Monday, March 14, 2011

APA YANG BESTNYA ZAMAN SEKOLAH???




Dulu masa sekolah di sebuah sekolah di Utara tanah air, memang aku terkenal sebagai seorang student paling aktif di sekolah. Macam-macam aku join bola baling, tenis, dan paling aktif adalah dalam Kadet Remaja Sekolah (KRS).


Aku pernah p ujian kenaikan Pangkat yang memang mencabar gila. Bayangkan dari Kem Timah Tasoh, kami dibawa ke Sekitar Perlis untuk mencari check point tertentu. Berjalan la kaki sekitar Perlis dengan hanya diberi arahan tertentu untuk mencari tempat untuk check point yang dimaksudkan tersebut.


Muka ni toksah kata la, hitam legam. Kalau balik kem ja mesti muka aku hitam legam dah la kulit tak berapa nak cerah sangat hahaha...


Tapi alhamdulillah aku berjaya melepasi ujian kenaikan pangkat tersebut dimana kami turut diberi tugasan untuk memberi arahan kawat kepada platun. Aku dapat pangkat Sarjan. Tu pon seronok tak kira sebab ada orang hanya dapat pangkat lans koperal jer hehe..


Join KRS ni juga telah membawa aku ke seluruh negeri iaitu kami telah join Perkhemahan Perdana KRS peringkat Kebangsaan yang diadakan di Negeri Sembilan. Memang banyak kenangan manis kat sini sebab ada sorang budak tu tersangkut dengan aku, asyik dok mengekor ja aku nak p mana pon. Dia asal dari Negeri Sembilan.


Habis aku kena bahan dengan kawan-kawan aku disebabkan budak tu. Aku ingat lagi nama dia Syafiq. Tapi aku tak suka dia sebab dia nampak skema hahaha... Heran. Budak yang huduh cam aku ni pon ada orang kenan.


Dah 2,3 tahun yang lepas aku lost contact dengan dia gara-gara dia cemburu dengan kawan dia. Tu la pass lagi nombor telefon aku kat orang lain, bila kawan dia nak ejas dia plak cemburu hehehe... Tapi aku anggap ni semua zaman budak2 tak matang lagi.






Ni antara geng KRS yang agak rapat dengan aku dulu. Masa pic ni diambil kami baru sampai dari Negeri Sembilan. Tempat ni SMK Derma.


Kalau ampa nak tau selalunya di Perlis, kalau untuk wakil negeri akan ada gabungan dari beberapa sekolah. So memang ramai kawan la dari sekolah lain.


Kami juga pernah ke Sekolah Tun Fatimah Johor sebab masa tu ada pertandingan kawad peringkat kebangsaan. Seronok gila p sana. Siap p melawat Muzium apa tah. Tapi harga makanan memang gila dasyat.


Ampa bayangkan aku pulun la order makanan paling murah iaitu nasi lemak sekali bila bayar RM3.50. Bapak mahal. Kalau utara ni RM3.50 tu dah boleh makan 2,3 jenis lauk. Nasib baik la aku lahir di Utara hehehe...


Ada 1 peristiwa masa kami OTW ke Johor, iaitu kawan aku yang duduk sebelah aku dalam bas telah membuang angin membuatkan 1 bas hampir-hampir koma. Hahahaha... Memang lawak gila time ni. Tapi yang tak boleh blahnya dia boleh jawab "Aku ingatkan bila aku kentut dia masuk dalam kusyen, kusyen ni serap" Hahahaha....


Adeh...Sampai sekarang aku ingat. Kawan aku tu perempuan ye harap maklum hehehe.. =P Apa-apa pon banyak kenangan aku masa di sekolah dulu. Ampa pon mesti ada pengalaman yang best juga kan? =)







10 comments:

  1. zaman yg paling akan igt smpai bila2 ialah zaman sekolah. :)

    ReplyDelete
  2. gk... harga mknn dlu kini & selamanya kot utara lg murah....hehe

    ReplyDelete
  3. Bestkan masa zaman sekolah..

    ReplyDelete
  4. wak,kita pon x-KRS skolah dlu...pgkat sarjan je..xsempat p ujian pegawai waran...hehehe...tp ape2pon,time2 skolah mmg best..jumpe jodoh lg kat situ...da jd suami skang ni... =P

    ReplyDelete
  5. salam...
    memang aktif la kalau cam tu...dasat sungguh

    ReplyDelete
  6. saya x aktif dulu...budak2 lain tak kenal pon..wakakakaa

    ReplyDelete
  7. klu diberi peluang reverse back time.. im not sure whether nak balik smula atau x..
    tskk


    •*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*.¸.•*´¨`*•.¸¸.•*'
    (\_(\ ...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
    (=' ;') •::::::::HI….. :::::::::::•
    (,('')('')¤...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*

    |Cara Picit Jerawat Paling Seronok!|

    |Blog Menggemok!|

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi