Monday, January 10, 2011

JOM KEMBALI KE ZAMAN KANAK-KANAK

Sekali sekala teringat zaman budak-budak dulu memang banyak menggamit memori. Apatah lagi kalau kita ni jenis nakal. Dan lebih manis lagi zaman kanak-kanak kita penuh dengan mainan tradisional contohnya main tuju selipar, randers, tuju guli dan macam-macam lagi.

Tapi dalam banyak-banyak aku paling suka main tarik upih pinang. Perghhh... Seronok tu. Selalu ja main tarik-tarik dengan adik aku yang muda setahun dari aku tu. Ampa tau tak main dia macam mana? Main dia macam ni.




Ampa bayangkan la aku selalu main dengan adik aku. Kadang-kadang aku tarik dia, lepas tu dia plak tarik aku. Macam pic kat atas tu la contohnya. Konon-konon yang tengah duduk tu aku, yang tarik tu adik aku.

Tapi dia suka mengelat. Buat-buat penat bila time tarik aku. Yang aku ni pulun la tarik dia laju-laju bila giliran dia. Geram betoi aku bila dia buat macam tu kat aku.


Aku dan Adik aku.


Nama dia Megat Iskandar Zulkarnain. Kalau kawan-kawan dia panggil Megat, kalau aku panggil iskandar, kalau nama panggilan kat kampung Nang. Nang tu asalnya nine sebab nama last dia Zulkarnain. Tapi biasa la orang tua-tua ni susah nak sebut tu yang jadi nang tu. INI BLOG DIA.

Aku ingat lagi masa dia darjah 1. Dia dok teriak tak mau p sekolah. Aku ni sebagai kakak yang baik haruslah menemani adik aku walaupun dia buat perangai masa kat perhimpunan pagi. Bila dah lama-lama tu ok la.



ZAMAN TADIKA YANG TAK DAPAT DILUPAKAN


Kalau cerita pasal sekolah ni, teringat plak zaman tadika. Aku tak macam budak lain, sebab aku belajaq kat umah. Lepas tu terus masuk darjah 1. Nasib baik aku ni cerdik gak hahaha... Dah la tak pernah tadika, bila exam masa darjah 1, dapat no 5 kira ok la kalo nak dibandingkan dengan budak lain yang tadika.

Kisahnya masa mak sedara aku antaq tadika (aku duduk dengan tok dan mak sedara dari kecik) mula-mula seronok la p masa hari 1st tu sebab dapat uncang yang dalam tu ada kaler crayon, pembaris, pensel. Pastu dalam pukul 10 pagi dapat makan lagi.

Aku ni demand lebih, nak p sekolah kena mandi ayaq panas, pagi-pagi mak sedara siap ayaq panas bagi aku mandi. Ada 1 hari tu, aku tak mau p tadika. Tapi dia paksa gak aku p. Aku pon p, bila sampai tadika, cikgu pegang tangan aku. Sebab aku nak ikut mak chaq aku balik.

Masa tu aku meraung-raung dah nak balik. Disebabkan sakit, aku gigit tangan cikgu tu hahaha.... Sampai sekarang ni bila aku terjumpa cikgu tu, aku jadi malu. Dan ahli keluarga aku tak habis-habis ungkit pasal ni sampai aku besaq.



Lepas gigit tangan cikgu tu, ada lagi benda yang dasyat aku buat. Bila dah semua budak masuk kelas, aku ni ketegaq tak mau masuk. Kononnya nak duduk kat luar. Aku tipu cikgu kata nak duduk kat luar. Tapi bila tengok cikgu dok leka mengajar, aku panjat pagar tadika hahahaha...

Ampa boleh bayangkan tak macam mana aku panjat? Dah la tinggi. Pastu tetiba kain aku tersangkut hahaha... Bodoh ja bila aku ingat balik. Masa tu dah kecoh dah, semua orang termasuk budak-budak pakat jenguk keluar.

Tapi akhirnya aku berjaya gak tarik kain aku dari tersangkut. Terus buka langkah seribu lari balik rumah hahaha.....Sejak hari tu langsung aku tak p tadika dah. Walid aku cuma beli buku kat aku dan aku belajar di rumah.

Arwah tok aku plak bekas guru. Depa la yang rajin ajaq aku kenal ABC, kira nombor. Dan arwah tok aku juga yang mengajar aku mengaji, pasal ilmu agama ni. Aku duduk dengan tok dari kecik lagi sampai aku form 1 baru aku duduk dengan family.





Amacam smart tak kereta bapak aku yang tak berbumbung ni??? Ada kejadian di sebalik ni. Bila dengar umi aku cerita memang lawak ar. Nak tau apa? Tunggu...

Lagipun ampa bukan suka baca panjang-panjang kan? Entah-entah baca pon skip? Hahahaha... Tapi aku tau, ada yang baca sampai habis. Terima kasih yer =)


bersambung.....

24 comments:

  1. uuiii dasat no, pempuan manjat pagar sekolah..haishhh!! sebbaik tak koyak kain tu hahah

    ReplyDelete
  2. serius muke anyss masa kecik sebijik dengan adik yg bongsu si puteri tu..puteri kan nama die??heee..

    ReplyDelete
  3. xleh blah sungguh perangai taknak pg tadika anda..lawak.haha..

    ReplyDelete
  4. weh aku xprnh main tarik upih pinang..
    tringin gila nak men ms budak2 dulu..
    nmpknya xkesampaian.. sobs~

    ReplyDelete
  5. sweet je cerita zaman kecik2 kan..

    ReplyDelete
  6. baca sampai habis ok
    sbb mmg habit tulis dan baca entri panjang,hak3

    nice memory to remember
    baca entri ni tiba2 ingat lagi [asal main konda-kondi, main ting-ting, main laga ikan, polis entri,hak3

    time tadika plak, suka pi beli brg2 dapur utk cikgu tadika kat kedai runcit, blh beli coklat,haha

    antik woo kereta

    ReplyDelete
  7. best main tarik upih tu, tapi suka orang tarik lagi dari tarik orang.

    kte tak penah ag lari balik umah sebab umah dengan sekolah, tadika jauh~

    ReplyDelete
  8. topi bulu2 tu mmg feveret ek .. comel..

    ReplyDelete
  9. mainan dulu2 mmg best, tp skang mainan tu mcm da x wjud jer..sedey bile pk2 blik..

    ReplyDelete
  10. hahaha...cam sama ngan aku jer...tembor lari balik mase tadika...

    ReplyDelete
  11. rrindunya zaman kecil dulu..penuh kenangan suka duka..memang tak dapat bayangkan best nya

    ReplyDelete
  12. zaman kanak2 ialah dibest!!! ngeeeeee
    time kecik2 kita tak pernah ada mslh tau.. sume kita nk sronok n hepi je.. :)
    anat fllow mellow kamu ye

    ReplyDelete
  13. Kenangan zaman kanak-kanak dulu adalah yang paling best...

    ReplyDelete
  14. wow !
    geget tangan cikgu tadika
    peristiwa ni sama dgn dedin,,
    tpi tyme 1st day masuk tadika
    sampai koyak dedin gigit baju kebaya cikgu tu,,

    lebih kurang sama skrip cuma waktu berbeza

    ReplyDelete
  15. memang besh masa bebudak dulu...tapi yg aku paling igt masa kat PASTI..punye syok gi skolah..sampai skolah terpijak T*IK...macam harrrrr!!!! ntah budak mana yang xreti berak kat jamban...

    ReplyDelete
  16. agak2 kalau kita lawan tarik upih tu mampu dak lagi ha???

    ReplyDelete
  17. Amboi, kecik-kecik dah naik kereta sport. huhu ^^

    ReplyDelete
  18. uiii.. dulu2 men tuju kasut la paling syok tak hengat.. ehehhe..
    pastu pngalaman kt tadika tepi msjd n kuboq... mmg besh.. hehehe..

    ReplyDelete
  19. akak baca sampai habis..nak baca sambungan cerita kereta tu plk...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi