Wednesday, April 13, 2011

LEPAS 7 TAHUN BERCINTA SENANG-SENANG JA HANG TINGGAL DIA MACAM TU JA. HANG INGAT POMPUAN NI SAMPAH KA?




Sakitnya hati aku.. Sakit gila. Aku baru dapat tau kawan baik aku yang bercinta dari zaman sekolah lagi dah putus. Yang lelaki tu boleh bertunang dengan orang lain. Kurang ajaq gila. 2-2 kawan aku. Tapi yang aku geram nya kalo ya pon, tak boleh ka hang sebagai lelaki tak suka pon lepas cara elok.


Ni dalam dok bergaduh boleh plak p tunang dengan orang lain bukannya nak selesaikan cara elok. Laki apa cam ni?? Dayusss?? 7 tahun depa kawan. Senang-senang ja dia buang macam tu. Apa ke bangang sangat orang macam ni. Dah banyak sangat aku jumpa kes macam ni.


Kat diri aku sendiri pon pernah jadi. Yang tu lagi dayusss tinggalkan aku tanpa pesanan plak tu. Siap tukar no telefon lagi tup tup kahwin dengan orang lain. Aku tau pon sebab adik dia gtau. Malas dah nak ingat benda lama ni.


7 tahun kot depa kawan dari sekolah lagi. Tak boleh ka hang fikir sket. Dia bersama dengan hang dari hang tak ada apa-apa sampai la hang dah keja elok. Bila dah keja elok senang-senang ja hang tinggai dia. Tak ada ka dalam hati hang tu perasaan belas kasihan. Hang tinggal dia bulat-bulat cam tu ja. Tup-tup tunang ngan orang lain.


Haihhh....Menyirap ja darah aku sekarang ni. Laki cam ni memang tak layak buat suami. Aku harap kawan aku tu dapat kuatkan semangat dia. 7 tahun jangka masa yang lama tu. Bukan senang nak lupakan segala kenangan depa. Tapi untuk apa kita nak ingat lagi kalo laki macam tu tak tau nak hargai kita?


Pastu buat cerita plak kat mak dia kata kawan aku yang perempuan ni ada orang lain. Bagi aku tu alasan ja tu, alasan untuk meletakkan kesalahan sendiri pada orang lain. Perlu ka macam tu??


Aku harap sangat kawan aku ni boleh kuatkan semangat dia dan tabah hadapi semua dugaan ni. Mungkin dia bukan lelaki yang terbaik yang diciptakan untuk dirinya.






NOTACIKGADIS: Kalo aku tak mau bercinta lama-lama, lagi cepat lagi bagus. Tapi duit pon xda lagi. Mau 2 tahun juga aku nak kumpul duit. Tak kan nak harap kat laki semata-mata?


26 comments:

  1. penah kena gak mcm gk diam seribu bhasa no hp tukaq.xpa la angap x dak jodoh.la ada hat dekat :p

    ReplyDelete
  2. tulah perangai lelaki x guna....

    ReplyDelete
  3. teringat post hanis zalikha pasal...
    best way to know a woman is to be with her when you are poor. best way to know a man is to be with him when he is rich...
    about ur friend... kalu pk positif... better nampak belang dia skang drp lepas dah kawen beranak pinak... she deserve better man...insyaALLAH...=)

    ReplyDelete
  4. memang si0t la lelaki cam tu.. sy p0n ada pengalaman yg sama, tgalkan sy sb alasan nak tumpu kepada pelajaran sb die sambung study... fine la.. padahal die kat sana c0uple ngan 0rg lain.. bile da bis belaja, n break ngan awek sana, meh plak nak cari balik.. p0y0s n sengal je..

    ReplyDelete
  5. m.sdre sy pun pernah kne mcm nie..bercnta hampir 10 tahun...last2 lelaki tue leh kawen nga pompuan lain dlm mase same still lgi syg kt m.dre tue..ape cite nie??ape nak jdi la nga lelaki skrg nie...

    ReplyDelete
  6. setiap ketentuan Tuhan yang mengatakan jodoh itu berada di tanganNya harus kita ingat.. mungkin kalau kita langgar takdir, lain pulak jadinya kan? cuma tidak wajar bg pasangan meninggalkan pasangannya satu lg tanpa sebab musabab.. nice entry cik GK :)

    ReplyDelete
  7. wahhhhh.. sabaQ cheQ.. marah2 nt muka nek kedut. nt tak comei macam nadh.. sabaQ2..

    ReplyDelete
  8. 2 dy.. perangai xbley blah....
    mcm 2 nk bhgia ka umh tngga kalu asyk canang bnd xbtol kt og...
    harap kwn cok GK dpat jalani idup dengan tenang ye..
    sama jugak nan cik GK.. bnd lama jgn nk ingt :) kn ade TTM sekian

    ReplyDelete
  9. oh mmg sangat tidak patut.........biarlah dipertemukan jodoh dengan insan yg benar2 ikhlas!

    ReplyDelete
  10. kesiannya kat pompuan tu..ish!!

    benda ni penah jadi kat kawan MDT gak! bercinta dari zaman kolej, bertunang, pastu tup2 yg jantan tu kawin dgn anak bos! grrrr

    ReplyDelete
  11. Lelaki yg x hormat pompuan bukanlah lelaki yg sebenar. Nabi pon x suka kat lelaki cmni...

    ReplyDelete
  12. agagagagag.. sakit jiwa macam ni.. tapi apa pun kena kembali kepada peraturan hidup.. jodoh itu telah ditetapkan.. walau bercinta spoloh tahun tapi kalo bukan jodoh tak bersama jugak dan hatta hanya berkenalan sebulan kalo dah jodoh bahagia jugak...

    jom lah baca sini mungkin ada sesuatu untuk kita View

    ReplyDelete
  13. takutnya nk komen kat cini time2 nih....

    ermmmm....papa khai laki gak..terasa mcm kata kt papa khai ja.....

    huhuhuhu....

    tapi nk gak tggal pesan kt dia...

    mcm ni lah....
    ermmmm...suma2 yg terjadi tu ada hikmah di sebaliknya...

    mungkin lebih baik di tinggalkan mcm tu dari terus2 x dak noktah...

    mcm ckp2 apek dlm maharajalawak bru2 ni *mcm mana nk rasa nikmat sihat kalu x sakit dulu*...

    timbang2kan...

    ReplyDelete
  14. er? Geram nyaaaaaa!! Lelaki zaman sekarang mmg begitu gamaknya?? lelaki yang baik da x de kot dalam dunia ni T__T wuaaaaaaaaaaaa...ada tp sikit. >.<

    Tujuh thn tu tempoh yg sgt lama. How could dia buat mcm tu? So unfair!!! ..Mentang2 pompuan da ramai senang2 suka2 hati nk tinggal pastu pilih yg lain. ERm..Hari ni dia buat kat org.Esok lusa tgk la dia akan dapat balasann!

    ReplyDelete
  15. sakit ati bca GK!!! huh.. dasar lelaki dayus tol... pe kes hah skarang rmai laki mcm ni.. y naqiah dia curang.. kata naqiah cari jantan len.. waklu

    ReplyDelete
  16. Klu bercinta kena simpan sikit p'saan cinta tu utk diri kita sendiri. bla terjadinya perpisahan cam gini...kita yg merana juga....:(

    ReplyDelete
  17. sedangkan bercinta tak sampai sebulan pun merana rasa kalau kena tinggal macam tu je, apatah lagi kalau dah 7 tahun...memang ambik masa nak lupakan...semoga terus kuat semangat...


    New Entry: MENGIDAM | JANGAN DITURUTKAN NAFSU

    ReplyDelete
  18. btl2 saya pun pernah jgk kn cm nie, tapi 3 thn couple.. diam cm 2 jer... mmg skt ht, rs nak bakar jer muka dia..hehehe...

    ReplyDelete
  19. pandangan seorang lelaki:

    fes tidak boleh disalahkan lelaki itu seratus peratus sebab GK tau ke apa yang terjadi sebenarnya ? bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul bebanan

    kedua,sebab tuh lah islam larang bercinta sebelum kahwin sebab benda2 mcm neh akan jadi

    ketiga,ketetapan Allah itu pasti dan jangan lah kita mempertikaikannya sebab dia maha mengetahui

    keempat.bagi saya dari GK memaki sumpah seranah laki tuh,baik doakan kebahagiaan kawan GK dan juga moga Allah memberi hidayah kepada laki tersebut sebab sekarang neh bila seseorang melakukan musibah kita lebih gemar memaki hamun dari cuba menyelamatkan beliau dari terus mengulangi kesilapan lama.

    kelima,semua manusia tak sempurna,saya percaya kawan GK pun ada sesuatu yang menyebabkan laki tuh dah xsuka dekat dia,itu biasa,kita semua xsempurna.

    keenam jangan lah kita memandang sesuatu keburukan dari sudut negatif je sebab apa yang kita nampak cuma benda buruk,ingat setiap kejadian ada hikmahnya

    senang cakap,Allah dah kata perempuan baik untuk lelaki baik dan sebaliknya,so renung2 kan

    ingat lelaki itu ciptaan pencipta GK juga tau,so adakah kita mencerca ciptaan tuhan sedang kan dia maha bijaksana ?

    :) barakallah hu pi lakum ya akhi

    sekadar pandangan

    ReplyDelete
  20. hurmmm... sabar je la cik gk..bagi nora satu ja nak nasihat.. laki nie jangan duk bagi muka sangat kalau nampak dia dh mula curang.. tegur2 dia.. kalau dh jadi cm nie mesti ada sesuatu yang terjadi. mesti depa dah lama kawan gak..sbb tue leh tunang.. so mmg kena pandai2 tengok jangan asyik percaya ja.. kalau nak sayang, sayang 80% ja.. 20% lagi simpan untuk rasa curiga. kalau selalu percaya depa syok terlebih sampai langsung tak jaga ati kita..

    ReplyDelete
  21. saya lalui keadaan yang sama! sakit memang sakit...tapi siapa kita utk melawan ketentuan Allah.

    tapi...kita jgn lupa bahawa hidup ini bagai roda. saya dah dia masih berkawan baik tetapi Allah telah memberikan balasan atas kesilapan dia dahulu.

    Kesian tapi ... mungkin ia satu pengajaran buat dia. Hati perempuan sekali terluka...boleh memaafkan ttp sukar utk lupakan.

    ReplyDelete
  22. memang sakit hati..yg baca ni pon dah sakit hati, yg melaluinya apatah lgi!

    *GK, selalu ada dgn member tu, bgi dia smngat..kumbang mmg tak bnyk sgt la ni, nk cri yg berkualiti pon susah..huh!hapuskan kumbang tak berguna!

    ReplyDelete
  23. kuaja la laki tu*emo*.tak baek kot buat pempuan mcm tu.7 tahun bukan sekejap.salah ke kalau ade timbang rasa sikit buat cara baik sekalipun nak nikah jugak.grrr!

    ReplyDelete
  24. situasi yg sama terjadi kt apple.
    dan skg dia dh jd tunangan org.

    kejam giler!

    ReplyDelete
  25. berat lagi mata memandang berat lagi bahu memikul. harap rakan awak tu bersabar dng dugaan ini. sbb mungkin dia akan dpt org yg lebih baik dr bekas teman lelaki dia.mungkin tak ada jodoh.kadang2 bila sedang marah kita jadi binggung 'kenapa lelaki tu buat begitu?' tak apa..takperlu cari salah kita atau salah dia. yg pasti dia tidak diciptakan untuk kita. bila rakan awak tu dah tenang nanti, masa pula akan memulihkannya.percayalah bila dia jumpa lelaki yg benar2 menghargai dia, dia akan bersyukur dng perpisahan ini.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi