Thursday, March 31, 2011

MACAM MANA NAK UKUR KEMATANGAN??



Assalamualaikum......

Kematangan? Boleh ke diukur dengan umur? Mesti ramai yang kata tidak sebab kadang-kadang orang lain yang umur dia masih muda tapi kematangan dia berfikir itu terselah melalui gaya percakapan dan pemikiran.

Kadang-kadang umur dah meningkat pon pemikiran masih lagi tak matang. Apa yang aku boleh katakan kadang-kadang kematangan kita tu turut dipengaruhi oleh persekitaran. Ya, persekitaran merupakan salah satu elemen yang menjadikan kita matang atau tidak.

Bila seseorang itu berfikiran matang, dia boleh berfikir dengan rasional sama ada benda itu baik atau buruk. Matang dalam bercakap, matang dalam berfikir.

Tapi dalam situasi tertentu, ada sesetengah orang tidak dapat berfikir dengan baik dan menjadikannya seseorang yang tidak jujur.

Sebagai contoh, Assignment group di mana semua orang bertungkus-lumus nak menyiapkan assignment, bersengkang mata tak tidur sebab nak siapkan cepat. Ada ahli plak hanya buat-buat sibuk tapi sebenarnya tak buat apa pon. Bila dah siap semua, disebabkan ada sorang ahli ni tak buat keja, dia diamanahkan untuk print assignment. Semua orang percaya akan dia tapi apa yang dia buat?

Dia tukar nama dia dalam assignment supaya duduk barisan atas sekali. Kalau ampa nak tau ada sesetengah lecturer akan bagi markah lebih kepada nama yang duduk barisan atas sekali. Selalunya orang yang nama di atas sekali, dia la yang buat keja lebih, kalau nama yang dok bawah sekali, lecturer akan paham-paham sendiri so disitu la pembahagian markah diberikan. Tapi ini bergantung kepada sesetengah lecturer juga, tak semestinya ia menilai macam tu.

Apa yang jadi pada si polan yang tak buat kerja apa tapi nama dia duduk di atas sekali dalam assignment tu? Semestinya markah dia lebih tinggi berbanding depa-depa yang dah bertungkus-lumus menyiapkan assignment.

Kesiankan depa yang dok pulun buat assignment ni kan??

Itulah kehidupan sebenarnya, tak semua orang akan berlaku jujur walaupun kita ni jujur dengan orang lain. Kalau sendiri terkena tu memang rezeki masing-masing la nak buat macam mana. Sapa yang pernah kena tikam dari belakang oleh kawan sendiri mesti tau bagaimana rasa sakitnya perasaan itu.

Ada orang kadang-kadang terlalu mengejar nama dan kedudukan sehingga dia terlupa kalau naik dengan cara salah maka nak jatuh pon senang.

Semua orang memerhati, semua orang tahu, mungkin kita seronok tapi berbaloikah kalau ada yang membenci?? Hati pon tak tenang bila dihantui oleh rasa bersalah.

Kalau nak buat apa-apa pon fikir dulu jangan sebab terlalu mengejar nama dan kedudukan sehingga menggunakan jalan yang salah. Tepuk dada tanya hati.




11 comments:

  1. ooooo cam tue upanya penilaian lect.. nora dh la pemalu.. suka letak nama bawah... lepas nie kena bertindak bijak la..

    ReplyDelete
  2. x suka ngan group assignment yg buat keja sikit, tapi mengomen lebih dr dia yg buat suma keja. hat pasai matang tak matang tu, bg kami, pemikiran sesorg tu yg perlu diukur. cara dia bertindak n selesaikan sesuatu tanpa memudaratkan orang lain :)

    ReplyDelete
  3. owh.. topic yg cheq suka..
    dlm penilaian kematangan..
    dier kene tgk gak..
    sesetengah org biarpon perwaktakan mcm budak2.. pemikiran yang amat matang..

    dlm pekara kematanga..
    lebih kepada kemampuan individu.. sendiri..

    pengalaman yang akan mematangkan seseorg..
    jadi umoq lebih pon blm tentu bnyk pengalaman.. biar umor mematankan usia.. pon begitu pandangan individu adalah berbeza.. dalm konteks tiada salah dan benar..

    lebih kepada pendekatan penghujahan.. individu yang mampu memng'expresasi'kan.. diri.. adalah yang lebih matang.. dan bijak dlm memberi pandangan..

    ~ikhlas dlm memberi pendapat..

    ReplyDelete
  4. 2 semua orang yg menilai..xleh nk wat pe la...

    ReplyDelete
  5. lain orang..lain jenis..ssh jgk..

    ReplyDelete
  6. betol tu cik gk.. skit hati ngan org yg cmni..huu

    ReplyDelete
  7. matang boleh tgk dri segi pergerakkan dia, cara dia bekerjam pergaulan dia..

    ReplyDelete
  8. umur hanyalah number. umur meningkat tu tidak semestinya dia matang. cara berfikir, dan perjalanan hidup tu ajar seseorang untuk matang. berani kata orang yang asal susah tu lebih matang dari orang senang lenang ni sebab depa yang senang lenang dapat hanya dengan meminta, tapi yang susah dapat dengan berusaha.. ;)

    ReplyDelete
  9. slalu gak cm ni.. hurm.. tapi selalunya lectrer tawu sape wat keje. die ltak nma atas pn tawu je..
    org len leh nmpak.. last2 kantoi gak

    ReplyDelete
  10. kadang2 macam matang kadang2 macam budak-budak..err..tu kategori mana pulak cik gk?

    ReplyDelete
  11. kak anis?
    anip ni kategori matang x?? (:

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi