TULANG BELAKANGKU

Wednesday, January 5, 2011

TIPS: MACAM MANA NAK BERHADAPAN DENGAN EX-BOY OR EX-GF?



Susahkan nak berhadapan dengan ex kita?

Apatah lagi kalau dia pernah menyakiti hati kita. Susah nak berpura-pura macam tak ada apa yang berlaku dan lebih susah kalau kita masih tak dapat melupakannya.

Tapi syukur kalau ada yang masih boleh menjadi sahabat tanpa ada simpan apa-apa perasaan lagi.

Habis tu macam mana nak berhadapan dengan ex-BF atau ex-GF?

  1. Pastikan diri anda mempunyai jiwa yang kental. Takut-takut ampa tak dapat nak mengawal diri bila berhadapan dengan ex ampa.

  2. Ketahanan mental kena kuat. Kalau tak kuat sila haribulan ampa menangis depan dia. **Macam aku, eh?

  3. Berlagak macam ampa tenang walaupun mungkin dalam hati ampa berperang hebat.

  4. Perlu pastikan yang ampa tak kan terjatuh cinta lagi pada dia. Kalau tak nanti ampa yang susah.

  5. Tak payah langsung jumpa kalau tak bersedia nanti takut hati ampa kembali terluka. Senang kan?

Bukan mudah sebenarnya nak berhadapan dengan ex kita ni. Mungkin kita akan rasa kekok, or akan keluarkan kata-kata yang berapi dan menyakitkan hati dia.

Kalau sebelum ni aku susah nak maafkan ex aku tu, bila fikir balik sampai bila nak bermusuhan? Lagipun "what goes around comes around". Biar takdir yang menentukan. Jadi aku dah maafkan dia.

Macam mana pula pengalaman ampabila berhadapan dengan ex ampa? Jom kita kongsikan =)



23 PESANAN PENAJA:

adrinaqamarina said...

memang mula3 cam susah jugak, gelabah tak tau nak cakap. sebab tak expect nak jumpa balik. haha.

dan tak sangka yang ktorang nak pegi becuti sekali. (kawan dye kawan kte jugak, kebetulan pulak)

tapi besok tu cuba cari kekuatan, makan ramai3 dok depan dye pun buat muka selamba abes ah. sembang3 gelak3 dengan orang lain tapi buat3 tak nampak dye.

rasa puas ati je lepas tu. haha.

qyqa said...

kalau saya,elak nak berjumpa dengan dy tapi bayangkan 1 kelas!!!
nasib baik dia transfer..huh..maut betul..

meaw said...

aritu meaw dah sampai penang . singgah char kuay teow auw terjumpa pulak ngan ex meaw.....memang ketaq gila time tu . huhu

nina syakina said...

aiyaaa... entry nihh buat nina sedihhh... waaaaaa... bru clashhh...

Puteri Iqa Izyan said...

haih. kalau boleh tanak jumpa langsung.

tp kalau jumpa buat2 senyum jelah mcm tadek apa2 :P

hans said...

hohohoh
leh amalkan nih bila masa memerlukan

P/S : Belia Benci Kuliah Minggu Pertama!

miz_fiza said...

bnda ni part plg susah..ex sy kwn sy sndri...mula2 clash 2 mmg la mcm perigi cari timba...tp bla dh lma2 ok la..bila jumpa lepak sma2, buat2 xnmpk dia...kn puas ati...

qasehraihan said...

pengalaman akak a..

masa awal2 mmmg susah sgt nak trima..
nak pandang pun xlehh..sbb getaran tu masih kuat..

tp lama2...klu kita jumpa..dgn otometik je boleh wat dekk..mcm xpernh bcinta pun ngn dia..haha

moga anyss jumpa dgn org yg serasi dgn anyss...xsedih2 ag dah, xsepi2 ag dah..k..hehe

-iEkA DaRLink- said...

kalo ika wat muke sombong je. hhehhe.

Nadia Abdullah said...

ex bf 1st mmg xde mslh nak kwn..malah kami mmg bkwn baik smpi skang..

tapi y 2nd kirim salam ler nak berbaik2..coz die sgt psiko...

pYinCesZ EleCtRa said...

huhuhu....
sah2 x ley jmpa dia....
gementar x tntu psal...
menggelabah jerk..
huhuhuhu....
thanks 4 da advice..
hehhee nnti nk praktik...:D

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

@qamarina

haha...buat2 tak nampak tu yang best tu..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

@qyqa

sebab tu GKSB elakkan bercinta 1 tmpat hehe

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

@meaw

awat tak teguq pastu? hehe

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

@Nina

ala jangan la sedih2... senyum sket =)

che'ila said...

tak payah la kawan dengan ex..dalam bnyak2 kawan tu..kenapa ex kita juga termasuk dalam list manusia yang perlu dikawankan..bukan ideal yang bagus kawan dengan ex..bagi saya la..hehe

Izamir Ridzwan said...

no 5 tu IR suka

peyuz said...

kenapa nervous?kantoi la stil suke lagi.haha takdelah.aah mmg nevous pun.masetulah sue kngn manis nk dtg balik.

mase jumpe mmg ah bajet2 cool,xrase pape.tapi bile kawan2 stat saiko,uuuuii mau nangis dibuatnye

fya zainal said...

ooohhh sy memang xnak jumpa dah ngan ex...tak mau tak mau bukan sebab x bley lupa tapi rasanya sgt x besh if he have such a beautiful life then u do huhu

♥CIK SHA♥ said...

errr..kalau boleh elakkan la dari berjumpa..tapi kalau dah ditakdirkan tuhan berjumpa jugak kena kuatkan hati la..tu yg paling utama..

student said...

fuhh,sangat sukar..

ambil masa 4 tahun untuk boleh jadi 'kawan'.. tu pun sekadar msg je tnye khabar..tu sahaja.. dan saling minta maaf..

yg penting tidak mahu bermusuh..itu sahaja.

Faaein Himura said...

ntahlah susah nak cakap..
boleh demam juga ni.. hahahaa..

Anonymous said...

bg saya,saya hanya dpt lupakan die bile da ade pakwe bru.tp baru2 ne,ex 2 muncul blk.hati mmg xmo kat die lg tp smlm br mmpi ak pegi kt die blk.hati gembira gle mse lam mmpi 2 dpt kembali kt die blk.tp bgn2 teros ingt bf.x mungkin aku tinggalkan laki yg byk menolong aku semata mata kerana aku nk kepada lelaki yg penah sakitkn hati aku.kesimpulannya,aku elak untuk jumpe dgn die.klo takdir utk ktorg berselisih,just tnye kabar then blah,tiada lg perjmpaan kali kedua@ ketiga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...