TULANG BELAKANGKU

Monday, January 3, 2011

DENGKI? UNTUK APA DENGKI DENGAN USAHA ORANG LAIN SEDANGKAN AMPA HANYA TAHU MENJATUHKAN ORANG LAIN TANPA LANGSUNG BERUSAHA?

Aku terbaca entry Izamir Ridzwan yang pasal INI (Right Klik).

Dan aku tak nafikan dia adalah salah seorang blogger yang semakin dikenali sekarang. Mungkin ada yang tak senang sebab dia baru jer jadi blogger tapi followers dia dah cecah 1000 lebih.

Aku yang dah 3 tahun jadi blogger pon baru nak merasa jumlah followers sekarang.

Tapi kenapa nak dengki dengan dia??

Aku tengok dia berusaha keras untuk membuatkan blog dia dikenali. Bukan mudah sebenarnya untuk dikenali.

Macam dalam entry yang aku tulis ni, sebenarnya kita yang membuat pilihan blogger macam mana yang kita nak jadi. Kalau kita nak jadi blogger terkenal, usaha tu kena la lebih so pendek kata aku bermula dari bawah.

Blogger baru sekarang untung, ada blogger terkenal yang buat macam-macam segmen untuk ampa join seterusnya boleh buat traffic ampa meningkat dan ampa lebih dikenali.

Jadi amik peluang tu. Yang penting sekali jangan tamak. Sejak aku buat nuffnang, aku selalu berpesan pada diri, jangan tamak. Jangan jadi gila traffic. Pernah ka aku buat entry pasal traffic?

Nuffnang pon aku baru buat dalam bulan 11 hari tu sedangkan aku mula tulis blog pada tahun 2008.

Aku suka sederhana. Fan page pon aku tak ada. Dalam FB pon aku tak letak link blog aku ni. Kalau ada pon maybe link blog aku yang 1 lagi. Tu pon kadang-kadang aku letak kadang-kadang tak.


Pasal entry yang aku buat, kadang-kadang aku rasa nak post dalam FB, aku post. Tu pon bergantung pada tajuk apa aku tulis. Aku ni pemalu sket.

Kalau nak kata aku Kuno pon kuno la.

Pada rasa yang nak cari income lebih, nak jadi blogger terkenal, kena la usaha lebih. Kalau ampa dah berusaha dengan keras dan ampa dah capai 1 tahap yang ampa inginkan tu maknanya usaha ampa tak sia-sia.

Yang penting sekali jangan dengki kat orang lain sedangkan ampa sket pon tak usaha berbanding orang lain yang berusaha untuk dikenali.

Masing-masing ada tujuan ampa buat blog. Kalau rasa selesa dengan apa yang ampa ada teruskan, sebab antara kita berbeza cara dan tujuan.

Bagi aku, aku selesa dengan cara aku sekarang, bermula dari langsung tak dikenali dan orang tak tau pon sapa Gadis Kampung Separa Bandar, daripada aku start blogging dari tahun 2008 sampai sekarang, banyak perubahan yang aku alami dari segi penulisan.

Dan aku puas menulis itu adalah kepuasan aku sebenar dan tujuan asal aku. Dan kita akan tahu berapa beruntungnya kita ada blog jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan kita yang tak ada blog.

Dengan adanya ampa, followers sebagai tulang belakang aku serta kawan-kawan yang aku kenali dalam dunia blog ini, insyaallah semangat aku untuk terus menulis tak kan pernah padam. Mungkin bila aku dah tak ada nanti, hanya blog ini aku tinggalkan sebagai kenangan aku untuk ampa.

Terima kasih semua sebab sudi jadi sahabat aku dalam dunia maya ini

=,)

17 PESANAN PENAJA:

meaw said...

cik anyss: gud luck auw for blogging . don't give up.....biar orang nak cakap pe.kita denga cara kita tersendiri :D

♥CIK SHA♥ said...

xpe..kite geng...bersederhana itu lebih baik..gimme five!!heee..


p/s::dah balik USM belum??jom lepak!!

nub said...

anak kedah terbaeekk!!

ceq pon pemalu jugak..eheheheh =)

qasehraihan said...

stuju..stuju...stuju..hehe..
esok dh start skolah..weee..

MisZ Aien said...

Setuju sangat ngan pendapat awak..
haah IR baru je subulan dua bulan join blog tp da byk folower kan..tu usaha dia.. sy pon macam awak.. lau terasa nk post kat FB, baru wat..lau tak sesuai, malu sikit nak bagi kawan2 sekuliah baca..hihikk..

teruskan berblog awak.. tujuan masing2 tahu.. kite enjoy je baca blog orang... lain orang lain kisah hidupkan... kita share2...

cik ciput said...

sama-sama =)

emieysandra said...

tol tu..msg2 akn dpt hasil msg2..dunia xabis2 kjar PHD (perasaan hasad dengki)

HaniffHarunHanafi said...

sokong kak anyss yeay!!~
teruskan menulis.

ipa faiza~ said...

hehe.. kadang2 ipa pon dengki gak ngn blog org y dh beribu2 followers..
tp dengki dlm diam je laa..
sbb tahu x leh nk usaha lebih mcm diorang.

ape2 pon blog kamoo ni ok!
i like~~

p@kcikLie said...

nampak GKSB pn memang berusaha kearah menjadikan belog anda semakin dikenali..Syabas dan tahniah. sapa tak kenai dgn blogger dr utara ni kan.

ch!natsu said...

thanks 2 u too.. =>

HaNTwO said...

aku nak jadi blogger yang sengal tapi duit banyak hahahahah..

gadisBunga said...

yg penting sahabat, bukan peminat. betul tak? :)

sekamar rindu said...

salam..

dengki ..iri hati perbuatan yg x baik....

Izamir Ridzwan said...

thanks GKSB for backlink tu.. yep betul.. kalau tak buat apa2, xkan hasil nak datang.. yang penting kreativiti nak mengolah blog..

adrinaqamarina said...

rina pon tak de nuffnang, tak penah post link kat wall, tak penah paksa orang folo~

sume orang ada lah cara3 dye nak majukan blog dye.

so tak payah la nak jeles sana sini~

tapi hebat jugak blog dye, baru dua bulan dah seriban, tu maknanye orang suka la tu :)

Solihin Zubir said...

hhmmm.. pelik btoi dgn prangai manusia ni..
knapa la nk dengki mendengki...
jaga blog sindri sudah la..
ataupon yg sengki tu xdak blog? hehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...