Friday, May 6, 2011

TRAGEDI MEI~SESEKALI MEMBUKA CERITA LAMA BIAR PUN ADA HATI YANG TERLUKA



Aku pernah tulis pasal Kenangan Lama yang tiba-tiba muncul dalam hidup aku. Aku memang tak menjangkannya. Tapi yang bezanya dia bagi nombor aku dekat kawan dia. Memang mula-mula aku malas nak layan apatah lagi bila berkait rapat dengan Kenangan Lama ni. TTM pon tak bagi aku layan orang yang aku tak kenal


Tapi kalo dah jenis degil ni susah juga hehe. Just aku kenal dia sebagai kawan Kenangan Lama aku ni aku cakap 1 jer, "Kalau nak kawan dengan saya satu jer, hanya kejujuran je yang saya perlukan".


Rasanya tak sia-sia aku kenal dengan dia sebab aku dapat tahu sesuatu. Kenangan Lama ni pernah tinggalkan aku tanpa sebarang pesanan, alasan atau apa-apa petanda. Tiba-tiba dia hilangkan diri, tukar no telefon dan kahwin dengan orang lain. Dia tinggalkan aku terkontang-kanting seorang diri.



Hmmmm......



Kalau orang yang jenis tak kuat iman memang dah lama bunuh diri rasanya. Tapi aku tak sebodoh tu. Aku cuba tanamkan diri aku supaya kuatkan semangat, mencari semula semangat aku yang hilang, aku usaha tabahkan diri aku. Bukan senang nak berpura-pura gembira di depan orang lain sedangkan diri merana, hati terluka.


Lepas dia tinggalkan aku, aku jatuh sakit. Berat susut. Family semua risau sebab tiba-tiba aku berubah macam tu. Ayah aku sampai fikir aku amik pil yang bukan-bukan sebab masa tu aku lemah sangat. Hilang semangat nak teruskan hidup. Aku pendamkan semua itu seorang diri. Hanya ada kawan aku Ida yang sentiasa bagi semangat kat aku, nasihat aku.


Bila sampai 1 saat aku sedar, tak guna aku berterusan macam ni. Untuk apa lagi aku terus menyeksa hidup aku. Dan bila aku dah boleh bangun dari terus terjatuh, aku dikejutkan berita dari adik dia yang dia dah kahwin.


Tapi kenapa dia buat aku macam ni?? 2 tahun kenal bukannya masa yang singkat. At least, dia amik aku dengan cara baik, lepaskan la aku dengan cara yang baik bukannya tinggalkan aku macam tu ja?


2 tahun juga aku berusaha pulihkan diri aku balik. Aku hilang kepercayaan pada lelaki. Aku takut dengan perhubungan. Aku cuba menolak lelaki yang cuba menghampiri aku. Sehinggalah aku berjumpa dengan MR S. Tapi kesudahannya tetap sama, dia kecewakan aku.


Dan sekarang, bila Kenangan Lama aku ni muncul balik, walaupun hanya kawan dia saja, tetap ada kaitan dengan dia. Dan baru aku tahu cerita yang sebenar-benarnya. Kenapa dia tinggalkan aku? Itu yg aku nak tau sangat.


Rupa-rupanya, selama ni ada rahsia besar yang dia simpan. Tapi zaman sekarang ni Tuhan bayar cash ja. Rumah tangga dia tak sebahagia mana. Dengan perangai bini dia yang kuat mengongkong, kurang ajar, aku rasa mungkin tu habuan dia.


Bukannya aku nak berdendam atau apa, aku pernah terfikir yang dia la lelaki paling baik pernah aku kenal. Bila aku cakap macam tu dekat kawan dia semalam, kawan dia ceritakan perangai sebenar dia baru la aku tau sia-sia aku anggap macam tu. Lelaki weh...lelaki. Mulut maneh. Aku silap menilai sebenarnya.


Hahaha...Bodohnya aku.


Aku tak pernah berdendam sebab aku percaya "What you give you get back". Hukum karma. Takdir Allah.


Aku amik perkara ni sebagai positif, setiap yang terjadi tu ada sebab musababnya. Percaturan Allah, dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang kita ni sebagai manusia yang selalu alpa. Terlalu mengikutkan nafsu sehingga meletakkan akal di bawah sekali.


Kita tak akan sedar semua itu sehinggalah kita kehilangannya. Pada kawan-kawan semua, hargai lah orang yang sayangkan anda. Jangan bila kita kehilangannya baru kita nak sedar, tapi semua tu dah terlambat.






Tapi ada 1 part yang kawan dia cerita kat aku, kononnya aku ni nak jadi isteri kedua dia. Kah kah kah. Tergelak aku mendengarnya. Untuk apa nak jadi yang kedua kalau aku boleh jadi pertama dan yang terakhir??


Daripada apa yang kawan dia cerita, banyak juga la yang dia tipu. Cuma aku cakap, terpulang nak percaya dekat siapa. Aku atau Kenangan Lama aku tu. Mungkin dia lebih tahu nak menilai.


Dan pengajaran yang aku dapat, sila check nset BF ampa selalu. Jangan pandang remeh benda yang kecik-kecik sebab yang tu mungkin adalah masalah terbesar ampa. Sebab aku ni benda yang remeh-remeh ni tak berapa nak amik port sangat. Errr nak kena check nset TTM selalu ni kui3....








Untuk entry ni tiba-tiba rasa nak layan lagu ni

Tak Ku duga, tak ku sangka~cover by Apit





Jangan lupa VOTE untuk Hari ini Makaseh


8 comments:

  1. btol3, what u give u get back. ;)

    sbb tu jgn nk kenakan org sesuka hti..hehe

    ReplyDelete
  2. wow..jahat betoi laki tu..nasib bek ampa kuat semangat..tabik hormat kt ampa..
    tahniah dpt mr ttm...wish u happily ever after...:D
    wish for me t0o..kihkihkih <3

    ReplyDelete
  3. amboiiii panjang entry..lalala

    ReplyDelete
  4. Setiap sesuatu itu memberi pengajaran kepada kita agar kita lebih berhati-hati...

    ReplyDelete
  5. ciss
    mcm cite aku dolu tp aku 4 tahun gitu.dpt tau dr adik die yg die dh btunang dan aku yg wat pilihan utk tinggalkan die.itu kisah dulu..
    Hari ini aku bangga dgn diri sendri sbb mampu berdiri melebihi diri dia dan betul..what u give,u get back..aku tgk skrang ni dia mcm merana..xtau la psl pe,maleh nak amik tau.
    Utk ko...tinggalkan segera kisah KENANGAN LAMA tu..dan segera bangkit membina cinta baru.Tunjuk kat dia yg kau mampu hadapi semua yg lalu itu dgn tabah..life must go on..

    ReplyDelete
  6. what you give,you get back~ betoi2~

    kami suka part check phobe bf tu,sebab kami mmg tiap2 kali jumpak check:P wahahaha

    ReplyDelete
  7. kuat betul semangat akak kan?

    jangan risau.
    satu hari pasti akak akn dapat yang terbaik~ ^_^

    ReplyDelete
  8. hurmm sabar na,, tapi bab nak cheq handphone selalu tue... errr malas la.. hiihihi (eh ckp macam dah der jer... single lagi la..) hahha.. nora ada pengalaman bf cheq fon.. last2 abis semua no dia delete... errrr.... =( tak suka..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi