Wednesday, March 23, 2011

HARI NI SEMUA BLOGGER CERITA PASAL SPM. NI ENTRY VERSI GKSB PLAK. LAIN DARIPADA YANG LAIN




Sangat BZ hari ni. Kul 8.30 pagi tadi dah start kelas. Ada presentation. Fuh lega dah settle satu benda. Ada test plak 29 hb ni.

Eh hari ni result SPM keluar kan??

Teringat plak zaman masa nak amik result SPM dulu.

Boleh tengok muka kawan-kawan yang mana dapat banyak A, yang mana dapat sikit A macam aku ni hehehe...

Tapi alhamdulillah nasib aku lebih baik pada kawan-kawan aku yang mungkin dapat banyak A dulu.

Kadang-kadang walaupun dapat banyak A, terpaksa sambung kat kolej ja berbanding IPTA. Bukan la aku nak kata kolej tu tak bagus, tapi mungkin lebih banyak kelebihan study di IPTA berbanding kolej.

Ni pendapat aku jer. Harap jangan ada yang terasa plak.

Dan pada yang tak dapat sambung mana-mana tu jangan malu kalau aku suggest kan ampa sambung di Tingkatan 6. Memang la kalau tengok kawan-kawan kita yang lain yg tak dapat masuk U, tapi masuk kolej mana-mana depa kadang-kadang berlagak dengan kita sebab kita ni budak form 6.

Dan aku sendiri tak malu kalau aku mengaku yang dulu aku dari STPM. Masuk form 6 beb, bangga tu sebab kawan-kawan lain semua lari, masuk sekerat ja pastu lari p masuk kolej yg kadang-kadang kita tak pernah dengar pon nama tempat tu. Tapi aku masih bertahan.

Mula-mula tu memang rasa malu, pakai baju sekolah lagi?? Apa klasssss???

Yang tak da klass ni la sekarang ni aku belajar kat UNIVERSTI SAINS MALAYSIA. Orang yang ampa dok kutuk ni la sekarang lebih pada ampa.

Ampa baru nak abeh diploma. Aku buat degree dah. Bangga beb bangga apatah lagi penah dikutuk dan dicaci dulu.

At least aku dah dapat buktikan sesuatu.

Dulu aku dapat sambung ke Polimas dalam bidang IT. Bapak aku tak bagi dia suruh aku sambung form 6. Borang dan surat tawaran semua dah dapat. Cuma tunggu nak p ja.

Memang aku tak mau masuk form 6. Gila-gila punya tak mau. Sampaikan 1 tahap bapak aku kata "Nak p poli tu p la tapi jangan minta 1 sen pon kat walid".

Sampai tak bercakap berapa hari tah dengan bapak aku.

So paksa kan diri gak la walaupun aku tak suka masuk Form 6. Alhamdulillah berkat dengar cakap mak bapak aku berjaya masuk ke USM ni.

Apa aku nak tekan kan di sini apa pon kita nak buat, restu mak bapak itu penting. Dan kalau nak pilih kos tu, pilih ikut minat kita. Jangan dengar sangat kata-kata orang kos ni susah kos tu susah. Mana tau pada dia susah tapi pada kita yang tu yang kita minat so benda tu akan jadi mudah.

Tengok juga pada peluang pekerjaan. Kalau ampa budak bijak, cuba tengok kos yang jarang orang amik tapi menawarkan peluang pekerjaan yang banyak. Pilih yang tu.

Ni saja sedikit kata-kata nasihat untuk adik-adik yang baru lepas amik result SPM dan masih tercari-cari arah lagi.

Tahniah pada yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Dan pada yang kurang baik, jangan ingat semua ni sudah berakhir tapi anggap ia sebagai 1 permulaan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.



5 comments:

  1. aku tak cite psl spm hrni...
    citer pasal deghoyan.. hihihi!!!

    ReplyDelete
  2. straight As ka tadak A ka tak menjamin masa depan sangat pun..... (ya ka??)

    ReplyDelete
  3. jangan ikutkan orang...kita adalah diri kita...pedulik ape orang cakap

    ReplyDelete
  4. chayok2 USM!!! hahaha.....

    bagus2, nice entri!!

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi