Thursday, April 14, 2011

CINTA INI MEMBUNUHKU




Ampa dah baca entry pasal kawan aku yang ditinggalkan bulat-bulat lepas 7 tahun bercinta?? Kalau belum KLIK SINI


Dan terima kasih kepada sorang blogger ni yang menegur aku.


Memang entry aku masa tu dalam keadaan emosi. Bayangkan bila aku dengar cerita kawan aku tu. Aku menangis sekali bila dengar dia cerita. 7 tahun memang bukan jangka masa yang singkat. Lama tu. Depan mata aku sendiri aku tengok hubungan depa dari kawan biasa menjadi kekasih.


Mungkin aku tak cerita sepenuhnya apa yang terjadi di entry tersebut. Jadi seolah-olah aku tak tahu apa sepenuhnya berlaku. Tapi apa yang diceritakan kawan aku sudah cukup buat aku turut mengalirkan air mata.


Dan aku tidaklah memaki hamun, atau sumpah seranah cuma mungkin perkataan dayus itu kelihatan kasar pada pandangan seorang lelaki. Tapi itulah yang dirasakan bagi seorang perempuan untuk lelaki yang berperangai begitu.


Dan betul juga kata Iswadi sepatutnya aku mendoakan depa. Memang aku mendoakan depa berdua. 2-2 kawan aku kot. Busuk2 pon sang lelaki tu adalah kawan aku.


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Aku bukan sekadar memandang, malah aku sendiri pernah merasa pengalaman macam tu. Memang sakit, sakit sangat. Ditinggalkan tanpa pesan, kawin dengan orang lain. Kalau bergaduh ka apa ka aku boleh terima lagi, tapi kami langsung tak pernah bergaduh tetiba ditinggalkan terkongtang kanting seorang diri.


Tapi kadang-kadang Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, nak tak nak, kita kena kuatkan semangat. Tabah hadapi semua ini. Apa-apa pon jangan sesekali putus asa dalam hidup. Jangan sebab cinta kita p bunuh diri plak. Akan ada hikmah disebalik semua ni.


Dan aku sekarang bersyukur sangat aku berada di mana aku berada sekarang. Dapat membuktikan yang aku bukan lemah. Dan alhamdulillah, aku dah jumpa orang yang aku senang dan serasi berkawan. Insyaallah semoga semua dipermudahkan.


Dan aku suka lagu ini Cinta Ini Membunuhku.




10 comments:

  1. sakitnya hati bila dikecewakan...perit sgt..

    ReplyDelete
  2. dearr... i pun mengguna kan lagu ini untuk n3 hari ni.. huwaaa...

    ReplyDelete
  3. Saya doakan yang terbaek untuk GKSB..amin...

    ReplyDelete
  4. cinta bisa membahagiakan, cinta juga bisa membinasakan...



    New Entry: PARADISE RANCH

    ReplyDelete
  5. anggap saja mungkin yg itu bukan yang terbaik ...
    insyaallah dipermudahkan

    ReplyDelete
  6. hmm.. kadang-kadang bila marah kita tak sedar apa kita cakap or oven tulis..
    takpelah sis, terima nasihat tu sebagai pengajaran k.

    btw, kalau sy kat tempat sis pun mesti akn buat benda yang sma.

    ReplyDelete
  7. 7 tahun tu lama tu......papepon, meaw doakan cik gk happy dengan si dia TTM :P

    ReplyDelete
  8. kena kuat cam lagu rossa yer ladies suma !=)

    ReplyDelete
  9. base le.tp mmg perit le wt cm2 utk sape yg alami.kuatkan semangat yea.anggap lah kepedihan sbg satu pengajaran dan nilai semula apa yg telah kita wt.rasionalnya setiap yg berlaku itu ada kebaikan dan keburukannya.xsume yg kita impikan akn tercapai dan setiap ketentuan menguji akan keimanan dan kesabaran kita dalam menempuh ranjau hidup.sekian

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi