Wednesday, April 27, 2011

I LOVE U TULANG BELAKANG KU




Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni adalah hari yang agak gembira pada aku.

Tulang belakang aku sudah mencecah 2000. Fuh..Bukan senang nak dapat angka yang begitu.

Aku start berblog dari tahun 2008. Sekarang dah 2011 dan aku tak pernah langsung berhenti menulis. Boleh katakan perjalanan aku dalam dunia blog ni agak perlahan jika nak dibandingkan dengan blogger baru lain yang cepat jer naik.

Tapi aku puas. Puas bila aku bermula dengan hasil usaha sendiri tanpa dibantu oleh mana-mana pihak. Jika nak dibandingkan blogger dulu dengan blogger sekarang memang banyak beza.

Blogger sekarang ada blogger yang terkenal bantu mereka, ada pelbagai group ditubuhkan dan ini memudahkan ampa untuk promosi blog ampa. Untung kan?

Tapi setiap orang berbeza, aku selesa begini sebab aku boleh merasa setiap detik itu, aku kenal dengan pelbagai lapisan umur, sebab salah satu tujuan aku buat blog ni pon untuk mencari kawan.

Dan kalau ampa nak tau aku baru ja buat nuffnang lepas 3 tahun berblog hehe....

Dulu, aku tak fikir sangat pasal ni semua, yang aku tahu menulis, komen dan itu saja.

Tapi baru aku sedar, sebenarnya dunia maya ni boleh kita tukarkan menjadi sesuatu yang lebih bermanfaat untuk semua maka terhasil lah Group Kami Blogger Utagha (KBU).

Disinilah aku kenal sebuah family yang sangat happening, saling menjaga antara satu sama lain, sentiasa ada di saat kita dalam kesedihan dan tak keterlaluan jika aku katakan yang kadang-kadang mereka ni semua lebih baik dari kawan yang ada di dunia realiti.







Tapi kalau dah namanya adik beradik "sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula adik beradik"

Cuma jaga la hubungan kita elok-elok yer. Kita kawan sampai mati ingat tu.

Dan pada Tulang Belakang GKSB, terima kasih kerana sentiasa menyokong GKSB tanpa ampa semua siapalah GKSB hanya pacal yang hina lagi maneh ja... Opsss...

I love u Tulang belakang ku dan adik beradik KBU

Senyum Mau Maneh

=D






TEKAN VOTE UNTUK GKSB SAT MAKASEH



14 comments:

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi