Saturday, June 11, 2011

DARI KACA MATA WANITA: Bila lelaki stress apa yang mereka buat??? Jom kita TERJAH



Berdasarkan tajuk entry kali ni, aku nak kupas sikit beberapa perkara. Pernah tak ampa terfikir mengapakah lelaki suka bersukan? Kalo jawapan yang selalu kita dengar adalah, lelaki bersukan sebab nak sihatkan badan, nak bagi badan keluar peluh, tu jawapan yang selalu kita dengar la.


Tapi tahukah anda yang bersukan juga adalah salah satu cara lelaki untuk lepaskan tension depa. Kadang-kadang stress kat tempat keja, bila balik keja, keluar plak main bola, tenis, futsal, badminton dan permainan lain yang sewaktu dengannya.


Betul tak wahai lelaki di luar sana??











Hal ini berdasarkan pengalaman aku bersama Incik A.N.S aka TTM. Setiap petang balik jer keja, dia akan SMS aku cakap nak p main bola. Tiap-tiap hari macam tu. Terfikir juga aku, tak letih ke? Dah la balik keja kul 6 lebih kadang-kadang tak sempat nak rehat keluar pulak main bola. Kalo sebelum ni, setiap malam keluar main badminton. Memang aku hairan, tak letih ker?


Dan hari ni aku dapat jawapannya.


Bersukan itu adalah satu cara dia melepaskan stress. Mungkin bila sepak bola, dia lepaskan geram dan segala masalah yang terbuku di dada. Ok la juga, dari dia lepaskan stress kat aku. Kalau ampa mana satu ampa pilih??





Stress



Sebab tu aku tak pernah nak menghalang apa yang dia nak buat, satgi rasa terkongkong, dia cari yang lain padan muka aku hehehe... Walaupun pada peringkat awal perkenalan memang aku plak yang rasa stress, bila tiap-tiap malam dia asyik keluar, main badminton la, lepak kat kedai main carom, selalu juga aku suarakan ketidakpuasan hati tu dekat dia.


Bila dah lama-lama, baru aku paham, inilah caranya dia lepaskan stress di tempat kerja, so di sini lah gunanya berbincang dari hati ke hati (cewah ayat) sebab aku jenis, kalo aku tak puas hati ataupun ada yang dok bermain di fikiran aku akan terus tanya dia je.


So pada gadis-gadis di luar sana, kalo ampa hadapi situasi macam aku ni, cuba ampa terima minat dia. Kalo ampa tak minat pon, buat-buat minat la. Hehe.. Aku ni sampai teman dia p kedai sukan la sebab dia nak pasang tali raket baru masa dia dok gila main badminton. Boring dok tunggu pon, tak pa la, bukan selalu. Bleh gak dok main mata dengan lelaki yang dok mai kedai sukan tu hahaha...Shhh..aku gtau ampa ja tau rahsia ni keh3... =P


Apa-apa pon belajar terima kelebihan dan pasangan masing-masing. Kerana kekurangannya mungkin adalah kelebihan bagi kamu tetapi kekurangan kamu mungkin adalah kelebihan baginya.





NOTACIKGADIS: Ada gaya pakar motivasi tak? =P


23 comments:

  1. Lani orang isap rokok ja cik GKSB oiiiii...Jarang dah bersukan ni...Bila da BOROI baru nak bersukan balik! :D

    ReplyDelete
  2. bagus la encik boifie awak keluar untuk bersukan. kalau die asik keluar buat benda tak senonoh lagi geram kan. hihi tapi encik boifie sy tak suke sangat bersukan, die lg suke belek2 arnab. hadoi =,="

    new entry : Tips | Interview

    ReplyDelete
  3. hahaha..~ comel jer.. bagi dia main banyak2..hehe

    ReplyDelete
  4. ada gaya ohh.
    leh praktikkan afta ni :)

    ReplyDelete
  5. klu jd lelaki mmg kena bersukan.pmpn xp,

    ReplyDelete
  6. betul...
    suami akak macam tu la..
    hari ahad kalau tak de plan nak jalan2 ka apa
    dia akan pi main futsal..
    seminggu sekali ja..
    sebab hari2 kerja..
    kita pun kena paham la..
    bagi la ruang untuk dia sama..

    ReplyDelete
  7. yelah lelaki ada macam2 caar utk release stress.ada yg suka main gitar,ada yg suka jamming(rasanya itu bukan hilangkan stress lagi bertambah adolah),dan bersukannnnn.Itulah yg terbaik bdn pun sihat.

    ReplyDelete
  8. drp sepak org, baik sepak bola.. heheh..

    ReplyDelete
  9. sesungguhnye sy lebeh rele beliau bersukan dr tido...haha..bgus la sukan nti bodi die jadik taff! haha

    ReplyDelete
  10. hehe laki suka hisap rokok bila stress

    ReplyDelete
  11. TTM ak kunyah kuaci bila stress! hahah

    ReplyDelete
  12. hehehe...suami akak tak pernah akak tgk dia gi main bola sepak since kawen. hehe...kalau ada pun main futsal / badminton setahun 2 kali je kot. hehe..tu pn sbb lawan dgn kawan2 dia. hopefully tu tandanya dia x de tension2. heee~

    Heart In A Cage
    .

    ReplyDelete
  13. erkkkk bila nak jadik cam TTM cik gk ni .. sy tau makan je malas nak senam ;p

    ReplyDelete
  14. klu dh kawen..bila dia stress kasi dia ehem..eemm..ilang a stress dia tuuu..haha

    ReplyDelete
  15. hehe.. kena betol2 memahami si dia. ;D

    ReplyDelete
  16. kakakakaa
    kalau stress gi makan sudah
    dua2 untung
    ekekek

    Maharaja Lawak Episod 11

    ReplyDelete
  17. semua lelaki mmg cm nie.......sikar d pisahkn ngan sukan ~

    ReplyDelete
  18. SETUJU. memang betoi pn.. :) ada gaya dah sikit.. sifuuu.. leh tak u aja ai..? ai nak jadi motivator jgak cam yu.. lalalalala~~

    ReplyDelete
  19. betul la..
    my mr F selalu cam tu..

    ReplyDelete
  20. hoho. sememang nya dah tuh. sama dengan lar gigi susu. futsal je keja. hihi.


    ** suka ayat last tuh! :)
    kekurangannya mungkin adalah kelebihan bagi kamu tetapi kekurangan kamu mungkin adalah kelebihan baginya.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi