Sunday, January 2, 2011

CINTA DUNIA MAYA




Cinta dunia maya ampa percaya tak??

Wujud ok malah ramai orang yang aku kenali bertemu jodoh di dunia maya ni. Kelmarin, kawan aku yang aku kenali dalam YM, dan kebetulan dia pon bertemu jodoh dengan bini dia dalam YM juga dah nikah.

Dan kalau kita lihat ramai juga yang memilih untuk mencari jodoh dengan menggunakan teknologi ini. Orang kata jodoh ada di mana-mana kadang-kadang kita pon tak sangka yang dia tu merupakan jodoh kita.

Dulu, aku memang gila chatting. Selalu ja masuk chat room kat YM untuk cari kawan-kawan buat bersembang. Niat aku masa tu nak berkawan ja tak ada la terfikir nak cari jodoh ka apa. Nak dijadikan kebetulan aku kenal ex-boy aku yang sebelum ni pon dalam YM. Hohoho..



Sebab tu aku suka baca novel ni hehe =)


Menarik gak perkenalan kami ni sebab dia dok minta no telefon aku, tapi aku ni bukan yang jenis senang-senang nak bagi. Bila dah selalu YM dengan dia, dan aku rasa dia ni ok, aku pon bagi la no telefon.

Tapi bukan semudah tu dia dapat no aku. Setiap kali kami ym, dia akan dapat 1 no aku. Contohnya hari ni ym, aku bagi la no 0, esok plak 1, lusa 9, kira macam tu la. Tapi kalo YM ni bukan selalu kita nak mengadap benda ni. Kadang-kadang kita pon ada keja dan kita tak tau bila dia akan on9. Kat situ la cabarannya yang dia kena hadapi hehe..






Bila dah lama tu, berjaya la juga dia dapat no aku. Setiap malam dia call, bergayut telefon macam dah kenai lama sedangkan muka pon tak pernah jumpa dan baru je kenal. Kadang-kadang sampai esok tu dia tak p kelas sebab terlambat bangun.

Terharu juga la aku. Time tu FB, tak popular lagi, so layan Myspace (MS) jer la. Dia lupa yang dia pernah bagi MS dia kat aku, so aku pernah tengok gambar dia, dia ja tak pernah tengok aku. Bila 1st time tengok pic dia, tetiba terdetik kat hati aku 1 perasaan yang lain. Aku pon tak tau kenapa.

Lepas aku clash dengan budak Perak tu, memang aku tak ada sapa. Ada orang minta couple pon aku tak mau. 2 tahun single sebab masa tu hati aku memang tertutup rapat dekat lelaki. Tapi bila tengok ja pic dia, terus hati aku berdebar-debar. Pelik kan?

Bila dah lama kenal tu, kami pon amik keputusan nak jumpa tapi dengan syarat dia sendiri mai jemput aku kat rumah. Takut juga aku masa tu. Dah la aku ni tak lawa, dia tu comel, putih plak tu.

Sebelum aku keluar rumah tu, aku bagitau dia "Terimalah orang seadanya dan orang akan terima dia juga seadanya". So, jumpa la kami. Lepas tu dah berkenan couple secara automatik haha..






Cuma tak bestnya lepas tu banyak masalah timbul. Pernah juga masa gaduh aku sampai terkeluar ayat "sebelum hang dapat aku, bukan main lagi, bila hang dah dapat hang layan aku macam taik". Memang time tu aku dah terlampau geram sangat dengan perangai dia.

Yala kan sebelum ni, dia usaha macam-macam. Nak dapat no telefon aku pon bukan main payah. Bila dah miliki hati aku, dia tak reti nak menghargai pulak. Walaupun dia banyak buat masalah, aku tak salahkan dia sepenuhnya. Mungkin kami tak serasi. Bila nak berbaik ja, mesti ada masalah yang timbul macam ada orang yang tak suka kami bersama plak.

Tapi adakalanya orang yang berjumpa pasangan dalam dunia maya ni jodohnya kekal sampai ke jinjang pelamin. Alhamdulillah kalau ada yang berkekalan kan?

Aku ni pelik sket, aku tak reti nak bercinta dengan orang yang memang menjadi kawan aku dan dah kenal lama pastu tetiba dia minta couple. Sebab jenis aku, aku dah tetapkan dalam diri aku, dia ni kawan aku, apa-apa pon dia tetap akan kekal sebagai kawan walaupun kami rapat macam mana sekali pon.

Aku suka jenis, aku tak kenal dia, dia tak kenal aku, kami berkawan untuk kenal diri masing-masing dan ke arah perhubungan yang sepatutnya. Sebab tu aku tak suka bercinta dengan budak 1 sekolah atau 1 tempat belajar.

Aku ingat lagi, masa sekolah dulu, aku form 2, siap dapat surat cinta minta couple ngan aku, aku pon ok la terima la. Tapi aku tak boleh hidup. Rasa macam diperhatikan, dikongkong.

Lepas tu aku antaq surat kata aku nak kawan biasa ja. Start dari tu dia tak mau kawan dengan aku dah hahaha.. Lawak betoi masa zaman sekolah dlu. Cinta monyet katakan hehe..





Awal sem kat USM plak, couple ngan seseorang tu, pastu dapat tau dia ada awek dh kat kampung. Putus la kami, sekarang ni bila bertembung kat mana-mana jadi kekok. Tu la salah satunya aku tak suka couple dengan orang yang 1 tempat.

Sekarang ni trend orang bercinta sesama blogger. Ada tak blogger yang nak bercinta dengan aku? Hahaha.. Lawak ja..

Apa-apa pon aku doakan ampa semua bertemu jodoh masing-masing dan kekal sampai ke akhir hayat =)



NOTACIKGADIS: Pic sumbangan GOOGLE

36 comments:

  1. nak kata x percaya pon susah..sebab ada yang kenal dari alam maya sampai ke jinjang pelamin..jodoh la semua tu..

    ReplyDelete
  2. Hak3..suka novel ne jgk. Biar ym berbicara..huahuahua :)

    ReplyDelete
  3. kita berusaha untuk yang terbaik...ALLAH yang menetukan segala nya...heheheh..ada ke jugak blogger lain nak bercinta ngan kita..

    ReplyDelete
  4. actually suma tuh terletak pada jodoh kan.. Allah lebih mengetahui.. wish u luck dapat jkodoh cepat..nnt kenduri jangan lupa jemput org Aloq staq ni :P

    ReplyDelete
  5. @anonymous

    yang penting usaha...

    err siapakah anda??

    ReplyDelete
  6. @cik tqah

    haha makaseh... insyallah tak kan lupa punya cuma tak tau lagi bila akn bertemu jodoh hehe

    ReplyDelete
  7. cheq pon chenta pesbuk.
    alhamdullah wat masa ni x men putos sambong la.
    gadow2 manja tu adat la yedak.
    maluuu -_-"

    ReplyDelete
  8. banyak pengalaman sis.. terharuu baca!!! macam2 ragam dunia kn>?? cintan cinun dalam dunia maya pun wujud dh..

    ReplyDelete
  9. saya pon berkahwin atas dasar suami tertelefon, salah no katanya..tak kenal pon..puas nak ngelak tapi dia usaha gak nak kenal. katanya alang2..acecehh, pe ingt tangkap muat ke hape..tapi bila dah lama kenal, dia pon tahan ngn sikap membebel saya akhirnya kami bersatu, bley...tu lah namanya jodoh..yer tak.

    ReplyDelete
  10. hurmm..tajuk ni menarik lah. sy suka perkongsian ni.. salam tahun baru! :)

    ReplyDelete
  11. tu semua ketentuan Allah.. ada yg bhgia, ada yg x.. ^_^

    ReplyDelete
  12. salah sorang kwn bek mai pn knl bf dye yg skrg dr salah 1 laman sosial gk...
    alhmdlh, dua2 fmly merestui dorg..:)

    ReplyDelete
  13. hee..slalu2 jgak dengaq crita org knai2 lam intenet tu..mana yg kekal tu baguih laa na... hehhe

    ReplyDelete
  14. saya suke lah entry nie cik gadis..sebab saya dengan encek bf jmp kat ym...hope hubungan tue akn berkekalan hngga ke jinjang pelamin..nak carilah novel tue..mcm best jer..

    ReplyDelete
  15. tue sume ktntuan tuhan,,mcm2 cara kn org btemu jodoh..

    ReplyDelete
  16. aku suka berkenalan ikut alam maya...tapi realiti tak seindah fantasy...hehehe

    ReplyDelete
  17. nak kata percaya, percaya sbb penah alami..tpi dah putus..sebab jarak yg jauh..hurmm

    ReplyDelete
  18. saye telah ter "link" kan anda di post saya.. harap maaf huhu..

    ReplyDelete
  19. novel tu sy dah baca!
    sambungannya pun ade kan??

    ReplyDelete
  20. bercinta dengan pasangan daripada mana-mana alam pun memang seronok..

    namun, kecewa tetap menyakitkan..hoo

    ReplyDelete
  21. Jodoh tu ketentuan ALLAH. Kekadang kita cuma merancang, namun segalanya atas keputusanNya jua. Sebab tu remaja masa la ni tak pandai dan tak tau erti cinta dan jodoh. Bagi depa, dah jumpa, dah berkenan, terus bagi dan terima apa yang boleh. Tu bukan perkenalan untuk jodoh, tapi #odoh.

    Buat GKSB, semoga bertemu jodoh dengan lelaki yang terbaik ciptaanNya....

    ReplyDelete
  22. Insyallah jodoh akan datang tanpa kita sangka....
    Mungkin GKSB masih mude lagi kot...
    So,blum jumpa lgi yg btl2 sesuai...

    ReplyDelete
  23. owhh~ novel itu mcm menarik :)
    mane nak beli?? kampung aku xde jual buku2 cenggitu.... :(

    ReplyDelete
  24. Takdak pengalaman kenal2 dengan lelaki kat ym lagi..Aku pemalu~ hahaha

    ReplyDelete
  25. uik uik uik ? tren bercinte antara blogger ? wahhh tren baru nih . nak cube gak lah bena . HAHAHA :)

    ReplyDelete
  26. wah suka baca novel ek...xpernah alami cinta monyet..huhu

    ReplyDelete
  27. cinta monyet yaty dlu semua tak menjadi..huk3

    ReplyDelete
  28. oh, ramai jugak yg ckp novel nih best.
    nih nak cari nih.


    oh, kisah cinta dulu dulu bila ingat balik sakit hati pon ade.
    tapi ade jugak yg manis nye.
    kan? :D

    ReplyDelete
  29. hihi..saya percaya jew..sbb saya kawan ngan die pon dr alam maya nie.. pakai henpon je.. alhamdulillah dah 3 tahun skrg nie..

    depend pada orang yg kita kawan cm ner...baru leh percaya ke x

    ReplyDelete
  30. kalau cinta dunia maya mcm kurang percaya.saye brcinta pakai dunia sms.brjumpe pon tak penah.kesian en sebab jauhh sangat

    ReplyDelete
  31. klu dah jodoh..
    kat mn2 pun bule jd kan..huhu =)

    ReplyDelete
  32. sy pernah bercinta melalui Friendster..
    tp sygnya x berpanjangan..
    hnya bertahan 20 bulan.. huhu...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi