Thursday, April 21, 2011

CINTA DUNIA MAYA



Cinta Dunia maya wujud. Sapa kata tak wujud? Dah banyak dah kita tengok di sekeliling kita. Contohnya blogger Cik Puan Aina ni. Kira aku kenal dia masa aku mula-mula terlibat dengan blog ni.


Cik Puan Aina ni pon ramah sangat. Selalu jer datang blog kita bertegur-sapa. Masa tu dia masih bergelar tunang kepada encik Suami dia sekarang. Kira aku ikuti perkembangan depa gak. Kenal dari Myspace punya nak kata jodoh tu alhamdulillah dah jadi suami isteri dah siap menunggu kelahiran anak sulung lagi sekarang ni.


Cuba tengok, sapa kata jodoh kat dunia maya ni tak wujud. Memang la banyak yang kita jumpa jenis main-main tapi kalo nasib kita baik insyaallah bertemu jodoh juga.


Dan yang terbaru heboh pasal Zed Zaidi yang buat kat kahwin dia dalam bentuk FB. Menarik kan? Kreatif sangat.



Ni la kad kahwin Zed Zaidi tu.




Konon-kononnya sebab dia dengan bakal isteri dia kenal dalam FB. Menarik kan?





Dan aku pun nak pecah 1 rahsia kat ampa semua. Sebenarnya aku kenal Teman Tapi Mesra aka TTM aku tu pon dalam dunia maya gak. Start dari FB. Dia start tegur aku, tengok muka boleh tahan gak. Putih, muka jambu haha. Aku kalau muka jambu ni tak berapa nak berkenan sangat.


Pantang aku online mesti dia tegur, masa tu ada 2 orang. Bila aku online ja mesti 2-2 orang ni komen. Konon-konon nak berkenalan la.


Tapi TTM ni la yang rajin sangat tegur aku. Annoying juga la mula-mula tu apa hal mamat ni rajin sangat dok tegur. Mula-mula dok jual mahal gak. Buat layan tak layan apatah lagi masa tu aku baru ja break ngan ex-boy aku.


Lepas tu macam mana tak tau bila kenal dalam telefon dia macam ok ja, aku pon beranikan diri nak jumpa dengan dia. Suruh dia mai amik kat rumah ja. Dia mai tu... Umi aku pon cam ok ja. Kira dia ni berani la. Dan memang ikhlas. Kalau tak, tak kan dia nak mai jemput kat rumah.


Adakalanya aku bawa puteri sekali nak tengok dia ok ka tak, kalau orang lain mampuih tak mau apa kelasss dating bawa adik kecik. Tapi dia ok ja, siap melayan puteri lagi. Puteri pon bukan main lagi dengan dia pot pet pot pet. Aku pon naik hairan.






Selalunya kalau orang yang baru dia jumpa dan kenal, puteri akan malu-malu ni baru jumpa pertama kali siap bagitau nama, umur dan paling tak boleh blah tu siap baca ABC lagi sampai abeh hahaha...


Ada orang tanya kenapa aku tak tunjuk gambar TTM?? Selalunya letak gambar sipi-sipi ja tak pon gambar dari belakang ja. Sebenarnya segan satgi kena adik beradik ampa ka jenuh dah la dia tak tau pasal blog aku ni. Eh sebenarnya Dia tau aku ada blog tapi tak tau pasal blog ni.


Hahaha tak ada la. Aku rasa belum sampai masanya lagi. Kami berdua pon dalam proses nak kenal lagi. Insyaallah perancangan ke arah yang lebih serius tu ada cuma belum lagi rezeki. Kalau ada ikatan apa-apa tu baru leh dedah. Biaq eksklusif sket.


Takut plak aku, nanti jadi macam sesetengah orang tu dok tayang rata ceruk last sekali tak jadi, malu dapat, sedih pon dapat.


Cuma doakan la kebahagiaan kami dan moga-moga jodoh kami kuat, Amin.... Tak mau dah dok main-main, umur aku dah berapa dah ni, umur dia lagi la, tua 4 tahun dari aku. Lagi tua kan? Haha..



Kuala Perlis saksi cinta bersemi di hati

uweekkk sila muntah ngan ayat jiwang ini kih3..






Doakan kami

=)


22 comments:

  1. ehem ehem....ok la gk...best kan...i'allah akan dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. ADIK KAK SU PUN BKENALAN DLM FB DGN TUNANG DIA

    ReplyDelete
  3. Ha..ha.. dah ada ehem..ehem... hehehe say ucapkan semoga hangpa berdua ada jodoh...insyaallah...;)

    ReplyDelete
  4. toink toink ;)
    semoga berkekalan .. HOHO ~

    ReplyDelete
  5. wahhhhh sangat2 cool kad kawin tu :)

    ReplyDelete
  6. aima mendoakan kamu dan dia..seronoknya dengaq kisah2 indah kawan2.. hihihi.. semoga cepat sampai serunya.. xsabaq nak pi gath kat umah GK kan.. hihi

    ReplyDelete
  7. hehe..sweet je kad tu..zaman akak dulu friendster tgh glamer maka kami bertemu jodoh kat friendster (7thn lps)..tp tak terfikir plak nak buat kad kawen macam ni hehe...

    ramai yg berkenalan alam maya then kawen..kawan2 akak pun ramai =D

    semoga jodoh kamu dgn si dia berpanjangan yer dik... =D

    ReplyDelete
  8. wah... dah bau nasik minyak...=)

    ReplyDelete
  9. wahhhh gk berahsia mcm artis!hehehehe saspens jerrr tunggu :p

    ReplyDelete
  10. wahhhhhhhhhhh~~~~~~~~~~~~~~~~

    akak sy pon same gak mcm cik gk..hehe

    hope kekal sampai bila2 oke .. :) aminnn

    ReplyDelete
  11. WOW! selamat..pengantin baru...CANTIK siot kad kawin! KRETIP!

    ReplyDelete
  12. gk hehe moga ampa kekal hingga naik jinjang pelamin hehe dan kekal selamanya :) nk tawin jgn lpa jmpt km hehe waah2 sweet eh,pecah rahsia kenal kt FB ehehe :)

    ReplyDelete
  13. wah...
    jiwang sampai nak muntah ni..
    hahahha...

    semoga kekal ke anak cucu ye..
    dah kawen nanti letak gambaq dia banyak2 na..
    heheheh

    ReplyDelete
  14. ehem...ehem....semoga jodoh berkekalan...makan nasi minyak karang jangan lupa jemput...hehehe


    New Entry: Insuran lagi?

    ReplyDelete
  15. ecece...akhirrnya cik GKSB telah mededahkan cinta hati..kekekee

    ReplyDelete
  16. adik sha pun berkenalan dengan suami dia kat dunia maya..dah nak masuk 4 tahun dah kawen..^_^

    ReplyDelete
  17. sweetnye...gud luck ..
    smoga berkekalan amin.. =)

    ReplyDelete
  18. In shaa Allah ada jodoh tak ke mana :) Dulu pun tak percaya dengan chenta dunia maya, siap anti lagi. Kalau ada dengar cerita kawan yg macam tu, mesti pandang senget sebelah. Orang cakap kalau anti sangat nanti kena kat kita balik, so....yeah. Menang ouch bila kena balik T.T haha. But I wish you both best of luck :)

    ReplyDelete
  19. tetiba teringt kt kiera dgn nadh hahahaha sama dengan jugak

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi