Monday, February 7, 2011

KENAPA GKSB SUKA JOIN GATHERING?? APA KELEBIHANNYA?



Alhamdulillah setakat ni sudah 4 kali aku join Gathering. Sekali di Times Square KL, anjuran Joegrimjoe, 2 kali di Alor Star, Kedah yang aku anjurkan, dan sekali di Perlis anjuran Abgteror.



Kenapa aku suka join gathering blogger??


Bagi aku, sampai bila kita hanya nak kenal dalam blog ja? Tak teringin ke nak bersua muka dan beramah mesra sama-sama? Bila jumpa ni, situasi dia tak sama dalam blog. Memang sangat lain.


Tak rugi untuk kita saling kenal antara satu sama lain, lain la ampa memang yang jenis tak suka berkawan. Sapa tak suka berkawan? Cuba habaq mai. Aku suka berkawan, aku suka cuba buat sesuatu benda yang baru, explore benda yang aku tak pernah buat.


Kalau malu, memang sampai bila-bila ampa akan malu dan sampai bila-bila ampa akan duduk di takuk lama. Tak ada perubahan.


Sekali sekala buat benda yang baru apa salahnya? Sekali sekala join aktiviti macam ni memang tak rugi sebab kita boleh berkongsi pendapat dan cerita-cerita yang memang menarik hati. Nak bergosip pon boleh hehehe....


Dan aku tau, ada sesetengah daripada ampa ni jenis pemalu, sangat pemalu. Tapi dalam blog, bila menulis macam orang yang sangat peramah. Bila ampa join gathering ni, ni lah salah satu cara untuk ampa belajar untuk berkomunikasi dengan orang.


Bukan semua orang boleh berinteraksi dengan baik, ini lah peluang yang ampa kena amik untuk merubah diri ampa. Kalau ampa tak join gathering, ampa tak kan kenal owh ni ka blogger yang dot dot tu, eh ni blogger juga ka? So situasi macam ni yang ampa akan hadapi.


Setakat ni dah dua kali aku anjurkan mini gathering, insyaallah mungkin satu hari nanti dapat anjurkan gathering secara besar-besaran. Mungkin ada sesetengah orang, takut nak anjurkan gathering sebab apa? Sebab takut tak ada orang nak mai.


Salah tu. Kalau ampa tak mulakan langkah pertama siapa yang akan mulakannya? Jangan takut tak ramai yang mai sebab berjayanya sesuatu gathering tu tak semestinya bergantung kepada jumlah blogger yang mai. Kalau yang hadir tak lebih dari 10 orang pon tapi yang hadir tu betul-betul enjoy itu dah kira berjaya.


Macam Mini Gathering baru-baru ni yang aku anjurkan di Alor Star, walaupun hanya 8 orang ja yang hadir tapi kami tetap enjoy. Sembang rabung macam dah kenal lama. Tak masuk cerita lawak lagi tu. Siap sempat gosip-gosip lagi hehehe...







Dan yang terbaru aku jumpa geng-geng bloggers di Perlis. Paling menarik sekali sebab melibatkan pelbagai lapisan umur. Dan semestinya banyak berkongsi banyak ilmu daripada bloggers yang hebat-hebat ni. Makan pon sedap hehehe.....







Lepas ni kalau ada yang anjurkan Gathering lagi, jangan lepaskan peluang untuk join lagi. Walaupun mungkin terpaksa korban sedikit masa dan wang tapi apa salahnya kan? Masa aku anjurkan gathering kali pertama dulu, ada yang sanggup mai dari Penang. '


Yang mai pulak tu tak pernah kenai pon, jumpa dalam blog juga. Depa sanggup kongsi duit minyak dan tol. Memang aku salute la. Mai dari Perak pon ada. Sanggup tu. Macam ni yang kita mau.


Tapi bila sesuatu gathering tu selesai dijalankan, ramai pulak yang mengeluh "Tak tau pon" walaupun promosi pasal tu dah diadakan selama sebulan. Mungkin ada yang tak alert. Tapi aku paham, mungkin kadang-kadang tu maklumat tak sampai pada ampa.


Sebab tu aku mohon pada ampa kalau ada orang yang anjurkan gathering tu, tolong sebarkan. Buat entry pasal tu. Walaupun kita tak dapat p. Dengan cara tu, orang akan tau apa yang berlaku. Terima Kasih pada ampa yang pernah buat entry pasal Gathering yang aku anjurkan tu.


Fikir-fikirkan la ye kawan-kawan. Semua terserah pada ampa. Tepuk dada tanya hati.


17 comments:

  1. best betulla....tp selalu deqdeq tak dpt lagi nak join gathering...

    harap lepas2 ni dpt la join...nak juga kenal kawan2 blogger ni

    ReplyDelete
  2. Tabik ah sama GKSB...
    mmg aktif dan smngt ber'ghatering'..
    ada potensi jd penganjur ghatering yang lebih gempak pada masa akan dtg!

    ReplyDelete
  3. bgs gathering ni..dpt kenal2..
    aci tak klu akak doakn awk jumpa jodh d klgn blogger???mesti gempak kan..smua blogger di jemput hadir..hikhik

    ReplyDelete
  4. mmg teringin sgt tau....mcm ari tu yg kt aloq setaq tu klu deqdeq balik kedah mmg dah boleh join sgt...tp tak balik plak

    ReplyDelete
  5. qaseh

    ahahaha...kalau jumpa jodoh dengan blogger juga memang gempak ar majlis tu nanti keh3...

    ReplyDelete
  6. deqdeq

    insyaallah satu hari nanti kita akan jumpa gak hehe

    ReplyDelete
  7. knp xtaw pon gathering kat perlis...cek org perlis laaa...huhu...
    sila lah jenguk ye kalau sudi...
    http://miemen3.blogspot.com/2011/02/bapa-mertua-mengasuh-anak-menantu.html

    ReplyDelete
  8. bagus join gathering ni.... tapi maksu idak ler...agaknya sebab dah jadik mak2 ni, malas dah bab2 gathering2 ni.... even nak borak ngan jiran kat sebelah rumah pun malas, hi hi hi

    ReplyDelete
  9. teringin nak g gathering gak!
    tapi asyik xleh jer...sedih2..sob3

    ReplyDelete
  10. semangat meyh. suka sgt yg ini (:

    ReplyDelete
  11. den baru sekali g gath, tp mmg da terase nikmatnyer.haha

    ReplyDelete
  12. gua bengang guan bengang.....uhu....ade je kot kat aloq staq 3hb tu...... cik gksb...sila meroger saya juge yerrr....

    ReplyDelete
  13. weh, aku kenal la mamat bju hitam first gathering kat a.staq tu. satu tempat keje. :P motip sgt dia p tak ajak.

    ReplyDelete
  14. huishhh.. sonoknya.. nt nak wat lagi habaQ la. Nadh nak join.. ;))

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi