Friday, April 22, 2011

KENAPA KITA BUAT BLOG???




Pastinya ada sebab yang tersendiri. Macam-macam ada dalam dunia blog ni. Kebanyakan blogger datang dari pelbagai latar belakang. Ada yang dah bekerja, masih belajar dan juga ada yang dah berkahwin.


Dan adakalanya kita tengok wah hebatnya dia dalam dunia blog, followers beribu-ribu tapi kat luar sebenarnya dia sama juga dengan kita. Ada plak blogger yang dalam blog dia biasa-biasa saja tapi kat dunia realiti wah hebatnya dia, anak Donald Trump rupanya. Itu sebagai contoh jer la.



Donald Trump




Kadang-kadang kita tak sedar bahawa dunia maya ni sebenarnya sama jer dengan dunia realiti apa yang berbeza dunia maya ni kita tak tahu siapa dia. Kita hanya baca penulisan dia. Yang kadang-kadang bila kita baca kita akan terfikir "wah hebatnya budak ni. Ayat berapi-api". Tapi bila dah jumpa semut api rupanya dia.


Sebab tu jangan la hairan kalau ada sifat dengki mendengki ni dan tak pernah nak puas hati dengan orang lain. Itukan salah satu sifat yang selalu juga kita hadapi di luar sana? Tak semua blogger ni baik adakalanya depan kita baik tapi di sebaliknya menyamar sebagai anon maki-maki kita.


Tak kurang juga yang gila traffic. Dia buat blog semata-mata nak kejar traffic dan nak tambah income. Jangan plak kita nak p mengutuk dia "apa la blog hang ni tak habis-habis dengan entry pasal traffic, setakat entry mcm ni adik aku yang tadika pon boleh buat".


Masing-masing ada cara tersendiri. Masing-masing ada sebab tersendiri kenapa dia blogging. Kita siapa nak cakap orang tu salah orang ni salah? Tak suka orang tu tak suka orang ni?


Bagi aku, jaga diri sendiri sudah.


Diri sendiri pon tak tera mana nak kalut pasal orang lain. Yang tak puas hati tu kenapa?


Ada plak yang siap kutuk "apa la blog hang ni macam sampah". Macam sampah pon hang dok baca juga.





Kalau nak cerita pasal dunia blog ni 7 keturunan pon tak habis. Ada akal guna. Kita sendiri yang pilih blogger macam mana yang kita nak jadi. Semua tu terpulang pada diri sendiri.


Kalau bab budaya menegur ni, kalau boleh tegur dengan cara yang elok. Ada adab dan tertibnya. Dan aku akui kadang-kadang kita tegur dengan cara yang elok pon masih ada yang tak boleh nak terima teguran. Kalau dah tahu orang tu macam tu lu pk la sendiri yer.


Tak semua orang pandai menegur dan tak semua orang boleh terima teguran.


Tepuk dada tanya hati.


"Senyum Mau Maneh"



19 comments:

  1. kenyataan itu semua.. bukan boongan semata2 :)

    ReplyDelete
  2. seperti yg disebut-sebut orang di KBU,

    tudieennnn. haha

    donald trump kenapala la hg kapir kalu tak leh jd ayah angkat aku (erk)

    huhu

    ReplyDelete
  3. SEBAB AKU BLOG,SEBAB AKU NBOSAN,NAK CARI KAWAN BARU

    ReplyDelete
  4. aku buat blog sebab...










    syokkkkkk! =)

    ReplyDelete
  5. hehe.terbaik dari kak cik kita..betoi tu..yang nak p tak puas hati kat semua org tu paseipa.hehe..yg xleh blah,ayat 7 keturunan tu,org kedah ja guna..hehe..terbaik2//

    ReplyDelete
  6. i loike ur post so much. deep sgt meaningnye. shook some senses into me.seriously..

    ReplyDelete
  7. jadi diri sendiri la senang.. blog kita, kita punya suka la kan.? hehe. ;D

    ReplyDelete
  8. ak buat blog sebab... suka hati ak lah... haha

    ReplyDelete
  9. haha betoi3..~~~

    trademark CT : 'aku punya blog aku punya suka'

    p/s : baek jga seluaq dalam sendiri..muahahahaha =P

    ReplyDelete
  10. salam singgah.

    aku berblog tak de matlamat.
    bulih...?

    he he.






    z106.

    ReplyDelete
  11. saya buat blog sbb sker menulis ..plus blh berkongsi cerita dgn family di kampung coz my sista pon bloger. then seronok dpt jumpa ramai kawan baru..:)

    klik HB

    ReplyDelete
  12. sy buat blog utk kepuasan diri

    ReplyDelete
  13. anak donald trump tu dah ler lawa, pandai plak tu.. mmg hebat ar

    ReplyDelete
  14. assalam...niat yang berbeza barangkali...tak semua orang dapat menerima teguran...jadi cukuplaa sekadar tegur-menegur dalam belog sendiri...asalkan tak mencari pasal/kecoh terang2 dalam blog org lain...hepi blogging

    ReplyDelete
  15. biasa la dlm dunia ni ada yg suka dgn kita.. begitu juga sebaliknya.. tak payah dilayan sangat.. lama2 bila depa dah jemu berenti la tu.. keep on blogging yer.. :)

    ReplyDelete
  16. kami berblogging saja suka2 konon nak buh design yg buat la tp aleh2 more tu personal diary ahhaha jdlah diri sendiri!!

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi