai-ramai macam ni kan best?


Pic masa bowling baru-baru ni bersama bebudak kelas aku.


Apa kata anda pulak?


BOOO SAMA AKU!!

Entry ini hanya sekadar luahan perasaan.

Rasa tertekan sangat. Nak meluahkan pada seseorang, tak semua orang mampu jadi pendengar yang baik.

Mungkin ini saja medium yang terbaik iaitu dalam blog.

Tertekan sangat.

Hidup aku macam dah kelam kabut.
Pagi tadi ponteng kelas gara-gara keletihan rush sana-sini semalam.

Kelmarin dari Alor Star-Penang, bertolak seawal jam 7pagi, sampai di Penang, lepas tu ke pusat bowling sebab ada perlawanan anjuran bebudak kelas.
Petang latihan bola baling.

Dan semalam aku tidur seawal 12.30pagi. Awal bagi aku sebab biasanya aku tidur dalam lingkungan jam 2,3 pagi.

Masuk kelas pukul 11 pagi, tiba-tiba ada test.
Dah la tak prepare apa.
Banyak ja soalan yang tak berjawab.

Lepas abeh jawab tukar kertas soalan dalam kelas dan check.
Markah yang tertinggi 35/45 dan yang terendah 2/45.

Mula la aku terfikir aku kah yang mendapat markah terendah???

Terus rasa down.

Down dan down.


Bila tengok kat cermin yang diri ni semakin gemok lagi la rasa down.

Bila tension makan, makan dan makan.

Macam mana tak gemok?

Mula la rasa menyampah tengok diri sendiri kat cermin.

Apatah lagi kulit semakin gelap gara-gara kena panas masa main bola tampar hari tu.

Mula la fikir yang bukan-bukan.

Arghh aku pon manusia biasa juga.

Walaupun berperangai gila-gila, walaupun suka tersenyum, walaupun nampak kasar di luar,

tapi dalam hati ni masih lagi cepat terusik.

Boooo sama aku!!


Monday, October 18, 2010

APA KATA ANDA WAHAI BLOGGERS???

Pemenang contest dah diumumkan.

So harap semua terima dengan hati terbuka keputusan tu.

Tapi kan lepas jer aku umum pemenang tiba-tiba followers aku berkurang 2 orang. Napa yerk?

Huhuhu..

Tak apa la mungkin mereka itu ada sebab tersendiri.

Dan sekarang aku nak ampa amik perhatian sket terutamanya bloggers yang duduk sebelah utara ni.

Ampa tak teringin ka nak buat gathering ni?

Selalunya tengok geng-geng bloggers yang duduk belah KL jer kan buat gathering. Jeles aku tau. Al-maklum la duduk sebelah utara ni agak kejauhan kalo nak join.

So apa kata kita belah utara ni buat gathering?

At least kita boleh kenai-kenai. Selama ni asyik baca blog jer sesekali teringin gak kan nak jumpa, nak tengok siapa yang ada di sebalik tabir?

Untuk pertama kali jumpa ni maybe boleh sekadar suka-suki main bowling ke?

Buat kecik-kecik dah la.

Kebetulan pulak aku baru balik dari main bowling kat Sunshine Bayan, Penang.

Baru je buka pusat bowling tu. Keadaan agak selesa. Siap ada surau lagi.

So apa kata anda wahai bloggers yang berada di utara?


SIAPA PEMENANG CONTEST SENYUMAN MANEH? JENG JENG JENG

Wiwit....

Mesti ampa dok tertunggu result untuk



Dah seminggu tarikh tutup.

Saja ja buat ampa tertunggu-tunggu.

Penantian itu kan satu penyeksaan

hehehe..

So hari ini aku nak umumkan pemenang.

Pemenang telah diadili oleh 5 orang juri.

Disebabkan sukarnya untuk membuat keputusan, aku telah meramaikan juri.

Dari 5 orang juri, 3 juri telah memilih peserta yang sama di mana masing-masing tak tau yang depa telah memilih orang yang sama sebagai pemenang.

Disebabkan keputusan juri 3 berbalas 2 maka dengan ini juri telah memilih

jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






sebagai pemenang CONTEST SENYUMAN MANEH!

Tahniah diucapkan kepada Rahimah Ramlan

oleh itu anda dikehendaki meninggalkan alamat email anda di ruangan komen ini supaya senang untuk dihubungi.

Keputusan juri adalah muktamad!

Sebarang surat menyurat tidak dilayan ahak!

Terima kasih kepada semua yang join contest ini.

=)

Harap maaf andainya ada kekurangan sepanjang menganjurkan contest ini.


ENTRY INI BUAT SI PARID DAN BIDADARINYA


Tiba-tiba aku termenangis bila baca entry INI dan INI

Tolong tengok entry ini sebelum baca ayat-ayat aku yang seterusnya.

Gila caring kan???

Kenapa aku menangis?

Tiba-tiba ja air mata terus turun dengan laju.


Hahaha..

Aku pun tak tahu.

Tambah pulak masa tengah dengar lagu di mana kan ku cari ganti ni




Aku menangis bukan sebab frust dengan si parid oh tidak sama sekali.

Cuma aku terharu sebab still wujud lelaki yang macam tu.

Aku selalu diketemukan dengan lelaki yang sering membuatkan aku terluka.

Remuk!!!

Tapi yang sadisnya aku tak pernah serik!!

Entah bila aku akan merasa bahagia.

Mungkin lelaki dalam entry ini bisa membuat aku bahagia?

Atau akan kekal sebagai teman tapi mesra?

Apa-apa pon aku doakan ampa 2 berbahagia. Jaga hubungan ampa elok-elok.

Jarak bukan penghalang untuk ampa dua menjalinkan hubungan kasih sayang.

Sunday, October 17, 2010

LELAKI-GILA-PAKSA-AMIK-NO TEPON-DIA. WTH???


Hari ni ke Perlis. Giliran aku plak ke sana.

Aku p sana naik bas, bila balik dia akan hantar sampai depan rumah.

Bila giliran dia datang sini, dia akan datang jemput depan rumah dan hantar balik.

Macam tu la rutin kami bergilir-gilir ke negeri masing-masing.

Tapi 2-2 orang tak sihat.

Dia demam. Aku plak sakit perempuan. (sesungut)

Tapi disebabkan dah berjanji aku gagahkan juga p sana.


Tapi ada satu perkara yang terjadi tadi.

Masa dah sampai stesen bas Kangar, ada brother belakang aku ni minta no tepon.

Aku tak bagi. Pastu dia suruh amik no tepon dia, aku cakap tak mau.

Dia paksa amik gak sampai aku tinggikan suara cakap tak mau tak mau la.

Dia cakap aku sombong. Arghh lantak la...
Dah la tak kenal paksa-paksa plak amik no tepon dia tah apa-apa.


Masa dok tunggu member aku mai, brother tadi dok usha ja.

Aku dah cuak.

Cepat-cepat call suruh dia mai cepat-cepat sket.

Jantan-jantan aku ni pon bila ada laki gila cam tu cuak juga beb.

Nasib baik member aku tu mai cepat.

Yup member. Masih dalam kategori teman tapi mesra.


Konon nak tengok wayang tapi kalau dari Perlis nak ke Jitra mesti amik masa so lepak kat Taman Tasik Jitra sambil makan




dan tengok gelagat pasangan muda-mudi berjimba hahaha...

Kalau nak buat drama tu agak-agak la...

Ni siap berpelok di khalayak ramai.

Haisyoooo.....

Macam-macam gelagat orang yang aku tengok hari ni.

Arghhh...

Dah lama tak berdating. Eh ni boleh dikira berdating juga ka?

BERBAIK DENGAN EX-BOY/ EX GF? MUNGKIN BUKAN SATU TINDAKAN YANG BIJAK



Siapa kata kita boleh berbaik balik dengan ex-boy or ex-girl? Apa yang pasti kalau ampa nak berbaik ampa memerlukan mental yang kuat dan tidak terikut-ikut dengan emosi. Ampa mampu ke?

Mungkin ada yang mampu dan mungkin ada yang tidak. Apatah lagi bila perpisahan itu bukan dengan cara yang baik dan banyak melukakan hati banyak pihak. Dan bolehkah ampa ketepikan perasaan ampa tu kalau ampa masih sayang kepada ex ampa?

Dan aku rasakan berbaik dengan ex ampa bukan satu tindakan yang bijak apabila masih ada ketidakpuasan hati dengan apa yang terjadi.

Bila ada yang masih tidak mahu berubah pasti akan ada pertengkaran yang terjadi. Dan bila masih ada perasaan cemburu memang hubungan itu tidak akan berjaya.

Macam aku dengan ex, banyak masalah yang berlaku, banyak salah faham dan banyak kali hati terluka. Apatah lagi bila ada campur tangan dari pihak kawan-kawan dia yang memburukkan lagi keadaan.

Kadang-kadang aku dah penat untuk berbalah. Aku hanya nak berkawan elok-elok. Tapi semua tu mungkin hanya angan-angan aku saja. Bila dah berbaik lepas tu pasti ada masalah yang timbul. Ada saja salah faham yang berlaku dan dia macam dulu-dulu juga tak pernah nak bertanya dan terus menjatuhkan hukuman sendiri.

Mungkin takdir tak menyebelahi kami dan mungkin ada yang tidak merestui hubungan ini biarpun hanya sebagai kawan. Aku ambil keputusan untuk tidak lagi berhubung dengan dia, aku dah delete no telefon dia dan mungkin ini lebih baik untuk kami berdua.

Masing-masing sudah ada kehidupan sendiri dan jalan yang telah kita pilih tu perlu dilalui dengan sebaiknya. Untuk apa lagi terus berharap jika harapan itu hanya akan tinggal harapan?

Tepuk dada tanya hati.


Saturday, October 16, 2010

KETINGGALAN

Baru 1 hari aku tak online dan update dah banyak cerita dalam blog yang aku tertinggal.

Baru tadi sampai Alor Staq. Hari sebelumnya lepak di kampung kat Yan, Kedah.

Rasa tenang sket dok kat rumah ni.

Lagipun dah 2 hari aku memonteng kelas dengan jayanya hahaha...

Gila!

Aku kalau tak ada mood memang akan macam ni, selalunya bila tiba penghujung sem, mesti aku akan menghilang punya hehe..

Sampaikan kalau terserempak dengan classmate depa akan tanya "ai lama tak nampak, ke mana menghilang?"

Sekarang ni dah ok lebih-lebih lagi bila dapat jumpa budak kecik ni




Esok plak aku nak ke Perlis.

Jom lepak Kuala Perlis sama-sama

hehehe

Ada yang nak belanja aku makan ikan bakar tak?


Thursday, October 14, 2010

KERANA KETIDAKSEMPURNAAN ITU ADALAH KEBAHAGIAAN BAGI KITA



Ampa pernah tak rasa rendah diri dengan kekurangan diri ampa? Contohnya kalau ampa berbadan gempal, berkulit gelap, dan ampa rasa tak ada apa yang menarik mengenai diri ampa. Aku selalu berasa rendah diri sebab aku memiliki semua elemen tersebut.

Bukannya aku tidak bersyukur dengan apa yang telah Tuhan kurniakan tapi ini adalah perasaan yang pasti setiap orang ada.

Malah aku akui, aku sebenarnya adalah seorang yang sangat pemalu. Walaupun pada zahirnya bila aku bersama dengan kawan-kawan aku ibarat mak cik-mak cik yang suka bercakap tapi hakikatnya aku adalah seorang yang pemalu. Ramai kawan-kawan tak percaya. Tapi itulah aku disisi yang lain.

Orang melihat aku sebagai seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi apabila berdepan dengan ramai orang sedangkan hakikatnya aku berperang dengan perasaan sendiri untuk kelihatan yakin dihadapan orang.

Aku lebih suka memakai T-Shirt yang ditutupi dengan sweater dan memakai jeans ke kelas berbanding perempuan lain yang cantik-cantik memakai baju kurung atau lebih bergaya dari aku. Aku tak suka menarik perhatian orang dan adakalanya bila aku bergaya sedikit ke kelas orang akan rasa pelik.

Lebih baik aku kekalkan diri aku yang sekarang dari perlu menjawab soalan-soalan yang berbaur perli. Salah ke aku pakai baju kurung ke kelas? Perlu ke setiap masa aku pergi ke kelas dengan "pakaian rasmi" aku tu jer?

Oh aku lupa, manusia selalu memandang perkara remeh itu sebagai sesuatu yang besar.

Entahlah.

Aku berasa rendah diri kerana aku rasa aku semakin gemok sekarang. Aku rasa yang aku tak layak untuk seseorang yang bagi aku seorang lelaki yang bergaya, kurus, berkulit cerah dari aku dan semestinya sedap mata memandang.

Aku takut untuk mengambil risiko itu kerana aku selalu sedar siapa aku. Aku pernah dicemuh semasa sekolah dulu kerana rupa paras aku. Orang pernah menggelar aku dengan panggilan yang bukan-bukan masa sekolah dulu dan semua tu sangat menyakitkan hati aku.

Pengalaman itu menjadikan aku seorang yang tidak kisah apa yang orang nak cakap pasal aku, nak kutuk aku atau bergurau kasar sebab aku dah mangli. Aku anggap semua tu gurauan namun ada batasnya.

Namun, apa yang aku dapat simpulkan, tak perlu untuk merasa rendah diri dengan kekurangan yang ada pada diri kita, kerana di sebalik kekurangan tersebut pasti ada kelebihan yang kita sendiri tidak tahu tapi ada orang lain yang lebih nampak kelebihan diri kita itu. Bersyukurlah dengan apa yang telah dianugerahkan.




Rendah diri itu bagus, tapi jangan sampaikan orang lain merendah-rendahkan diri kita.



SEMALAM YANG HANGIT EH HANGAT!!!

Nak cerita pasal semalam yang hangat.

Ampa ada kan FB? Kompom la ada mana boleh tak ada plak kn?

Dalam FB kan ada chat dan aku amatlah tak suka untuk online chat dalam FB tu.

Tapi semalam saja la aku online chat tu hasilnya ada seseorang yang menegur aku.

Memang aku tak kenal sebab dia tak letak pic, tapi daripada mutual friends nampaknya ramai budak dari sekolah teknik jadi aku anggap saja dia dari sekolah teknik aku dulu.

Lagipun selalunya aku tak aprove orang yang aku tak kenal kecuali dia beritahu dia siapa, kalau blogger dia akan bagitau dia blogger.

Jom ikuti perbualan aku dengan dia. Aku = Merah, Dia = Biru.

Hai

Hye

Tak keja ke hari ni?

Study tak abeh lagi macam mana nak keja?

Study dekat mana?

Penang

Kolej apa?

USM

Ooo tinggal berapa lama lagi nak abeh study? Boleh la saya p jumpa awak nanti.

Dah sem 5, ada lagi 1 sem.

Saya nak panggil sayang boleh tak?

Apa jadahnya nak panggil sayang kenal pon tak?

Terus dia offline.

Hahahaha...

Tu la, silap orang la kalau hang nak menggatal. Lepas aku tulis entry pasal kes main teloq tu aku sekarang lebih sinis. Ya sinis dan berhati-hati.

Nasib hang la labu kalau betoi pon hang budak teknik aku dulu, pandai-pandai hang la nak hidup hahaha....


PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN



Mesti ampa tertunggu-tunggu pemenang contest senyuman maneh kan?

Aku pon tak sabar nak tau pemenangnya.

Pihak juri mengalami masalah nak memilih pemenangnya, ia boleh diibaratkan ampa ada duit RM 50 pastu ampa nak p shopping baju, ampa nak baju itu, pastu nampak baju ni pon lawa, pastu ampa teringin baju lain sedangkan ampa ada RM 50 jer?

Tak sangka rupanya bukan kerja yang mudah nak memilih pemenang lagi pula semua peserta memang senyum maneh-maneh belaka.

Jadi aku mohon sehingga hujung minggu ni untuk mengumumkan pemenang bagi peserta contest ni orait??


Wednesday, October 13, 2010

KEPADA SEMUA LELAKI YANG EGO, PLEZZ READ THIS!!

Ada satu cerita yang aku nak kongsikan. Cerita ni aku amik dari note kat FB kawan aku. Mungkin ada yang pernah terbaca. Tapi kat sini aku nak kongsikan juga. Khas untuk lelaki yang egonya tinggi.


Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.


Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…


Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.


“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.


Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.


Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.


Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.


Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.


“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”


Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.


Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.


Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.


“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.


Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.


Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.


Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.


“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap

dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.


Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.


“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.


“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.


Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!


Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.


Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.


Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.


Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.


Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.


* Melalui kisah ni sy nk tnyer ape sbnrnyer yg diinginkan seorg lelaki apabila die memilih pmpn itu mjd kekasih die..sekadar melampiaskan nfsu yg pasti tidak halal atau sbnar2nyer ingin mencari calon isteri yg bnar2 dpt menjaga die seumur hidop die...??sy nk anda jwb...

Tuesday, October 12, 2010

10 LAGI TIPS YANG BLOGGER PATUT TAHU



Hari tu aku ada tulis tips 10 perkara yang blogger baru patut tahu. Hari ni aku nak kongsikan lagi 10 tips perkara yang ampa patut tahu.


  1. Jangan sesekali copy Entry orang lain. Yang ni selalu jer orang buat. Copy entry orang lain bagaikan hak milik sendiri. Pastu dapat komen pujian dari orang lain. Kalau lepas ni nak dapat cacian dan kejian sekiranya rahsia ini terbongkar sila lah buat. Silap-silap blog ampa terpaksa ditutup. Mungkin ampa boleh amik idea yg sama dengan penulis lain tapi sila tulis entry mengikut kreativiti ampa sendiri.

  2. Word Verification. Ramai yang tidak menggemari sekiranya ingin menulis komen, tiba-tiba keluar plak word verification ni. Kalau salah tulis, kena tulis lagi. Kadang-kadang benda ni melambatkan dan ramai yang malas nak menulis. Jadi pada pendapat aku word verification ni tak payah letak kot. Tapi semua tu bergantung kepada tuan punya blog.


  3. Blogwalking dan Komen. Ampa kena rajin blogwalking. Selalunya ramai yang malas nak blogwalking tapi nak followers ramai macam mana tu? Dengan blogwalking ni ampa mungkin akan bertemu dengan blog yang menarik dan secara tak langsung boleh promote blog ampa juga. Tapi yang terbaik adalah ampa blogwalking dan komen.


  4. Tinggalkan pesanan lepas follow blog seseorang tu. Selalunya Tuan blog mungkin tak perasan yang ampa follow blog dia so cara yang terbaik tinggalkan pesanan.


  5. Elakkan dari tulis "jom follow i" atau "i follow blog u, u plak follow blog i". Kalo ampa dapat pesanan macam ni agak-agak ampa akan follow tak blog orang tu???


  6. Jangan cari pasal dengan blogger lain. Sebaiknya jangan cuba provok blogger lain untuk bergaduh. Maksudnya jangan dok kutuk blogger lain mengenai cara penulisan dia sebab masing-masing ada cara yang tersendiri. Kalau blogger tu ramai pengikut mahu bergaduh sakan nanti. Kalau nak tegur pon ada caranya betul tak?


  7. Jangan terlalu ghairah mengejar followers. Sebaliknya tulis la entry yang boleh menarik minat pembaca dan menyukai blog anda.


  8. Mengadakan contest. Make sure blog ampa dah dikenali oleh ramai orang. Ni followers tak sampai 10 dah nak buat contest. At least sediakan tapak yang kukuh baru boleh bina rumah (boleh diibaratkan macam ni la). Dengan cara ini blog ampa akan lebih dikenali dan dapat ramai kawan-kawan baru.


  9. Jangan lupa daftar nuffnang. Jangan jadi macam aku dah nak masuk 3 tahun jadi blogger baru hegeh-hegeh nak buat nuffnang. Terasa ruginya apatah lagi bila tengok orang lain masyukkkkk jer.


  10. Ikhlas menulis dan kembali pada matlamat asal anda. Elakkan dari dengki mendengki pada orang lain. Selamat menulis. =)



P/S : JURI MASIH DALAM PROSES MEMILIH PEMENANG CONTEST SENYUMAN MANEH. SUSAH WOOO...SUMA MANEH-MANEH


SEMUA ORANG SUKA TARIKH 10-10-10 TAPI AMPA SEDAR TAK PASAL TRAGEDI 10-10-10?

Ampa dah beli paper? Dah baca berita pasal kemalangan yang mengorbankan 12 orang dalam tragedi tu?

Aku tak sanggup nak baca.

Tengok la gambar bas yang memang dah tak ada rupa bas ni.



Ngeri sangat.

Aku plak selalu balik naik motor dari Penang ke Alor Star dan risiko kemalangan tu memang sangat tinggi.

Apa-apa pun setiap kali aku balik kampung selalunya aku hanya tawakal dan doa bagi aku selamat sampai jer.

Dah la selalu balik sorang-sorang.

Nak request kereta mak bapak aku bukan orang senang.

Umi aku pernah cakap "kalau jadi apa-apa kat anak umi, umi tak kuat nak hadapinya"

Perghhh terus rasa nak menitik ayaq mata ni.

Selalu umi dengan walid pesan hati-hati bawa motor tu bila balik rumah.

Inikan pula mak bapa dan keluarga yang kehilangan anak masing-masing dalam kemalangan yang mengorbankan 12 orang tu?

Ampa boleh bayangkan tak keadaannya?

Aku tak boleh nak bayang, nak baca berita ni pon aku rasa tak sanggup. Apatah lagi bila tengok gambar ada mayat yang tersepit bawah bas.

Arghhh....

Aku tak sanggup nak tengok semua ni

BEN ASHAARI BLOG


Sapa tak kenal kan dengan blogger terkenal Ben Ashaari ni.

Semua orang kenal.

Sekarang ni beliau telah mengadakan 1 segmen "Milik Siapakah Header ini"

Dan untuk memperbanyakkan header beliau telah membuka bloglist khas untuk segmen ini

Untuk maklumat lebih lanjut sila klik perkataan yang berwarna merah tu yer,

Apa lagi jom la terjah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi