Saturday, December 31, 2011

HARI-HARI TERAKHIR


Menulis pada hari-hari terakhir tahun 2011. Tahun baru pula akan menjelma. Apa yang terjadi sepanjang tahun 2011??


Yang pasti banyak perkara yang manis berlaku pada tahun 2011 pada diri aku. Walaupun ada perkara yang mungkin aku tak ingin ingat so aku cuba melupakannya. Cuba ingat yang manis-manis saja. Boleh tera tu? Keh3....



Ini pon kira kenangan manis juga kan? =P



Yang pasti tahun 2012 akan banyak perkara yang lebih manis akan berlaku. Insyaallah. Doa-doakan lah yer..


Semoga 2012 turut memberi lembaran baru kepada kita semua. Semoga apa yang diingini kita akan usaha untuk mencapainya. Pada yang rasa dirinya keseorang pada tahun baru jangan bersedih kerna ampa masih ada keluarga yang sayangkan ampa.


2012 tahun baru, semangat baru, azam baru.


Selamat Tahun Baru semua.



Friday, December 30, 2011

KENAPA AKU PILIH KERJA NI??



Hari ni nak cerita serba sedikit pasal diri aku. Hampir sebulan juga la aku bekerja di Cure, Care Service Centre (CCSC) under AADK. Tugas aku sebagai Case Manager.


Sebelum tu meh aku terangkan apa itu CCSC. CCSC adalah satu pusat perkhidmatan untuk orang yang mengalami masalah berkaitan dengan dadah. Yang nak dapatkan khidmat nasihat pon boleh.


Kat sini antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah

  • kaunseling,
  • kelompok sokong bantu,
  • pencegahan relapse,
  • khidmat masayarakat
  • Rawatan terapi gantian dadah (methadone)
  • rujukan dan advokasi

Kat CCSC ni ada tiga jenis klien, ada outpatient, Daycare dan residen iaitu orang yang tinggal di asrama yang disediakan di CCSC.


Apa Tugas Case Manager??


Apa yang aku buat adalah of course kena buka fail untuk klien. Kena tau latar belakang klien. Segala penyakit yang dia ada, pendek kata segalanya pasal klien yang aku kena tau. Orang pertama yang klien akan jumpa adalah aku.


Macam-macam jenis penagih kita akan jumpa. Ada yang datang iaitu masih dalam keadaan "high" lagi. Cakap pon merepek-repek. Ada yang tiba-tiba menangis pon ada sebab ingatkan aku marah dia. Padahal aku nak ke tandas. Nak tergelak pon ada. Tapi Itu antara kesan-kesan penagihan dadah.


Yang macam aku bagitau tadi adalah kesan orang yang amik syabu atau popular dengan nama ice sebab bentuk dia macam ice batu tu yang jernih tu.



Google: syabu


Kesan dia pulak lebih kepada alami halusinasi sebab tu dia kadang-kadang boleh cakap sorang-sorang dan tak sedar pon apa yang dia buat.


Jadi jangan hairan la kalau ampa dengar berita ada penagih yang rogol nenek sebab mungkin dia nampak nenek tu cantik macam Fasha Sendat ka siapa tahu??


Kenapa Pilih Pekerjaan Ini?


Ada orang tanya kenapa aku pilih kerja macam ni. Bukannya sebab terpaksa dan tak ada kerja lain dah. Cuma minat aku ke arah macam ni. Aku suka kan cabaran. Memang mencabar dan kadang-kadang beri tekanan pada kita dan disitu la kita nak tengok keupayaan kita boleh handle tekanan atau tidak.


Aku sendiri belajar dalam bilang social science. Kalau buat test kerjaya pon ada menunjukkan yang aku lebih sesuai bekerja dengan orang ramai dan terlibat dengan masyarakat. Tak tahu la kenapa.


Mungkin aku rasa kita perlu bantu orang yang mempunyai masalah macam ni. Kalau sebelum ni aku praktikal di Asrama Akhlak iaitu untuk gadis bawah 18 tahun tapi sekarang aku deal dengan mereka yang lebih tua umurnya.


Banyak perbezaannya dan lebih banyak cabarannya. Untuk pengetahuan semua juga yang paling tertinggi yang menagih adalah bangsa melayu, india dan cina. Kalau zaman dulu cina tapi sekarang ni Melayu lebih ramai. Sedihkan tengok bangsa Melayu macam tu?


Sebenarnya banyak lagi aku nak kongsi pasal ni tapi aku rasa cukuplah setakat ni dahulu. Rugi ada blog tapi tak berkongsi pengalaman kita dalam ni. Mungkin kita berlainan bidang tapi kita boleh berkongsi pengalaman masing-masing itulah kelebihan mempunyai blog =)


Nanti aku akan cuba kongsikan pengalaman mengenai stigma masyarakat semasa aku menjalankan outreach. Apa itu outreach? Nanti aku terangkan.




Thursday, December 29, 2011

APA CERITA DENGAN MAKANAN DI KUALA LUMPUR??


Hari ni kita tinggalkan kejap pasal Cinta Seorang Blogger. Cuma aku nak ceritakan pengalaman aku dengan makanan.


Apsal makanan?? Sebab aku suka makan dan sebab itulah juga badan aku sekarang ni macam dipam pam. Mendadak naik tak turun-turun @_@ Kalo turun menangis air mata darah la hang. Ni asyik darah ja yang kuar tiap bulan macam mana?.. #EH??


Berbalik pada makanan. Sejak aku kerja kat KL ni memang susah sangat aku nak cari makanan yang tepati citarasa. Nak kata cerewet pasal makanan, tak la cerewet sangat, bedal ja janji sedap. Yang tak sedapnya nak cari yang sedap ja manjang kalau tak sedang membebel la aku sebab tak sedap. Sangat tak tahu bersyukur kan aku ni??


Pertama sekali aku nak komen kebanyakan makanan adalah sangat berminyak. Gulai berminyak dan paling tak bleh blah sambal pon berminyak. Kalau cedok sambal dapat minyak saja. Silap haribulan kalau amik minyak tu untuk goreng ikan pon boleh.


Sampaikan 1 tahap aku fikir patut la minyak selalu tak cukup stok, dah hang dok perabih minyak banyak sangat. Memang tak bleh p dengan makanan yang terlalu berminyak (gaya orang utara cakap). =Maksudnya memang tak ada selera...


Tak pedas.

Adalah salah satu ciri masakan sambal. Apa barang masak sambal tak pedas. Kalau aku makan tu siap tambah 2,3 kali kuah sambal still tak pedas. Kadang-kadang sampai penuh kuah sambal masih rasa tak pedas. Orang tengok aku makan pon hairan apsal la budak ni, tak takut buasir ka apa? #EH??




Sumber: Google




Mahal

Harga tu memang tak dapat dinafikan mahal gila. Kalau tomyam rm6 semangkuk yang hanya penuh dengan bawang,serai dan benda alah apa lagi tak tau. Isi ada la 2,3 ketoi. Alahai. Ni yang buat aku rindu kat kedah ni. Tomyam sana rm3.50 ada lagi semangkuk. Habis kuat rm4.


Sebab tu aku kena catu makan sekarang ni. Sehari sekali je makan. Tak percaya? Ok la aku ngaku 2 kali. Tu pon pagi kadang-kadang makan kuih ja. Al-maklum la baru keja, duit gaji tak ada lagi =p


Penambah Rasa

Ok ni pengalaman kawan aku kat tempat kerja. Melantak nasi lemak sampai habis. Last sekali baru perasan, depa makan sambal lipas. Aiyarkk... Nasib baik la hari tu aku tak rasa nak makan. Kalau tak kompom muntah. Bau sampah pon aku dah muntah-muntah. Hidung aku sensitif.





Sambal berlaukkan lipas??



Rasanya setakat tu saja la pendapat aku pasal makanan. Tu belum masuk hal halal ke tak. Pekerja yang bebas penyakit atau tak. Yela kebanyakan pekerja adalah bangsa asing. Sebab tu kalau nak makan, jangan main hentam jer. Ampa terdedah dengan Hepatitis, tibi, penyakit berbahaya ni.


Kalau nak makan, sila pastikan tempat nak makan tu bersih dan sila perati kalau-kalau ampa akan makan sambal lipas =P




Tuesday, December 27, 2011

CINTA SEORANG BLOGGER #4



Klik Link di bawah untuk membaca kisah terdahulu.


Cinta Seorang Blogger #1


Cinta Seorang Blogger #3






Gambar Hiasan : Google




“Morning mama” Sapa Ari pada ibunya Puan Latipah.


“Amboi, sejak bila pula kita jadi mat saleh ni? Cuba bagi salam pagi-pagi ni, sejuk juga hati mama mendengarnya” Tegur Puan Latipah pada Ari.


“Sory mama, Assalamualaikum mama.” Cepat-cepat Ari memberi salam bila ditegur ibunya.


“Waalaikummussalam. Ha macam tu la. Kata nak jadi ustaz Amirul kena la macam ni selalu.”


Sengaja Puan Latipah mengusik Ari yang digelar Ustaz Amirul seperti dalam Drama di TV3 oleh adik-adiknya kerana terlalu suka memberi nasihat kepada mereka.


Ari tersengih dengan usikan Puan Latipah. Tidak berniat untuk membalas usikan tersebut.


“Ari, sejak dua menjak ni mama tengok kau gembira lain macam jer? Muka pon berseri-seri. Ada apa-apa ker?” Puan Latipah cuba merisik perubahan sikap anaknya itu.


“Mana ada mama. Ari macam biasa la. Macam dulu-dulu juga.” Ari cuba menafikan telahan Puan Latipah.


“Yela tu tak ada apa-apa. Ke dah jumpa calon menantu mama? Elok sangat la tu. Umur dah 28 tahun. Dah boleh jadi bapak orang pon. Kalau dah kahwin, merasa juga mama nak menimang cucu. Nak harapkan adik kau tu, sekolah lagi. Tak kan la diorang plak yang nak kahwin dulu Ari? Malu kau nanti.”


Puan Latipah memulakan bebelannya. Entah berapa kali Puan Latipah menasihati Ari supaya mencari calon isteri. Walaupun dia tahu hati Ari pernah terluka tapi sampai bila nak menangisi kelukaan itu?


Ari tersenyum bila mendengar bebelan ibunya itu. Sudah acap kali Puan Latipah bertanya soal itu malah sudah boleh dihafal dialog ibunya itu.


“Tengok tu, dia boleh senyum sorang diri plak” Puan Latipah hairan melihat tingkah laku Ari.


“Mama, jangan risau. Insyaallah bila sampai jodoh Ari, Ari akan pastikan mamalah orang paling gembira dalam dunia ni. Ari akan cari seorang isteri yang macam Mama, pandai jaga hati papa, penyayang, pandai masak, lemah lembut…..can…"


“Dah-dah. Pandai la kau nak bodek mama ye” Puan Latipah memotong percakapan Ari. Malu dengan usikan anaknya itu seraya menarik hidung Ari.


Ari memeluk mamanya. Mereka tersenyum bahagia. Dalam hati Ari, dia tahu mamanya risaukan Ari. Tapi mencari jodoh bukannya seperti memilih baju di kedai, bila berkenan ambil dan bayar.


Kita tidak tahu siapa jodoh kita. Adakalanya kita mengejar orang lain tanpa kita sedar, jodoh kita rupanya hanya ada di depan mata. Tiba-tiba wajah Mira terbayang di depan mata Ari. Petanda apakah ini??


bersambung..........



NOTACIKGADIS: Disebabkan ada yang meminta supaya memanjangkan lagi kisah ini, GK akan cuba menjana idea (tudia ayat) untuk bagi panjang lagi. Kalo panjang lagi dah tak jadi cerpen la kan? So jadi apa plak??




Monday, December 26, 2011

CINTA SEORANG BLOGGER #3


Sambungan Cinta Seorang Blogger. Klik Link bawah untuk membaca episod 1 dan 2.

Cinta Seorang Blogger #1

Cinta Seorang Blogger #2



“Mira, apa cerita hang dengan blogger Ari?? Nampak semakin rapat jer? Selalu aku tengok ampa chat dua orang di FB. Ada apa-apa yang berputik di hati ker? Hehe..” Sengaja Anis mengusik Mira.


“oit mana ada apa-apa la. Kami kawan jer..” Merah muka Mira diusik oleh Anis.


“Yela tu kawan, mula-mula kawan lama-lama bercinta hahaha”


“Dah la malas aku nak layan hang ni Anis, tak habis-habis nak usik aku. Eh, hang dengan mamat yang hang kenal kat FB tu macam mana pulak? Cinta Muku Buku ka? Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku lalalala” sengaja Mira mengenakan Anis pula sambil menyanyikan lagu Najwa Latif.


“Hihihihi… Jadi kenyataan la Mira…Si dia ngorat aku guna lagu Najwa latif, siap tanya aku, nak tuju lagu boleh?? Sekali keluar lagu Cinta Muka Buku, terus aku terima ahahaha….”







“Hahaha… Dasyat la ampa dua. Lepas ni hang balas la plak dengan lagu Carta Hati, baru meletup hahaha….” Tergelak besar Mira dan Anis dengan gurauan mereka itu.


“Gelak, gelak juga Mira, tak kan Ari tak tuju lagu kat hang? Sekarang ni kan tren ‘ Nak tuju lagu boleh’ kat FB tu.” Soal Anis lagi.


“Ari? Dia plak jenis suka berkongsi hadis. Aku tak tahu la adakah dia yang bakal jadi imam aku nanti??” Teragak-agak Mira memberikan jawapan.


Lalu perkara itu hanya dibiarkan sepi…


Pada Mira, dia tiada jawapan yang pasti apakah penamat pada perhubungan mereka nanti. Malah dirinya sendiri tidak pasti dengan perasaannya. Bagi Mira, masih terlalu awal untuk membicarakan soal hati. Apatah lagi dia seorang perempuan. Mungkin tidak manis jika dia yang beriya-iya.


Mungkin Ari hanya menganggap Mira tidak lebih dari kawan. Dengan nasihat-nasihat yang sering diberikan tidak mustahil hubungan mereka hanya sebagai seorang sahabat yang ambil berat pada sahabatnya.



Bersambung........



NOTACIKGADIS: Jangan marah kalau cerpen ini terlalu banyak sambungannya. Kalau panjang-panjang takut ada yang tak sudi baca plak hehe....Harap ada yang sudi ikuti sambungan cerpen ini.


P/S: Kalo banyak idea boleh buat novel terus ni keh3....






CINTA SEORANG BLOGGER #2









Samar-samar lampu di Restoran Tok Nadoq memberikan suasana romantik pada malam itu. Sengaja GKSB memilih restoran itu kerana suasananya yang tenang.


GKSB mengajak Mira dan Ari makan malam sebagai tanda terima kasih dan untuk berkongsi kegembiraan kerana terpilih sebagai pemenang menulis cerpen anjuran blog Mira dan Ari. Disamping itu juga, GKSB ingin kenal lebih rapat lagi dengan blogger yang agak terkenal dalam dunia blog ini.


Bagi GKSB, perkenalan di alam maya tak bermakna hanya perlu kenal disitu sahaja tapi lebih bererti jika perkenalan itu turut berpanjangan dalam dunia realiti. Oleh itu perhubungan itu tak akan dihalang oleh satu perbezaan yang nyata.


Namun tanpa GKSB sedar, ada dua hati berdebar-debar menantikan pertemuan ini.


Kali pertama Mira dan Ari bertentang mata, Mira kelihatan malu-malu. Kaku lidahnya untuk memulakan perbualan. Tapi berlainan pula dengan Ari yang tidak henti-henti bercakap, macam mana dia menulis dan membebel di dalam blog, begitu juga dirinya di alam realiti.


Itu disedari oleh GKSB. Mujur GKSB turut menceriakan pertemuan itu. Lama kelamaan Mira tidak kaku lagi untuk berbual. Tapi debaran hati Mira dan Ari, tak siapa yang tahu.


Bersambung……



NOTACIKGADIS: Nak dipanjangkan lagi cerpen ini atau nak ditamatkan saja? =P



Sunday, December 25, 2011

CINTA SEORANG BLOGGER

Sumber: Google



"Anis, cuba hang tengok blog ni... Best la.. Banyak kata-kata nasihat dalam blog dia. Jarang aku jumpa penulis yang macam ni. Asyik dok jumpa blog yang menulis ala-ala cerita lucah ja" sambil mira tunjukkan blog yang dimaksudkan pada anis.


"Eh, dia ni ker? Ada jer dalam list kat blog aku. Boleh tahan la cara penulisannya. Try la hang follow blog dia mana tau boleh jadi kawan hang plak nanti hehe" cadang Anis pada Mira.


Sejak dari hari tu, Mira menjadi silent reader blog yang berlatarbelakangkan hijau itu. Sejuk mata memandang. Sesekali Mira turut meninggalkan komen entry di blog Dari Kaca Mata Ari. Tanpa Mira sedar, Ari turut menjadi “stalker” di blog Mira. Dalam hati Ari, ada timbul satu perasaan aneh hanya dengan membaca penulisan di blog Mira. Apa maknanya perasaan itu yer??


Sejak dari itu, Ari memberanikan diri add Mira di Facebook dan mereka selalu bertegur sapa. Dari situ wujudnya keserasian antara mereka. Kerana minat mereka yang mendalam dalam bidang penulisan menghasilkan satu idea yang mungkin jarang-jarang blogger lain buat.


Mereka bergabung mengadakan pertandingan menulis cerpen di blog. Mereka mendapat sambutan yang menggalakkan dan tidak dijangka oleh mereka bila mereka menerima lebih dari 200 peserta yang menyertai pertandingan tersebut.


Apa yang menariknya, Ari dan Mira belum pernah bertemu di dunia realiti hanya berhubung di dunia maya. Bukan mereka tidak pernah merancang untuk bertemu Cuma masih belum ada kesempatan. Ada saja yang menghalang. Mungkin ada hikmahnya.


Akhirnya pertandingan penulisan di blog diumumkan kemenangannya. Hadiah juga telah di poskan oleh Mira dan Ari. Pemenangnya adalah blog yang dikenali dengan nama Gadis Kampung Separa Bandar atau nama penanya GKSB. GKSB membuat keputusan untuk belanja Mira dan Ari makan malam sebagai tanda terima kasih.


Kesempatan itu digunakan oleh Ari dan Mira untuk bertemu buat pertama kalinya.


Bersambung…….


Apa akan yang akan terjadi bila buat pertama kalinya Ari dan Mira akan bertemu?? Adakah berlakunya sesuatu yang tidak diduga?? Adakah akan berputik bunga-bunga cinta? Atau berlaku sebaliknya? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya.



NOTACIKGADIS: Hasil perah otak GKSB semalam hehe....Mendapat inspirasi dari kisah seseorang. =) Nama dan watak hanya rekaan semata-mata. Cerita ini tiada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia =)






Saturday, December 24, 2011

INSAN TERPILIH


Terkelu sat bila tengok entry Katek dimana GKSB jadi blogger pilihan untuk blog dia. Masih ada yang sedar ke yang GKSB ni ada blog?? #EHH??


Nak tahu apa kata Katek pasal blog GKSB boleh la ke SINI


Jadi disini GK nak jawab segala persoalan yang Katek bangkitkan. Antara bait-bait ayat katek dalam blognya:


"Ha, kalau nak tips berblog, tengok la blog Cik GKSB ni ha… Simple, kemas, teratur. Cuma kalau kita tengok, dari bulan Julai kebawah, sehari lebih dari satu entry kot kan. Tapi start bulan Ogos sampai ke bulan sekarang, macam dah tak banyak entry. Macam selang2 hari dia buat entry. Kenapa eh? Haaaa, itu tuan punya blog kena jawap sendiri"


Pertama sekali memang GK akui GK dah tak serancak dulu untuk menulis dan update blog. Kalau dulu dalam sehari habis sikit 2 entry sehari akan di update. Ada saja benda yang nak dicerita.


Mungkin masa tu sebagai seorang pelajar laptop adalah sahabat paling baik untuk kita. Segala-galanya laptop adalah antara komponen paling penting dalam hidup kita selain telefon bimbit.


Tapi bila dah habis belajar, masa untuk kerja. Adakalanya kerja yang tak tentu masa menyebabkan masa untuk update blog dah kurang. Apa yang difikir masa tu DUIT, DUIT dan DUIT. Kerja ada, duit pon ada. Tarak kerja, tarak duit, mengerti??



Kampung ku~Yan, Kedah {sumber gambar}



Dan tanpa sedar feel untuk menulis itu semakin kurang. Adakalanya terpaksa duduk dihadapan laptop perah otak nak tulis apa. Bila berada dalam keadaan itu samalah seperti kita memaksa diri untuk menulis dan hasilnya ia bukan datang dari hati. Kepuasan itu dah tak ada.


Dan GK perasan, ramai rakan-rakan blogger yang seangkatan dengan GK sejak GK mula-mula bertapak dalam dunia blog dah jarang update blog malah ada yang hilang terus dari dunia blog ini.


Sayangkan??


Sekarang ni GK dah bertukar kerja dimana ada masa untuk blog ini di upate. Kadang-kadang idea plak tak ada. Dari dok merapu tulis benda yang tak tau hala baik tak payah update. Mungkin dari segi komen, tak ramai yang komen di blog GKSB tapi GK tahu ramai yang lebih suka jadi silent readers.


GK sendiri seorang silent reader =)


Kalo masih ada yang konsisten update blog dia baguslah. Bila tengah rancak dan semangat nak update ni, update la sekerap mungkin sebab mana tahu sampai satu masa ampa akan rasa apa yang GK rasa, feel itu dah tak macam dulu. =P


Biasalah dalam hidup seseorang ada jatuh dan bangun dia. Sama juga dengan contoh masa muda dan tengah kuat ni la kita pulun dok kerja bila dah tua jalan pon dok terketar-ketar dah tak larat nak buat apa dah.



Sumber: Google



Cuma satu nasihat GK, jadilah diri sendiri bila menulis tapi tak bermaksud jadi diri sendiri tu ampa bebas nak tulis apa sampaikan orang lain plak naik menyampah dengan ampa yela dah diri sendiri suka kondem orang dalam blog pon kondem sana sini, itu salah satu contoh GK bagi.


Jadi diri sendiri tu cari identiti sendiri jangan terikut-ikut dengan gaya orang lain bila menulis. Kalo misalnya entry GK, dari segi penulisan orang akan tau dah GK ni berasal dari utara. Dok ampa-ampa. Tu nasib baik tak guna kami lagi sebagai ganti diri hehe...


Dan untuk Katek, terima kasih kerana memilih GKSB sebagai blogger pilihan Katek. =) Teringin jumpa Katek di dunia sebenar (cewah...macam dok planet lain plak kan?) =P









TARIKH PERNIKAHAN LISA SURIHANI DAN YUSRI


Akhirnya teka-teki hubungan Yusri dan Lisa Surihani terjawab. Majlis pernikahan mereka adalah pada 23 Februari 2012 dan majlis resepsi mereka adalah pada 26 Februari 2012 dan akan dibuat secara sederhana.


Eloklah kalau dibuat secara sederhana. Sebelum ni pon Yusry pernah berkahwin dengan Erra di mana majlis mereka adalah Wedding of the year tapi akhirnya bercerai juga. Jodoh tak panjang mungkin.


Sama-sama kita doakan semoga hubungan mereka ini kekal sampai akhir hayat. Yang pasti ramai jejaka akan gigit jari bila Lisa memilih Yusri sebagai suami.




SEMUA SERBA TAK KENA


Assalamualaikum....


Semoga ampa semua sihat terutamanya dari segi mental. Aku ni tak berapa nak sihat mental sangat huhuhu... Ada perkara yang terpaksa dipendam. Jika disuarakan akan boleh bawa bergaduh.


Tindakan yang diambil diam, amik masa untuk diri sendiri tenangkan hati selepas itu kembali macam biasa balik.


Walaupun kesannya menyebabkan diri sendiri terluka tapi terpaksa la nak buat macam mana. Adakalanya kita tak boleh pendam hal itu seorang diri tapi pada siapa lagi yang aku nak luahkan?


Mungkin ada yang sudi nak dengar tapi mungkin bukan orang yang sesuai. Dan akhirnya dipendam seorang diri. kalo malas nak fikir sangat tidur je la keja aku. Seawal 10.30 malam kadang-kadang aku dah tidur padahal dulu aku ni jenis yang tidur lambat. 1,2 pagi berjaga lagi.


TTM tegur aku dah lain.


Ada sebab aku jadi macam tu. Sebab apa???



bersambung............................




Monday, December 19, 2011

TAK BANYAK BEZA


Alam pekerjaan dengan kehidupan sebagai seorang pelajar memang tak banyak beza aku rasa walaupun ramai yang kata zaman belajar lagi best tapi sebenarnya tak banyak beza sangat pon.


Tetap ada tekanan cuma situasinya saja yang berbeza. Waktu belajar banyak masa yang terluang. Masa dengan kawan-kawan, enjoy sana enjoy sini tapi tetap kena tumpu pada pelajaran, tetap kena perah otak jawab exam dan siapkan assignment.


Tapi bila dah kerja, pagi bangun, pegi kerja, kul 5 balik kerja settle. Malam rileks tengok tv, on9. Nampak rileks tapi tekanan tu tetap ada cuma kadang-kadang cuba pujuk hati sebab bila dah keja ni situasi dia lain, jumpa dengan macam-macam orang yang pelbagai ragam. Itu biasa.


Kalau tanya aku rindu tak zaman belajar dulu, jawapannya tak. Boleh katakan ingatan aku masa sekolah dah banyak terhapus~ lost memory kot hakhak.... Masa universiti pon tak tahu la tak banyak benda yang aku boleh ingat.. Ke memang aku sengaja nak lupa??? keh3.....


Banyak benda aku sengaja nak lupa, ok aku akui itu.


Bagi aku:


"Past is past. If u want happiness, don’t walk together with your past. Past is just a lesson. You can look back, but NEVER bring it back!"


Setuju???




=)



Wednesday, December 14, 2011

ORANG TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI??


Pengalaman menaiki teksi pagi ni ke tempat keja adalah sesuatu yang menarik yang ingin aku kongsikan. Ada pakcik ni, rambut dah beruban putih satu kepala aku kira mungkin umurnya lebih tua dari bapak dan rasanya hampir baya dengan arwah tokwan aku kot.



Gambar Hiasan



Dia mula bertanya aku balik keja pukul berapa, kalo apa-apa hal dia boleh tolong datang amik. Lepas tu dia tanya husband tak marah ka?? Aku pon jawab "saya tak kahwin lagi" sambil tergelak. Dia jawab "Ok la tu takut juga kalo husband marah kalau kita berkawan. Nanti kalau saya tak bawa teksi pon mungkin saya akan bawa kereta amik awak"


Dalam hati aku dah pelik "berkawan"??? Bila plak aku nak berkawan dengan dia. Aku penumpang teksi ja. Dan yang paling tak boleh blah sekali dia cakap "amik nombor telefon (sambil bagi no telefon dia kat aku) kalau ada apa-apa call ABANG!"


ABANG??? What the....


Pangkat pakcik ker tok wan tiba-tiba nak bahasakan diri ABANG?? Terus aku bayar cepat-cepat dan keluar dari teksi. Tiba-tiba aku nak termuntah. Serius aku cakap aku dah loya dah masa tu hampir-hampir nak muntah.


Kalo dikata orang tua kutuk tak sedar diri macam kasar plak bunyinya. Jadi aku amik pengalaman ini sebagai panduan supaya lebih berhati-hati lepas ni. Orang sekarang ni tak kira tua atau muda tapi kalo dah ulat bulu naik daun macam tu la gayanya. Perempuan sebaya cucu pon boleh jadi mangsanya.






Sunday, December 11, 2011

TAK MUNGKIN KU HINDAR~NOVEL REVIEW




Baru selesai habis membaca novel Tak Mungkin Ku Hindar hasil penulisan Kak Sofi.


Mula-mula hanya dapat baca dalam blog dia dari bab 1- bab 15. Disebabkan keterujaan nak tahu penyudahnya aku mencari juga novel ni sampai dapat.


Sumber: Google


Kebetulan aku p Jaya Jusco Wangsa Maju ada plak MPH kat situ terus beli novel ni.


Komen aku, novel ni dah berjaya membuat aku menitiskan air mata. Cuma ada la gak yang aku tak puas hati sebab Maria terlampau senang sangat terima Hisyam balik. Sepatutnya kena lagi kuatkan hati....Hahaha...


Errrr tu pendapat aku jer lagipun namanya pon novel =P


Mengenai novel ini dari sisi aku:


Bila susah nak terima cinta, dipikatnya sampai dapat
bila dh dapat miliki, dirinya penuh curiga
dihina dan dicaci, lantas apa yg akan terjadi??


Kalau nak tau sila dapatkannya dipasaran.


Dari 5 bintang aku bagi 4 bintang.



Saturday, December 10, 2011

APA YANG PERLU ADA UNTUK BERUBAH??




Untuk berubah memerlukan kesedaran dari diri sendiri.

Bukan mudah nak berubah tapi lebih manis jika mendapat sokongan dari orang yang tersayang terutamanya keluarga.

Semua terletak pada hati dan fikiran anda.

Kalau nak berubah usaha untuk berubah fikirkan tempoh hidup yang telah disia-siakan selama ini.

Mujur Tuhan beri kesempatan untuk berubah di usia yang makin senja ini...



NOTACIKGADIS: Mendapat Ilham dari seorang bekas penagih dadah.


Layannn lagu ni



Friday, December 9, 2011

KU MERINDU....



Dah seminggu aku start keja di KL. Dalam seminggu ni rasa macam dah sebulan dah duduk sini. Adik aku si puteri tu sampai teresak-esak menangis sebab rindukan aku. Masa aku baru duduk di KL n call dia menangis dia sampaikan dengan aku sekali menangis sama.


Tak sanggup dengar budak yang baru berusia 4 tahun menangis teresak-esak hanya sebab rindukan kakak dia. Kalo nak p mana-mana aku selalu bawa dia, keluar dating pon bawa dia huhu.. Bila dah lama sangat duduk dengan aku sekali berenggang sampai jadi macam ni.


Tapi aku tak ada la menangis macam ni sebab rindu kat TTM huhu..Setakat ok lagi nak mengharungi cinta jarak jauh. Pengalaman baru bagi aku =P



Rindu adik bucuk kakak ni



Setakat ni kerja di agensi antidadah ni ok la, satu cabaran untuk aku bila bekerja dalam bidang ini. Cuma mengharapkan tak ada masalah yang tidak diingini berlaku. Harap ampa semua mendoakan yang terbaik untuk aku.



NOTACIKGADIS: Kalo nak bertukar link di senarai blog masing2 bagitau eyh??


Thursday, December 8, 2011

T.A.M.A.T


LINK EXCHANGE TAMAT



Terima kasih pada yang sudi bertukar-tukar link di blog GKSB

=)





Wednesday, December 7, 2011

JOM BERTUKAR LINK DI BLOG MASING-MASING



Salam kemanisan dari




Dengan sukacitanya GKSB nak ajak followers dan kawan-kawan GKSB untuk bertukar Link di blog masing-masing.


Syarat dia mudah saja Link blog GKSB- www.nurrcahaya.blogspot mesti ada dalam senarai di blog ampa.

Baru la dikatakan Link exchange ye dak??


Kemudian tinggalkan Link di komen entry ini iaitu

Pilih sama ada berada dalam senarai

Si Purple untuk blogger lelaki
dan
Si Pink untuk blogger wanita


Tarikh tutup: Terpulang pada GKSB

=)

Jom kita...


NOTACIKGADIS: Makesure semua syarat dipatuhi. Baru la adil untuk semua =P



Tuesday, December 6, 2011

WANITA MAUT AKIBAT KEBAKARAN




KUALA LUMPUR: Tanda tanya mengenai punca kebakaran di sebuah rumah di tingkat 15, Flet Desa Rejang, Setapak, di sini, semalam yang menyebabkan kematian seorang wanita berusia 34 tahun, terjawab apabila siasatan polis mendapati wujud unsur jenayah.


Difahamkan, unit forensik menemui dua botol petrol yang diletakkan di bahagian dapur dan ruang tamu rumah berkenaan yang secara tidak langsung menimbulkan keraguan mengenai punca kebakaran di kediaman itu.


Rentetan penemuan itu, polis menahan suami wanita terbabit berusia 56 tahun yang masih dirawat di unit kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana melecur hampir 60 peratus badan dalam kejadian sama bagi membantu siasatan.


Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dilaporkan menghidupkan dapurnya untuk memasak sebelum berlaku letupan yang menyebabkan kebakaran.


Menurut sumber, botol petrol itu diletakkan berhampiran kawasan memasak dan apabila wanita terbabit menghidupkan api dapur berkenaan, letupan kuat berlaku sebelum api menyambar tubuhnya.


“Ketika kejadian, suami mangsa berada di ruang tamu rumah dan bergegas menyelamatkan isteri sebaik mendengar jeritan wanita itu.


“Bagaimanapun, dia yang disambar api gagal berbuat demikian lalu menjerit meminta tolong,” katanya.


Sumber berkata, jiran yang mendengar jeritan pasangan terbabit masuk ke rumah berkenaan dan menyelamatkan mereka.


“Penduduk menghubungi polis dan bomba melaporkan kejadian itu,” katanya.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Suki Anuar mengesahkan ketika dia bersama pasukannya tiba di lokasi kejadian, api yang merebak itu sudah dipadamkan penduduk sebelum pasangan terbabit dikejarkan ke hospital.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan penahanan suami mangsa.


“Kami menahan suami mangsa bagi membantu siasatan selepas polis menemui dua botol petrol di rumah berkenaan. Penemuan botol petrol ini menimbulkan keraguan dan kami percaya ada unsur jenayah dalam kebakaran itu.


“Bagaimanapun, kami masih menjalankan siasatan dan percakapan suaminya (mangsa) akan dirakamkan selepas keadaannya stabil,” katanya.


Tambahnya, pihaknya masih mengumpul bukti bagi mengklasifikasikan kes itu dan semuanya bergantung kepada hasil siasatan.



..............................................................................................................................



Macam yang aku cerita dalam entry aku semalam, kalo belum baca boleh rujuk SINI. Nampaknya umur isterinya tidak panjang sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah.


Macam aku dapat maklumat kelmarin ada sabotaj mengenai kebakaran tapi aku tak tulis dalam blog sebab perkara tu belum dipastikan. Hari ni keluar berita rupanya berkemungkinan suaminya cuba nak bunuh isteri. Tapi perkara tu masih dalam siasatan.


Apa pon motifnya mungkin berkemungkinan sebab cemburu. Cerita sebenar terserah pada hasil siasatan nanti.


Cuma aku terbayang-bayang semasa lelaki tersebut menggelupur sambil jerit "panas, panas" kalo betul la dia cuba bunuh isteri dia boleh tak dia bayangkan bagaimana isteri dia yang maut akibat melecur teruk akibat terbakar di mana aku lihat dengan mata aku sendiri seluruh badan terbakar dan melecur. Sedangkan dia yang turut melecur dah terjerit-jerit macam tu apatah lagi isteri dia.


Rupanya hidup di bandaraya Kuala Lumpur ni banyak cabaran yang menanti. Banyak perkara yang tidak terduga terjadi. Ya Allah jauhkan aku dari segala bahaya, lindungilah aku Ya Allah.




PENGALAMAN MELIHAT MANGSA KEBAKARAN DI DEPAN MATA


Tadi di kawasan tempat kerja aku dikejutkan dengan satu kejadian yang tidak diduga bila ada salah sebuah rumah flet dari tingkat 15 terbakar. Ada dua orang mangsa iaitu suami isteri. Mula-mula aku lihat dari jauh tapi aku beranikan diri untuk lihat sendiri secara dekat.


Suami menggelupur kepanasan sambil menjerit panas, panas. Tangan dia hanya tinggal isi putih saja. Masa tu hanya ada anggota bomba di samping lelaki tu sebab pasukan penyelamat perubatan berada di tingkat atas untuk selamatkan isteri dia.


Malangnya isteri dia dah tak sedarkan diri masa tu dan aku boleh lihat macam mana keadaan isteri dia yang lagi teruk bila dikatakan melecur 80% diseluruh badan. Dah tak ada kulit yang ada hanya isi-isi atau daging di badan dan kakinya terbakar teruk.


Bila terasa loya cepat-cepat aku blah. Sempat juga aku tengok bila pasukan perubatan nak masukkan mangsa ke dalam ambulans ramai orang yang dok cepat-cepat amik gambar dengan telefon bimbit. Masa tu aku terfikir dah sanggup ke kalo perkara yang sama terjadi pada ampa ada orang yang amik gambar macam tu padahal ampa dalam kesakitan??


Lagi malang kalo disebarkan. Sanggup ker??


Bagaimana keadaan suami isteri tu aku tak pasti tapi insyaallah suaminya selamat cuma isterinya yang melecur teruk. Cuma dapat doakan yang terbaik untuk mereka.


Dan pesan aku pada sesiapa terutamanya yang tinggal di rumah flat, apartment atau kondo pastikan pintu rumah anda senang untuk dibuka dan anak kunci rumah berasingan dari kunci lain dan berada di tempat yang sepatutnya sebab jika berlaku sesuatu ampa tak kan tercari-cari kunci apatah lagi dalam keadaan panik.




Sunday, December 4, 2011

SUSAHNYA NAK HIDUP SUSAH TAPI KESENANGAN TAK MUNGKIN DATANG BERGOLEK



Assalamualaikum.,


Dah selamat aku melaporkan diri di tempat kerja baru. Di mana?? Di AADK WPKL sebagai case manager. Macam berat je tugas ni kan?? Agak berat apatah lagi bila kita akan bekerja dengan orang yang dikategorikan sebagai bermasalah.


Dan aku akan bertugas di Care, Cure Service Centre (CCSC) salah satu kawasan hotspot di KL. Dan perjalanan hidup aku bukan sesuatu yang mudah sekarang ni. Terpaksa meminta pertolongan kawan-kawan dan saudara mara buat sementara waktu.


Kadang-kadang rasa menyusahkan mereka. Tapi aku terpaksa. Sementara nak stabilkan hidup dan memulakan hidup ditempat yang baru, nak kenal selok belok kawasan. Harap dipermudahkan.


Kadang-kadang rasa nak menangis pon ada, dengan tak ada transport sendiri, terpaksa bersusah payah ke sana ke sini sorang-sorang, habis duit banyak alahai letihnya. Tapi tu la cabaran dan pengorbanan yang terpaksa aku hadapi. Mungkin... Mungkin juga boleh kurus hahaha...


Sekarang ni kena siapkan mental untuk hadapi kerja dan situasi yang mencabar ni bila mental dah kuat secara tak langsung fizikal juga akan kuat. Cuma bila stress migrain mula menyerang. Asyik sakit kepala tu la kelemahan aku buat masa sekarang.


Banyak fikir. Tu yang TTM selalu perkatakan pasal diri aku. Huhu...


Tak apa la sementara nak biasakan diri. (sedapkan hati sendiri) =P Insyaallah aku boleh. Susah-susah dulu. Bila hidup susah baru kita akan tahu menghargai kehidupan bila dah mengecapi kejayaan ye dakk??


Memang susah nak hidup susah tapi kesenangan tak mungkin datang bergolek. Yang penting sabar dan terus berusaha.






Friday, December 2, 2011

AKU MAAFKAN KAMU




Saling memaafkan adalah sifat paling mulia sekali dalam Islam. Nabi pon maafkan umatnya apatah lagi kita manusia biasa yang tak kan pernah lepas dari kesilapan.


Tapi nak memaafkan bukan mudah. Terlalu banyak sangat yang berlegar di kepala yang menyebabkan kita susah nak memaafkan seseorang itu.


Tapi sebenarnya yang menyebabkan kita susah nak memaafkan seseorang itu adalah bila kita susah nak melupakan dengan apa yang terjadi.


Firman Allah swt : ” Maka dengan sebab rahmat (yg melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat2mu). Kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri daripada engkau. Oleh itu, maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadap engkau), dan mohonlah keampunan bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam sesudah bermesyuarat itu maka bertawakal kepadaNya” surah Ali Imran


Sama-sama la kita saling bermaafan antara satu sama lain sama ada sedar ataupun tidak sedar.


Layan lagu terbaru ni





NOTACIKGADIS: Ampa dah minta maaf ke??

Thursday, December 1, 2011

TAK SUKA DIPERSALAHKAN


Assalamualaikum...

Nak minta tolong ampa ni bleh dak??

Ada sorang blogger ni bagitau yang dia asyik dapat komen kat email dia dari blog aku.

Macam mana nak selesaikan??

Dia minta tolong aku padahal aku tak tahu pon kenapa jadi macamtu.

So kalo boleh tolong jelaskan pada aku supaya senang aku jelaskan pada dia kenapa dia asyik dapat komen dari blog aku ke email dia.

Aku tak mau dipersalahkan padahal aku tak tahu kenapa.



Monday, November 28, 2011

INDAHNYA BILA DAPAT MENDIRIKAN RUMAH TANGGA




Tudia tajuk tak mau kalah ahahaha...

Untungla~~

Sekarang ni musim orang mendirikan masjid lebih-lebih sekali cuti sekolah. Maka banyak jemputan yang aku dapat.

Dan hari ni berkesempatan ke majlis Syaliza yang juga merupakan seorang blogger.

Tahniah pada Liza dan juga Asyraf selamat berbahagia sampai akhir hayat =)

Amin...









Amik berkat =P



NOTACIKGADIS: Baru perasan ramai kawan-kawan aku yang menamatkan zaman bujang diusia 23 tahun.




Saturday, November 26, 2011

Everything happens for a reason???


"Everything happens for a reason"


Sudah pasti kita semua pernah dengar petikan ini kan?? Setiap yang berlaku ada sebabnya. Sama juga maksud setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Apa yang terjadi walaupun kita tak nampak apa sebab berlaku begitu di kemudian hari kita akan tahu juga hikmah yang tersembunyi.


Sebagai contoh yang berlaku dalam hidup aku dulu. Dulu aku dapat tawaran ke Politeknik dalam Diploma IT. Padahal masa tu aku berada di dalam tingkatan 6. Sama ada meneruskan atau berhenti untuk ke Poli. Dan aku memilih untuk ke Politeknik.


Segala surat menyurat suma dah ada cuma tunggu untuk pendaftaran saja tapi masa tu bapak aku suruh stay form 6. Aku enggan. Sampaikan bapak aku cakap nak p boleh tapi segala perbelanjaan tanggung sendiri. Ok aku kalah kalo bersangkut dengan duit ni.


Aku gagahkan diri untuk belajar di tingkatan 6 walaupun pada mulanya aku memberontak tapi lama kelamaan ia berubah bila aku antara pelajar dalam kelas yang di target akan mendapat keputusan yang cemerlang.


Alhamdulillah walaupun result exam aku tak menepati ramalan tapi sudah cukup melegakan aku apatah lagi bila ditawarkan ke Universiti Sains Malaysia. Dan yang penting sekali aku dah banggakan mak bapak aku dengan kejayaan aku. Bila fikir-fikir balik tu hikmahnya bila aku dengar cakap bapak aku dulu.


Ada lagi contoh pengalaman aku yang lepas. Ini kisah lama. Bercinta bagai nak rak, bertahun-tahun tiba-tiba si dia tinggalkan aku tanpa sebarang kata, tanpa sebarang petunjuk dan menghilang diri macam tu saja tanpa boleh dihubungi lagi. Tinggalkan aku terkapai-kapai sorang diri.


Dia kahwin dengan orang lain yang dia baru kenal tak sampai sebulan. Dan kini lepas 3 tahun baru aku tahu apa sebenarnya yang terjadi. Syukur juga kehidupan aku lebih baik dari dia dan syukur juga aku tak dapat lelaki macam tu sebagai suami aku.


Bila aku ingatkan balik keadaan aku masa mula-mula ditinggalkan terasa macam bodohnya aku. Sampai jatuh sakit, berat badan susut. Tapi kalo lihat aku sekarang yang mana makin "sihat" boleh tahu macam mana senangnya hati aku hahaha....

Kalo kita amati balik segala perkara yang berlaku sama ada suka mahu pon duka pasti ada sebabnya dan yang pasti, ada hikmah di sebaliknya. Yang membezakannya sama ada kita sedar ataupun tidak dengan perkara tersebut.


Kalau ditimpa musibah acap kali kita menyalahkan takdir, takdir mempermainkan kita la, itu ini, ingat ni cerita hindustan ka asyik nak menyalahkan takdir dan juga Tuhan??


Itu tak redha namanya. Memang kadang-kadang kita akan merungut itu ini tapi bila Tuhan berikan dugaan untuk kita hadapi bermakna dia nak menguji adakah kita sabar, adakah kita redha dan adakah kita akan makin dekat dengan-Nya ataupun semakin jauh dari-Nya??


Apa yang pasti everything happens for a reason.


Sempena Awal Muharam ini, mari kita sama-sama muhasabah diri apa yang kita telah lakukan dalam hidup kita sepanjang masih bernafas ini. Sememangnya manusia takkan pernah lari dari kesilapan tapi yang membezakannya adakah kita akan belajar dari kesilapan dan menjadikannya pengajaran atau masih terus menerus melakukan kesilapan yang sama???


Tepuk dada tanya hati.





Friday, November 25, 2011

REZEKI MENANTI


Alhamdulillah...

Ada keja yang sudah menanti walaupun aku tahu keja yang menanti itu adalah cabaran yang paling berat yang aku kena hadapi.

Insyaallah 29.11.2011 aku kena lapor diri di Kompleks Kerajaan Kuala Lumpur.

Syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan.

Semoga segalanya dipermudahkan.



Wednesday, November 23, 2011

AWAK SUKA SAYA TAK??




Awak suka saya tak?? Suka sampaikan aku dah terjatuh cinta pada novel baru karya Melur Jelita ni. Masa mula-mula nak beli memang aku tak tahu novel apa yang aku nak beli. Yela dah lama aku tinggalkan minat dan hobi aku yang satu ni.


Bila tengok di FB ada yang nak jual novel aku terus tempah. Pada mulanya novel lain yang aku booked tapi lepas aku terbaca entry kak Sofi pasal novel ni terus aku tertarik nak memilikinya. Dan sila la percaya yang ampa tak kan menyesal membeli novel ni.







Novel ni memang lain dari yang lain. Banyak mengajar kita mengenai kasih sayang dan ada la sikit persamaan watak intan tu dengan aku. Cewah! Yang sama tu bila yang selalu amik keputusan melulu tanpa mahu nak dengar penjelasan.


Asyik bersangka buruk padahal orang tu sayang kita. Ada la sket menyedarkan aku bila kenang balik masa lalu. Dan insyaallah aku tak kan ulanginya untuk perhubungan yang ada sekarang ni.


Kalo dalam perhubungan,ada sesetengah orang jenis tak kan luahkan perasaan dia waima untuk berkata i love u sekali pon. Tapi bagi aku, aku akan selalu meluahkan rasa hati sekurang-kurangnya sebelum tido sebab aku takut yang aku mungkin tak akan ada kesempatan lagi nak mengucapkannya sama seperti dalam novel ni.


Kalo ampa nak tahu apa sebenarnya cerita yang terkandung dalam novel Awak Suka Saya Tak? Sila dapatkan di pasaran. Dan paling penting novel ini mengajar kita untuk cintakan Allah, Rasul, Ibu bapa dan keluarga sebelum mencintai orang lain.


Kalo nak baca novel review yang lain KLIK SINI




Tuesday, November 22, 2011

MASA BERUBAH TAPI BELUM TENTU MINAT JUGA BERUBAH


Kalau dulu, boleh dikatakan aku berada dalam kelompok yang sangat rajin nak menulis dan update blog tapi sekarang segalanya dah berubah.


Kekangan masa kadangkala membataskan segalanya. Dah tak macam dulu lagi. Sekarang ni aku cuba melakukan kembali aktiviti yang dulu aku dah tinggalkan. Bila asyik sibuk bekerja kadang-kadang kita akan mengabaikan apa yang kita suka lakukan dulu.


Nak menulis entry ni pon dah beberapa kali terhenti sebab dah kehilangan "skill" nak menulis. Idea pon lambat datang. Tu la kesannya bila kita dah lama tak menulis.


Bila umur dah nak masuk angka 24 sikit masa lagi rasa macam tak percaya eh betul ke umur aku ni? Rasa macam baru semalam dok main aci ligan dengan kawan-kawan, rasa macam semalam juga dok main aci nyorok padahal dah boleh jadi mak orang dah ni huhuhu...


Bila tengok kawan-kawan sekolah rendah, menengah sekarang ni dah ramai yang kawen mesti teringat dulu kawan aku ni hingusan lagi, hingus pon lap kat kain tudung ja tapi sekali wah dah jadi isteri orang, lain sangat sekarang ni. Macam tak percaya.


Tapi itulah kitaran hidup kita yang sebenar. Cuba kita muhasabah diri kita. Lihat kembali masa lalu dan lihat kembali siapa kita sekarang ni. Percayalah ampa akan nampak sesuatu dari kisah masa lalu itu.






MALAYSIA BENAM INDONESIA~TAHNIAH MALAYSIA



TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! untuk skuad bola sepak negara yang menang pingat emas sukan sea apabila berjaya benamkan Indonesia.


Alhamdulillah aku sekeluarga juga selamat sampai di Alor Star dari Kuala Lumpur. 4 hari 3 malam kat sana. Masa sampai tadi terus singgah di kedai mamak untuk makan dan tengok bola. Meriah tu tok sah kata la, yang pasti malam ni banyak kedai mamak yang untung hahaha....


Bila tamat separuh masa pertama kami sekeluarga cepat-cepat bertolak balik ke rumah keh3... Bola punya pasal punya.


Sambung bab bola pulak. Bila tiba masa penyampaian pingat rasanya kita semua boleh tengok bagaimana cara penyampaian pingat dan sijil yang tidak teratur, kelam kabut, dan ada pemain yang tidak langsung tahu menghormati pasukan lain ketika berlangsungnya penyampaian hadiah.


Boleh plak duduk kat pentas tu masa berlangsungnya penyampaian pingat untuk negara lain terutamanya pemain tuan rumah. Dan segala-gala macam lagi masalah dan sabotaj yang mereka lakukan maksud aku apa yang Indonesia lakukan selama berlangsungnya Sukan Sea ni untuk negara kita. Mungkin kekalahan ni boleh menundukkan ego mereka.


Dan yang pasti semua rakyat Malaysia pasti berbangga dengan skuad Harimau Muda negara kita. Tahniah untuk semua =)






p/s: malam ni tdo nak mimpi baddrol la... keh3..




Friday, November 11, 2011

11-11-11


Hari ni sudah semestinya ramai pasangan yang tidak akan melepaskan peluang nak melangsungkan perkahwinan ataupun saat-saat bahagia mereka pada tarikh yang unik ni 11-11-11.


Cuma nak ucapkan selamat bertunang, selamat pengantin baru dan selamat segala-galanya

=)




Gambar Hiasan


Thursday, November 10, 2011

MAKIN DIPUJUK MAKIN MERAJUK


Makin dipujuk makin merajuk. Mungkin situasi tersebut dialami oleh kebanyakan sang lelaki. Eh yeke??? Mungkin......keh3.....


Ada sesetengah orang macam tu kot. (ke aku je yang macam tu =P) Itu yang TTM kata kat aku bila aku merajuk hahaha..... Nak tergelak pon ada. Sebenarnya bukan pasal INI aku merajuk tapi pasal lain.


Saja jer mengada nak merajuk-merajuk ni selalunya dia pujuk tapi semalam tak dipujuk pulak. Sakit hati plak rasanya. Yang syoknya aku boleh tanya kenapa tak pujuk. TTM cakap tadi nak pujuk la tapi bila nak pujuk makin merajuk plak. Hahaha... Nampak sangat mengada-ngada aku ni.


Aku tahu sang lelaki mesti pening kepala bila pasangan depa merajuk. Kalo dapat yang susah merajuk untungla~~ Aku susah nak merajuk, tapi kalo sekali merajuk makan hari juga nak pujuk kata TTM la kat aku. Huhuhu...


Ampa plak macam mana?Kongsi-kongsikan.



Gambar Hiasan

Photographer : Ezmaliza


NOTACIKGADIS: Kalo setiap kali merajuk dapat hadiah kan best???




Wednesday, November 9, 2011

MERAJUK


Aku: Abang nanti kita kahwin 12-12-12 na?? 11-11-11 dah tak sempat dah.

TTM: Ha mula la tu dok mereka-reka tarikh yang pelik-pelik.

Aku: Ok, fine! merajuk...




Sunday, November 6, 2011

SEMUANYA BERCAMPUR-ADUK~SALAM AIDIL ADHA


Assalamualaikum.....


Perghhh terbaik dari ladang. Sibuk memanjang mengalahkan PM. Sekarang ni aku gila kerja. Buat part time sampai 2 kedai. Nak cari duit punya pasal. Bila dah ada duit habis macam tu gak. Ada saja nak kena bayar huhuhu...


Aku tengah cari rumah sewa sebenarnya. Area Gombak, Kampung baru, Dato Keramat, Wangsa Maju atau kawasan sekitar dekat dengan Hostel UTM Jalan Semarak. Tapi kebanyakan orang gtau suruh cari je dalam mudah.com sampaikan aku menyampah dengar. Kalo semudah tu tak payah la aku minta orang tolong cari rumah.


Kalo ampa boleh tolong carikan gtau eyh. Nak cari rumah sebab kami nak duduk 3 atau 4 orang 1 rumah. Bajet dalam 650 ke bawah.


Tapi surat dari HQ belum keluar lagi, masalah-problem juga tu. Satgi 2 hari nak kena lapor diri baru nak call yang kita ni terkial-kial nak kena p sana.


Sekarang ni masih berfikir mampukah aku kerja di KL menghadapi cinta jarak jauh???






Salam Aidil Adha

=)





Friday, October 28, 2011

SAKIT HATI


Aku sekarang ni tekanan perasaan dengan sorang budak kat tempat keja aku ni. Tak habis-habis nak cari pasal dengan aku. Buat cerita macam-macam pasal aku kat bos. Bahabi sangat budak ni. Bila aku tegur sikit siap sound nak penampar aku. Tapi cakap belakang, kalo aku dengar apa yang dia cakap kita tengok sapa nak penampar sapa dulu.


Aku susah nak marah orang tapi kalo makin lama mencabar kesabaran aku memang tunggu masa ja. Masa study dulu penah ja aku bagi penumbuk kat sorang budak ni. Kurang ajaq sangat. Tu pon nasib baik ada yang dok halang aku kalo ikut baran aku lagi teruk kena.


Aku tak suka cari pasal dengan orang tapi kenapa ada orang yang suka cari pasal dengan aku? Dengki tang mana sangat? Ada apa dengan diri aku ni sampai nak buat cerita macam-macam, cerita yang tak betul plak tu. Sakit hati aku.


Setakat ni aku boleh sabar lagi tapi bila aku hilang sabar tunggu tengok nak jadi apa. Aku fikir malu kat orang ja kalo bergaduh sebab aku tau bila aku marah macam mana keadaan aku.


Tapi budak ni depan aku buat baik ja. Bila dia dok nak bersembang dengan aku atau buat lawak, aku buat bodoh ja. Lantak hang la nak gelak sorang-sorang ka apa. Perangai macam lahanat ingat aku nak layan sangat?? Puihhhh......


So tunggu masa saja! Haishhh sakit hati aku ni.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi