Monday, March 21, 2011

NEWBIE KATA BLOGGER OTAI SOMBONG????



Sekarang ni banyak group untuk blogger ditubuhkan. Dan apa yang aku perasan di sesetengah group ada blogger yang cuba mencari perhatian atau mungkin publisiti murahan dengan status seperti "Hye saya newbie tapi post saya tidak dilayan" atau "sedihnya, mentang-mentang saya ni newbie geng otai tak layan" ataupun "benci la masuk group ni, post aku langsung tak dilayan" dan seumpamanya situasi yg macam ni.


Pada pendapat aku plak ada sesetengah group tu ada nak dekat 5000 ahli group. So bayangkan semua orang berlumba-lumba untuk post status masing-masing, dalam sekelip mata saja post kita tadi akan hilang yakni turun ke bawah diganti dengan the latest post.


Jadi tok sah heran la kalau ampa post status dalam group itu tidak dilayan atau lebih tepat terlepas pandang oleh orang lain.


Dan sememangnya kalau blogger yang dikenali ramai, bila post status pasti berduyun-duyun akan komen walaupun post tersebut tidak akan dibalas oleh blogger tersebut. Sebaliknya blogger yang mungkin baru dalam dunia blog ni bila post sesuatu perkara pasti atau jarang untuk orang komen dan ambil perhatian.


Itu adalah realiti sebab semua orang kenal depa tapi tak semestinya. Kadang-kadang ada blogger yang baru buat blog pon tapi pandai mencari kawan dan menarik perhatian orang lain akan dikenali juga oleh ramai orang.


Tapi kenapa bila join group lain ahlinya ramah-ramah dan layan sama rata?


Pertama sekali cuba check tengok jumlah ahlinya. Perbezaan antara group-group tersebut. Kedua sememangnya dari mula lagi ahli group tersebut disajikan dengan layanan sama rata tiada istilah aku banyak followers aku tak mau layan hang, aku tak mau komen hang yang ni Group KBU amalkan.


Tidak sama sekali. Itulah adalah pegangan group yang aku tubuhkan iaitu group Kami Blogger Utagha. Bagi aku semua sama. Tak ada istilah siapa lebih siapa kurang yang penting sekali hormat menghormati antara satu sama lain itu yang aku ingin terapkan kepada setiap ahli KBU.

Eleh setakat baru 300 lebih ahli boleh la cakap cam tu cuba dah 3000 lebih ada ka depa nak hormat sesama sendiri lagi???


Insyaallah, tak kiralah berapa orang pon selagi diri sendiri tahu batas-batas dan tahu nak menghormati orang lain semua ini boleh dikekalkan. Yang penting atas diri sendiri masing-masing yang menentukan bagaimana nak mencorakkan diri kita.


Dan perlu diingat, jangan cepat putus asa untuk orang sedar akan kehadiran ampa di group yang ampa join tu. Sesekali cuba menyelit perbincangan ataupon topik-topik yang depa post di group.


Selain itu cuba tarik perhatian orang dengan mengutarakan topik-topik yang memerlukan pendapat orang lain. Dengan itu, orang akan sedar kehadiran ampa. Jangan la post status "Aku lapaq nasi" Pastu ampa nak harapkan komen yang berpuluh-puluh dari orang lain??


Dan aku sendiri ada pengalaman di group aku, ada sorang ni baru join, pertama kali post status pastu ada yang tak komen. Terus post status lain "Post aku tak dilayan, nak leave group ni la..Bye semua" Caittt..Hang ingat hang Diva?? Baru post sekali tapi tak ada nak komen terus nak leave group??


Lantak la kan ada aku kesahhh???


Apa yang penting di sini, kita kena pandai bawa diri. Pandai nak menyesuaikan diri dengan keadaan, pandai untuk beramah mesra dengan orang lain apa yang penting jangan BODOH SOMBONG dengan orang lain ada pahaaammm??




16 comments:

  1. ho0ho0..sy0knye dpt g gath..ntah bila dpt pi..harap jaa duk kedah..huhu..

    tapi blogger kbu memang ramah tamah even dgn newbie.=)

    ReplyDelete
  2. tips terbaik dari cik gadis. betul tu. kene ada strategi utk buat org nampak kita. jgn la emo sgt, ye dak? hu~

    ReplyDelete
  3. btol tu. yg penting jgn bodoh sombong. org xlyn, jgn label org mcm2. strategi tak kena, tp alasan diltkkan kesalahan pd org lain. pyh jugak...

    ReplyDelete
  4. adakah hobi tulis blog ni untuk popular?

    ReplyDelete
  5. lapiaq nasik aih. <--sila komen kaw2. haha

    ReplyDelete
  6. SETUJU SANGAT... pandai2la bawak diri... jenuh la kalau nak layan kita sowang ja.. ikut la perbincangan org lain jugak.. bila ramah mesti next post org akan datang layan kita gak.. hehehehe =)

    ReplyDelete
  7. blog aku tunggu tutup je...hahahhaha

    ReplyDelete
  8. layakkah Sj menjadi otai?? jom baca dan komen Tutorial

    x lagi kan..hahaahhaa

    ReplyDelete
  9. like this post! thats why la hajar still dalam KBU! hehehe

    ReplyDelete
  10. haaaaa,ada perasan minah tu.....leave post kat group then cakap cam tu,cam sengal gila r minah tu....bajet hot, cecehhh,lebih pulak meaw ni,HAHA...

    nyway,apa yang meaw harapkan dari kbu bukanlah sekadar untuk populariti,langsung tak terfikir tapi yang meaw nak ialah satu hubungan silaturahim ..... harap kita dapat mengekalkan hingga ke akhir hayat...


    love KBU

    ReplyDelete
  11. betol tu GK.. dolu first cik GK add mmg segan nk masuk.. bila dah lama asyik usha semua baru berani nk join.. :)

    ReplyDelete
  12. yg penting, kenala memahami..
    jgn asik nk negatif ja kan..

    ReplyDelete
  13. itulah berlaku kalau niat xbetul... ikhlaskan diri anda...follower aku lima je, ada aku kesah?? hahaha

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi