Wednesday, March 2, 2011

MIMPI SEORANG GADIS



Untuk Renungan Bersama..... .Bismillahirrahm anirrahim Wbrth!!!

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.


"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama"

Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"


NOTACIKGADIS: Aku jumpa cerita ni di FB. Boleh Share kalau nak.



............................................................................................




Aku ada kawan baik. Berasal dari keluarga yang agak susah. Dalam family hanya ayah dia saja yang bekerja. Dia 5 beradik.

Tapi sepanjang aku kenal dia, dia seorang yang pemurah, langsung tak pernah kedekut dengan kawan-kawan walaupun ada kawan-kawan yang nak pinjam duit.

Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu. Kalau dia ada duit lebih, dia selalu belanja aku makan aiskrim.

Alhamdulillah aku tengok rezeki dia selalu murah. Mungkin sebab dia tak pernah kedekut dan pemurah. Ayah dia tak pernah lagi cakap tidak kalau anak-anak dia memerlukan duit.

Jika nak dibandingkan dengan sesetengah orang, bekerja tetapi di mulut sentiasa tak ada duit. Macam mana nak ada duit kalau di mulut sentiasa cakap tak ada?

Mungkin kalau kita jenis pemurah, mungkin sekarang kita tak ada duit tapi kita sentiasa tolong orang Allah akan balasnya dengan memurahkan rezeki kita dikemudian hari siapa tahu?

Cuma kalau kita nak tolong orang contohnya bagi pinjam duit kat orang lain walaupun kita tak ada duit sangat-sangat, jangan sampai kena ikat perut.


5 comments:

  1. derma derma..hehe
    beramal la utk akhirat..huhu

    ReplyDelete
  2. kalau kita sentiasa rasa cukup dengan nikmat yang diberi, kita takkan mempersoalkan sama ada kita kaya atau miskin dan kita akan rasa tenang je...
    dan orang yang selalu kata tak ada duit sedangkan dia kaya raya... orang tu memang ada penyakit sikit... penyakit yang membuatkan dia tak sudah-sudah nak mencari harta kekayaan dunia...
    rasa tak cukup tu membuatkan dia gelisah je...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi