Sunday, March 27, 2011

FIRST GATHERING GENG KAMI BLOGGER UTAGHA~~SEMPOI =)


Mesti ramai yang ternanti-nanti apa yang berlaku masa Gathering kelmarin kan?? Harap ampa bersedia untuk membaca entry yang panjang dan dipenuhi oleh gambar-gambar.

Sehari sebelum berlangsungnya Gath ni, Kak shida aka Adish Shida telah mempersiapkan ayam BBQ untuk dijadikan santapan kami semua.

Buktinya sila lihat gambar ini


Beliau sedang membasuh ayam yang turut dibantu oleh Ady Budika dan juga Wani.

Tu cerita sehari sebelum Gathering.

Bila tiba hari Gathering aku tunggu Juan Nasir dari seberang yang turut membawa Hajar, Bad dan Efa. Alang-alang depa ada sekali kerahan tenaga pon bermula hehe..

Lepas dah siap membeli sosej, arang, air kami p breakfast kat Pelita nasi Kandar dulu.

Masa tu memang dah hujan tapi rintik-rintik. Lepas tu sekali hujan lebat gila. Aku dah susah hati dah. Macam mana la nak buat satgi kalo hari ni hujan. Pastu hujan berhenti, sekali hujan lagi.

Aku susah hati sampai makan roti canai pon tak abeh. Sebelum tu siap gtau depa kata aku nak makan banyak sebab semalam aku tak makan apa-apa.

Susah hati punya pasal lepas tu dah kul 11 p jumpa pak cu plak. Dok lepak kat Subaidah. Nadh call gtau "kami tak boleh mai ni terkandas kat seberang, jambatan tutup".

Aku dok kata dia bohong,tapi dengan confidentnya dia dok kata betoi.. Aku malas nak cakap dah mood down masa tu terus pass fon dekat Pak cu Sofi.

Lepas dok gebang-gebang terus tunggu yang lain-lain dekat Padang Minden USM. Mikro Kokus call gtau kata dah sampai lepas tu ada lagi kereta-kereta di belakang.

Ada Papa Khai, Kirin Selama Perak, Ady Budika, Cik Zai Penang, Izamir Ridzwan dan ramai lagi. Dekat 15 biji keta juga la kalau tak silap. Masa tu hujan. Sampai berpayung kami kat luaq ni.

Dalam pukul 12.30 kami gerak ke Tanjung Asam, Teluk Kumbar. Tetiba dapat tau Liza yang dari Perlis sesat kat seberang sampai shopping complex mana tah. Nadh ditugaskan untuk tunggu depa.

Bila sampai sana tiba-tiba hujan rintik-rintik, pak cu sofi ajak aku p tanya tuan kedai untuk duduk di Khemah berdekatan situ. Rupanya kena sewa satu kepala RM4, kalau 50 orang dah berapa dah memang kaut untung sungguh tokei kedai tu. Lepas kautim dapatlah harga separuh.

Pakat dok bertungkus lumus buat bara nak panggang ayam.

Bila dah settle suma, anak yatim pon dah sampai, hidang-hidang apa yang patut, majlis kami pon dimulakan dengan ucapan pengarah projek yang juga merupakan Admin KBU, sapa tak tau??


Kelihatan Mikro Kokus disitu yer...bukan mikro kukus hehe

Bla Bla Bla.....habis sudah ucapan..

Time untuk makan..

=)



Rileks sakan depa ni, penat buat keja kot hehe...




Orang kuat BBQ

Megat dan Juan Nasir




Kaki Kipas (bukan bodek na)





Lepas makan tu majlis penyampaian sumbangan kepada Wakil rumah anak yatim Sinaran Kasih, Kak Atikah.




Sumbangan kepada anak-anak yatim





Dan paling special sekali adalah sumbangan Al-Quran khas dari Lubnan oleh Papa Khai kepada rumah anak yatim ini.




Lepas tu apa lagi sesi bergambar la.

Bunga-bunga di KBU
=)




Masa ni bergambar beramai-ramai sebab ada yang dah nak balik dah.

Antaranya Yuyu Zulaikha yang mai dari Langkawi. Mai bersama IR, Oshin dan Ayu.



Lepas depa ni balik kami buat sesi ice-breaking dan banyak bertukar pendapat mengenai dunia blog. Antara topik yang dibincangkan adalah pasal pentingkah populariti dalam dunia blog, blog macam mana yang paling disukai dan macam-macam lagi. Memang hangat la perbincangan kali ni sebab dapat tau macam-macam reaksi dari semua orang.

Ini antara blogger yang stay sampai tamat program ni



Pada aku, majlis ini mungkin agak terganggu sedikit akibat cuaca yang hujan hari tu tapi mungkin ini adalah hujan rahmat.

Alhamdulillah petang tu, hujan dah berhenti jadi kami telah mengadakan 1 game. Memang lawak abeh la. Tak sangka plak depa ni nampak ja malu-malu tapi semua sporting habis.

Rasa tak puas sangat hari tu tapi terima kasih pada semua yang sudi join dan bagi komitmen ampa untuk Gathering kali ni daripada mula sampai habis.

Masa sesi ice-breaking tu mungkin semua dah boleh kenal antara satu sama lain, yang tak kenal boleh kenal kot-kot la cinta berputik kan angah dan anith.. Eh??

Tapi dalam pada tu memang aku kena prank teruk arr dengan geng-geng KBU ni..

Sampai menangis wehhh...

Kalau nak tau tunggu untuk entry seterusnya nanti. Kali ni siap ada blogger perempuan yang ngorat blogger laki... Berani gila...

Siap ada yang menangis lagi sebab kehilangan sesuatu...

Nak tau sapa kena la tunggu jeng jeng jeng.............



Antara senarai blogger yang terlibat pada hari tersebut

1 GKSB- www.nurrcahaya.blogspot.com

2 Pakcu Sofi- http://gardeniaboys.blogspot.com/

3 Syakira Yaakub- http://kierasakura.blogspot.com/

4 Adish Shida- http://cahayanurqasih.blogspot.com/

5 Nurul Aifaa- http://efashi.blogspot.com/

6 Yuyu Zulaika- http://kupukupukecik.blogspot.com/

7 Hajar Rasdi- www.bdkkck.blogspot.com

8 Ady Soleh Ahmad- www.adybudika.com

9 Izamir Ridzhwan- www.izamirridzwan.com

10 Oshin www.oshinlove.blogspot.com

11 Daus Spartanz http://perrydaus90.blogspot.com/

12 Syukri Hasshan http://sipootcomel.blogspot.com/

13 Cik Ciput http://ceriteracikciput.blogspot.com/

14 Noor Badriah http://akudieya.blogspot.com/

15 Mikro Kokus http://syukri0235.blogspot.com/

16 Eva Natasha Isma http://evalovevo.blogspot.com/

17 Nur Syaliza http://liyzaisakuro.blogspot.com/

18 Nora Amila Ghazali http://noraamila.blogspot.com/

19 Ana Syanaz http://nana4one.blogspot.com/

20 Cik Zai Penang http://storymoryluahanku.blogspot.com/

21 Abdul Hadi Saaidin http://hadiee07.blogspot.com/

22 Onie Iyoko http://letopkeypad.blogspot.com/

23 Cahaya Wany http://chayapengawal.blogspot.com/

24 Erika http://tomatokering.blogspot.com/

25 Tatia Bulat http://tshirtungu.blogspot.com/

26 Nur Amalina http://aremelyna.blogspot.com/

27 Hamizah Dali http://www.micahonly.blogspot.com/

28 Cikali Xerzes http://cikali.blogspot.com/

29 Nadh Zher Ee http://frameandlenses.blogspot.com/

30 Muhd Fadil http://penyuagar.blogspot.com/

31 Encik Angah http://angahshark.blogspot.com/

32 Nadzli Azlan http://afrospexs.blogspot.com/

33 Ezmaliza Ezrik http://ezmaliza.blogspot.com/

34 Khairul Amilin Zakaria http://ituakuamel.blogspot.com/

35. Ayu http://.shawlsayucinta.blogspot.com/

36. Anith Abil Chan http://redwritter.blogspot.com/

37. Anith Shasha Chan http://anithchan.blogspot.com/

38. Inchik Eman http://bukanpembohong.blogspot.com/

39. Cik Sha http://riesha-ariesha.blogspot.com/

40. Kirin Selama Perak http://kirinselamaperak.blogspot.com/

41. Juan Nasir http://titiknoktah.blogspot.com/

42. Adam Zulhilmi http://adamzulhilmi.blogspot.com/

43. Munet http://minerelisme.blogspot.com/

44. Megat Fahidayat

45. Siti Jusiza http://akuJUSIZA.blogspot.com/

46. Adi Suda http://adisuda.blogspot.com/

22 comments:

  1. hahahaah ! jgn lupa cerita cik GK nanges jgk tau @ :P
    cepat sambung cerita !! :P

    ReplyDelete
  2. ala 2 bru skit ja gk blom kena kaw2 lg..hahahha

    ReplyDelete
  3. bestnyee berkumpul mcm ni..
    smbil meraikan anak yatim..bravo!

    ReplyDelete
  4. siapa yang ajuk aku cakap ganu semalam? hahaha. kantoi dah aku orang terengganu. baru nak bajet jadi org penang.

    ReplyDelete
  5. ade part 2 x cik gk??hehehe... :P

    nak request fb like button....hehehe... :P

    ReplyDelete
  6. cerita GK di terjah org utan sekali :)

    ReplyDelete
  7. ruginya xdpt join... :(
    insyallah kalo KBU buat lagi, sy akan join... ^-^

    ReplyDelete
  8. hoho.. cian admin nagis erk.. sapala buat tue erk..

    ReplyDelete
  9. best3..ika tggu next story..n next gathering ika nak join insya'allah lau xde pa2 aral melintang :)(sedeyh xdpt join..T.T)

    ReplyDelete
  10. meriahhhh
    Papa Khai tu orang Lubnan ka?

    ReplyDelete
  11. cik gk ! cheq buleh agak dah sapa blogger perempuan yg ngorat laki tu,HAHA......sat, nama adi mana?tade eh?sat g hangin kang dia,hehehe :P

    ReplyDelete
  12. stori lagi laaaaaaa GK plissssssss!
    byk gossip crita2 panassss!!
    AHAHHAHAHAA!
    ;)

    ReplyDelete
  13. walaupon cuaca kurg memuaskan, tetap nmpk meriah..
    tahniah!
    pasni wat kt hotel plak.. heheh..

    ReplyDelete
  14. waah....bestnya melepas sb balik awal sobsob T__T

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi