- JANUARI. Aku excident. Punyalah banyak dugaan sebelum aku dapat p hospital. Nasib baik la kawan aku Ida tolong aku. Memang aku tak pernah lupa jasa dia. Sampai mati pon aku tak akan lupa. Semua ni pernah aku tulis dalam entry MALANG TIDAK BERBAU (KUN FA YA KUN) dan MENGADA-NGADA LEBIH.PIC KECEDERAAN
- FEBRUARI. Aku sibuk dengan aktiviti bersama pelajar JEPUN yang datang ke Malaysia. Kami juga pergi melawat ke ST Nicholas iaitu pusat di mana pelajar yang mengalami Cacat penglihatan belajar. Daripada menguruskan diri sendiri sehingga boleh berdikari sangat menarik untuk dikongsikan. Ada dalam entry CERITA DARI JEPUN-MALAYSIA.
- MAC. Aku tulis entry pasal KAWAN BAIK KU KEKASIH ORANG?? Banyak juga orang yang terasa pasal entry yang aku tulis ni. Tapi mungkin ini adalah pendapat aku jer. Jadi tak payah la nak terasa ok?
- APRIL. Selalunya aku ni memang tak pandai bergaya. P kelas pon pakai t-shirt, seluar jeans dan selendang. Simple jer. Tapi bila sesekali aku melaram. Memang DARE TO BE DIFFERENT juga la. Berubah habis. Sanggup korbankan duit untuk melaram hehe..

- MEI. Banyak perkara yang terjadi pada bulan ni. Antaranya adalah aku berpisah dengan kekasih hati. Hoho... Agak terluka di situ. Tapi antara entry yang agak meletup pada bulan ini adalah TAK KENAL MAKA TAK CINTA BILA DAH KENAL MACAM CELAKA.
- JUN. Lepas putus dengan pak we pada 31-5-2010 aku kena ragut plak pada 23-6-2010. Malang betoi kan nasib aku. Aku cerita pasal kes ragut tu dalam entry CELAKA KAU BUDAK BARU SETAHUN JAGUNG DAH BERANI NAK MERAGUT ORANG!
- JULAI. Sekali lagi aku diduga. Aku pernah memohon ampa mendoakan kesejahteraan tok aku pada masa tu dalam ENTRY NI. Dan akhirnya aku kehilangan tok aku untuk selama-lamanya. AL-FATIHAH untuk arwah. =,(
- OGOS. Masih lagi cerita pasal kehilangan arwah. Selama ni aku tak pernah lagi bercerita pasal arwah sebab aku belum bersedia. Akhirnya aku bersedia cerita mengenai apa yang telah arwah tanggung selama ini dalam entry KEHILANGAN~AKU RINDU KUCUPAN ITU.
- SEPTEMBER. Isu yang paling hangat sekali pada masa tu adalah entry 18SX: MAIN TELOQ. Main sungguh dia hehe...
- OKTOBER: Entry pasal ORANG TANYA AKU MACAM MANA AKU DAPAT IDEA NAK TULIS BLOG. So, aku kongsikan dalam entry ni. Kalau yang tak ada idea tu sila-sila la jenguk entry ni.
- NOVEMBER. Adalah bulan yang paling banyak sekali aku tulis entry. Sebanyak 68 post. Dan antara entry yang mendapat sambutan hangat adalah entry PUNYAI RUPA PARAS YANG CANTIK DAN KACHAK MEMPENGARUHI ORANG NAK FOLLOW BLOG?
- DISEMBER. Adalah entry yang ampa dok tengah baca ni. Aku kumpulkan semua sekali entry yang aku rasa best dalam 1 entry. =)
Friday, December 31, 2010
UNTUNGNYA ADA BLOG DAPAT IMBAS KEMBALI APA YANG TERJADI SEPANJANG 2010~SELAMAT TAHUN BARU
Thursday, December 30, 2010
TEMAN TAPI MESRA (^_^)
Tahniah pada Malaysia. Kalau nak cerita pasal bola ni, dah ramai blogger yang dok cerita. So, biar depa dok cerita dah la.
PENYERI KELUARGA
Tinggal beberapa hari lagi ja nak sekolah kan? Mesti mak bapak pakat dok sibuk beli peralatan sekolah. Macam tu juga la dengan family aku. Tambahan lagi adik aku Ijat akan mula belajar dalam tingkatan 1 di sekolah Maktab Mahmud, Yan. Hari tu dia dapat 4A 1B
Adik aku yang no 2 tu plak akan sambung degree kat UITM Shah Alam. Boleh kata dalam family aku nanti tinggal puteri sorang ja kat umah. Kakak dan abang-abang dia semua masing-masing belajar kat tempat lain dan duduk kat asrama.
GIVEAWAY EQBALZACK SERBA SATU
10 hadiah saguhati

BILA DIRI DIHARGAI~TERHARU SANGAT (T_T)
Apakah perasaan ampa bila dihargai?
Aku?
Sangat terharu. Apatah lagi langsung tak pernah mengenali dan berjumpa seseorang itu.
Pastu dapat komen lagi dari Kak Raihan.

Terima Kasih banyak-banyak dengan entry tersebut.
Tak pernah rasa boring pon tolong kak hehe, lagipun saya tolong setakat mana yang mampu.
Bila ampa baca ENTRY KENAPA AMPA BUAT BLOG? Ampa fikirlah blogger yang macam mana ampa nak jadi.
Yang penting sekali jangan kedekut ilmu.
Tak salah berkongsi kan?
Senyum Mau Maneh
=)
Jom layan lagu ni Khas untuk ampa semua
Bila diri disayangi-Ukays
Wednesday, December 29, 2010
APAKAH TUJUAN AMPA BUAT BLOG?
TEPUK DADA TANYA HATI, TEPUK DAHI TANYA.....??

SAYA SINGLE SAYA OK!
Tuesday, December 28, 2010
TAHNIAH HAZWAN & LILY: LAIN DARIPADA YANG LAIN
Yang penuh dengan gambar-gambar pre-wedding kawan aku.
Kalau nak tengok sila klik tulisan warna merah tu.
So, 25hb hari tu dah berlangsung perkahwinan depa iaitu antara Hazwan dan Lily.
Berbalik pada majlis perkahwinan depa memang sangat meriah, dan lain dari yang lain.
Dah la baju yang pic kat bawah ni depa Lily design sendiri.
Cantik betul.
Dan ini beberapa pic yang aku amik sepanjang kenduri depa.
Apa yang lain dari yang lain tu?
Siap ada sudut khas untuk kita tulis ucapan dan mempamerkan pic depa 2 orang lagi.
Cun-cun
Masa untuk menulis ucapan
=)
Purple pilihan ku, sama tema dengan warna baju hehehe
Bersama classmate aku masa sekolah dulu, Adila
Cantikkan bilik tidur depa ni?
Apa yang menarik pasal Lily dan Hazwan ni, depa masih lagi belajar dekat Institut Perguruan.
Depa usaha sendiri kerja cari duit untuk majlis perkahwinan depa ni.
Salute beb~
Apa-apa pon tahniah pada Hazwan dan Lily.
Semoga perkahwinan depa bahagia sampai akhir hayat dan dapat anak ramai
Hehehe
SAYA BLOGGER KEDAH

Monday, December 27, 2010
GATHERING BLOGGER UTARA: PENUH DENGAN GELAK TAWA & GOSIP-GOSIP PANAS


Dan sebagai penganjur, aku ucapkan Terima Kasih pada semua yang hadir kerana sudi hadir dan memeriahkan Gathering ini.


GATHERING BLOGGER UTARA: LEBIH HANGAT DARIPADA BIASA




Sunday, December 26, 2010
GATHERING BLOGGER UTARA YANG FUN HABIS:MARI BERKENALAN
@rye_affan
Suami kak D memang sporting habis.
Suka tengok gelagat suami isteri ni.
Hehehe..
Tak larat nak gelak dengan lawak abg Zul.
Dia juga adalah pemenang cabutan bertuah yang aku anjurkan.
Memang bertuah la.
Suka dok menyakat orang dia ni. Hehehe
@thesharkox
Nampak ja serius rupa-rupanya jenis ting tong gak ni
hahaha..
Adik kepada Hyper Plasma.
Aku ingatkan umur dia dah berapa dah, sekali dia bagitau umur suma pakat terkejut.
Lepasan PMR rupanya tahniah adik dapat result yang gempak.
Suka tengok skill dia main bowling.
Memang mabeless hehehe
Awet muda mamat ni.
Sanggup drive dari penang dan tumpangkan Eman, Me'aw dan Tomato Kering.
Baguih betoi. Sapa nak calon menantu cm ni sila la berkenalan dengan Juan ni hehe..
Artis. Hahaha..
Main bowling ala ala kala jengking, kaki belakang mesti naik atas macam ekor kala jengking tu.
Hahaha...
Nampak macam serius orangnya tapi tak ada la serius sangat.
Sapa berkenan nak buat calon menantu sila-sila single n available lagi ni
Hehehe
Yang ni aku panggil kembar me'aw.
Nampak cam malu-malu jer.
Hehehe
Silalah berkenalan dengan semua blogger yer. Jangan lupa follow
Kih3...
Meletupss uollss....
Overall Gathering ini berjaya, dan fun habis.
Asyik gelak ja.
Nak tahu apa yang best sangat pasal gathering ni?
Tunggu untuk next entry.
Dan di kesempatan ni juga, aku nak minta maaf kalau ada kekurangan sepanjang majlis ni berlangsung (Ada ker?) hehehe
=)








