Saturday, February 26, 2011

BLOGGER SEKARANG PANTANG DITEGUR???




Blog adalah medan untuk kita menulis, melahirkan buah fikiran, dan meluahkan pendapat kita mengenai apa-apa perkara pon. Malah blog juga menjadi alternatif untuk menegur.

Namun tak semua orang boleh menerima teguran lebih-lebih lagi mengenai isu sensitif. Kadang-kadang apa orang lain tulis tu terkena kita walaupun tak banyak sipi-sipi pon jadi la.

Adakalanya kita naik marah, melenting apatah lagi bila tulisan tersebut disalah tafsirkan. Kadang-kadang kita menulis secara umum, tidak kaitkan nama sesiapa pon tapi ada yang terasa plak.

Perlu diingat tak semua orang boleh menerima teguran. Tapi adakalanya teguran atau kritikan yang pedas tu la yang akan membuatkan kita berfikir apa yang diperkatakan. Mungkin yang tak terlibat langsung akan amik perkara ini jadikan pengajaran supaya kita tak buat perkara yang sama.

Orang yang menegur bukan nak tunjuk diri dia bagus ke apa ke, tapi apa yang ditegur itu akan membuatkannya turut berhati-hati supaya tidak melakukan perkara yang sama. Macam teguran aku mengenai Entry Ampa Menyampah Tak Dengan Orang Yang Suka Dok Tayang Marka Rata Cerok??? Ada yang terasa sampai up entry pulak pasal ni.

Dan kita kena hormati juga apa yang dia tulis. Jangan ingatkan kita ja yang betul. Pastu nak tulis lawan balik entry yang dia tulis tu plak lepas baca entry tersebut. Semua ada hak masing-masing jadi hormati lah mereka juga. Mungkin kita tak suka tapi jangan sampai membenci.

Adat lah tu kalau kena kritik, kena tegur. Aku sendiri pernah kena. Walau kita terasa tapi jangan sampai benda tu boleh bawa bergaduh. Dunia maya ni kecik ja. P mai p mai jumpa juga.

Pada yang tidak boleh terima teguran, belajar berlapang dada untuk terima teguran walaupun perkara itu sangat susah untuk diterima. Pada yang menegur, tegurlah dengan berhemah sebab kadang-kadang tulisan kita mungkin disalah tafsir.

Apa-apa pon Senyum Mau Maneh.

=)

19 comments:

  1. betul2 wak...horamti juga karya2 member~kita tak tahu mngkn dia memerah otak 2 3 jam tok en3 trsebut...dan belajarlah menerima teguran dr orang lain,tapi kalo boleh yg menegur tu biarlah membina..jgn nak kodem org je ngee~

    ReplyDelete
  2. no kumen..ceq tak kisah je kalau org nak tego..hehe :)

    ReplyDelete
  3. percayalah, ada org spesies yg fikir dia ja yg betul...

    ReplyDelete
  4. x bleh tegog nak kena pukoi laa tu..

    gahhaa

    ReplyDelete
  5. setiap orang yang membaca tu, otaknya lain2...
    sebab tulah dia jadi banyak versi...
    orang yang tak boleh menerima teguran tu, orang yang susah nak berjaya...
    itu ibu OE yang cakaplah...

    OE dah tak kisah sekarang ni... kalau orang tegur, masuk telinga, otak proses...
    kalau baik kita ikut, kalau tak, just diamkan je...

    ReplyDelete
  6. @krole,

    setuju dgn krole..jgn dok kondem org sgt =)

    ReplyDelete
  7. biasa lah..manusia...

    x pernah puas dgn apa yg ada dah x puas hati bila di tgur...

    jom baca dan komen ! !shahjiehan [dot] com ! !: iPhone bukan telefon pintar paling laris

    ReplyDelete
  8. hohoho..sj bkin panasss je tue nk lawan2 balek

    jengok cni lg ye kak(^____^)
    zaty luvlianncezzz

    ReplyDelete
  9. bisala tu anis..
    mmg wujud spesis yg samseng dn blagak
    pikr kepala dia aja betul...haha

    ReplyDelete
  10. setuju dgn krole, ayuni dan OE..

    biasa la tu anyss..orang yg tak boleh terima teguran ni memang ramai..depa pikiaq depa dah cukup hebat dah..jadi orang lain takde hak nak tegoq2..

    tapi tu la..kita tulis secara umum pun, masih ada orang yg terasa sendiri..pastu nak bekup diri la konon2 p wat entri membantah kat belog sendiri..kat situ dah tunjuk kebodohan dia..orang tak tuju kat dia tapi dia yg terasa..sian kan?

    ReplyDelete
  11. rasa kecewa bila tulisan disalahertika [mesej tak sampai]

    tapi kalu maksu salah, tegurilah ya....

    salam bahagia

    ReplyDelete
  12. kalau x boleh kena tegur, baik tutp belog

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi