Monday, March 7, 2011

TERKEDU BILA DITANYA




Semalam kuar dengan TTM, aku bawa puteri. Macam biasa la dia datang jemput dekat rumah.

Pastu tetiba malam tu umi tanya aku serius ka dengan dia???

Tak tahu nak cakap apa.

Dia aku anggap kawan baik aku. Kawan paling rapat sekali. Teman tapi mesra senang cerita.

Dia tahu cara nak handle aku kalau aku tengah marah, dia tahu cara nak tenangkan hati aku. Dan paling penting sekali penyabar.

Pernah sekali aku geram dekat driver bas sebab tak berhenti masa aku tahan kebetulan nak p Perlis dan buat aku terpaksa tunggu lama. Pastu bila sampai sana aku plak kena tunggu dia lama nak mai amik aku.

Panas betul hati aku, mula la membebel pot pet pot pet..Aku ni tak suka nak membebel tapi bila sekali dh start tahan telinga jer la.

Dia diam jer...Cool dok tadah telinga.... Pastu dah lama dia cakap slow jer "Dah la tu"

Terus aku terdiam.. Hahaha...

Perempuan ni paham-paham la kalau tiap bulan tu mesti moody semacam bila sampai waktunya.

Dan paling penting dia tak pernah nak halang apa yang aku suka buat.

Kalau orang tengok kami mesti kata kami ni ada hubungan apa-apa tapi senang cerita aku ni masih single tapi kami agak rapat.

Bila umi tanya semalam, aku tak tau nak cakap apa. Aku gtau dia apa yang umi tanya tu dia jawab "Duit dah cukup baru leh cakap".

Dia nak serius tapi duit tak cukup lagi.

Lagi pun kali ni aku dah tak mau terburu-buru pengalaman yang lalu dah cukup mengajar aku.

So aku berpegang pada 1 jer, kalau ada jodoh ada la.

Tapi orang kata "Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama dia diambil orang"


;)

20 comments:

  1. btoi3...pengalaman mgkin mngajar kita tp xsalah utk syg pada org yg syg kita

    ReplyDelete
  2. aceceh... :P dalam hati ada taman rama-rama ka?

    ReplyDelete
  3. heyy.. nadh terlepas last part tu.. apa pun.. tahniah ya.. ;)) all the besh ya..

    ReplyDelete
  4. betu2...tak salah tunggu...:P

    ReplyDelete
  5. sweet la dia lau sanggup terima bebelan pmpuan hehee

    ReplyDelete
  6. as'salam...

    ermmm....

    baca cita nih tringat satu pesan arwah mak mentua papa khai..

    dulu masa lom kawin ngn mama mcm ni ar cita dia lbih kurang..
    kami teman tp mesra la gak cm tu...

    then satu ari tu arwah mak mentua papa khai dah tanya..

    sirius ka nih???.

    papa khai jawab tunggu la dulu det x ckop g...

    pas tu arwah mak mentua kata lg...
    klu tunggu buah x jatoh gak mcm mna???

    terkedu x da jawapan...

    last2 skli klu dah jodoh tu x kan kemana....

    insyaAllah papa khai doakan mudah2an berkekalan...

    amiinnn.....

    ReplyDelete
  7. setuju....biarlah masa yang menentukan segalanya...


    NEW ENTRY: Aku BUKAN orang Semenanjung

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah. kalau dah jodoh tak kemana pun. kalau dah bercinta sampai bertahun2 tapi takdak jodoh nak buat mcm mana jugak kan. semua terpulang pada jodoh.

    ReplyDelete
  9. insya Allah tak kemana tu..mish doa jadi la yea. teringin nak makan nasik minyak org utara. hak2.

    ReplyDelete
  10. elak cmne pun, kalo dah jodoh, tetap ade. :)

    ReplyDelete
  11. insyaallah...kalau jodoh tak ke mana tuh...Jodoh, ajal, maut semua di tangan tuhan...:)

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum.. aima doakan jodoh GKSB akan muncul dalam masa terdekat dan dia buleh membawa GKSB ke syurga ALlah. INsyaALlah

    ReplyDelete
  13. alahai... OE baca ayat yang bawah tu sambil menyanyi dangdut...
    hehhehe...
    yelah... kalau ada jodoh, adalah...
    dan prinsip dia sangatlah bagus... kalau ada duit baru cakap...
    (n_n)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi