Sunday, February 20, 2011

BEKAS KEKASIH YANG MASIH DALAM INGATAN



Bila sebut pasal bekas kekasih mesti ampa terbayang saat manis dan pahit bila bersama dengan dia kan?


Hari ni aku nak cerita pasal ex-boy aku. Kalau berminat teruskan membaca, kalau tak berminat cukup saja sampai di sini sebab aku akan menulis pakai hati bak kata Aizul Marcello.


Bila sebut pasal ex-boy aku yang latest ni, aku akan tersenyum. Aku suka curi-curi tengok senyuman dia. Aku suka tengok mata dia yg dihiasi dengan bulu mata lentik. Dan juga lesung pipit yg amat payah nak menunjukkan rupanya itu kecuali kalau dia tersenyum. Macam aku yang tengah senyum sekarang bila membayangkan rupanya yg tersenyum. =)



Dia comel macam bear bear ni =)





Tapi hubungan kami terlalu banyak halangan, terlalu banyak dugaan yang melanda. Ada saja masalah yg timbul. Memang kami langsung tak berjaya nak atasi semua ni. Semua ni disebabkan ego. Kami masing-masing ego. Aku akuinya.


Saat dia melakukan kesalahan dan memohon kemaafan dari ku, aku terlalu ego untuk memaafkannya. Aku terlalu mengikut perasaan gara-gara terluka olehnya. Aku cuba memaksa diri melupakannya walaupun aku terlalu ingin membalas SMS dan memaafkannya. Aku tahan. Setiap malam aku menangis disebabkan terlalu rindu tapi dalam masa yang sama hati aku masih terluka.






Sampai la satu tahap, aku dah letih. Letih memaksa diri melupakannya, letih memaksa diri untuk terus menahan rindu yang semakin sesak di dada. Rindu untuk melihat senyumannya rindu akan segala-gala tentang dirinya. =(


Lalu aku memaafkannya. Hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga darinya untukku. Lapang dada ku. Memang lapang bila dapat memaafkan orang. =)


Kemudian aku bertemu buat kali pertamanya dengan dia selepas lama kami berpisah. Niat hatiku ingin memulakan perkara yang baru dengannya dan melupakan perkara yang lama.


Hari tu memang hari yg paling bahagia untukku. Kami dapat bersembang dengan gembira tanpa perlu memandang perkara yg lepas. Sempat lagi kami bergaduh dan aku merajuk hehe... Sebenarnya aku rindu nak bergaduh dengan dia.


Tapi semua tu hanya angan-angan aku. Bila panggilan telefon yg diterimanya memusnahkan segala-galanya. Kami kalau dah berbaik pasti akan ada sesuatu yg akan berlaku yg membuatkan hubungan kami semakin dingin.


Rupanya dia dah ada pengganti diriku. Aku tak salahkan dia. Itu hak dia. Mungkin terlalu penat mengejar kemaafan dariku. Dan perempuan itu hadir pada masa yang tepat, mungkin.


Dan sekarang aku buntu.


Aku tahu aku perlu melepaskannya. Mungkin aku dah tak ada makna dalam hatinya dan juga hidupnya. Keadaan tak mungkin akan sama seperti dulu. Ya, aku mudah berputus asa, itulah aku.


Hingga kini, kalau aku SMS dia untuk bertanya khabar walaupun hanya sekadar ingin bertanya “Buat apa? Dah makan?” Air mata aku akan mengalir laju. Haha.. Pelik kan?
Dan dia tak kan pernah tahu. =)


Aku tahu, walaupun kuat mana aku berusaha untuk melupakannya aku tak kan berjaya. Biarlah dia terus menghuni dalam hati ku. Aku hanya mampu doakan kebahagiaan dirinya. Bebaskan lah dirinya dari masalah. Jangan lah diuji lagi dirinya. Tenangkan hatinya. Berikanlah kejayaan untuk dirinya Ya Allah.


Aku tak mahu lagi menjadi beban dan masalah pada dirinya. Berikan yang terbaik untuk dirinya. Hanya doa yang mampu aku berikan kepadanya.


Apa-apa pon yang terjadi, jangan ingat aku tak sayang, jangan ingat aku dah melupakan diri kamu sebab kamu sentiasa ada di sini, dalam hatiku.


Terima kasih sentiasa menceriakan diri ku dengan bebelan mu, senyum tawamu. Aku rindu semua itu tapi mustahil untuk aku miliki senyuman mu itu.


Dan hari ni 20 hb kan? Hari ulang tahun perkenalan kami. Setiap kali tiba 20 hb aku akan kira dah berapa lama kami kenal. Aku post entry ni 11.59 malam bermakna masih 20hb.


Tetapi aku harus sedar sesuatu.


Ini.




13 comments:

  1. erm... Rase atie saat nie sgt Sedih stelah slesai membaca entry nie..

    ReplyDelete
  2. akak..ur story lbih kurg sy...
    tiap hari sy nagis bile kngkn balek...anniversery kami 23 nih..hehehe..dah xlma kn....=)
    wlopun si dy xpenah m'berithu yg dy dah ade owg len...tpi...aahh.!mlas nak pkiaq blek..hehehe =..pape pun..kite kna kuat jgak..mgkin ade owg lbih baek dri owg toe kn..??am i rght.??

    ReplyDelete
  3. walau asik bergaduh..dan saling ego tp kenangan cinta tu sis faham ia amat manis.byk2 bersabar dik.mengintai dia dr jauh mungkin dpt memberi kebahagiaan walau terasa rindu.moga ada insan lain yg berjaya memaut hatimu...

    ReplyDelete
  4. punya pengalaman cmnih. tp hidup msti dteruskan.. n mengharap masih ada yg lebih sesuai untuk kita. be strong ya..

    ReplyDelete
  5. we never forget our love, we just dont remember. (;

    ReplyDelete
  6. lapangkan dada...terima seadanya....pasti ada hikmahnya...


    relakanlah...doakanlah kebahgiaannya...

    ReplyDelete
  7. banyakkan bersabar ok...ayat klise ; pasti ada yang lebih baik menanti...tapi yang pasti, kenangan ni telah mengajar kita sesuatu untuk cinta akan datang...=)

    ReplyDelete
  8. anggap je ade hikmah sume tue.. insyaallah ade seseorg lg yg tunggu blkg gk tue.. hah! pi cek tgk... hehehe

    ReplyDelete
  9. satu hari. seorang anak menangis, pabila si ibu menutup lampu, dan gelap suda suasana, anak ngs dan nangis, upanya kan, tetiba datang si ayah. beriringkan kek mengucap selamat kepada si anak. sabar.. kekadang kan, kegelapan (sedih) tu bukan erti tamat, tapi mungkin jgak akan ada sinar sedikit yang membawa kegembiraan tu lebih dari tika cerah dan terang. :))

    ReplyDelete
  10. as'salam cik GkSb..

    1st skli nk komen kt nadh atas nih..

    Two Thumbs Up Bro. komen ngn kata2 hikmah so meaningfull..

    2nd kt cik GkSb...

    ermmm ekceli no komen...
    tetttttt.....

    papa khai nk ckp mudah ja...

    "Sedangkan pantai pon berubah inikan ht kita mnusia yg kecik ni...

    asal ada usha yg kerap mcm ombak mngalun pantai..

    lama2 beransur2 la ilang...

    klu nk lg cepat jom sekendel....
    ghahahahaha...

    no komen againts...tettttttt....

    ReplyDelete
  11. samala citer kita... hehhe.. tapi sekarang dh boleh terima kenyataan.. masa dulu tiap2 hari nangis... sedih bila kehilangan.. tambah2 first love, first couple... tapi jodoh tak der... redha jer..

    ReplyDelete
  12. mmg sdih kn....kaaka pn ad pglmn cmnh...sering kali tpdngkn die,rsa sayu jer hati nh tp nk jgk tgk die kn...skrg nh dh jrng jmpa die tp sering jmpa makwe die...makwe die senior kaaka,alhamdullilah lpas sbuah prgrm ari2 kaaka ngn makwe die btegur sape...cm xde pape jer antra kami...myB die bkn sprti kaaka fkrkn n kaaka bkn sprti yg die fikirkn...kaaka xksh pn sbnrnya ex kaaka nk couple ngn sape as long as die bhgia...alwys pray 4 his happiness...=D

    ReplyDelete
  13. biasalah perasaan ni..
    makin kita tarik keluar dari diri kita, makin kuat dia cengkam sampaikan kita rasa sesak kadang2...

    rindu tu memang akan ada bila kita masih ingatkan dia...
    air mata tu pasti akan turun sebab hati seorang perempuan dilahirkan memang amat lembut...

    nak buat macam mana kalau dah terluka...
    mungkin kita perlu minta pada DIA yang lebih memahami hambaNya...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi