Tuesday, November 30, 2010

CABARAN DI LANGKAWI~MACAM MANA NAK BUANG KEMALUAN?

Update blog dari Wifi Hotel Chandek Kura

Hari Pertama

Aku bertolak dari Alor Star ke Kangar. Kami naik feri kat Jeti Kuala Perlis.

Masa sampai ke sana aku tengok ada tak bebudak Desasiswa (Hostel) aku. Ada tu memang ada tapi semuanya lelaki dan aku sorang je perempuan. Aku tak tahu plak yang member aku yang lain tak jadi pergi.

Tapi tak kisah la. Kawan boleh dicari, tak kan nak harapkan ada geng ja baru hang nak join benda alah cm ni lagipun bebudak ni ada jer walaupun depa 1st year. So jangan heran la kalau aku sorang je Perempuan dalam kebanyakan gambar hehehe...


Masa tunggu feri kat Jeti Kuala Perlis.


Memang panas gila, penat menunggu. Feri kami pukul 1tengahari. So tunggu walaupun penantian itu 1 penyeksaan.


Kursus yang aku hadiri ni adalah kursus Keusahawanan, kursus ni banyak ceramah, so dengar jer la ceramah. Agak boring la. Tahu saja la ceramah ni macam mana. Tapi bila ada penceramah yang pandai menyampaikan ceramah, celik mata dan asyik gelak jer la.

Bila kat sini kami ditugaskan untuk buat Rancangan Perniagaan. Kami diberi modal sebanyak RM 15,000. So, terpaksa fikir perniagaan apa yang akan kami jalankan di Desasiswa.

Kusyuk menyiapkan Tugasan.


Ni ahli Kumpulan aku. Adik-adik jer ni.


Hari Keempat, kami diberi tugasan. Diberi duit RM 100 sebagai modal. Dihantar ke kawasan tertentu sekitar Langkawi mengikut kumpulan dan kami dikehendaki untuk guna modal yang diberi untuk menjalankan perniagaan kemudian membawa pulang kembali jumlah modal yang diberi.

Kat sini la cabaran dan pengalaman yang paling memenatkan.
Kami ditinggal di sekitar Padang Mat Sirat.

Masa awal pagi banyak kedai tak buka lagi. Bila tengok tempat-tempat yang ada dalam surat arahan tu, kami buat keputusan nak ke Kilang Batik. Nak beli produk kt situ pastu jual.
Berjalan kaki la dengan tanya orang lagi kat mana kawasan tu.

Jauh kot. Memang penat gila.

Bila sampai ke sana, kami tak dapat beli barangan kat situ disebabkan kedai tu sangat menjaga keaslian barangan tersebut sebab takut bila dapat kat Pelancong dari Thailand mungkin depa akan tiru corak batik yang dibuat kat situ.

So, patah la balik dengan perasaan hampa. Berjalan nak ke sana 1 hal, berjalan patah balik 1 hal. Aduyai....

Berjalan kaki pulak ke Beras Terbakar. Kat sana banyak gerai. Ada sorang Pak cik ni sangat baik hati membenarkan kami amik barangan kat kedai dia pastu dia kami buat Direct Selling kat Airport.

Bini dia siap hantar kami lagi ke airport.

1st time aku buat Direct Selling. Memang malu gila. Aku pon tak tahu macam mana nak buang sifat kemaluan, eh, sifat malu tu. Bebudak kumpulan aku pon semua malu-malu nak jual pada mulanya. Lama-lama tu ok la, tapi aku still tak boleh nak buang rasa malu sebab aku kan pemalu hehehe...

Masa nak balik tu, kami balik jalan kaki jer ke Beras Terbakar. Memang sakit kaki, lenguh, letih semua ada. Macam merentas desa plak aku rasa.

Petang plak p naik cable car. Aku dah la gayat. Menjerit-jerit masa mula naik tu. Nasib baiklah lama-lama tu perasaan takut jadi seronok dan teruja sebab ni 1st time aku berada di tempat tinggi dan berjaya hadapi perasaan gayat aku tu.




Teruja+Seronok






Ni semua kumbang-kumbang yang ada dan aku sorang je bunga kat situ hehehe...

Banyak lagi cerita aku nak kongsikan. Next entry la yer.

Apa-apa pon happy kat sini walaupun penat gila bila sehari ni asyik kena jalan kaki jer.









NOTACIKGADIS: Curi masa untuk update blog sambil menyiapkan Rancangan Perniagaan yang nak kena bentang malam ni.


Monday, November 29, 2010

UPDATE DARI LANGKAWI


Update dari Langkawi~

Tekanan~

Seronok~

Letih+Penat


Saturday, November 27, 2010

LANGKAWI ISLAND~NANTIKAN KEDATANGANKU

PIC GOOGLE




Masa ampa baca entry ni aku dah pon berlepas ke Langkawi.

Aku ada kursus kat sana. 5 hari plak tu.. Memang masak la dok sana lama-lama.

Pastu terpaksa tinggal blog ni selama 5 hari meroyannn kot aku kalau macam ni.

Aku kalau tak on9 FB ok lagi tapi kalau tak boleh update blog... Mak aihh.... Tak dapat aku bayangkan dunia aku tanpa blog..
Minta-minta la kat sana ada wifi

Terima Kasih pada yang follow blog aku. Maaf la tak dapet nak terjah balik.

So, sudi-sudi la tinggalkan komen sebab selalunya aku akan terjah blog ampa melalui orang yang komen dulu.

Oh ya, disebabkan memang aku tak akan on9 untuk masa yang lama, aku nak bagitau siap-siap la yang blog Gadis Kampung Separa Bandar telah tercalon dalam Blog Pilihan Malaysia.

Tapi blog GKSB tersenarai dengan blogger yang bukan calang-calang orang, ada model, ada artis, yang cun-cun plak tu lagi bijak pandai.

GKSB ni sapa la sangat kan? Cecece wat ayat sedih plak tapi tu la kenyataannya.

Depa dah banyak followers, jadi apa kata ampa undi GKSB ja hahaha...

Boleh plak macam tu?

Sapa undi aku bagi cokelat kiss me sorang sebiji mau dak?? hahaha... Lawak ja nowh..

Sapa-sapa yang nak undi tu ampa boleh la undi kat sini

Jadi untuk Promosi yang terakhir undilah GKSB dalam kategori Blog Personal Wanita Pilihan.

Ok, la ampa doakan Perjalanan GKSB ke Langkawi selamat sampai. Nak meredah laut tu risiko, risiko.

Bye ampa semua, aku akan rindu ampa banyak-banyak.

Friday, November 26, 2010

UNDIAN DAH DIBUKA: KENA UNDI LAGI KER?

Undian Untuk Blog Pilihan Malaysia dah dibuka.

Tak sangka Blog Gadis Kampung Separa Bandar turut tersenarai. Jika nak dibandingkan blog GKSB ni dengan blog-blog lain yang terkenal apa lah sangat kan blog GKSB ni kan hehe..

Tak kisahlah, untuk semua kalau sudi undilah GKSB dalam Kategori Blog Personal Wanita Pilihan.

Terima Kasih kerana sudi undi

=)

PUNYAI RUPA YANG CANTIK DAN KACHAK MENYEBABKAN RAMAI YANG NAK FOLLOW BLOG??

Ampa rasa ampa cantik?? Kachak?? Bijak?? Kaya??

Syukurlah kalau ampa dilahirkan dengan ada semua package tu.

Macam mana plak dengan kita yang biasa-biasa ni?? Rupa yang biasa-biasa saja macam GKSB, duit pon tak berapa nak ada, cerdik sket la pada lembu tu hehehe?? Tapi ada blog?

Pastu tetiba tengok blog dia, eleh orang macam ni pon ada followers yang ramai??

Terutamanya blog GKSB la kan. Rupa GKSB biasa-biasa ja tapi followers dah 900 lebih. Mesti ada yang nak mengutuk.

Persoalannya adakah rupa memberi kesan pada tarikan blog kita dan untuk orang follow blog kita??

Cuba tengok blog yang penulisnya cantik macam Irine Marcello dan Hanis Zalikha, Kachak macam Aizul Marcello yang ada semua package yang aku sebut tadi dan followers pon beribu-ribu.

Tapi depa terkenal bukan semata-mata kerana rupa, tapi personaliti yang depa miliki dan cara depa tulis punyai nilai yang tersendiri yang memberi kelebihan pada depa.

Betul tak aku tulis?

Macam blog Cik Epal, orang suka baca sebab bagi aku dia jenis outspoken, memang tak hipokrit apa yang dia tulis tu kadang-kadang terkena batang hidung orang tertentu sebab tu banyak anon yang tak puas hati dengan dia kot.

Cik Epal pon comel.

So pendapat ampa adakah rupa tu menjadi salah satu sebab orang nak follow blog kita?

SAYA SUKA BLOG DAN MUNTAH PIZZA??

Makaseh ye kak sofi sebab suka blog saya dalam segmen Saya Suka Blog awak anjuran Ben Ashaari.











Apa kata kak sofi pasal blog aku




Entri GKSB memang pedas eyh sesekali?

Sepedas sambal belacan tak?

Hehehe...

Terima kasih ye sebab suka baca blog saya, saya sangat hargainya.

Dan semalam juga aku keluar makan pizza dengan Lady Rye, memang meriah la. Riuh rendah pizza tu macam tempat kami sendiri plak hahaha..

Kak Rai bawa anak dia affan dengan waheeda anak menakan dia. Sepupu kak rai pon ada gak, kak zarina.

Mula-mula aku ni macam segan sikit, i kan pemalu orangnya hahaha **muntah

Eh sebut pasal muntah memang ada kejadian yang berlaku masa tu. Nak tau apa dia ampa p la blog dia.

Sebelum kenal ni aku ingatkan suara kak rye ni suara besar la konon-kononnya, sekali suara dia halus gak rupanya hahaha...

So memang tersilap sangka la kan?

Kami dah bincang pasal gathering tu nanti. Banner dalam proses. Bila dah siap nanti aku akan start promote dalam entry.

Esok aku akan ke Langkawi. Takut kat sana tak ada sumber internet la. Sapa-sapa orang langkawi sila la add aku kat YM- anyss_0327@yahoo.com.my

Mana tau boleh jumpa nanti.

Thursday, November 25, 2010

JANGAN SESEKALI COPY ENTRY ORANG LAIN, ADA PAHAM??



Dalam entry pasal tips bila menulis blog aku ada mention pasal jangan sesekali copy entry orang lain. Sebab kalau ampa terkantoi copy entry orang lain memang nahas la ampa. Silap-silap tutup blog wooo....

Benda ni dah terjadi kat ramai blogger especially new blogger. Bukan semua tapi kebanyakan, maybe sebab depa tak ada idea nak tulis so depa copy entry orang. Kalau ampa copy entry orang yang memang dikenali dan banyak followers abeh la ampa bila followers depa ni baca pastu report kat tuan blog.

Tapi ada juga blog yang ramai followers buat macam ni, ada tapi jarang-jarang. Tadi aku blogwalking, aku baca la entry lama-lama dia tetiba aku terbaca 1 entry ni dan aku terfikir "eh apsal aku macam pernah baca ja, tapi bukan kat blog ni?"

So kat situ dah ada tanda soal.

Sebenarnya tak salah kalau kita nak kongsikan apa-apa pon dalam blog tapi mesti bagi kredit kat Tuan punya blog. Contohnya bagi link blog tu.

Dan lebih parah macam aku amik contoh blog Yna, dia pernah cerita pasal dia selamatkan kucing pastu ada sorang budak ni copy sebijik apa yang Yna post. Pastu budak tu dapat komen pujian sebab dah selamatkan kucing tu. Kalau readers tau perkara sebenar tak rasa tertipu ka?

Kalau ampa banyak blogwalking mesti ampa baca pastu ampa dapat idea nak tulis perkara yang sama. So amik la idea tu tapi tulis dengan cara ampa tersendiri. Tak payah la nak copy entry orang tu. Betoi dak?

Apa-apa pon kalau ampa rajin dok copy entry orang buat macam harta ampa sendiri kalau tuan blog tau nahas la ampa. Memang kena kecam la dengan followers blog yang ampa copy tu. Kalau tuan blog baik hati maybe tak akan bagi link blog ampa, tapi kalau yang bagi link, silap-silap ampa tutup blog.

Jadi jangan la dok copy entry orang lain tanpa pengetahuan tuan blog atau bagi kredit kat dia. Kalau ampa copy idea tak pa tapi tulis dengan gaya ampa dan pendapat ampa sendiri. Orait?


BLOG PILIHAN MALAYSIA







Tujuan

Untuk membuat undian bagi beberapa kategori blog yang telah ditetapkan dimana ianya menjadi pilihan rakyat Malaysia. secara tak langsung ianya akan menjadi rujukan pada rakyat malaysia dalam memilih blog-blog yang mereka mahu baca.


Bagaimana undian dibuat?

Undian akan dibuat dalam 2 peringkat:
Peringkat pertama - satu senarai 20 blog yang menjadi pilihan akan dikeluarkan. satu tempoh masa akan ditetapkan untuk rakyat Malaysia memilih blog yang menjadi pilihan mereka.
Peringkat kedua - 5 pilihan teratas dari peringkat pertama akan diundi dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. blog yang mendapat undian paling banyak akan digelar blog pilihan Malaysia 2010 mengikut kategori masing-masing.

Kategori blog pilihan

Blog yang berdomain dot com atau dot blogspot layak disenaraikan, malah tidak kiralah blog itu berbahasa melayu atau inggeris. kategori-kategori yang akan dibuka untuk diundi adalah:

Blog Personal Lelaki Pilihan - blog yang dimiliki oleh lelaki bujang.
Blog Personal Suami Pilihan - blog yang dimiliki oleh lelaki yang sudah berkahwin.
Blog Personal Wanita Pilihan - blog yang dimiliki oleh wanita bujang.
Blog Personal Isteri Pilihan - blog yang dimiliki oleh wanita yang sudah berkahwin.
Blog Tutorial Pilihan - blog yang memaparkan pasal tutorial blog, masakan, software dan juga gadjet sahaja.
Blog Lawak Pilihan - blog yang memaparkan tulisan, video, gambar yang lawak sahaja.

Bagaimana nak senaraikan blog?

Satu tempoh akan diberitahu untuk anda menyenaraikan blog pilihan anda mengikut kategori masing-masing. hanya 1 blog untuk 1 kategori. jadi buat lah pilihan yang bijak. yang paling penting, seseorang itu tidak boleh senaraikan blog nya sendiri. hanya orang lain boleh senaraikan blog anda. barulah ianya dinamakan blog pilihan..


Siapa yang layak beri senarai blog pilihan?

Sesiapa sahaja yang boleh memberi senarai blog pilihan mereka.


Siapa yang layak mengundi?

Sesiapa saja layak untuk mengundi senarai blog pilihan.


Harap penerangan di atas dapat membantu anda memahami tujuan blog ini. selain itu juga undian ini dibuat hanya untuk suka-suka saja, bukannya pertandingan yang serius pun. jadi sila mula buat senarai blog pilihan mengikut kategori yang ditetapkan. satu tarikh untuk penyenaraian akan di beritahu secepat mungkin..


Setelah pendaftaran penyertaan telah ditutup. 1 senarai telah dikeluarkan. Untuk lihat nya sila KLIK SINI

GKSB telah tersenarai dalam kategori BLOG PERSONAL WANITA PILIHAN. Senarai blog yang ada dalam kategori ni bukan calang-calang orang. Kalau nak tau blog mana yang tersenarai dan senarai blog untuk kategori yang lain. Sila la terjah ye blog tu.

=)

Tarikh untuk undian peringkat pertama akan dibuka pada jam 10 malam 26 november (jumaat) sehingga jam 8 pagi 30 november (selasa). So nanti jangan lupa mengundi blog pilihan ampa. Dan jangan lupa undi GKSB juga keh3...

BLOG REVIEW~MARI KENAL KENGKAWAN BARU

Macam yang aku pernah janjikan dalam ENTRY INI untuk buat blog review bagi yang dah undi aku ke TOP 10 Cerita Kreatif Ben Ashaari


Sebelum tu terima sekali lagi bagi yang dah mengundi hari tu.

Jadi blog review yang pertama adalah blog

More Than Words

Penulis blognya adalah Zacky 786.





Pendapat aku blog ni simple dan kemas, nama pon blog lelaki kan? Tak macam perempuan banyak widget yang cute2 hehe...

Tengok gambar zacky dengan gitar ni pon dah tau dia pandai main gitar.

So pada aweks di luar sana yang nak kan pak we yang pandai main gitar sila ke blog Zacky untuk berkenalan dengan dia hehe



Blog kedua adalah blog




Blog elfa ni macam-macam ada dan dia selalu kongsikan tips-tips.

Kalau nak tau tips apa yang dia kongsikan ampa kena la terjah blog dia.

Dan baru-baru ni juga aku telah berjumpa dengan dia, duduk jer 1 U tapi tak pernah jumpa sekali nak jumpa terus p tengok wayang hehe..



Elfa ni comel kan? Kat luar lagi la comel

Tapi pada lelaki yang memasang angan-angan nak ngorat dia tu baik ampa lupakan takut ehem ehem dia marah plak hihihi

Jangan marah elfa..gurau-gurau jer =)


Blog ketiga adalah blog

Syira


Cute jer kan blog dia? Blog perempuan mestilah kena cute ye dak?

Hihihi..

Blog syira berkisar pada pengalaman dan hari-hari ceria yang dia alami bersama kengkawan dan keluarga.

Syira ni pon comel so pada ampa sila terjah blog dia untuk kenalinya dengan lebih dekat lagi

=)



Ok cukuplah tiga dulu blog review untuk kali ni.

Yang kemudian akan menyusul.

So nantikan siapa plak lepas ni =)

KAKI MENGENDAP A.K.A. SKODENG TU GS KA?


Ni salah satu keratan akhbar pasal kaki skodeng ni.

Ampa pernah kena skodeng? Atau ampa sendiri yang jadi kaki skodeng?

Orang yang kaki skodeng ni tak kira umur kalau dah memang gila seks tu tak kira sapa, semua dia nak skodeng.

Kat kampung aku ada sorang. Tak padan dengan ada anak bini keja nak mengendap orang. Kepala dah beruban tapi perangai tak berubah-ubah. Ayah aku pernah cakap dia tu dari muda lagi memang suka dok mengendap orang.

Perangai ni bawa sampai ke tua.

Orang kata kubur kata mari dunia kata pergi still tak insap!

Orang macam ni aku nak hormat?

Sory la... Walaupun hang dah tua, tapi perangai macam ni ada ka orang nak hormat?

Pernah aku ligan dia dengan penyapu gara-gara dia nak mengendap mak sedara aku. Nasib baik aku nampak. Memang bangang betoi orang macam ni.

Yang aku herannya macam mana la family dia, dah la ada anak dara 2 orang kat umah. Hang tak puas mengendap anak beranak sendiri kot tu yang dok p mengendap orang lain pulak?

Banyak kali dah dia terkantoi dengan aku, pastu bila terjumpa buat macam tak ada apa-apa yang jadi. Buat muka tak bersalah boleh....

Tau saja la kan, rumah kampung ni macam mana? Dekat-dekat. Jamban pon kat luar.

Tu cerita kat kampung la. Masa aku kecik-kecik dulu. Sekarang ni tak tau la dia dok buat pangai cam tu lagi ka tak.

Aku pon dah jarang-jarang balik kampung. Duduk ja kat umah kat Aloq Staq ni melayan internet huhu...

Tapi orang kalau dah biasa dok buat macam tu boleh tinggal ka kebiasaan dia tu?


Wednesday, November 24, 2010

KEBASAHAN

Basah lencun kena hujan.

Alhamdulillah dah sampai rumah jam 7.30malam tadi. Hujan la plak kat Aloq Staq ni. Memang kebasahan la kena hujan. Sampai lewat gara-gara p jumpa adik bucuk aku ni dulu kat Yan.

Pasal gathering tu esok baru nak jumpa Lady Rye n bincang pasal ni. Insyaallah la kalau dah siap banner semua dan line pon clear aku akan start promote dalam entry pasal ni.

Dah start cuti sem, tapi rasa macam tak cuti. Aku kena p Langkawi dari 27.11.2010-1.12.2010. Tak tau la kat hotel yang aku duduk tu ada wifi ka dak. Kalau tak ada memang terbengkalai la blog aku ni selama 5 hari.

Pastu 2hb plak aku turun KL.

Kot-kot bleh jumpa blogger yang dok belah sana plak.

Hehehe...

Oh ya, Elfa dah update pasal perjumpaan kami hari tu. Nak tau cerita dia ni LINK nya

=)


SERONOK WOOO ADA ADIK YANG..........


Sapa ada adik? Sila angkat kening sebelah.

Syokkk ooo ada adik.

Tambah-tambah lagi bila umuq ampa 20-an tetiba ada adik kecik umuq 3 tahun tak rasa yang ampa tu macam ada anak sorang ka?

Pastu kalau dalam adik beradik tu semua dah tua-tua bangka tetiba ada adik kecik memang penyeri rumah tangga betoi la.

Aku ada adik perempuan. Satu-satunya adik perempuan sebab aku ada 4 orang adik laki,

Sebab tu aku ni ala-ala ganas dan garang sikit sebab terpaksa berhadapan dengan adik lelaki ni. Ampa tau saja la ia agak menguji kesabaran.

Tapi rupa-rupanya adik perempuan sorang ni memang lagi menguji kesabaran sampai 1 tahap bila aku marah dia gelak ja kat aku.

Huh!!

Budak yang aku maksudkan tu adalah si kecik ni Puteri Qistina Syakira



Memang lama gak la kan aku tak cerita pasal dia.

Ampa ingat lagi tak pasal kes pampers?

Kalau ampa tak ingat ampa RIGHT KLIK sini lepas tu baru ampa tau macam mana perangai adik aku ni.

Aku selalu ja sakat dia, amik bantai busuk dia la, amik anak patung dia sangkut atas paku dinding macam-macam lagi la aku buat kat dia. Sebab tu dia pon sekarang ni suka dok menyakat orang tak padan kecik.

Kalau nak bagi dia marah panggil dia baby, pastu dia akan marah kita balik

contohnya

Aku: Ni baby ni (sambil tunjuk kat puteri)

Puteri: Ukan la ni adik la.

Kalau kita dok panggil dia baby lagi dia akan jerit-jerit cakap bukan, dengan gaya pelat dia tu pastu terus nak teriak (nangis)

Puteri ni memang kelolo sket. Suka buat lawak.

Paling dia suka buat adalah gaya rap ni

yoyo wasssup



Pastu mula la mai perangai mengarut dia tu macam ni




Macam-macam.

Kalau aku balik rumah tu dia peluk aku bukan main lagi.


Sampai-sampai ja rumah dengan helmet pon aku tak buang lagi terus dia peluk siap cakap adik induuu atak (rindu kakak)

Pandai dah la ni dok berindu-rindu plak.
Tu belum lagi kalau nak letak telefon siap cakap lagi "ok bye muaaahh" bukan aku yang ajaq ye sila percaya. hehehe



Puteri dalam kapal terbang

Pastu dengan pangai loqlaq dia yang macam ni






Kadang-kadang kalau nak marah tu pon tak jadi.

Umi aku kata adik ni lasak, aku dulu lasak gak tapi dia ni lagi lasak.

Penat ooo melayan dia.

Pernah dia hilang. Masa tu aku tidoq. Aku tidoq sekali dengan dia. Bila walid aku balik tanya adik mana. Aku pon kelam kelibut bangun tengok2 dia tak ada dah kat tepi aku.

Aku cakap adik ikut bangah kot sekali walid aku call tanya bangah dia kata adik dok dengan aku. Pulakkkk.....

Pulun la cari bila naik tingkat atas rumah sekali dia dok sila panggung tengok TV.

Pastu dia boleh senyum cakap "adik tengok ceta tikuih"

Haihh budak ni...

Macam-macam hang nowh.

Bila aku dok perhati dia, adik ni banyak ikut perangai aku.

Bezanya adik aku ni rajin sket pada aku hahaha..

Tapi bab muka rasanya tak banyak beza kowt.

Kalau tak caya ampa tengok pic ni, pic dia dan aku masa kecik.

Ok aku tau ada yang beza.

Beza tang warna kulit tu

Ok fine..

Ampa diam-diam dah la nowh

Huhuhu

NOTACIKGADIS: LEPAS NI NAK BUAT BLOG REVIEW UNTUK BLOGGER YG DAH UNDI AKU UNTUK MASUK TOP10 CERITA KREATIF PLAK =)


GATHERING SEBELAH UTARA APA KATA AMPA?


Sekarang dah cuti semester kan? Ramai yang balik kampung.

So ramai juga yang balik kampung belah utara ni. Pasal gathering tu kan aku rasa mula-mula nak buat belah Aloq Staq dulu. Pastu baru nak p ke Penang.

Bukan apa selalunya depa dok buat kat KL ja so kita yang dok utara ni memang la tak boleh nak p kan sebab jauh. So aku cadangkan kita buat untuk orang utara plak.

Tak kiralah ampa dok Perlis ka, Kedah or Penang tapi kalau ampa rasa boleh join, ok la kan?

Aku ada berbincang dengan LadyRye pasal gathering yang nak dibuat ni dan kalau tak ada apa-apa halangan insyaallah jadi la rancangan ni.

Cuma sekarang ni aku nak tanya ampa la kalau yang nak join tu ampa lebih prefer buat kat Restoran atau versi Pot Luck punya?

Kalau kat restoran mungkin kena tempah, makan-makan pastu just buat cabutan bertuah macam tu la. Sebab agak terhad kan kalau kita nak buat games apa-apa. Tapi kelebihan dia agak selesa la.

Kalau versi Pot luck ni kita bawa makanan masing-masing pastu lepak kat kawasan yang lapang. Contohnya macam kat Taman Tasik Jitra tu siap ada tempat berbumbungkan? Kawasan pon luas jadi boleh la kita nak buat games apa-apa kan.

So tempat dia terbuka then kita agak bebas bergerak. Jadi kalau ampa nak beramas mesra tu pon boleh. Boleh gak nak kenal or sembang-sembang dengan mana-mana bloggers yang ampa berkenan. Nak ayat pon tak pa keh3..

Tapi ampa kena bawa makanan masing-masing la. Tapi bukan maksudnya kita bawa sampai sebelanga nasi or gulai, tapi kalau ampa rajin masak apa salahnya?

Contoh makanan adalah macam sosej, kek, puding lebih kurang macam tu la.

Tarikh yang aku cadangkan mungkin 25-12-2010. Kalau ampa ada cadangan lain boleh la bagi.

So, aku nak tanya ampa la yang mana ampa rasa ampa nak sama ada kat Restoran or Versi pot luck punya?

Dan sila tinggalkan link ampa bagi yang nak join dan sila bagi pendapat sikit.

Apa-apa hal add YM aku anyss_0327@yahoo.com.my


Tuesday, November 23, 2010

BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG


Kalau kakak dia macam ni








Adik dia macam ni plak





NOTACIKGADIS: Bukan salah aku kalau adik aku pon gila-gila macam aku


Keh3...


PUTUS CINTA?


Ampa pernah putus cinta?

Mestilah pernah kan? Sakit. kecewa. Dan merana kalau hati dia tu sangat rapuh. Aku? Rapuh ka? Mungkin. Sakit tu kalau kecewa.

Tapi hidup mesti diteruskan. Untuk apa nak meratapi perpisahan seandainya ex ampa tu sikit pon tak pernah menghargai ampa. Ampa dah usaha nak jadi yang terbaik untuk dia tapi apa yang dia bagi sebagai balasan?

Mengikut pengalaman kawan-kawan aku la, bila depa putus ja yang si lelaki ni mula la buat sesuatu yang menyakitkan hati perempuan. Awat ampa tak puas hati ka kalau ampa tengok ex ampa tu boleh hidup tanpa ampa? Tak macam dulu dah dok meratap kesedihan sebab ampa tinggal dia?

Dulu masa dia sayang hang, jaga hang, pentingkan diri hang dari dia, ikut kemahuan hang, terima seadanya diri hang, ada hang menghargai dia tak?Ada hang buat apa yang dia lakukan untuk hang? Ego tu tinggi sangat ka sampai hang langsung tak boleh nak bertolak ansur? Hang nak dia ikut cara hang macam apa yang hang nak tapi ada hang buat tak macam tu juga?

Pastu akan salahkan perempuan tu sebab tak boleh ikut cara hang. Memang melangit sungguh ego. Hang tau tak perempuan tu berusaha untuk ikut cara hang sebab dia sayang hang tapi hang ada amik kisah tak?

Hang nak orang jaga hati hang tapi hang ada jaga hati orang tak? Hang cakap pong pang pong pang nasihat tapi ada hang buat tak macam yang hang kata tu?

Masa dia dok sayang hang, sikit pon hang tak reti nak menghargai dia. Bila dia dah tak ada, hang tengok dia dengan laki lain baru nak kalut. Pastu dok bagi perempuan ni sakit hati apa jadahnya tu?

Aku kalau jumpa laki macam ni mau aku sunat dia sekali lagi. Puas hati! Asyik nak menyakitkan hati perempuan ja keja.

Tak boleh ka ampa layan perempuan ni elok-elok. Hati perempuan ni masa dia sayang ampa, silap-silap dia layan ampa macam raja. Kadang-kadang dia pentingkan diri ampa dari dia. Kalau dia tau ampa sakit silap-silap tengah malam pon dia sanggup p jumpa apa bagi ubat.

Tapi bila 1 tahap dia terluka dengan ampa, apatah muka, suara ampa pon dia dah meluat nak dengar. Ampa buat la macam mana pon, kalau hati dia dah beku, sorry to say la. Entah-entah bau ampa pon dia meluat dah.

Perempuan tak kan berdendam tapi dia akan sentiasa beringat apa yang telah ampa buat. Semua tu dia akan amik pengajaran dan tahap kepercayaan dia kat ampa adalah 0. Kosong ok?

Jadi pada lelaki tu, hargailah perempuan, jaga hati perempuan elok-elok, hati perempuan ni bukannya macam hati ampa, hati kering.

Yang perempuan pulak kalau kena tinggal tu tak payah la dok melayan sangat perasaan tu, buat apa nak meratapi kesedihan untuk lelaki yang langsung tak tau nak menghargai?

Jangan kata aku tak paham, jangan kata aku tak pernah rasa. Aku pernah rasa lebih teruk dari tu. Tapi aku terus bangkit. Aku tak mau jadi lemah disebabkan benda macam ni. Aku malu. Malu kalau orang lain tengok aku bersedih, menangis dok meratapi cinta dunia ni tapi ampa ada menangis sebab dosa-dosa ampa?

Kalau nak hitung dosa tu memang bercambah. Rasa menyesal kadang-kadang sebab terlalu pentingkan cinta dunia tapi abaikan cinta Hakiki.

Sampai bila? Sampai bila ampa nak terus seksa diri ampa sampai macam tu? Bangun la beb! Sedar sikit diri tu.

Aku bukan saja-saja cakap. Kalau ampa nak kata kat aku "hang senang la cakap hang tak rasa apa yang aku rasa." Kamon la beb! Pengalaman aku lagi teruk kot. Argghh malas nak ingat balik kenangan lama tu.

Cuma aku tak suka tengok kaum aku ditindas. Terus dok meratapi kekecewaan. Sayang memang la sayang tapi kalau disebabkan sayang la ampa jadi macam ni perlu lagi ke perasaan sayang tu?

Tepuk dada tanya hati.

Pesanan ini ikhlas dibawa oleh Gadis Kampung Separa Bandar

MODE: SERIUS


GENG POKOK RENEK

Baru balik tengok Harry Potter memang best gila.

Sampai terjerit orang yang dok kiri kanan aku ni sapa lagi kalau bukan Elfa dengan Izyanti. Sekali dengan aku menjerit sama hahaha..

Banyak adegan terkejut-terkejut ni nasib baik tak ada penyakit jantung kalau tak... Innalillah la aku...

Yang syoknya masa jumpa depa 3 orang ni rupanya kami ni geng pokok renek. Semua rendah-rendah ja. Dalam gambaq bajet tinggi sorang-sorang sekali rendah uolsss..

Depa ni dah la kecik molek, aku yang paling besaq.. Ok la aku tau aku demok, syhhh ampa diam-diam tau jangan bagitau orang lain ni rahsia kita ja tau..huhuhu..

Gambaq tak da la pulak, al-maklum la sejak aku kena ragut dan nset aku sony ericson tu (tudia siap bagitau) tak dapat lagi sebab jadi bahan bukti kes so aku patah tangan la.

Sebab tu kebanyakan entry aku la ni tak ada gambaq,

Tapi masa balik baru nak tergedik-gedik ambik gambar tu pon guna nset depa 2. Masa awai-awai semua malu-malu miaw nak amik gambaq haha.. apakah?

Lepas ni sapa plak nak berdating dengan aku? Harap-harap blogger laki la pulak hahaha **gatai nowh hang GKSB hihihi

=P


Monday, November 22, 2010

RASA MACAM NAK LARI BOGEL? KAU MAMPU??

Merdeka!! Merdeka!! Hoyehhh...


Dah abeh exam yuhuuu...

Ok fine, aku tau ampa abeh exam lama dah.

Biaq p la aku nak seronok sorang-sorang pon kan?

Rasa macam nak lari bogel eh apa benda yang aku merepek ni hahaha..

Tak mo tak mo tak baik!

Tak sopan cakap cam tu. Haipp!!!

Malam ni ada date.

Ingat aku tak laku sangat ka? Hahaha...

Sob Sob ok, la memang aku tak laku pon (padahal........)

Hohoho...

Aku nak p dating, p dating dengan blogger la juga. Blogger yang tak pernah aku jumpa walaupun depa ni dok 1 U dengan aku. Boleh macam tu?

Pon bolehhh...

Aku nak p dating dengan sapa?

Dengan

.

.

.

.

.

Depa ni


Elfa



Izyanti.

Memang comey-comey kan depa ni?

Ni yang aku segan ni. Huhuhu..


Aku ni comot ja, hingus pon dok meleleh lagi ja ni.. Amik tudung lap hingus

slurrrppp..

Hehehe..

Malam ni nak p tengok Harry Potter, dah booked semalam lagi takut penuh sekali memang dah penuh pon. Sabar yer elfa, tak dapet nak bawa sorang lagi kan? Hehehe

Esok atau lusa balik Aloq Staq, jom sapa-sapa nak p dating dengan aku plak kat sana?

Aku balik ni bukan apa nak p tuntut Pizza dekat LadyRea jer

Hahaha..

Boleh?


AKU NAK JADI LAWYER, BOLEH??

Exam pukul 2.15 petang satgi.

Paper undang-undang apa tah hahaha..

Dah macam lawyer dah ni..memang salah 1 cita-cita aku nak jadi lawyer tapi ngaji tak berapa nak cerdik sangat layak jadi lawyer buruk je la..

Hehehe..

Nak kena ingat Akta Keganasan rumah tangga la, Kanak-kanak, Dasar OKU bla bla bla..

Fuhhh..

Google sudeyhh...

Nota ada tapi bahasa omputih, lambat nak translate almaklumla bahasa penjajah ni tak berapa nak ummmpp sangat, MUET pon dapat Band 3 jer... Keh3..

Ampa tolong doa la sama nowh semoga dipermudahkan untuk aku menjawab exam, LAST PAPER ok?

Orang lain dah cuti lama dah aku baru nk amik last paper.

Okeh la.. Jangan lupa tinggalkan sepatah 2 kata kat kotak komen aku ni senang aku nak jejak balik bila dah abeh exam nanti.

Babai~


Sunday, November 21, 2010

ABANG BATANG BESAQ??

Esok exam.

So hari ni tak ada blogwalking sebab aku study last minute hahaha

Boleh??

Ni rehat sat.

Buka-buka blog tengok kat shoutmix ada abang batang besaq antaq komen.

Aku dah ketaq perut bagai sekali tengok rupa-rupanya Lady Rye.

Hampeh hang nowh pekena aku hahaha...

Melucah ja keja

Ingatkan orang gila seks mana dok mai blog aku ni.

Hahaha...

Hilang ilmu sat, dah la ngah kusyuk study ni keh3...

Ha la nanti kita buat gathering cuti ni.

Area Aloq Staq dulu nowh baru pastu kat Penang.

Nanti kita ceta lain. Sambung study sat nowh?

Permisi buuu..


TAK SEMESTINYA SAMA PASTI ADA YANG BERBEZA


Assalamualaikum..

Wiwittt...

Celik-celik mata ja terus buka blog memang mabeless la. Hehehe

Pastu tengok blog si Lady Gaga Eh silap Lady Rye dok sebut-sebut nama aku pasaipa kan?

Hahaha..

Macam aku pernah cakap dalam entry cerita kreatif ni masing-masing ada style yang tersendiri dalam menulis blog.

Mungkin ada yang boleh terima dan mungkin ada yang tidak. Tak semestinya bila dia dok loqlaq ja dalam blog, kat luar pon pangai dia pon loqlaq gak.

Dan tak semestinya orang yang rajin dok buat lawak dalam blog kat luarnya dia memang lawak. Sedangkan kat luar dia tu pemalu.

Tapi ada orang plak tak jauh beza pon perwatakan dia dengan cara dia menulis. Setiap orang berbeza ok?

Aku ni walaupun kadang-kadang entry agak serius berkisar pasal kehidupan dan kadang-kadang emosi sket tapi kat luar aku tak ada la serius sangat. Kepala senget juga ni.

Cuma kita tak boleh nak menilai orang hanya dengan pandangan mata kasar kita ja. Contohnya hang tak kenai dia langsung tiba-tiba hang dah tak suka kat dia.

Tapi bila hang dah kenai dia automatik tanggapan hang pada dia selama ni berubah dan tak mustahil tiba-tiba ampa boleh jadi kawan baik.

So, jangan terlalu bersikap judmental tapi mengamalkan sikap menerima dan keterbukaan mana tau setiap kekurangan dia tu adalah kelebihan bagi ampa dan setiap kekurangan ampa tu adalah kelebihan pada dia.

Orait?

Jadi tak payah la ampa dok kritik pasal penulisan orang tu atau nak berasa iri hati sebab masing-masing ada kelebihan sendiri dan kalau ampa tak tau apa kelebihan ampa cari. Usaha sampai jumpa. Usaha tu kan lif kejayaan?

Hehehe..

Senyum Mau Maneh yer kawan-kawan

=)





NOTACIKGADIS: HIDUP NI KADANG-KADANG MACAM BUNGA ROS, HARUM DIBAU SAKIT DIPEGANG JIKA TERKENA DURINYA. BERHATI-HATILAH DALAM MELAYARI KEHIDUPAN SEBAB KITA TAK TAU APA YANG AKAN TERJADI DALAM HIDUP KITA.


Saturday, November 20, 2010

SENYUM MAU MANEH~SELESAI SUDAH =)


Alhamdulillah...

Selesai sudah contest yang dianjurkan oleh Ben Ashaari.

Pemenang dah diumumkan. Tahniah pada shuff shamsudin.

Memang sengit bersaing dengan Shuff hehehe..

Jutaaan terima kasih aku ucapkan pada yang dah undi GKSB, terima kasih banyak-banyak dengan sokongan ampa tu.

Minta maaf andai kata ada yang ampa tak senang hati sepanjang GKSB berkempen ni nama pon berkempen kan hehehe..

Macam pilihan raya pulak hehe.

Memang sangat penat untuk meraih undi tapi memang berbaloi-baloi walaupun tak menang.

Aku dapat ramai kawan baru sepanjang aku blogwalking dan menyertai contest ni.

Terima Kasih sekali lagi sebab mengundi GKSB.

Sekarang ni, aku nak tidur sebab penat seharian sibuk berkempen kat FB, YM dan blog tapi rezeki tak menyebelahi juga hehe..

Apa-apa pun terima kasih pada semua yer.

Jasa ampa amat aku hargai.

Terima kasih juga penganjur contest iaitu Ben Ashaari.

So, selamat malam

"Senyum Mau Maneh"

=)





NOTACIKGADIS: ESOK GKSB SINGGAH KAT BLOG AMPA NOWH ;)


VOTE ANDA DIPERLUKAN~ UNDILAH GKSB =)

Wah bersaing rapat sekarang ni dengan pesaing dalam Contest Cerita Kreatif-Ben Ashaari.

GKSB adalah salah seorang Top 10 Cerita Kreatif.

Nak minta tolong ampa VOTE untuk GKSB boleh dak?

Undian samapi pukul 10 malam ni jer.

Tolong vote yer, makaseh banyak-banyak.

Ampa boleh VOTE kat POLL sebelah kanan dalam LINK INI

Terima kasih sekali lagi.

=)

NOTACIKGADIS: RASA MACAM PILIHAN RAYA PLAK HEHEHE


KALAU NAK TEGUR PON KENA ADA ADAB

Semalam aku ada tulis entry pasal sorang blogger yang tinggalkan komen kat shout box aku tu ayat dia berbunyi macam ni "Pehal kau suka promote link kat comment box orang? Rimas!"

Tapi dia tak tinggalkan link blog dia plak.

Untuk entry tu sila RIGHT KLIK SINI

Kalau yang tak tahu maksud dia tu ala bila kita tinggalkan komen pastu ada link Latest entry.

Sebenarnya pada yang tak tahu, itu adalah salah satu cara nak bagitau blogger lain yang blog kita ada entry baru, so memudahkan depa supaya depa senang nak terjah balik.

Ini juga salah satu cara nak meningkatkan traffic kita.

Aku tak kisah sangat kalau orang tak suka tapi kalau boleh tu tegur la dengan cara baik. Kalau ampa sendiri orang tegur macam tu mesti ampa marah.

Aku plak marah ka?

Hahaha.. Aku gelak jer. Sebab aku bukan nak cari musuh lagipun mungkin orang yang hantar komen tu tak tau apa fungsi Link Latest entry tu.

So kat sini aku dah jelaskan.

Cuma aku nak tegur la, kalau nak tegur biarlah dengan cara yang elok, tak kiralah siapa pon ampa atau latar belakang ampa budi bahasa kena ada orait?

Terima kasih pada MIYA sebab tulis kesinambungan entry ni hehe

NOTACIKGADIS: MINTA TOLONG UNDI GKSB DI POLL LINK INI TERIMA KASIH =)


APAKAH TUJUAN ANDA MENULIS BLOG?


Apa tujuan kita menulis blog?

Cuba tanya pada diri masing-masing apakah tujuan sebenar kita.

Pasti masing-masing ada pelbagai sebab yang tersendiri.

Apa pun sebabnya yang pasti sebab utama adalah kerana minat.

Ia boleh diibaratkan setiap hari ampa kena makan nasi bila sehari tak jumpa nasi ampa akan gelisah macam tu juga blog.

Bila sehari tak menulis ampa akan rasa macam-macam dan tak senang duduk. Mula la asyik teringat kat blog.

Terutamanya orang yang mungkin hanya ada internet di pejabat, ataupun kolej tapi bila balik rumah rasa kosong, sepi dan rasa ada sesuatu yang hilang dalam diri ampa.

Itulah juga yang dikatakan blogger tegar.

Orang lain yang tak ada minat mungkin tak akan paham apa yang kita sebagai penulis blog alami.

Apa yang aku dapat bila menulis blog?

Aku dapat kepuasan yang mungkin tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Kepuasan itu juga 1 nikmat macam hubungan suami isteri la juga

hehehe...

Opsss terlebih sudah.

Hihihi

Tak kiralah siapa pun kita dan dari manakah latar belakang kita, bila menulis, tulislah dari hati, jangan kita bermusuh sesama sendiri dan iri hati dengan orang lain.

Semua orang bermula dari bawah dan untuk mencapai ke 1 tahap yang kita impikan juga bukan perkara mudah.

Tak ada cara mudah untuk mencapai kejayaan.

Pesan aku pada blogger yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog ini jangan cepat putus asa tetapi ampa kenalah pandai mencari peluang dan ruang.

=)

Yang penting sekali kita jangan lah bergaduh sesama sendiri. Dunia blog ni kecik jer.

Pesanan di bawa khas dari


Gadis Kampung Separa Bandar

"Senyum Mau Maneh"

=)




NOTACIKGADIS: MINTA TOLONG UNDI GKSB KAT POLL DI LINK INI TERIMA KASIH YER


Friday, November 19, 2010

TOP 10~ UNDI ANDA MASIH DIPERLUKAN =)

Alhamdulillah GKSB dah berjaya menempatkan diri dalam TOP 10 CERITA KREATIF BEN ASHAARI.

Terima kasih pada yang dah mengundi GKSB.

Sekali lagi nak minta jasa baik ampa undi GKSB kat

LINK INI

Terima kasih banyak-banyak yer.

=)


PEHAL KAU SUKA PROMOTE ENTRY KAT KOMEN BOX ORANG? RIMAS!

Hahahaha...

Apsal tak tinggalkan LINK blog sendiri bila tinggalkan msg ni kat shoutmix aku tu??

Ala rileks la.. Nama pon promote kan?


Hihihi...

Kalau awak tinggalkan link awak tu, kalau saya jengah blog awak tak la saya masukkan sekali LINK LATEST ENTRY tu..

Kesian plak kat awak nanti. Rimas plak.

Hihihi...


NOTACIKGADIS: DUNIA BLOG NI KECIK JER TAK PAYAH LA NAK GADUH-GADUH ATAU EMO YER PASAL BENDA KECIK?

GIVE AND TAKE~UNDILAH GKSB NO-51


MUKA TAK CUKUP TIDO SELEKEHKAN?



Wiwit...

Baru lepas exam ni. Kuar sejam awal hahaha..

Ok la tu kan. Dah abeh menjawab dah so kuar awal la kan.

Hehehe

Ok, kini tiba masanya nak blogwalking.

Pada yang belum undi tu silalah undi No 51 dekat ENTRY ini.

Sapa yang undi aku akan buat REVIEW blog ampa so ini salah satu cara nak naik kan traffic ampa juga barulah duit nuffnang nanti masyukk

hehehe..

Ala give n take la.

Dalam berpasangan pon kita amalkan Give N Take kan?

UNDI HANYA DIBUKA SAMPAI PUKUL 9 MALAM NI JADI CEPAT-CEPATLAH UNDI GKSB NO 51 KAT ENTRY INI

Thanks pada yang dah undi

=)


KOMITMEN DAN BLOG

Komitmen?

Setiap apa yang kita nak buat kita perlukan komitmen dan kesungguhan. Tanpa ada kedua-dua perkara ni mungkin kerja yang kita buat tidak akan menjadi.

Japgi kul 3 aku ada exam.

Memang tak boleh bagi komitmen pada blog.

Ampa tau kan aku join contest yang dianjurkan Ben Ashaari?

Kalau yang belum tau ampa baca ENTRY ni dulu eyh?

Pastu nak minta tolong ampa undi no 51 kat ENTRY ni pulak.

Aku memang tak dapat nak p blogwalking kat blog ampa sebab petang ni aku ada exam.

So, sapa-sapa yang dah undi GKSB, nanti aku akan buat 1 entry khas untuk review blog ampa. Mungkin ni salah satu cara nak tolong ampa naik kan trafic ampa juga.

Marilah kita mengamalkan give n take

=)

Terima kasih pada zacky yang dah undi GKSB


SENYUM MAU MANEH~UNDILAH GKSB =)

Assalamualaikum wahai pengunjung ku yang memang maneh-maneh semua.

=)

GKSB ada masuk pertandingan kelolaan Ben Ashaari.

Untuk entry tersebut ampa boleh rujuk LINK INI

Kat sini GKSB nak minta jasa baik ampa undi GKSB kat entry ini

no GKSB adalah 51

Ampa boleh pilih 2 entry

cara nak pilih ampa adalah macam ni

"saya pilih entry 51 dan..." (1 lagi ampa pilih la entry mana-mana yang ampa rasa best)

Jasa baik ampa amatlah GKSB hargai.

Jadi pilih la entry no 51

Terima Kasih yer pada semua

=)




NOTACIKGADIS: ESOK EXAM, MEMANG TAK DAPAT NAK BLOGWALKING DAN PANCING UNDI HEHE..

SO JUST DAPAT PROMOTE KAT SINI JER

=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi