Wednesday, May 11, 2011

DAY 4: AKU RINDU MEREKA =,(


Day four : 10 things you want to say to one person


Kalau orang lain memilih ibu bapa, aku pula ingin memilih arwah tok dan wan aku. Tapi tak bermakna aku tak sayang ibu bapa aku.

Arwah wan dan tok berdua tapi menjadi satu dalam hati aku.

  1. Kalau la arwah wan dan tok masih hidup, ingin aku membalas jasa mereka yang membesarkan aku dari aku umur 2 bulan.

  2. kalau arwah Wan dan tok masih hidup, ingin aku membawa mereka bersama mengerjakan haji dan umrah

  3. Kalau la arwah Wan dan tok masih hidup, ingin aku membahagiakan mereka sedaya upaya ku.

  4. Kalau la arwah wan dan tok masih hidup, tidak sesekali aku akan biarkan orang lain menyakiti hati mereka.

  5. Kalau la arwah dan tok masih hidup, ingin aku membawa mereka bersama di hari konvokesyen aku nanti.

  6. Kalau arwah wan dan tok masih hidup, gaji pertama aku sudah semestinya aku ingin membelanja mereka, merasa gaji pertama aku nanti.

  7. Kalau la arwah wan dan tok masih hidup, sudah semestinya aku tidak sesunyi begini.

  8. Kalau la arwah wan masih hidup......


Maaf. Aku tak dapat meneruskannya lagi.

=,(

Aku terlalu rindukan arwah. Dari kecik mereka besarkan aku. Segala susah payah mereka aku rasainya.

Bila mereka disakiti, aku ada bersama.

Segala masalah mereka aku tahu. Aku tanggung bersama.

Ya Allah, tempatkan la mereka di kalangan orang yang beriman. Ampunkan segala dosa-dosa mereka.

Al-fatihah untuk Haji Ahmad dan Hajah Sirun@Saharah.


5 comments:

  1. sy pon rindu arwah tok sy jugak... =(

    tokwan sy plak lgsung xpnah tgok muka.. sbb tokwan meninggal sebelum mak ayah kawen lg..

    AL-Fatihah...

    ReplyDelete
  2. semoga mereka ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman..

    alfatihah buat arwah wan n tok gksb..

    ReplyDelete
  3. rindu-rinduan jadi kenangan... :(

    ReplyDelete
  4. al-fatihah kepada mereka yang telah pergi dulu dari kita...murninya hasrat GKSB ni...tapi nak buat mcmana dah begitu kehendak-Nya...redha sajalah...

    ReplyDelete
  5. Allah lebih nenyayangi mereka...
    semoga cik GK tabah..

    al-fatihah untuk arwah..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi