Sunday, February 27, 2011

KENAPA BLOGGER BARU SELALU TANYA MACAM MANA NAK DAPATKAN FOLLOWERS RAMAI BUKANNYA........



Kenapa blogger baru selalu tanya macam mana nak dapatkan followers ramai bukannya tanya macam mana cara nak cari idea menulis bagi blog kita menarik?


Jangan terlalu ghairah mengejar followers sehinggakan meninggalkan pesanan "I follow u, follow me back". Sebaliknya usaha cari idea-idea yang menarik dan menulis tentang sesuatu perkara yang mungkin menarik minat pembaca membacanya.


Tapi aku tak kata blog aku ni dah cukup perfect sebab aku paham bukan mudah sebenarnya nak memerah idea. Aku ambil contoh blog aku, walaupun adakalanya dicampur aduk kan dengan luahan perasaan tapi aku menulis dengan style aku sendiri. Nama pon orang utara so ampa dapat bayangkan macam mana orang utara bercakap bila membaca blog aku ni.


Aku pernah dikritik disebabkan penggunaan perkataan utara sebagai contoh "ampa" yang membawa maksud korang. Tapi itulah identiti aku.


Bagaimana nak cari idea untuk menulis?


Pada pendapat aku, usah dipaksa otak untuk memerah idea, sebaliknya banyakkan pergaulan dengan orang ramai, banyakkan bersembang mungkin dari situ akan timbul 1 isu yang akan memberi idea untuk ampa menulis.


Selain itu, jika ampa jenis yang suka makan di luar dan bersiar-siar ampa boleh mengabdikan foto dan di situ ampa akan ada idea untuk menulis. Dan sebagai blogger memang ampa tak akan dapat lari dari kamera, malah kalau ampa jumpa apa-apa yang menarik di tengah jalan ampa akan ambil gambar alasannya "boleh masuk blog". Betul kan? Senyum =)


Macam aku cakap pada mula tadi, jangan terlalu ghairah mengejar followers. Mesti ada yang cakap "hang followers dah ramai boleh la hang kata macam tu". Tapi ampa lupa ka aku juga bermula dari bawah. Beza aku dengan ampa aku bermula awal sket daripada ampa terjun ke dunia blog ni.


Jadi fikirkan cara mencari idea-idea untuk menulis. Selain itu, rajin-rajin diri meninggalkan jejak anda di komen-komen entry blogger. Selalunya dari situ la blogger tersebut akan jejak ampa kembali.


Ini merupakan pandangan aku mungkin ampa ada pandangan lain kongsikan.


NOTACIKGADIS: Jom join GA GKSB<---KLIK SINI

21 comments:

  1. tak ada ker Kredit Idea pada si pemberi idea?

    hahahahahahah

    ReplyDelete
  2. sya owg JOHOR..tp sya ske dgr owg utara ckp...hehehe..:-)

    ReplyDelete
  3. ermm pada blogger baru...punya followers ramai syok kot?

    ReplyDelete
  4. sbb tuh aku dah lama tak update blog...takda idea weih...susahhhh la..

    ReplyDelete
  5. hehe....saya orang kelantan tapi belog saya byk guna bhasa kedah ngan nogori..hehehe....adeh...tak pe kan takpe kan?saya suka blaja bhsa orang(^^,)

    ReplyDelete
  6. syie blogger bru..tp for me yg pnting readers bkn follower..btol x?

    ReplyDelete
  7. salam..
    aku menulis bukan kerna followers....yeeeeeeee haaaaaaa

    ReplyDelete
  8. bagus entry ni. gb nak link kan dgn entry latest gb, can ah? sebab topik lebih kurang gak ni. at least byk reference utk blogger2 baru. betui dak?

    ReplyDelete
  9. hans: hg memang penulis yg kreatif da..hehe

    rs excited bla tgk follower byk kot..rsnya tu la sbbnya..

    ReplyDelete
  10. bg blogger br mmgla...mesti nak folower..bygkan blog folower 10, mesti kita yg masuk akan fikir blog ni xbest..haha..so pentingla folower tu..nt dh cecah seratus depa cr readers pulak..hehe

    ReplyDelete
  11. tak abeh lg ka isu i follow, u follow? hehehe..
    tp blogger2 skrg beruntung sbb follower cepat naik dgn bantuan blogger otai...

    ReplyDelete
  12. Susah jugak jadi blogger ni rupanya... hehe..

    **Buat blog sebab nak luahkan perasaan dan kongsi cerita je...

    ReplyDelete
  13. oh ho...
    setuju2...
    OE pun kadang kurang idea nak tulis...
    sebab OE ada dua blog...
    satu untuk personal,satu untuk e-novel... sebab OE menulis...
    jadi kalau duduk dekat blog e-novel, OE khayal dan takkan jenguk yang personal punya...
    kalau dah duduk kat personal, hilang yang e-novel...
    alahai...
    (rasa macam tak ada kena mengena dengan tajuk)
    hehhe...
    (n_n)

    ReplyDelete
  14. hai.orang utara jugak. sama la kita.hehe. sebenarnya kan, macam agak tak berapa suka la bila orang mai blog kita, cakap 'i follow u, come n follow me back'..adehh. nak follow biar ikhlas la kan.

    ReplyDelete
  15. saje je nak terjah..
    bg saya sy bikin bisnes melalui platform blog amat penting ada follower. kerana mereka2 ini yang bakal melebarkan sayap perniagaan saya... kihhhhkihhhkihhh...

    ReplyDelete
  16. Thank bagi tips.
    Anyway kalau ade masa follow lah blog kami yee

    http://thebungastory.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. Btl2.. Nice nasihat n ptt ikt.. Jgn ghairah mengejar follower.. I luv tat word.. Hehe

    ReplyDelete
  18. follower aje ramai, tapi yang komen seciput pun lagi tak seronok sebenarnya.

    macam2 orang, macam2 objektif & hala tuju mereka ...

    p/s: jumpa link ni dari entry GadisBunga ( :

    ReplyDelete
  19. saya blogger baru, oh blog ni memang kene ade follower pe sume tu eh? ingatkan blog ni utk cerita apa2 je kat dlm ruang blog ni tampa mengira ade org bace ke tak huhu :)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi